Perasmian MX World Dealer

on 09 May 2012

Seperti yang dijanjikan pada entri -->INI<--, aku akan menceritakan serba sedikit tentang kehadiran aku sebagai seorang wakil media untuk satu majlis perasmian Kawasaki MX WORLD Dealer yang terletak di No 373, Batu 2.5, Jalan Ipoh,51100 Kuala Lumpur. Aku pun pelik macam mana aku boleh berada di sana. Celik-celik mata dah ada bawah kanopi dan ditemani beberapa orang blogger. Uiskh. Misteri sungguh.

petugas media


Sejuta penghargaan kepada BRO FRAMESTONE kerana menjemput aku ke majlis ini dan memberi peluang untuk aku merasai sendiri bagaimana menjadi seorang wakil media. Ternyata ia adalah pengalaman baru kepada aku.Hadirnya aku dan blogger-blogger lain sebagai wakil media yang telah dijemput oleh pihak Mr. Chew Boon Keam a.k.a Ah Loo(Founder), telah membuktikan bahawa blog ini adalah saluran terbaik untuk mereka-mereka yang berniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka. Kerana setiap berita dan cerita yang disampaikan di wadah blog ini lebih cepat tersebar dan berkembang.

antara tetamu jemputan pada majlis tersebut. Dah macam geng-geng Azroy


Perasmian yang diadakan pada hari Ahad lepas bersamaan 6 May 2012 ternyata adalah satu majlis yang sangat meriah dan menarik. Majlis yang bermula lebih kurang jam 10am dan berakhir lebih kurang pukul 1pm itu diiisi dengan berbagai program menarik untuk dijamu kepada para hadirin yang dijemput. Tidak dilupa juga para hadirin dihidangkan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik. 

Setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Aku akan menceritakan lagi di episod-episod yang seterusnya. Jadi, teruskan membaca bonijll3.blogspot.com. Pesanan ringkas daripada aku. Kepada peminat-peminat Motorcross, aku sarankan anda semua terjah kedai yang terletak yang tertera di atas. Di dalam kedai tersebut semuanya lengkap dari A hinggalah ke Z. Apa yang anda inginkan, semuanya ada di sana. Cubalah.

antara cenderahati yang dihadiahkan oleh pihak MX WORLD


P/S : sorry kepada semua. Aku sekarang ni agak sibuk sangat. Tak sempat nak membalas kunjungan korang tu. Apa-apa pun, aku cuma nak cakap yang aku sayang readers dan komentar aku ketat-ketat. Diam bukan bermakna sombong, tapi diam bermakna aku sedang berada di dalam mod kacak. Hahahaha.
Ranking: 5

{ 24 comments... read them below or add one }

Reply Comment kura said...

amboi. dah macam hadiah dah cenderahatinyaaa :0


May 9, 2012 at 2:43 AM
Reply Comment YaNa Yassin said...

Wah,.. nape kita tak dapat yg color pink tue eh.. :))


May 9, 2012 at 7:36 AM
Reply Comment CIK MAY said...

wah..mood kacak ek..sama la..sekarang pun tak smpt nk bw mcm dlu2..kene tgk blog feveret je..klu ada masa baru bw..bizi banget.rase nak resign je!


May 9, 2012 at 8:14 AM
Reply Comment Edy Zaidi said...

wow..best tu hadiah dia


May 9, 2012 at 8:46 AM
Reply Comment O'gosh said...

amboi..banyak free gift dia.....nnt x bz dah jgn lupa datang 'rumah' eh...hehe


May 9, 2012 at 8:48 AM
Reply Comment hidayah said...

hahaha..
ok gak kan alasan sebok tak sempat menjelajah adalah bukan kerana mood sombong tapi kerana mood hensem..

dengan rasminya saya nak bgtahu nih
saya nak tiru ayat itu tapi modified sikit yek..!

:)

saya dalam mood jelita..


May 9, 2012 at 8:55 AM
Reply Comment ceklala said...

amboii! mood kacak ye..ingat kot sedang dlm mood berhibernasi tadi!hahaha


May 9, 2012 at 9:33 AM
Reply Comment madammondoq said...

wah.. projek 100 bloggers!!! hebat!


May 9, 2012 at 10:51 AM
Reply Comment PCL said...

kau Boni mmg kacak selalu..xpayah tggu mood bagai !!...baju T kaler pink tu cun lah !!


May 9, 2012 at 11:50 AM
Reply Comment Nurul Akmal said...

Wah.. Boni dah update.. Nurul x de idea lah.. :(


May 9, 2012 at 11:57 AM
Reply Comment Nurul Akmal said...

Wah.. Boni dah update.. Nurul x de idea lah.. :(


May 9, 2012 at 11:57 AM
Reply Comment akubiomed said...

Kalau dapat menang cabutan bertuah baju riding Kawasaki yang berharga RM200 pun okay juga. :-)


May 9, 2012 at 12:38 PM
Reply Comment nasir hamzah said...

wah macho lah bro bju tu..


May 9, 2012 at 2:41 PM
Reply Comment aRa ❤ aFiq™ said...

cenderahati mcm tu ? wah.. menarikkk


May 9, 2012 at 2:46 PM
Reply Comment Sharidawati Shahrudin said...

cayalah !!!! nak tiket preeee !!! hehehehe


May 9, 2012 at 4:49 PM
Reply Comment Ezad Skytech said...

aq nak sgt tgk ko pakai baju pink tu boni...haha~


May 9, 2012 at 5:45 PM
Reply Comment azie namico said...

auwww ! dpt cenderahati...rebaik


May 9, 2012 at 8:26 PM
Reply Comment Muaz Faris said...

untung la dpt pergi.

aku dpt gak invitation tapi terpaksa last minit cancel.


May 9, 2012 at 11:55 PM
Reply Comment NAL said...

best la dapat pergi..nak baju tu boleh ? haha


May 10, 2012 at 1:56 AM
Reply Comment Hany Rara said...

heheh kacak tu tetap ada kan =="

btw, best la noh..tapi ta pham pa2 pon pasal entry ni..hakhak


May 10, 2012 at 4:08 AM
Reply Comment Arina Shamsul said...

perghhh..saya taknak komen banyak..cuma nak komen tang kacak tu je..hahahaha.

kalau ada boni mesti ada kacak kan?kalau takde kacak bukan ayat boni la tu..hahahaha.


May 11, 2012 at 9:03 AM
Reply Comment Liselle MonCherie said...

Heheheh lagi kacak la bro dgn Kawasaki! Sy minat jgak motor ni tapi pling sy minat Ducati.WooHoo!


May 11, 2012 at 8:15 PM





 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design