Kenapa Aku Suka Meransang Deria Aku Bersama LG Cinema 3D Smart TV

Ramai maklum bahawa LG telah menampilkan produk terbaru mereka iaitu LG CINEMA 3D SMART TV dalam misi untuk bersaing dengan produk-produk jenama lain yang kini gah menguasai pasaran tempatan negara kita. Dan, LG telah membuktikan bahawa mereka adalah antara jenama pengeluar yang telah berada di puncak teknologi yang semakin canggih dengan menampilkan produk TV yang berpaparan 3D. 



3D. Suatu ketika dulu, aku pernah menonton satu wayang yang mempunyai paparan 3D. Pergh! Memang sukar untuk aku gambarkan perasaan aku tatkala merasai pengalaman menarik tersebut. Rasa macam nak ketuk-ketuk biji mata aku supaya ia berada jauh ke dalam lagi dari kedudukan asal. Rasa macam tak percaya pun ada. Ia benar-benar buat deria aku teransang. Hahaha.

Jikalau aku diberi peluang oleh LG untuk merasai pengalaman yang sama ini tapi di dalam wadah TV pula, pasti aku sangat-sangat teruja. Memang aku sangat-sangat suka meransangkan deria aku, lebih-lebih lagi bersama LG Cinema 3D Smart TV. Silap-silap terpercik darah dari lubang hidung aku ni.

Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan LG Cinema 3D Smart TV ni. Antaranya cermin mata yang agak stylo dan tak perlu dicaj. Ia juga agak slim. Yang paling penting, ia agak murah berbanding yang lain. 


cermin matanya yang sempoi
 Untuk lebih maklumat yang terperinci, korang bolehlah terjah --> LG CINEMA 3D SMART TV

Untuk makluman, pihak LG dan juga Nuffnang akan menganjurkan satu event bersempena pelancaran produk ini. Masa , tempat dan tarikh adalah seperti di bawah.

Tarikh :  23 Mei
Masa :  6.30pm onwards
Tempat : GSC Signature,Garden @ Lounge Area,Mid Valley
Dress Code :  Casual

{ 21 comments.. read them below or add one }

O'gosh O'gosh 15 May, 2012
mmg teransang minda nak suruh cik abang belikan..haha
nasir hamzah nasir hamzah 15 May, 2012
uis nipis je ek? em entah bila dpt merasa agknya.
HUDAJMAL HUDAJMAL 15 May, 2012
waahh, dah jadi promoter nmpk ? hehe
Hany Rara Hany Rara 15 May, 2012
mmpu pakai tibi kotak tu jaa..hahaah
NAL NAL 15 May, 2012
memang teringin sgt nak memilikinya..haha
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 15 May, 2012
terbaek la bro..harap2 dapatlah pergi party tu..hadiah utama tv 3D tuuuu
miss Fyqa miss Fyqa 15 May, 2012
cam best jer.. taktau bila la.. mampu beli..hehe
Syafiq wahab Syafiq wahab 15 May, 2012
nih mesti beribu riban nih~
Syafiq wahab Syafiq wahab 15 May, 2012
This comment has been removed by the author.
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 15 May, 2012
buat jugak dah dia,, kih3,,, selamt berevent la ye,, :D
hidayah hidayah 15 May, 2012
Entry mantap cam gini..tak tersaing la..
:)
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 16 May, 2012
da lama admirer tb ni.. tlong bg 1.. haha :P
Myra Jay Myra Jay 16 May, 2012
Yg sedih cheq baru je beli TV baru..
Ohh LG ::)
ceklala ceklala 16 May, 2012
takpayah susah2 pegi tgk 3d movie kt cinema lagi dah pasni..dok uma je hehe
NOOR FATIN NOOR FATIN 16 May, 2012
haha tengok 3D kat rumah je la. kekeke aku xpenah tgk 3D T_T
Lea Isnawi Lea Isnawi 16 May, 2012
iklan berbayor tak ni?
Nurul Akmal Nurul Akmal 16 May, 2012
Boni jumpa kat sana nanti..

Dapat msg nurul tak?
Nurrul Nurrul 21 May, 2012
tak pernah lagii tengok secara 3D...
bila lahh dapat ekk :/
hidayah hidayah 21 May, 2012
Hapdet la cerita encik oiii..
Dapat pegi ke tidok..?
:)