Lindungi anak-anak anda yang masih lagi kecil. Kerana bahaya sentiasa mengekori mereka jika tidak diawasi. Kes ini pernah terjadi semasa aku dan sahabatku, Bushtamam, sedang bersembang di tepi jalan sambil menunggu kehadiran seorang lagi sahabat. Sedang rancak kami berbual secara tiba-tiba kami terperasan seorang kanak-kanak sedang dikejar oleh seekor anjing liar yang sangat besar. Apalagi. Kami terus berlari untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Seperti jangkaan kami pada awalnya, anjing tersebut terus menerkam kanak-kanak terbabit yang sudah pun keletihan. Tanpa memikirkan apa-apa, kami berdua terus menerkam ke arah anjing tersebut.
Selepas masing-masing terbaring di atas jalan, kami berpandangan sesama sendiri. Bustamam secara tiba-tiba mengalirkan air mata.
" Bro, aku sangat-sangat kagum, apatah lagi takjub dengan keberanian dan kehebatan kau. Dahlah kacak, berjiwa rakyat pulak tu. Demi seorang kanak-kanak, kau sanggup membiarkan tangan kau dikokak, diratah dan dikunyah-kunyah oleh anjing liar ni. Aku sangat-sangat kagum dengan kau wahai sahabatku. Kau adalah seorang perwira di dalam hati aku.",ujar Bushtamam sambil tidak berhenti-henti mengalirkan air mata tanda beliau terlalu mengagumi aku.
Aku memandang Bushtamam. Mata aku pula merenung tajam mata beliau.
" Tapi bro, kau dah salah tengok ni! Yang buruk, berkudis, mempunyai tona kulit tidak sekata dan berbau hapak tu adalah tangan kau bro! Bukan tangan aku! Tangan yang sedang dikokak, diratah dan dikunyah-kunyah itu adalah tangan kau sendiri!! ",terang aku sambil terus melarikan diri selaju-laju yang boleh sambil memimpin tangan kanak-kanak tersebut. Bushtamam? Biarlah. Pandai-pandailah beliau nak hidup. Aku hanya mampu mendengar bunyi beliau bertempek bagaikan bunyi seekor gajah tertusuk duri selumbar di kaki.
![]() |
| gambar serangan anjing liar. benar berlaku. |
moral of the story :- awasilah anak-anak anda kerana bahaya sentiasa mengekori mereka. Dan , jangan sesekali jadi seorang yang hanya pentingkan diri sendiri.











{ 37 comments... read them below or add one }
byk nyer cter woof woof kblkangn nii
May 19, 2012 at 12:38 AM
seram tgk gmbar dlm entri ni..
May 19, 2012 at 1:04 AM
Adoi..risau pulak ngenang kes ni. Sorang jiran sampai gugur sbb jth kena kejar ngan anjing liar.
May 19, 2012 at 1:21 AM
fuhhh..ngeri gila gmbr tu..bahaya gak eh...
May 19, 2012 at 1:30 AM
x suka anjing.. dri kecik smpai skrg..
May 19, 2012 at 1:39 AM
uis ngerinyer...
May 19, 2012 at 1:47 AM
danger!!!
May 19, 2012 at 2:09 AM
tak suka anjing !!!! huh --' sgt byk knngn phit pasal anjing ni ..
May 19, 2012 at 2:27 AM
jahat benauu. kesian bushtamam. kahkah :D
May 19, 2012 at 2:51 AM
kat area taman rumah MD...sape yg jogging pagi2 tu diorg bawak kayu sekali...aiyaaa..anjing punya pasal..malas nak jogging...huhuhu--alasannnn
May 19, 2012 at 2:52 AM
perghhh..aku kalo jmpa anjing liar...aku memang ready nk cabut dah..
May 19, 2012 at 7:23 AM
ERRKKK , kasihan nya budak nie.. mmg bahaya ada dimana2 sja..hati2 selalu..
*apa yg terjadi dekat kwn tuh ? haha :P
May 19, 2012 at 7:30 AM
lari topik sikit..
tak nak letak aku kat tepi sidebar tu ke..hehe
May 19, 2012 at 7:56 AM
(takde kenamengena ; betul ke takde astro nih..? jgn salah fhm. mgu dpn baru separuh akhir dan zizan ngan johan masih ada)
May 19, 2012 at 8:54 AM
eiii!~takutt...tak tahu nak imagine klu btl2 jadik.Ym pnh kene cakar skli ngan anjing, eiii!tobat dah..takut!
May 19, 2012 at 9:15 AM
dulu masa pegi pasa malam dgn kwn,
ada dua ekor anjing ni.biasa jumpa
ok je.bole slumber.hai hai..tp hr tu
depa period kot..tiba2 dtg serang.
mmg sikitttttttttttttt lg nak gigit weh.pompuan kan..phm2 la.jerit trs.
nsb apek tu kuar cpt2,tarik anjing dia.pfffttt
May 19, 2012 at 9:36 AM
bila tgok tajuk ni teringat akan assignment gua yg belum siap. ttg pendetraan seksual keatas kanak2. huhuhu
May 19, 2012 at 9:47 AM
aduh..kesian la budak kecik tu, hmmm..bahaya kan kes kena gigit anjing ni, orang dewasa pun boleh je jadi mangsa selain kanak2..
May 19, 2012 at 9:54 AM
ada juga baca tentang berita ini,tapi member aku cakp kalu anjing kejar kau jangan lari kau tenung je anjing tu sure dia tak serang engkau,tapi kalau anjing gila aku tak pasti ler
May 19, 2012 at 10:15 AM
Aku Tabek La Ngan Ko Bro!! Siap Terkam Anjing Tue Balik...
Lain Kali Klu anjing Tue Gigit,Gigit dia Balik Bro..huhu
May 19, 2012 at 10:24 AM
hahahaha..terbaik la boni..korang terkam anjing tu semula ye..haha.tabik spring la..
tapi tiba2 aku berhenti ketawa bila tengok luka2 di gambar tu..kesian...huhu.
May 19, 2012 at 10:45 AM
Scary dh nk brjoging kt kwsn rumah...
May 19, 2012 at 11:08 AM
bahaya tu..
memang perlukan pengawasan..
hehehee
May 19, 2012 at 11:11 AM
bahaya ..
May 19, 2012 at 12:41 PM
kesiannye bushtamam! kau kijamm boni! kau kijam!!! hahaha
luv,
cik ana
May 19, 2012 at 2:47 PM
ngeri tgk...huhu
May 19, 2012 at 3:36 PM
kat kulim sgt byk anjing. aduhaii. blum ada spa2 kena gigit kot kan, sbb tu dibiarkan mcm tuu. haha saya penah kena kejar anjing. hahaha
May 19, 2012 at 4:58 PM
eii..takut nak tgk gmbr ue..mesti sakitkan..kesian dia..=.='
*pape pun hebatlah 2 hero malaya tu..tahniah2..!:)
May 19, 2012 at 5:30 PM
Adehhh!! Baru nk puji keberanian Boni td rupanya...hmmpppphhhhh..
Tp betul tu, kita jgn pentgkan diri kan..
Gmbar budak tu seyes xsanggup nk tgk lama2..
May 19, 2012 at 9:09 PM
haih kesian busthamam..tergamam saya haha
seriau tengok kepala budak tu :/
May 19, 2012 at 9:24 PM
auchh.. hanjing! jahat
May 19, 2012 at 10:39 PM
haishhh.. bahaye2
May 19, 2012 at 10:56 PM
sampai hati kutuk kawan g2 sekali...
salam kenal..
akak pun takut kawasan sini walaupun kawasan melayu tapi anjir liar bebas berkeliaran,...
May 19, 2012 at 11:47 PM
bahaya2..seram pulak tgk gambar budak last tu..sian dia..huhu
May 20, 2012 at 1:31 AM
sian dekat bu...(dak) bushtamam sebenarnya.. adeh.. sampai hati tinggal beliau.. haha
May 20, 2012 at 3:58 AM
Oh bushtamam my hero....
May 20, 2012 at 5:38 PM
Ya Allah sedihnya tgk..
May 22, 2012 at 3:00 PM
Post a Comment