Video Bayi Didera

Video penderaan bayi. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Klik -->  VIDEO BAYI DIDERA


Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

P/S : tapi aku tak pasti samada adakah ini video yang tersebar itu. Jika benar, aku harap ia menjadi iktibar kepada kita semua. Dan jika salah sekalipun, aku harap video ini juga akan menjadi iktibar kepada kita semua. Ingatlah, menganiaya bayi yang tidak tahu apa-apa dan tidak berdosa itu adalah sesuatu yang sangat-sangat dikeji.  Bayi adalah satu anugerah yang paling istimewa kepada setiap manusia. Tolonglah. Aku merayu janganlah menyakiti bayi apatah lagi membuangnya merata-rata. Jika tiada keinginan untuk menjaga atau mengasihinya, serahlah kepada insan-insan yang lebih memerlukan. Ramai lagi insan di luar sana yang inginkan anak dan mampu memberi sepenuh kasih sayang kepada kurniaan Allah yang sangat istimewa ini.
Video Bayi Didera

{ 29 comments.. read them below or add one }

Zakaria's daughter Zakaria's daughter 09 May, 2012
dengar kata video nih kes dah lama.
tapi tatau la.

tak berani tgk :D
tak sampai hatiii tgk baby tuh
Zakaria's daughter Zakaria's daughter 09 May, 2012
dengar kata video nih kes dah lama.
tapi tatau la.

tak berani tgk :D
tak sampai hatiii tgk baby tuh
ciksengeh :D ciksengeh :D 09 May, 2012
astaghfirullah .. tega nya die ..
nasir hamzah nasir hamzah 09 May, 2012
memang geram bila tgk bayi tu di perlakukan sebegitu oleh ibu kandung dia sendiri..
eLLa n aLia eLLa n aLia 09 May, 2012
sya tau jaga budak kecil kadang2 rasa geram.. Tapi cara begitu bukan cara yang terbaik.. adeh, mudah2an jadi pengajaran untuk kita.. asal jangan anak muda yang naif yang tengok video ni 'ter'belajar pula cara 'bermain bantal' dengan budak macam mak tu buat.. mudah2an jadi iktibar..
yana halim yana halim 10 May, 2012
akak tak setuju betul dengan penyebaran video ini. Jangan diuji perasaan ibu2 di luar sana. Tau tak betapa ramai ibu2 yg trauma tengok video tu? akak pun naik menggigil tadi masa tengok. video tu masa di upload letak la descriptionnya sekali. takde la ramai yg naik sawan nengoknya. haishhh....geram betul..
MawardiYunus MawardiYunus 10 May, 2012
xberani nak tengok video tu bro... takut tersentuh :(
kura kura 10 May, 2012
kecoh nya pasal kes ini. suka pula tgk rakyat malaysia yg alert. hehehh
NAL NAL 10 May, 2012
tak berani nak tengok..tp kalau tak salah, youtube dah block video tu atas alasan kekejaman..harap wanita itu mendapat hukuman yang setimpal dgn perbuatannya, itu baru hukuman dunia bukan hukuman akhirat.
Nurul Akmal Nurul Akmal 10 May, 2012
Tahun lepas punya kes.. X sanggup nak tgk.. Sedih..
Hany Rara Hany Rara 10 May, 2012
tamaw tengok takot teringat2 nnt..sedih..mak apa jenis xtaw laa..
mie mie 10 May, 2012
kes yang popular dalam masa sekejap saja...
tapi memang xleh tahan tengok bayi tu kena dera...
rasa ringan je tangan dan kaki ni ...
hehhehhee
teha teha 10 May, 2012
haihh .. asal kejam sngt nie !
CIK MAY CIK MAY 10 May, 2012
x blh nk tgk..opis block vid2 kat internet..tgk kat tv3 mlm tadi je....rase mcm bangang gile org yg sedang merakam tu!
umie mia umie mia 10 May, 2012
tak snggup tgok sampai habis.. itulah manusia bila ada anak dibuat gitu.. tgok org yang susah dapat anak beriya usaha sana sini.. yg ada anak harus bersyukur bukan wat gitu.. lagi satu yang suka buang bayi macam buang anak kucing kat pasar.. hargailah nyawa bayi itu..
O'gosh O'gosh 10 May, 2012
sana sini orang cerita pasal video tu...x sampai ati nak tgk...kalau betul mak budak tu dah terima hukuman syukurlah.....moga2 pasni kita x dgr lagi kes2 semacam ni....seram mengalahkan cerita hantu david teo plak....huh
Aien Alien Aien Alien 10 May, 2012
masuk berita malam tadi...tak kisah la dah lama ke baru ke, yang rakyat malaysia semua kecohkan sebenarnya ialah kekejaman yang dilakukan pada bayi yang terang2 memang jelas tak mampu pertahankan diri!! sebak hati ni, macam nak masuk dalam video tu selamatkan bayi daripada sibuk merakam video...GERAM!!
madammondoq madammondoq 10 May, 2012
cis bedebah btol mak budak tu!!!!
LidiaSuraya LidiaSuraya 10 May, 2012
hai kesian betul. ada gak mak yang sanggup buat anak camnie.. tak sampai hati tengok baby tue merangkak to her mom tapi diperlakukan begitu. the baby cam mintak bantuan tapi haihhhhhh. speechless ngan orang orang yang tak der perasan camni. entah apa dipikirnyaaaa entah apa dirasuknya... haihhhhh
Ryu on ahsfantasy24.com Ryu on ahsfantasy24.com 10 May, 2012
entah macam mana hati si pelaku,
hati dan akal ada tapi kaku,
haiwan pun tak macam tu perilaku..
alyn adnan alyn adnan 10 May, 2012
kesiannye..dala budak lagi..
aRa ❤ aFiq™ aRa ❤ aFiq™ 10 May, 2012
kecoh pasal kes dera baby ni kn.. tpi video tu da lama kan..
Jai Montana Jai Montana 10 May, 2012
xsanggup gua tengok..terlalu kejam untuk budak kecik macam 2...cruel
akubiomed akubiomed 11 May, 2012
Difahamkan ibu yang melakukan penderaan tersebut telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Agar peristiwa itu menjadi ikhtibar. Kecewa ia berlaku dikalangan kita. :-(
Arina Shamsul Arina Shamsul 11 May, 2012
saya tak tengok video tu,tak sampai hati..

kang ada yang sawan kang kalau tengok..hahaha.

saya sangat2 berpuas hati dengan keperihatinan orang ramai dan tindakan yang perempuan tu terima..sekian terima kasih.haha,ada ayat cam menteri pembangunan tak boni?hihih
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 11 May, 2012
Kesian baby tu dpt mak yg gila!
Huhu sedih sgt...kejam betul perempuan gila yg bergelar "Ibu" kpd baby tu.
★ aIsyaH ★ ★ aIsyaH ★ 11 May, 2012
geram tgok org y pukul tu tp lg geram dgn org y rakam .. =.=#
NOOR FATIN NOOR FATIN 11 May, 2012
tak sanggup nak tengokkk tapi tertengok jugak bila ada dalam berita. kesian sgtt. kejam sgt ibu tuu :(
Myra Jay Myra Jay 12 May, 2012
Masa tengok video tu mmg geram sangat dengan pelaku, takkan takde belas ikhsan dengan baby yg tak mampu untuk membalas..