Cerita Lawak : Bertunang Dengan The Amazing Spiderman

     Baiklah. Disebabkan semalam aku menyibukkan diri dengan dua aktiviti, maka dengan bangganya aku menyambung dua tajuk menjadi satu. Semalam aku ada hadiri majlis pertunangan sahabat aku di Ampang bersama dengan 4 orang lagi sahabat-sahabat lama. Alhamdulillah. Bertambah seorang lagi sahabat aku yang ingin mendirikan masjid. Aku? Aku masih belum terbuka hati lagi. Lagipun, nasib baiklah ramai juga member-member yang masih lagi belum berdua. Heh heh. Tak lah rasa segan sangat. Hehehehe. 


     Selepas habis majlis tu, kami berlima pergi pula menonton wayang. Special thanks to Andy kerana terbelanja kami semua tengok filem 
The Amazing Spiderman  

  
     Pada permulaan cerita aku seperti rasakan yang filem kali ni mungkin lebih bosan daripada filem-filem Spiderman sebelum ini. Sebab apa aku katakan bosan, sebab watak hero sebelum ni aku tak berapa nak minat sebab nampak lembik. Tapi, lepas menyaksikan filem ni, aku sangat tertarik dengan watak hero yang dilakonkan oleh kucing Garfield a.k.a Andrew Garfield. Tak nampak Nerd dan lembik. Tapi lebih seperti watak budak lelaki nakal. Heh heh. Heroin pulak, pergh!!!!!!!!!!!!!! Menikam Qolbu aku!!! Rasa jatuh cinta terus dengan watak heroin tu. Rasa macam nak cari bini macam tu pula. Mesti susah nak jaga tu. Hahaha.


     Baiklah, aku akan ceritakan serba sikit sinopsis filem The Amazing Spiderman yang aku tengok semalam. 

the amazing spiderman
The Amazing Spiderman. Perasan tak dada beliau luka? Tu sebab kena cakar dengan  Buaya. 



     Peter Parker, seorang pelajar hingusan yang menuntut di Sekolah Menengah Bukit Idaman merupakan seorang pelajar yang sangat baik. Beliau selalu membelanja kawan-kawannya makan Frieskies. Disebabkan kebaikan dan kebendulan beliau itu, beliau telah dibuli oleh seorang pelajar lelaki yang bernama Ucop. Selalunya Peter Parker akan ditunjal-tunjal hidungnya oleh Ucop. Disebabkan hati yang terlalu baik, Peter Parker hanya membiarkan sahaja perlakuan si Ucop. Walau bendul sebegitu, jiwa Peter Parker sering meronta untuk mendapatkan cinta Gwen Stacy. Peter Parker selalu menangkap gambar Gwen secara curi-curi dan mengendap Gwen. 


-THE AMAZING SPIDERMAN-


     Satu hari, Peter Parker telah digigit oleh seekor labah-labah berwarna pink yang sangat manja dan comel. Kejadian berlaku di kala Peter Parker sedang enak mengendap Gwen yang sedang mencukur bulu ketiak. Sejak digigit, Peter Parker telah mendapat satu kuasa yang sangat hebat. Perilaku beliau juga berubah. Beliau menjadi seorang yang suka melompat-lompat tak tentu pasal. Beliau juga mendapat kuasa melekat di dinding-dinding, melekat di atas kuali panas, dan juga melekat di punggung babi hutan.

the amazing spiderman
bila aku tenung lama-lama, aku nampak yang beliau ni seiras aku.



     Tapi siapa sangka dalam keindahan hidup Peter Parker yang berubah 360 darjah itu, beliau juga telah berjumpa dengan satu lawan yang juga seekor makhluk gabungan DNA manusia bercampur dengan DNA cicak tokek. Makhluk yang bernama The Lizard itu terhasil apabila seorang proffesor bernama Prof Sahak telah tercium ibu jari kaki seekor cicak tokek. Sejak daripada kejadian itu, Prof Sahak telah berubah menjadi seekor cicak raksasa yang sangat hodoh, buruk, busuk, keji, kejam, busuk hati, tak boleh tengok kesenangan orang lain, dan suka membuli Aaron Aziz.


     Apa yang bakal terjadi kepada Peter Parker, Gwen Stacy dan juga The Lizard?? Pergi lah terjah ke pawagam untuk menyaksikan sendiri The Amazing Spiderman. Aku boleh bagi 4.5 bintang untuk filem ni. Aksi yang ditonjolkan, effect dan juga teknik kamera yang sangat-sangat memuaskan hati ganas aku ini. Bab sinopsis ni memang rekaan mainan minda aku. Minda bawah sedar. Hahaha. Sebab aku rasa ramai dah blogger yang sudahpun menceritakan sinopsis filem ni. Kalau aku cerita, sama juga jalan ceritanya. Betul tak?? Hahaha.


     P/S : Lama gila tak luangkan masa dengan kawan-kawan Selayang. Lepas ni bila semua dah kahwin, susah lah nak meluangkan masa bersama-sama. Kalau aku orang yang paling last kahwin dalam ramai-ramai tu, pergh.. terasa sedih pun ada. Lonely lagi lah aku. Tapi nak tanya, amacam sinopsis filem aku? Agak-agak boleh buat filem segempak filem The Amazing Spiderman tak? Hahahaha.


{ 71 comments.. read them below or add one }

MawardiYunus MawardiYunus 09 July, 2012
bro kenapa suka tulis entry panjang2.. huhu
Askrie Hishamuddin Askrie Hishamuddin 09 July, 2012
Dah tengok The Amazing Spiderman ke? Perghhh.. jeles gila!!!
keli menari keli menari 09 July, 2012
Owh lepas ni leh jadi pengarah dah kan,,,Haha
KiD KiD 09 July, 2012
aku nak donlod spiderman blu ray version.. boleh? hahahahaaaa
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 09 July, 2012
bila aku tenung lama-lama, aku nampak yang beliau ni seiras aku.

bapak tak menahan!! hahahahahhaha
Rafi Nilhan Rafi Nilhan 09 July, 2012
ya..tepat sangkaan saya..orang seperti anda tidak akan memberi kisah benar haha

anyways enjen anda memang deras hahahaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 09 July, 2012
haha...pandai ko reka sinopsis sendiri kan boni...HAHA...

P.S - nak lepak2 Selayang..roger2 la aq ye..ahaksss~
shida'R shida'R 09 July, 2012
biasala boni bila dah kawen ade sedikit perubahan tp xbmkna kawan dlupakn hehee ^_^

arghhh semua org cite pegi tgk wayang cite itu ini...ni yg jelessss ni nk pegi juga tp xde memberr larrr!!
hazanis hazanis 09 July, 2012
teringin nak tengok....hukss
akuzle ayu akuzle ayu 09 July, 2012
Sebelum mmg mmg ikut sekuel dier tanpa gagal. Tp kali ini mungkin gagal..huhuuuu
yana halim yana halim 09 July, 2012
dah tengok? haruslah nak layan jugak nih. akak rasa watak superhero paling touching dlm dunia marvel adalah spiderman. mesti angkara superman sebelum ni. huhu
maszull maszull 09 July, 2012
assalamualaikum Boni...baik la kawin cpt2 nanti ada teman.... kekawan semuanya dah sampai serunya nak kawin pas ni Boni plak yer...:)
Hany Rara Hany Rara 09 July, 2012
"Prof Sahak telah berubah menjadi seekor cicak raksasa yang sangat hodoh, buruk, busuk, keji, kejam, busuk hati, tak boleh tengok kesenangan orang lain, dan suka membuli Aaron Aziz." AYAT NI BUAT SY GELAK NONSTOP..HAHAHA

sinopsis yg mantap..hahaha nnt awk dah kawen mesti xrndu kt sy lagi..xyah la kawen..wakakakak
NAL NAL 09 July, 2012
adoi, jelesss ni. Aku tak tengok lagi ><
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 09 July, 2012
dem nk pempuan cntik je

tapi memang osem, superb, amazing

hampir je aku ngis kat panggung tgk cite ni

5 bintang sbb sume rase ade. sedih, lawak, geram
[PCL] [PCL] 09 July, 2012
idea gila2 hang memang gempak..rasanya aku kena pi tgk wayang citer nih...eh, THE AMAZING SPIDERMAN..
putryteya putryteya 09 July, 2012
teringin gak la nak tengok . lama dah tak tengok

bila nak kawen ni ? hehehe :D
daddydee daddydee 09 July, 2012
da lama aku tak jengah ke panggung...nak layan yang donlod je lah...hehhehe
ceklala ceklala 09 July, 2012
wahhh da tengok!!bile ntahnye nak pi tengok ni ha..da cadang2 asyik tak jadi jek :(
KorN KorN 09 July, 2012
bertunang dengan spiderman.. pastu ade pulak masuk topik kawen.. Haa.. itu tanda2 nya ko ni macam dah nak kawen sangat dah ni.. xpe boni, cari yang sesuai cepat2, pastu kawen..!!
are_lin@yu are_lin@yu 09 July, 2012
bez ke..hehe..masa g tgk 8jam siap abis lg tiket cita ni...

p/s :komen boni masuk,cuma ayu publish bila ayu dah baca ;-)
Phat Phat 09 July, 2012
jgn tunggu lama2 bro..
miss Fyqa miss Fyqa 09 July, 2012
Blm tgk lg la citer ni.. adehh. T_______T


kawen make sure jemput!! :D
Masz Sidek Masz Sidek 09 July, 2012
sabtu lepas nak tengok spiderman ni.. tp tiket sold out... huhuhu...
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 09 July, 2012
salu buat muja malu gelak cm nak mati dalam library ni,, sesak nafas tau gelak banyak2,,, penjahat tol!!! wekkkkkk :P
O'gosh O'gosh 09 July, 2012
kreatif...1st time baca sinopsis cenggini...hehe
PariPariPutih PariPariPutih 09 July, 2012
boni aku setuju... sebjijik costume yg dia pakai tu jer la ha ha ha :P


Sapa nak suntikan BOTOX free? angkat ketiak he3 http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/botox-no-thanks.html
kaki bola kaki bola 09 July, 2012
sumpah style gile spiderman ni.gua respek peter parker baru ni.
AdiaLuze AdiaLuze 09 July, 2012
Assalammualaikum ..

Hak hak hak .. Walaupun blog dan berubah menjadi dot com, kegempakkannya masih terserlah. TAHNIAH diatas kejayaan anda mengupgrade blog ini !!!!

Sinopsis anda berjaya membuatkan hati saya tertarik untuk menyaksikan citer ini dipawagam. Syabas !!! Bukan senang saya nak tgk citer omputih genre superhero di pawagam tau! Theheeeehe
Lyaa Suriany Lyaa Suriany 09 July, 2012
tapi kite rase spiderman kali ni tak seamazing yg dulu
Azza Afdzal Azza Afdzal 09 July, 2012
alamak saya dah ketinggalan untuk habiskan sinopsis cite ney la hihihi
~Sweet Honesty~ ~Sweet Honesty~ 09 July, 2012
haha.pnjg btl sinopsis en.kacak eyhh.. ne yg rasa nak tdooo je rasa.. 2 3x juga menguap ne..hihihi
cik ika cik ika 09 July, 2012
sinopsis nye mmg gempaq..haha
faridah nazurah faridah nazurah 09 July, 2012
aku rasa kalau kau buat filem guna sinopsis kau ni kompem boleh menang award.. hahaha
Ikmal Ikmal 09 July, 2012
Assalam, kahkahkahkah... lawak sinopsis koe nie... Siap tercium ibu jari kaki cicak tokek lagi... Apa2 pun terbaiklah... Belum nonton lagi The Amzing Spiderman nie... Sebab malas nak pi pawagam... biasa minta dengan orang jer movie ..
hairy hairy 09 July, 2012
fuhh!!....idea kau memang byk..klo aku mmg xla..haha...lusa bru nk g tgk ;p
Mat Som Mat Som 09 July, 2012
Jangan tunggu lama-lama Boni
Nanti dah kahwin baru menyesal
Kalau ku tau indahnya beristeri
Lepas sunat lagi terus kahwin
예쁜 예쁜 09 July, 2012
tahniah kepada sahabat bro yang bertunang tu ^^

hahah..adoi,,sinopsis dia bukan main pelik lagi..nak tengok cerita ni..hero dia handsome eyh??huhu
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 09 July, 2012
jeles gila aku!...hukhukhuk,lama xtgk wyg sjak praktikal ne :((
Aku Mad Aku Mad 09 July, 2012
haha , krem lagi bontot aku nih , haha .. citer 8 jam dah tengok ? kalau dah tengok , jgn lupa wat sinopsis ek .. :p
CikMai CikMai 09 July, 2012
ensem la spiderman baru.eheee *gatal
Muhamad Azam Muhamad Azam 09 July, 2012
Muntoh pelangi!!! tapi ceritani memang best *walaupon gua tak tengok
Adylia Qarissa Adylia Qarissa 09 July, 2012
jom jadi pasangan dkna. berdua lebih baik heheee
babycomel babycomel 09 July, 2012
sungguh ke best muvie tu?? tgh berkira2 ni mau tengok ke idak..
errr, tp part kawin tu yg paling best tau.. hahaha ;)
anamizu kaito anamizu kaito 09 July, 2012
seriyes aku menyampah gile Spiderman versi yg sblm2 nih.. mmg lembik gile.. base on blogger2 lain dah cite, mmg bunyi bes gila versi kali ni.. ditambah pulak dgn REVIEW dahsat ko ni Boni, bertambah meleleh air lior aku nak mendonlodnye ! yihaaaaaa~ hahaha






Luv,
cik ana
Aida Azryn Aida Azryn 09 July, 2012
aida tak tengok lagi. huhu. -__-"
NOOR FATIN NOOR FATIN 09 July, 2012
alaaa xtgk pn. jeles2!! haha
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 09 July, 2012
semua muka retis sama cam muka boni, hahaha :P
Akmal Hadi Akmal Hadi 09 July, 2012
bila aku tenung lama-lama, aku nampak yang beliau ni seiras aku.

i like...hahah
lilypelangi lilypelangi 09 July, 2012
esok aku pergi tgk lah :pp
Tinta Lana Tinta Lana 09 July, 2012
Salam..ye ke boni kawan ko dah terbelanja tgk wyg ni..ke ko pakse smbil acu sarang labah2? erkk? hahahha.

Haih,jadi pengulas filem dah ok dah..kalau ko buat filem, aku takut ko frust tertonggek..takda sapa nak tgk..nk uat cmna..bhahaha
Ikmal Ikmal 10 July, 2012
Assalam... Blog Official budak Jalanan dgn Noorikmal tu, owner yg sama... hehhehe...
cendol cendol 10 July, 2012
hahaha boni seiras spiderman tu eh?em ape nak kate ..wow !!
haha kembar agaknye :p
nak kene tngok jgk ni.ramai dh promote spiderman ni
Bitt (doubleIS) Bitt (doubleIS) 10 July, 2012
datang sini dari bro zarul! gua follow!
movie kalini memang amazing!
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 10 July, 2012
hahah Aaron Aziz pun ada dalam citer ko ni
si kiut lavender si kiut lavender 10 July, 2012
ades...mantap kot sinopsis nih

buat lagi meronta-ronta nak pi tengok
Myra Jay Myra Jay 10 July, 2012
Tak sabar nak tunggu versi DVD..

Sebab wayang ni suami tak layan...huhuu
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 10 July, 2012
alarrr...4.5 je ke???YM bagi 5 bintang okey?hehehehe...
Zamani Zamani 10 July, 2012
belum berpeluan lagi.. esok kot,murah sikit. hahahahah
Princess Nusy Princess Nusy 10 July, 2012
btul ke seiras?hehe.. =P
suzie rahman suzie rahman 10 July, 2012
wah mcm best je. nsib xbrp mnt tgk wyg klu x mst dh terkinja2 nk p tgk.
SP (spudinpunya) SP (spudinpunya) 10 July, 2012
jeles gua tak dapat lagi time yg sesuai nak g tengok ni
Nurlyla Nurlyla 10 July, 2012
esok nak g tengok, hehe :)

*pasal gadis-gadis gatal menegur aku tu, memang x boleh blah ketawa.. haha :) thanks
Hidayah Bach Hidayah Bach 10 July, 2012
Kita tgh tgu hari nak menonton..
Tak sabar dah..!
Arina Shamsul Arina Shamsul 11 July, 2012
panjang ke entri ni?bagi aku ini sudah cukup singkat sebab kalau baca betul2 mmg malantun2 air liur keluar terketawa..aku suka sinopsis rekaan ko boni..kebabom..

hahahahaha..nak ketawa lagi...hahaha.
fae jamal fae jamal 13 July, 2012
ya Allah..rosak filem tu dgn sinopsis nih..hahaha..hero hensem kan tapi tak ckup umur..spiderman tak abih sekolah lagi..hahaha
Nurrul Nurrul 18 July, 2012
ADUHHH ! Rekaan saja kah ? tidak ! ! terkena dan terkena lagi ! haha...
macam seronok sgt tengok cerita nie berdasarkan sinopsis cik Boni.. law dibuat berdasarkan sinopsisi nie pasti amat lucu ! filem action Lucu.. haha :P

*untungnya dibelanja , lepas nie belnja Nurrul plak ehh ? ^^
Isabel Diaz Isabel Diaz 04 August, 2012
Btl k sipnosis nie? Siap da cicak tokek lg tu.. hahaha..