Maafkan Aku Hanis Zalikha

Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila internet ni macam &$^@*^%!! <-- Err, ini bukan mencarut ye. Ini adalah tulisan-tulisan yang berbentuk simbol. Hahahaha.

Jadi, hanya kata maaf sahaja mampu aku ungkapkan. Disebabkan line macam ni, aktiviti BW aku terhad. Bila aku klik link blog orang lain, pasti akan jadi "Problem Loading Page". Hish!! Pasti aku akan diherdik apalagi dicerca oleh kawan-kawan blogger yang lain. Silap-silap haribulan, pasti aku akan diboikot. Uwargh!! Abam Umbrella pun dah mula bertanya. Sikit lagi aku nak kena bedal dengan payung. Cik Adik Purple juga meragui kehilangan aku yang tak bising-bising lagi bila beliau lambat update blog. Apa lagi Hanis Zalikha yang tak pasal-pasal membuat vlog Oh My English kerana masalah line internet aku. Oh, macam tak ada kena mengena je.

Hanis Zalikha. Ramai teman-teman blogger memberitahu yang aku dan Hanis Zalikha ni bagaikan pinang dibelah 700ribu bila duduk bersebelahan. Tersipu-sipu malu aku dengan kata-kata tu. Naluri jantan aku juga mengatakan yang aku dan beliau sangat-sangat sepadan dan berpadanan. Muahahahaha.
Adakah ini detik-detik kejatuhan empayar bonijll3.blogspot.com yang terkenal dengan tahap kekacakan yang melampaui batas dan kehebatannya memutar belit cerita secara kritikal? Adakah ini petanda awal yang empayar aku akan mengalami masalah osteoporosis berganda? Ataupun, adakah ini petanda awal yang memungkinkan aku akan malas menyentuh sensitiviti blog ini? Aku sendiri pun tak faham apa yang aku taip ni. 

Disebabkan masalah ni, aku dah kehilangan idea untuk menaip. Jika sebelum ni, idea aku boleh dikatakan bertan-tan banyaknya, kini ibarat daki berwarna hitam di hujung kuku.

 


{ 45 comments.. read them below or add one }

miss Fyqa miss Fyqa 28 May, 2012
erk?..kesian. Hanis Zalikha tak psl2 terbabit sama.. Hehe
Myra Jay Myra Jay 28 May, 2012
Hahaa, fengsan baca sepadan dengan Hanis--- Tp akhirnya, Ok setuju :)


So untuk mengatasi masalah line pekata roger KID utk apply UniFi Bro :)
Mr.She Mr.She 28 May, 2012
abam boni, sila beralih kepada unifi. sekian terima kasih. wakaka
Cik SkubidubidUu..... Cik SkubidubidUu..... 28 May, 2012
hahhhahaha...adoi hai...macam-macam
YaNa Yassin YaNa Yassin 28 May, 2012
dahsat imaginasi , lalalla :))
Lawrence Lawrence 28 May, 2012
Salam kenal Boni... I barely understand this post. lol...
Zaza Ridzlan Zaza Ridzlan 28 May, 2012
fuyooo...haha, bukan men lg boni ye..
KorN KorN 28 May, 2012
eh awak ni boni kan... laa da lame x masuk sini... ingatkan dag bersara berblog...
~SaL IjOu~ ~SaL IjOu~ 28 May, 2012
wallah..setuju amat..mmg sepadan betul kamu~ eheh

p/s:ya, berupdate jugak akhirnya sbb tgh cuti panjang..haha..rasanya lepas ni mungkin berupdate sekali sekala aja..tp sekurang2nya akan masih terupdate..kan kan~ ^^

oh, mmg best bila dpt jumpa ramai blogger di alam nyata~ ;)
kura kura 28 May, 2012
700ribu? hahaha. no komen!
nasir hamzah nasir hamzah 28 May, 2012
haha, okey lah tu kalau dh jodoh tak kemana.. cewah.. ekekek..
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 28 May, 2012
motif entry ni ? haha..
btw lawak tgk video Oh my english Hanis Zalikha.. haha
Mat Som Mat Som 28 May, 2012
Bukankah spt pinang dilanggar stemroll Boni?

Sory terlebih gurau.

Hahahahaha!!!! Tajuk2 entri Boni ni memang menggemparkan dunia blog.
Fiza Suhaimi Fiza Suhaimi 29 May, 2012
niat dah ada tu abam boni.. hehe.. ^_^v
Hidayah Bach Hidayah Bach 29 May, 2012
Eh...mcm pinang ?
Bukan la...
Mcm Beckham dgn Victoria dlm mimpi ..
:)
Beckhrooy Beckhrooy 29 May, 2012
Tajuk tak leh bla, haha
faridah nazurah faridah nazurah 29 May, 2012
haha tajuk takleh blah. bikin suspender je.

wey aku ada entry utk kau.
محمد شهريل القنيطري محمد شهريل القنيطري 29 May, 2012
haha..ni dah hbs idea ker??hihi..x per rileks-rileks jgn jatuh gi empayar boni..banyak idea ko aku xbca g...
etuza etuza 29 May, 2012
tq ke laman Pesona ya..
AdiaLuze AdiaLuze 29 May, 2012
Assalammualaikum ...

Owwh .. Ada masalah tenet lagi ke? Tp, TQ kerana masih sudi singgah diblog sy ^^,

Sy pun ada masalah ngan email server kompeni. Banyak kerja yang tergendala dibuatnya. Hurrrmmmm
MAY MAY 29 May, 2012
bkn mcm pinang la..mcm durian di belah...hihihi..
O'gosh O'gosh 29 May, 2012
cis..x aci guna hanis zalikha....
madammondoq madammondoq 29 May, 2012
hanis zalikha pulak dah.. ish.. ish..
ceklala ceklala 29 May, 2012
amboiii!kuat berangan betul!hahahaha
Aien Alien Aien Alien 29 May, 2012
bagai pinang dibelah-belah...macam2 boni ni..hehe
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 29 May, 2012
wah..bahasanya sgt bombastik ..nampak la ke'tension'nan nye..relak2 ye..xkn terjadi kot apa y difikirkan ue..:)
NAL NAL 29 May, 2012
NAL memang suka imaginasi Boni. Memang bro seorang manusia yang berfikir diluar kotak. Keep it up :)
sadiq sadiq 29 May, 2012
wau..sepadan la sangat..hehe=)
hazman aka species1980 hazman aka species1980 29 May, 2012
Terus teruja tengok video oh MY ENGLISH kat blog aku la tue... kah3x... bro layan citer yang berlakon - MEMBERKU HAWA....
Phat Phat 29 May, 2012
ko usha ex aku ek skang hehehhe
Lea Isnawi Lea Isnawi 29 May, 2012
kalo boni dgn lea, bagai pinang dibelah berapa eh?
Nurul Akmal Nurul Akmal 29 May, 2012
Macam macam lah Boni ni...
Juliet_iRa~" Juliet_iRa~" 29 May, 2012
erkkkkkk?tibe2 sakit tekak bab ngan hanis zalikha tu..hukhuk ;p
onlajer onlajer 29 May, 2012
kalau gua tak terbelah-belah pinag itu
are_lin@yu are_lin@yu 29 May, 2012
haha suhlah cik hanis baca entry ni lak.;-)
msredcheesecake msredcheesecake 29 May, 2012
tulis je la takde idea... yang merapek meraban panjang2 ni pasal sampai nama HZ pun ada...

apsal nama msred takde? tak popular?
AdiaLuze AdiaLuze 29 May, 2012
Assalammualaikum ...

Line tenet dh Ok ke? Mekasih di atas kunjungan yang tak putus2 di blog sy tu ye :)
Afasz Afasz 29 May, 2012
komen punya la laju kat blog madam....bls dendam ke apa?
ch000tz axoera ヅ ch000tz axoera ヅ 29 May, 2012
hamboyyyyyy bukan maen lagi dia kekekee
ctk ctk 29 May, 2012
ksiannyerrr....susah btoi jd org kacak ni ye, rmai je duk isau2 ye :P
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 29 May, 2012
La igtkn ape bnda la XD. Ni hasil sastera kontemporari Boni hakhak XD
Arina Shamsul Arina Shamsul 29 May, 2012
hahahaha..kalau jodoh takkan kemana ....


makanya rajin2 makan nasi..insyaallah rajin update..erkk?apa kaitan?pandai2 la cari sendiri..hahahaha.
NOOR FATIN NOOR FATIN 30 May, 2012
hanis zalikha baca x entry ni agak2? kikikiki
Nurrul Nurrul 31 May, 2012
HAHA , rasa demam yg baru baik nie , nak kena balik ajee bila cik Boni kata sepdan dgn Hanis Zalikha.. haha
*memang padan pun , jeles nie.. haha :P*

#tak ada idea , mengarut pun still best ! keep new entry... datang lah , datanglah idea ! ! ! :D