Tragedi Mati Lemas Di Bukit Beruntung 10 Mei 2012

on 10 May 2012

Jika tidak salah aku, ini adalah kejadian lemas pertama yang berlaku di lombong yang terletak berhampiran gudang Tesco. Kejadian hari ini melibatkan seorang remaja sekitar 18 tahun yang pergi menangkap ikan bersama beberapa orang rakannya lebih kurang jam 2 pagi. Pada awalnya, rakan-rakan menganggap arwah hanya bermain-main hinggalah secara tiba-tiba arwah terus ghaib di dalam kegelapan air.

operasi mencari mangsa lemas bermula daripada sekitar jam 8 pagi
pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang tersangkut di dalam terowong air
sekitar jam 5 petang mayat mangsa berjaya ditemui
orang ramai memerhatikan mangsa dimasukkan ke dalam trak polis

lombong yang meragut nyawa seorang remaja

Mengikut kata rakan-rakan arwah, sebelum mereka menangkap ikan, mereka juga menangkap beberapa keping gambar sebagai kenangan. Dan mereka mengatakan ada di antara gambar tersebut melihatkan kelibat tangan menyerupai tangan manusia di belakang mereka. Semasa aku berada di lokasi kejadian juga, aku melihat ramai yang sedang 'Bluetooth' gambar tersebut. Disebabkan orang terlalu ramai, aku tidak mempedulikan tentang gambar tersebut. 

Sesuatu yang berkaitan perkara mistik ini sebenarnya kita tak boleh percaya, dan tidak boleh juga tidak percaya. Alam ghaib sememangnya wujud dan ada. Cuma bagi aku, apa yang berlaku adalah ajal yang ditentukan oleh Allah. Segala-gala yang berlaku adalah kehendak Allah. Apa yang mampu kita yang masih hidup ini, marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin.

P/S : Sungai, laut, kolam, lombong, tasik merupakan salah satu tempat yang sangat menarik. Namun, di balik perkataan menarik itu, terselit juga perkataan bahaya. Jadi, sentiasa berhati-hati jika anda berada di sana.
Ranking: 5

{ 29 comments... read them below or add one }

Reply Comment alyn adnan said...

kesiannyyeee :(
al-fatihah buat arwah


May 10, 2012 at 6:49 PM
Reply Comment KiD said...

sungguh tragis... kita sedekahkan Al-Fatihah sama2


May 10, 2012 at 6:56 PM
Reply Comment nasir hamzah said...

smg keluarganya tabah hadapi dugaan ini.. dan smg arwah di tempatkan ke dalam golongan org beriman. amin.


May 10, 2012 at 6:58 PM
Reply Comment saye81 said...

saye sarapan kt sukho thai..berdekatan tmpt kejadian pg td..ms lalu kt situ dlm 8pg..x de pape lg..dlm kul 9 bru prsan tgok dr sukho thai...ade siren polis..n org ramai penuh kt kwsn tu.. ingatkn ade xcdent or kete masuk dlm lombong yg hampir dikambus tu.. rupanya ade org mati lemas.. saya balik keje tadi pon..jalan jem teruk..org ramai lg kat tmpt tu.. apepon takziah kpd keluarga mangsa..


May 10, 2012 at 7:08 PM
Reply Comment KorN said...

boni jgn main2 kat kwsn ni yer.. bhya nie.. keras nie...


May 10, 2012 at 7:32 PM
Reply Comment SuparMan SuaRez said...

Al Fatihah...
Semoga Arwah di tempatkan Bersama Org2 yg beriman..


May 10, 2012 at 7:52 PM
Reply Comment Nurul Akmal said...

AL-FAatihah..

Boni bagi email..


May 10, 2012 at 9:12 PM
Reply Comment umie mia said...

sudah ajalnya.. memang wujud alam ghaib cuma kita jgn terlalu macam taksub hal2 gini.. kawasan lombong biasa memang bahaya mungkin kerana keadaan persekitarannya dan juga keadaan tanah @ pasirnya...


May 10, 2012 at 9:21 PM
Reply Comment i luv u said...

smoga amal ibdh dtrima,,

dan yg dtingglkan diberi ketabahan^^


intinya,,,
qt hrus slalu waspada


May 10, 2012 at 9:28 PM
Reply Comment kura said...

ummul kitab al-fatihah.


May 10, 2012 at 9:35 PM
Reply Comment LaLa mhdnor said...

Al-Fatihah, semoga arwah tenang di sana.


May 11, 2012 at 5:19 AM
Reply Comment Hany Rara said...

al-fatihah..dah ditakdirkan ajal dia mcmtu. smoga rohnya ditempatkn di kalangan org2 yg soleh..

bhaya ada kt mana2 bkn stakat lmbong, tasik, sungai..b'hati2 la ye sentiasa:)


May 11, 2012 at 7:46 AM
Reply Comment Edy Zaidi said...

xde ke gambar yg ada tangan tu?


May 11, 2012 at 8:05 AM
Reply Comment akubiomed said...

Al Fatihah. Moga-moga roh remaja tersebut ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. :-(


May 11, 2012 at 8:50 AM
Reply Comment Arina Shamsul said...

betul tu boni ..say setuju dengan kata2 kamu :)

al-fatihah untuk arwah


May 11, 2012 at 8:53 AM
Reply Comment CIK MAY said...

menakutkan..betulke ade tangan?

al-fatihah...


May 11, 2012 at 9:07 AM
Reply Comment madammondoq said...

nampak macam lombong biasa jek.. uish.. seramnya..


May 11, 2012 at 10:57 AM
Reply Comment Liselle MonCherie said...

Innalillah Wainnalillahi rojiun,
Maut dtg tak kira usia,moga-moga beliau ditempatkn bersama-sama org yg beriman.


May 11, 2012 at 8:11 PM
Reply Comment ★ aIsyaH ★ said...

semoga roh beliau ditemptkan bersama2 org yeng beriman..

ajal maut di tgn tuhan kan..:)


May 11, 2012 at 10:24 PM
Reply Comment NOOR FATIN said...

al-fatihah.. sempga rohnya dicucuri rahmat.. amin..


May 11, 2012 at 10:30 PM
Reply Comment eLLa n aLia said...

al-fatihah.. semua yang terjadi ada hikmahnya.. mungkin mahu kita mengambil iktibar..


May 12, 2012 at 12:57 AM
Reply Comment Myra Jay said...

walau di mana kita berada kena selalu berhati-hati..

Tp lombong memang lubuk bahaya..


May 12, 2012 at 10:41 AM
Reply Comment Tuan Tanah said...

pun baru tau padahal duduk bukit beruntung.

al-fatihah.


May 30, 2012 at 3:21 AM





 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design