Tragedi Kaki Kebas

     Kalau bercakap tentang kaki kebas , pasti ramai yang tertanya-tanya yang mana satu. Kaki kebas terbahagi kepada dua. Satu perkataan dan mempunyai dua maksud yang berbeza. Yang pertama, kaki kebas bermaksud kaki yang kebas-kebas, sejuk dan terasa seolah-olah kena cucuk dengan ribuan garfu. Yang kedua, kaki kebas bermaksud seseorang yang kuat mencuri mahupun merembat barang-barang milik orang lain.

     Jadi, pada hari ni , aku hendak menceritakan tentang kaki yang kebas. Kejadian ni terjadi semasa aku sedang melepakkan diri di atas kerusi santai yang disediakan sebuah shopping mall. Ada lah dalam 30 minit aku duduk, aku mula terasa kebas-kebas kaki. Pergh! Makin lama makin kritikal. Tanpa melengahkan masa, aku terus memegang-megang kaki dan mengurut-ngurut. Mak aih! Tak terasa apa-apa. Aku dah mula goyang. Aku dah mula cemas. Apakah aku sudah lumpuh sebelah kaki? Aku tekan kuat lagi.


kaki kebas
Licin betul kaki mamat-mamat ni. Tak macho langsung. Hahaha. Sumber gambar ->  http://topimagine.blogspot.com



     " Oi! Kau dah kenapa pegang-pegang kaki aku?? Gay ke?!!",jerkah satu suara di sebelah aku.


     Aik!! Bila masa pula ada brader duduk sebelah aku ni? Macam mana aku boleh salah pegang kaki ni?!! Pergh!! Hampagas betul!


     " Sorry bang. Saya bukan apa. Saya betul-betul mengagumi kaki abang. Unik sangat. Tak ramai lelaki yang punyai kaki seburuk kaki abang. Saya kagum sangat.",ujar aku gigih memberi alasan untuk melepaskan diri.


     " Betul ke? Betul kau kagum dengan kaki aku ni?",soal brader tadi. Terlihat wajah bangga yang teramat.


     " Betul bang.",ujar aku singkat sambil terus berlalu pergi dari situ.


     Tak lama kemudian terdengar suara brader tadi bertempik.


     " Kurang ajar punya budak!! Kau cakap kaki aku buruk!!!"


     Tunggu lagi? LarikK!!!!


     Jadi, itulah dia cerita tentang kaki kebas. Hahaha. Selamat berhari Isnin. :)  <-- smiley

{ 60 comments.. read them below or add one }

Razil Tahir Razil Tahir 16 July, 2012
hahahaha
macam mana boleh salah kaki?
Sib baik tak kena charge gangguan seksual di tempat awam..
Niesa Niesa 16 July, 2012
hahaha..bleh plak cm tu ek..adoi..
fairus fairus 16 July, 2012
JANGAN CUBA-CUBA MEMINTA PERTOLONGAN DARI KAKI KEBAS UNTUK MENGURUT KAKI KITA YANG SEDANG KEBAS.. :)
cik yuyu cik yuyu 16 July, 2012
Huhuhu...lepas ni kalau kaki kebas jangan dipegang.. Hahahahaa..
Afasz Afasz 16 July, 2012
hahahahahahhaha.... aduyai..boni-boni..sabar jela.
ஜ miss klanika ஜ ஜ miss klanika ஜ 16 July, 2012
entry bro boni tak penah menghampakan . haha . nasib kaki brader. kalo kaki golongan makwe cemana jadik nye . keh3
daddydee jedi daddydee jedi 16 July, 2012
memacam ragam tuan boni kita ni...
hahhahah
Myvitrd Myvitrd 16 July, 2012
hahaha.. lawan siapa paling licin ke?
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 16 July, 2012
bahaya tol la bang boni nih,, nsib baik laki,, kalau pompuan camne la,, hati2 ye len kali,,, ish3
Nurul Akmal Nurul Akmal 16 July, 2012
Hahaha Boni2.. sib baik bukan kaki perempuan.. :)
KorN KorN 16 July, 2012
Hampeh punya cerita... grrrr.... pendek sgt la pulak... baru nak panas bace cter ni.. adoi
Phat Phat 16 July, 2012
kaki kebas masa kenduri yg bahaya tu
NAL NAL 16 July, 2012
hahaha..boleh plak jdi mcm tu? bahaya2..
Cik Rongoks Cik Rongoks 16 July, 2012
hahahahhaa..nasib baik kaki lelaki.
Adylia Qarissa Adylia Qarissa 16 July, 2012
nasib baik tak kene sepak terajang kat situ...larikkk
putryteya putryteya 16 July, 2012
hahha , kaki kebas .. tetibe kaki orang lain . macam mana kah ?? hahhaha
hairy hairy 16 July, 2012
hahaha bhya2...sengal btul! haha
afzalsukasuki afzalsukasuki 16 July, 2012
erk apsal aku baca macam kaki kipas je?
Nurlyla Nurlyla 16 July, 2012
mula2 baca, kaki bebas.. haha
yana halim yana halim 16 July, 2012
hahaha....entahape2... ingat tadi dah ada simptom kena kencing manis ke... :p
Mr.She Mr.She 16 July, 2012
hahaha~ patut la x rasa ape kn..

tapi tapi tapi.. xnk caye pun cite ni :p
inche hlovate inche hlovate 16 July, 2012
haiyaa!! apa sudah jadi maa??
wantie wantie 16 July, 2012
hahaha.... ketawa dah berbahak bahak kat depan PC ni. tak tahan lawak siot.

cam na leh tersalah pegang kaki.
Nadot Nadot 16 July, 2012
hohohooh..apekah?!.. hohoho
예쁜 예쁜 16 July, 2012
hahaha..bahaya betul
onlajer onlajer 16 July, 2012
haaha apasal lu tak perasan yang lu pegang kaki brader tu hehe
Arina Shamsul Arina Shamsul 16 July, 2012
Hahaahahhahahaha...hadoiiii boni..apadah..patot la tak rasa apa kan..hahahahahaha
maszull maszull 16 July, 2012
assalamualaikum Boni...hahahaha memang betul la macam mna boleh salah pegang kaki tu...:)
Si Matatajam Si Matatajam 16 July, 2012
Mula2 cam suspen ja ..last2 lawak la plak...
ccicute ccicute 16 July, 2012
wahahha.. patutla x rasa sbb da pegang kaki org lain.. ape da... sib baik lelaki.... hahahha... tu la sebelum urut x nengok lu kaki sapo..
Zamani Zamani 16 July, 2012
ek,haha. mana org tu tak marah pegang2 kaki dia. haha.. pehh,cantik kaki tu. hahaha :D
HUDAJMAL HUDAJMAL 16 July, 2012
haha. kite suka pegang kaki orang yng tgh kebas. mesti nnti die mnjerit-2. nk kejar tk boleh sbb kaki tgh kebas kan. haha
LidiaSuraya LidiaSuraya 16 July, 2012
berbulu skit baru laaa nampak ganteng... eh ganteng letak pada kaki ker? huwawawawawawa pengsan....
Myra Jay Myra Jay 16 July, 2012
Hahaahaa, memula baca tadi saspen jugak,
part last tu yang tak tahan.
Dalam pujian ada kejian..heheee
hazman aka species1980 hazman aka species1980 16 July, 2012
agak2x sempat cabut bulu kaki tak ? hahahahaha
Ikmal Ikmal 16 July, 2012
Assalam, poyolah koe nie Boni... hahah... lawak2 sampai tergelak besar aku dibuatnya... memang terbaik cerita koe nie.... kalau koe tak lari komfom kena rembak enambelasributigaratus kali... Nie rekaan kah @ realiti.. ?
cendol cendol 16 July, 2012
hahaha kuang asam jawa! dah le pegang kaki brader tu siap ckp kaki dia buruk lagi! haha
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 16 July, 2012
kalau duduk atau berdiri lama2 mesti kaki cepat kebas.. paling sakit kalau kena yang takleh nak gerak tu.. ala2 kejang gitu.. pergh!
Mat Som Mat Som 16 July, 2012
Agak-agak Boni boleh didakwa di bawah kanun keseksaan kerana MENCAB..L tak ni?...hahahahhhhahhhhahaha
miss Fyqa miss Fyqa 16 July, 2012
Haha. boleh pulak salah kaki.
Cik Fie Cik Fie 16 July, 2012
HAHAHAHHAHAHAAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAHHAAAHAAHAHAHAAHAHAHAHAAHAAAHAHAHAHAAHHAHAHAAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAAH :D
mr.pingu mr.pingu 16 July, 2012
wah wah bony dh pandai wat gangguan seksual!! hahhaa
mira maisara mira maisara 16 July, 2012
kena beli spec mate utk boni nieh..haha
keli menari keli menari 16 July, 2012
Itu kebas yang amat parah..Haha
Mia Meymi Mia Meymi 17 July, 2012
hahaha . teruk btul la boni ni..
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 17 July, 2012
kalau awek yg dok sebelah tu, untung la boni, haha
afeb pilah afeb pilah 17 July, 2012
kaki sendri pon boleh tak kenal ya? hahahaha!
faridah nazurah faridah nazurah 17 July, 2012
musykil gak aku mcm mana kau boleh salah pegang kaki ni wey? haha pelik2 je la kau nih.
sweetkurma sweetkurma 17 July, 2012
ish ish biar betul....sampai salah kaki
Chuu Muqhlis Chuu Muqhlis 17 July, 2012
amboi alasan dia kemain ye hahaha., err., mula2 masa brader cakap kaki kebas terbhgi pada 2 sy terfikir apa yg lagi satu., sbb dlm kepala cuma terbayang kaki kebas yg sakit cucuk2 tu je hehe., da mention baru ooooo...
Denaihati Denaihati 17 July, 2012
aku ingat la, kalau salah pegang kaki pun boleh kena saman...heeee
ikatkan tajuk pencuri.
Masha Meisters Masha Meisters 17 July, 2012
hahaha...nasib baik kaki Mr...kalau kaki Mrs siap la abg boni....kiki
AdiaLuze AdiaLuze 17 July, 2012
Assalammualaikum ..

Satu je komen sata : Wakakakakakakaaaaa
CIK TOM CIK TOM 17 July, 2012
hahahah...ada plk camtu...
Nurrul Nurrul 17 July, 2012
Hahaha , nasib tak kena tendang dengan brader tuh !

*bukan main lama mengurut nyeR ? ADA2 JEK CIK BONI NIEH.. HAHAA
AmyZana AmyZana 17 July, 2012
adeh
segan je doh hahaha xDDD
Hany Rara Hany Rara 18 July, 2012
haha naseb kaki laki kalau kaki pompuan