Lagi Kedai Burger Grill Superb Ditemui

Jumaat lepas, aku telah dijemput oleh tauke-tauke Selayang Burger Grill  untuk merasa sendiri burger grill hasil tangan mereka 100%. Aku pun apa lagi. Walaupun aku ni tak berapa senonoh baik blog baik perangai, tapi bab-bab makan ni memang aku antara pengkritik yang paling dasyat. Telah diakui oleh Jabatan Vaterinar Malaysia. Heh heh. Tanpa membuang masa, aku telah mengatur satu temujanji untuk ke kedai burger grill mereka yang beroperasi di Selayang. Baru sebulan beroperasi.

Hari Jumaat lepas menyaksikan pertembungan lima orang blogger di kedai burger grill tersebut untuk merasai sendiri keenakan burger grill tersebut yang diwar-warkan sangat sedap, terbaik, SUPERB dan DA BOOM oleh masyarakat di Selayang.

Selayang Burger Grill
Salah seorang tauke burger grill sedang sibuk menyediakan yang terbaik buat kami dan juga pelanggan yang lain.
Begitu tekun dan berdedikasi para-para tauke burger grill menyediakan santapan buat para pelanggan.
Masih di dalam proses penyediaan
Lapisan keju yang sangat membuat aku rasa geram. Rasa macam nak kokak je tiga-tiga ni serentak.
Meatball yang telahpun siap dihidangkan. 

Double Cheese Burger yang sangat-sangat menaikkan nafsu serakah aku.
Chicken Burger.
Fish Burger.
Burger Lapis. Aku cuba nak menghabiskan sorang-sorang. Tapi ternyata tak berkemampuan sebab sangat-sangat tebal. Lagipun, aku dilibas dengan kerusi oleh blogger siezuka.com kerana bersikap tamak.
Senarai harga burger-burger tersebut. Daripada segi harga pula, aku hanya dapat simpulkan yang sangat-sangat berbaloi dengan apa yang dipersembahkan kepada kami dan pelanggan yang lain. Happy hour pun ada tu.
Makan burger dapat kad kredit percuma. Haha. Aku tipu. Ni kad cop. Setiap pembelian akan dapat satu cop. Penuh je lima cop, akan dapat set meatball free. Dan jika penuh keseluruhan kotak cop tu, akan dapat satu buger free. 
Begitu ayu dan tertib aku makan kan? Nasib baik lah blogger Deqnoor ada kat sebelah aku. Kalau tak, memang penuh sifat kesyaitanan aku makan. Hahaha. Oh, puding tu pula memang khas diberi percuma kepada pelanggan pada hari Jumaat.
Buat-buat sibuk tangkap gambar. Alasan yang logik untuk berada dekat dengan burger tu. Lepas tangkap gambar aku terus terkam dan kokak burger tu.
Menunggu timing yang tepat untuk mengokak burger tu. Perbuatan dan niat jahat aku tu hampir-hampir dapat dihidu oleh Cik Siezuka.
Bergambar kenangan sebelum balik. Blogger-blogger dan juga tauke-tauke Selayang Burger Grill.
sumber gambar -BRO FRAMESTONE-

Baiklah. Jika ditanya kepada aku apakah kesimpulan daripada apa yang dihidangkan kepada kami itu? Aku dapat simpulkan yang apa yang dihidangkan itu sangat-sangat SUPERB dan DA BOOM. Aku bersetuju dengan kata-kata masyarakat Selayang tersebut. Diakui juga oleh blogger-blogger yang lain. Antara Home Made yang terbaik pernah aku rasa. Daripada roti, daging, ayam, ikan, mayonis dan juga sos, kesemuanya Superb. Sangat-sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Aku syorkan korang cuba merasa sendiri Selayang Burger Grill. Aku berani jamin yang korang akan merasa kepuasan yang tidak terhingga. 

Sedikit info :- Daripada meatball, daging, ikan, mayonis dan juga sos, semuanya Home Made dan ramuan sendiri. Kecuali roti. Tapi jangan hampa. Roti pun adalah roti yang mahal dan terbaik. Takkan ada penyesalan jika korang pergi ke Selayang Burger Grill.

Blogger yang hadir pada malam itu.


HUBUNGI SELAYANG BURGER GRILL

019 - 627 6686
012 - 285 0664
017 - 350 8936

Atau boleh hubungi mereka di 


facebook --> Selayang Burger Grill 

twitter --> @slgburgergrill


 Klik tulisan berwarna biru.

Kepada orang-orang dari luar Selayang yang ingin datang ke sini dan tidak tahu jalan, boleh menggunakan khidmat Genggaman Pak Senin atau lebih dikenali sebagai GPS. Boleh search 'Old Town Selayang Jaya'. Kedai burger grill ini betul-betul bertentangan dengan Old Town.


P/S : Cantik tak baju aku? Hahaha. Itulah baju yang dihadiahkan oleh pihak Kawasaki. 

PERASMIAN MX WORLD DEALER

{ 62 comments.. read them below or add one }

keeya mustafa keeya mustafa 21 May, 2012
wah double cheese burger! mmg awesome rupa nye,,terliur aku,,nak kene try ni,,agk2 time buka puasa nanti, de diskaun x?ngee~
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@keeya mustafa

itu kena tanya kepada pihak Selayang Burger Grill tu.hehe
KorN KorN 21 May, 2012
ko ni boni buat aku terliur je pagi2 cam nie... nanti aku trun kL, sila jadi touristguard aku utk sampai sini yeah.. pasti blanja skali.. haha
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 21 May, 2012
wahhh..nampak sangattt sedapp!seb baik dah kenyang mkn nasi grg tadi, klu tak sure meleleh air liuq...huhu
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 21 May, 2012
amboi korang2 layan burger tak ajak aku
Myra Jay Myra Jay 21 May, 2012
Perggghhhhh memang mantap..

Menguji deria rasa...

Tp kat Penang ada gak 1, nak p terjah nanti kalau sempat :)
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@KorN

hahaha. tang nak jadi touristguard tu aku boleh je. tapi tang nak belanja tu berat sikit. kena tunggu poket aku berisi sikit. kalau sekarang ni, aku belanja roti canai boleh la.muaahahaha
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@Zarul Umbrella

next time bro.. kt serbu kedai ni.. memang terbaik..hehe
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@Myra Jay

hahaha.. kat penang tu kalau tak silap Deejay penangFM punya tu. nanti kalau sampai sana, sampaikan salam saya kat tauke kedai tu ye. cakap Bonz Zackless kem salam
ceklala ceklala 21 May, 2012
aaaaaa..ni yg tak bleh tahan nihhh!harus pergi carik nih!
deqnoor deqnoor 21 May, 2012
terbaik! rasa nak pergi selayang untuk mendapatkan chicken burger lagi. nyum2...

eh, DN gak belum buat entry ni lg. hehe... sabaq no... ;)
hazman aka species1980 hazman aka species1980 21 May, 2012
whooaa.... nie kena terjah awal2x - burger ayam n ikan tu menarik perhatian aku laaa.... bagus utk HAZMAN VS FOOD nie
are_lin@yu are_lin@yu 21 May, 2012
sedap ni..teringin nak cuba..hehe
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@deqnoor

jom pergi lagi.ahahaha.

copek sikit. nak terjah ni. tak sabar da
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@hazman aka species1980

yes bro. memang sesuai untuk blog bro.. lagipun, tak rugi datang jauh2 sebab berbaloi dengan persembahan burger2 tu
Boni JLL3 Boni JLL3 21 May, 2012
@are_lin@yu

hehehe.. cube jangan tak cube :)
Denaihati Denaihati 21 May, 2012
burger yg bercucuk lidi tu memang menggiurkan, tapi confirm tak boleh habis.
CIK MAY CIK MAY 21 May, 2012
marah betul dengn cik sizuka...pegi mkn2 mcm ni tak ajk plak....grrr...event yg kene time ari bekej die ajk..marah ni..marah...
kura kura 21 May, 2012
meatball dia nampak sgt sedapppp!
nasir hamzah nasir hamzah 21 May, 2012
peh!! tengok jer dah terpukau, belum makan lagi.. pasti aku tertidur terus.. huhu terbaik...
faiz fakhirin faiz fakhirin 21 May, 2012
perggghhhh...mmg superb la burger tu...terbaik!!!
Aien Alien Aien Alien 21 May, 2012
jauh sangat nak terbang melayang ke selayang...takpe tunggu2, macam mana fenomena oblong berleluasa, kita nantikan burger grill bertindak sama...harap2 sampai melaka dengan cepat :D
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 21 May, 2012
Nampak Sedap!! Huh!! Lapar2..haha
yana halim yana halim 21 May, 2012
okeh. mmg nampak sedap. bila nak belanje akak nih? hehe
♥ Cik EylaDiLLa ♥ ♥ Cik EylaDiLLa ♥ 21 May, 2012
wahhhhhhh cam sedap jer ! belom pernah try lagi
sangat2 teringin la tp jaoh hehe
eila eila 21 May, 2012
sedapnya...bergegar usus!!!
msredcheesecake msredcheesecake 21 May, 2012
tak tahan tengok... stress asik tengok gamba je... bule meroyan ni... delivery ade tak?
NAL NAL 21 May, 2012
wah, sedap betul ni bro..banyak ke Boni makan? haha
onlajer onlajer 21 May, 2012
nampak burger ini jadi laparrr betolll
Nurrul Nurrul 21 May, 2012
Perggghhhh ! terliur den dibuatnya....
tak daa bawa tok kita ka ? :P
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 21 May, 2012
bila mau belanja lala burger grill ni?
NOOR FATIN NOOR FATIN 21 May, 2012
terliurnya boniii. dah la tgk pukul 4 lebihhhh. tgh posa.. mendera betol jiwa ni. waawawawawawawawa

pos ke kemaman bleh? kkekeke
CIK MAY CIK MAY 21 May, 2012
*kalau nak, dtg umh..wahahaha..
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 21 May, 2012
da lama xmakan berger.. selayang dekat umah mak sepupu ara.. nnti lau g umah dia leh try ni :D
m!3yr4h_LolLy m!3yr4h_LolLy 21 May, 2012
untunglah leh makan burger grill. heee. tetiba mengidam nk makan burger jugak. aishhhh
YaNa Yassin YaNa Yassin 21 May, 2012
Makan x ajak,.. majuuukkk :(
miss Fyqa miss Fyqa 21 May, 2012
This comment has been removed by the author.
miss Fyqa miss Fyqa 21 May, 2012
wahh. nampak sedap.. burger grill eh.. fyqa x pernah try lg.. :D:D
hidayah hidayah 21 May, 2012
Selayang...? Hoho.. bebetul jauh tu... Buat sementara ambik aura je la tgk gmbr tu...
Zaza Ridzlan Zaza Ridzlan 21 May, 2012
:( dh la tgh lapar sgt2 nih..
AdiaLuze AdiaLuze 21 May, 2012
Assalammualaikum ...

Nyuuuuummmmmyyy ... Sedapnye meatball ... Leh lawan tak meatball ikea? Hik hik hik ..

Nanti nak ajak incik suami g cuba laa .. TQ sbb share kat sini ^^
Ezad Skytech Ezad Skytech 22 May, 2012
perghh....aq yg dok selayang pun tak pernah try lagi ni....haha~
Myra Jay Myra Jay 22 May, 2012
Disebabkan tertarik dengan beger ni, semalam p jugak kedai makan cari beger...heheee :)
[PCL] [PCL] 22 May, 2012
aku turun selayang nt bole kita pekena burger tu sama2..ok?
Bro Framestone Bro Framestone 22 May, 2012
Jangan menyesal nak jemput bro lagi ek :)
Lea Isnawi Lea Isnawi 22 May, 2012
erkkk tertibe terasa nak makan bege

adehhhhh
Nurul Akmal Nurul Akmal 22 May, 2012
TIme kasih Boni.. Sudi jemput nurul.. terbaik.. sedap sangat..
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 22 May, 2012
wah..sedapnye dpt makan burger ue kan..nak satu~

*mesti untgkn org ue berniaga kat situ..dah la mahal2..hehe^^
CikAnyss' :O CikAnyss' :O 22 May, 2012
aihhhh terliur tgk brger tu !!! dgn semngatnya petang ni mesti beli burger ;D jgn buat entri cemni dibulan puasa nty . hehehehhehe ;)
follow u ;)
mie mie 22 May, 2012
untung dijemput...
banyak ppeniaga burger skrg ye..
ehehehee
CekbOlat-bOlat CekbOlat-bOlat 22 May, 2012
whoaaaaaaa.. bang berger satuu.. ekekekke
teha teha 23 May, 2012
sedap nyee.. blanje2.. hahaha !
Selendang Merah Selendang Merah 23 May, 2012
perghhh..sedap....beger pon tebal..
umie mia umie mia 23 May, 2012
manariknya... ada chesse lagi.. bestnya.. sib baik ummie ni tak ngidam huhuhuhu
ciksengeh :D ciksengeh :D 23 May, 2012
double cheese burger tuh amat memikat hati le ^^
Miss Purple Ungu Miss Purple Ungu 23 May, 2012
lapo plak tgk mknan ni :)
Man Man 26 May, 2012
bukan main tinggi lagi tu..perhhhhhhhh
AnonymousAnonymous 22 November, 2014
wa denga di bukit beruntung ada burger grill ngam hooo... wa denga citer burger dia simple tapi sos bikin sindiri memang kick giler. dah tu murah lak tu rm3 jer cheese burger... fuhhhh!