Berpesta Dengan Gadis Murahan

     Berkenaan entri merdeka aku, aku mendapat satu komen yang benar-benar membuat aku tersentap. Bagai terasa disentap dari tidur lena yang panjang. Komen itu benar-benar membuat aku terfikir sejenak. Komen yang sangat-sangat memberi inspirasi dan semangat untuk aku. Jadi, biarlah aku kongsikan komen itu untuk ditatap dan difikirkan sedalam-dalamnya oleh generasi-generasi muda kita.


Kepada Boni 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Merdeka bukan sekadar laungan
Tetapi pengisian
Dan kita menikmati kejayaan bersama
Bukan menjadi penonton.

Kalian masih muda
Bangkitlah, rebutlah peluang
Belilah bangunan-bangunan
Gedung-gedung perniagaan
Bukan memeriahkan kemerdekaan dengan bunyi ekzos yang membingitkan
Dan bukan berpestaan dengan
gadis murahan 
Tetapi perjuangan!


berpesta dengan gadis murahan
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar --> http://beautifulnara.com
     Sesungguhnya komen ni sangat-sangat berguna untuk anak-anak muda zaman sekarang ni termasuklah aku sendiri. Fikirkanlah semua. Sampai bila kita nak duduk di level yang paling rendah? Kenapa tidak kita mencuba untuk mendaki ke level yang paling atas? Cuba tak salah. Daripada tidak mencuba langsung. Jangan terus leka dengan keseronokan dan kenikmatan duniawi yang hanya bersifat sementara dan tidak kekal. Lebih baik kita semua bangun dan fikirkan tentang kehidupan bakal anak-anak kita satu hari nanti. Takkan kita nak tengok mereka pun memegang title KULI seperti kita juga? Pegang pada satu perkara. Bangsa kita hanya gah pada bilangan sahaja, tetapi selebihnya hanya gah pada title KULI. Gulai asam gulai kari, manakan sama dengan ikan kekek mak iloi-iloi. Baiklah. Aku tak pandai mencipta perumpamaan.

     Di kesempatan ni, aku ingin memperkenalkan individu yang telah berjaya membakar semangat perjuangan aku hingga membuatkan otak kiri dan kanan aku ligat berfikir. Beliau adalah seorang guru. Silakan terjah beliau dan mengenali my bro ni.

{ 71 comments.. read them below or add one }

cik yuyu cik yuyu 31 August, 2012
agak tersentap jugak sikit.. huhuhu... sekaligus memberi kesedaran..
babycomel babycomel 31 August, 2012
ye, sgt benar & sgt berilmu apa yg diutarakan tu.. kita org mudalah yg perlu bangkit utk terus memartabatkan maruah bangsa & ekonomi kita
KiD KiD 31 August, 2012
mari kita merdekakan fikiran kita.. merdeka.. (mana serunding aku weh?) hahahahaa
shidaR shidaR 31 August, 2012
ingt boni dah berfoya pastu snap..pergh...nasib cuma amaran jerh hehee ^_^
Cik Nur Cik Nur 31 August, 2012
siapapun yg baca komen tu, pasti tersedar.. tahap mana kemerdekaan kita...
Ikmal Ikmal 31 August, 2012
Assalam, memang terbaik... tpi ingat dalam mendaki tu kita kena tengok juga orang yg berada di bawah kita... Jangan sombong bila berjaya...


SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55 TAHUN... (^_^)
Isabel Diaz Isabel Diaz 31 August, 2012
cis, ingatkan gmba awk kt bawah tu td.. hahah
mrs chenta mrs chenta 31 August, 2012
betul tu boni... kdg2 ada diantara kita terlalu leka dgn duniawi...sedangkan akhirat yang abadi tiada yang ambil peduli. sama2 kita muhasabah diri kita...kita merdekakan jiwa dan minda kita untuk agama...bakal2 generasi kita akan dtg.aminn
Anastasyea Aida Anastasyea Aida 31 August, 2012
setuju sgt dgn awk Boni.. entry kemerdekaan awk nie entry yg penuh dgn penghayatan kemerdekaan..
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 31 August, 2012
erm tapi aku geram tang perempuan murahan

npe die sebut perempuan je murah? laki pon kene skali

lg satu gamba tu censored sepenuhnye pic lelaki. pempuan tak pon

#emosi pulak
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 31 August, 2012
haisyy,,, perempuan je ke yang murah abang boni,, mm,, jarang baca benda serius kat blog ni,, hehe
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 31 August, 2012
makan dalam! tapi tak pada aku la sebab malam merdeka aku habiskan dengan aktiviti sihat, iaitu dengan bermain futsal :)
Tinta Lana Tinta Lana 31 August, 2012
Salam.

Ak tengah berusaha memajukan diri ni boni. Membesar dengan bangsa lain selain bangsa sendiri, memang buat ak agak skeptikal dgn kemelut bangsa sendiri.

Sama2 berusaha merubah diri kearah lebih baik!
anamizu kaito anamizu kaito 31 August, 2012
betoi pon apa kat komen tu.
tgh mlm smlm punyala bingit
bunyi motor bdk belia dlm felda
ni.. depa ada konvoi merdeka..
tapi tak perlulah dok wengwengg
koyak minyak masa tengah mlm..
prihatinla org yg sakit ke hape.
huh !



slm lebaran,
cik ana
maszull maszull 01 September, 2012
assalamualaikum Boni....moga remaja2 sekarang faham erti kemerdekaan yang sebenarnya ye...:)
вʋввℓɛ ρσρƨ вʋввℓɛ ρσρƨ 01 September, 2012
tahu takpe kan , dari melepak tak tentu hala, buat maksiat segala, bek la buat kerja amal tuh ;) dapat jugk pahala ;) bagus entry nie.
ikaa ikaa 01 September, 2012
aha b2tol...bangsa kita cuma bangga dgn bilangan yg byk ja,..tp sedih bila separuhnya dlm jail, hamba mainan orang, hmmm
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 01 September, 2012
tahun depan mesti ada kes buang bayi sebab seronok sangat time merdeka kan =.=
Izara4eva™ Izara4eva™ 01 September, 2012
hmm.. itu la keadaan skunk kan.. bila merdeka remaja merdeka lain plak.. *muhasabah diri*
daddydee daddydee 01 September, 2012
seronok la dikelilingi cewek sexy...hahahah
PotiaCasaDelarossa PotiaCasaDelarossa 01 September, 2012
bertuah ko Boni ada jumpa org2 yg mcmni.. susah nak jumpa org mcmni..yg selalu kita jumpa org yg penuh hasad dengki yg x leh tgk kejayaan org lain..

SALAM KEMERDEKAAN BONI YANG KACAK LEMAK BERKRIM DI SUKAI RAMAI...


ekekekek... pergh!!! trffic ko Boni... hebat!!
Bitt (doubeIS) Bitt (doubeIS) 01 September, 2012
selamat hari merdeka! doakan ramai remaja yg berfikiran begini...
zaxx zaxx 01 September, 2012
salam merdeka bro..:) mohon jgn tergoda dgn gadis murahan itu..hihihi
Fazrol Fazrol 01 September, 2012
pergh! tersentap mak..
mmg betul pun..
DARMASITE | The Best Tips Internet Marketing DARMASITE | The Best Tips Internet Marketing 01 September, 2012
Follow #1086 sukses kawan, ditunggu follow baliknya!
Niesa Niesa 01 September, 2012
semoga kita merdeka dari semua aspek..bkn dari segi penjajahan je kan.. =)
Mat Som Mat Som 01 September, 2012
Boni
Lidah saya asyik tergigit
Rupanya Boni higtligtkan komen itu
Entahlah Boni, malam tu saya agak bengkek dgn suasana hingar bingar malam merdeka itu, lalu saya nukilkan di blog Boni

Kita perlu lahirkan ramai usahawan
Agar anak cucu kita tidak terus merempat di bumi sendiri.



jaakechik jaakechik 01 September, 2012
betul time merdeka gini la ramai yg wat benda yg x senonoh. kononya merdeka bagi diorang. btw, komen tu mmg terbaik!
khusainikusi khusainikusi 01 September, 2012
satu galakkan yang sgt bagus ..bukan sudt material yang kita pndang ..tpi dari sudut masa depan...yup..mmg semangat kalau fikir balik...
teha teha 01 September, 2012
betoll ape yg die komen tu.. hee :)
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 01 September, 2012
betul tu boni :)
bila lagi kita nak merdeka diri kita dari terus berada dibawah? kene buat sesuatu yang out of the box. supaya kita boleh mngubah hidup kita lebih baik dari sekrang.. tapi bila dah berada diatas jangan terlalu merasa diri merdeka/bebas tapi kene membantu orang2 yang dibawah ni juga..
si robot comel si robot comel 01 September, 2012
gua suka komen tu weh, suka suka.

sampai bila nak hidup cara yang sama,perlukan perubahan untuk tingkatkan hidup dan jangan stay di takuk yg lama. Bangsa ku,moga terus bangkit dari tidur mu.
Aku Mad Aku Mad 01 September, 2012
aku lom merdeka lagi..
shinji izac shinji izac 01 September, 2012
tu budak-budak zaman skng ni..tak de keje sgt, hidup pun terlampau sosial, tak pikir panjang..

kita patut "merdeka" kan diorg, kasi insaf ckit..
aimaniman aimaniman 01 September, 2012
yupp samalah yg macam akak alami di stadium BJ malam tadi... sikap anak muda yg langsung x ada penghayatan erti kemerdekaan dalam diri..

kesian, sebab inilah gen y yg dimegah2kan tapi sebenarnya kosng kualiti dirinya...
Masha Meisters Masha Meisters 01 September, 2012
merdeka3x!!!
jangan biarkan diri dibelenggu anasir2 jahat....kekeke...peringatan untuk masha juga :)
miss Fyqa miss Fyqa 01 September, 2012
semua minda rkyt kita merdeka.. :)
Nurrul Nurrul 01 September, 2012
NIce komen .. memang mendapat ransangan minda yg sgt pantas dgn kata2 itu ^^

*Harap Nurrul dapat menjdi anak bangsa yg merdeka dari segala aspek.. ukan nurrul sja , tapi kita semua :")
hazanis hazanis 01 September, 2012
makin hebat blog ni...chaiyyokkk...:))
Cendol Cendol 01 September, 2012
wow nice niceee!!btol tu ape yg dicakap kan..
budak melayu gah je menjerit jerit Merdeka,Merdeka,tapi diri sndiri hampeh.diri sndiri masih belom merdeka dari penjajahan barat.berpesta dgn gadis2 murahan tu budaya siapa?barat..
Pemuda harapan bangsa,Pemudi tiang negara.kalau tengok remaja2 skrg di Malaysia ni,agak2 ape naseb negara kita pd masa akan dtg?masa dpn negara bgantung kpd jenis belia yg tbentuk.Kepala yg mbentuk belia tu mesti lah org yg betul jlnnya.
Everything's Everythings Everything's Everythings 01 September, 2012
betul tu ;D
ada duit byk2 simpan utk beli gedung2 perniagaan aka laburkan kepada sesuatu yg bermanfaat ^^
O CIKTEDDY O CIKTEDDY 01 September, 2012
hoyeah! benar2 mmbakar semangat!
lewisdotmy lewisdotmy 01 September, 2012
memang setuju merdeka bukan sekadar laungan semata-mata
dhiashahida dhiashahida 01 September, 2012
laungan dari kolbu itu yg penting....di situ titik perubahannya..hoyehhh!!
Mummy Akmar Mummy Akmar 01 September, 2012
awal-awal baca tersentap abis..skali masuk pantun tak kena..terus macam tak sentap sangat dah.. HAHAHAH!
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 01 September, 2012
biasanya remaja2 ni ske sgtlah klu ada sambutan2 mcm merdeka,new year n etc..lps tu,dorg merempit lah..mcm2 lah dorg buat..x ske btol..pada hal byk je kempen kesedaran utk remaja..dorg ni x sedar2 lg kot..ermmm
deq noor deq noor 01 September, 2012
xtengok pun sambutan kemerdekaan tahun ini sebab berada di luar kawasan... dengarnya ramai gak yg complain...
onie onie 01 September, 2012
itulah erti kemerdekaan sebenar :)
fairus fairus 02 September, 2012
9 BULAN DARI SEKARANG LAHIRLAH "ANAK-ANAK MERDEKA"
Aida Omar Aida Omar 02 September, 2012
bangkit dan terus bangkit jangan mudah berputus asa.. untung ang boni ada yang menyokong.. orang kita nie satu masalah dia.. kaum sendiri baru nak naik dihentam2 pulak.. hai!
hafizrahim hafizrahim 02 September, 2012
dulu pernah terikut-ikut segelintir mat moto untuk membazirkan masa..tetapi mujur cepat tersedar daripada terus hanyut..alhamdulillah..melayu perlu berubah, bukan setakat mampu jadi jaguh kampung..pesanan kepada diri sendiri juga

entri terbaru hafizrahim I Art You Malaysia
Aien Alien Aien Alien 02 September, 2012
makan dalam. tapi penuh kata semangat...merdekakan diri sendiri.
Waalid5035 ™ Waalid5035 ™ 02 September, 2012
hem..apa erti kemerdekaan....
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 02 September, 2012
merdeka dari segala kemaksiatan....semoga :)
Zul De Alexis Zul De Alexis 02 September, 2012
komen dia memang wat tersentap...tapi ada benda dia nk sampaikan... satu komen yg bg kesedaran..
Zul De Alexis Zul De Alexis 02 September, 2012
komen dia memang wat tersentap...tapi ada benda dia nk sampaikan... satu komen yg bg kesedaran..
onn Lajer onn Lajer 02 September, 2012
satu sahaja soalan aku kebanyakan kita berani atau mampu membeli rumah beratus ribu tapi sedeikit sahaja bangsa kita yang berani membeli unit kedai pejabat yang kekadang harga dia lebih murah dari rumah. cuba kita ikut bangsa cina jika duit itu diberi pilihan untuk membeli rumah atau kedai nescaya meraka akan memilih kedai. sepatutnya orang islam berfikir rumah yang kita huni jika diwarisi memang tidak akan cukup menampung keluarga tapi jika kedai kau orang malas pun insyaAllah pasti duit sewa mampu menampung saraan keluarga
~~zana@pb~~ ~~zana@pb~~ 02 September, 2012
Boni belum merdeka sebab dia belum kawin, sekian terima kasih. Bye...akak ngantok.
steffany daph steffany daph 02 September, 2012
laaaa.. rupa-rupanya di sini blog awk. hehe, baru first time jejak kaki. hari ni la jumpa. dulu cari2 mcm takda. (: nice blog boni !

agree sngt dgn peghayatan awk ttg merdeka.
azwan azwan 02 September, 2012
selamat hari merdeka. semoga bangsa kita akan lebih maju dan bangkit di masa depan
CIK TOM CIK TOM 03 September, 2012
perghh mmg benar sekali komen tue..smoga anak muda bangsa Islam malaysia ms kini n akan dtg dijauhi dgn sifat2 begini..
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 03 September, 2012
Good advise!YM as a parent, jadi sangat2 risau.Tugas mendidik generasi muda, terutamanya anak sendiri zaman sekarang nih bukan mudah.Segalanya bermula daripada akar umbi, semoga YM mampu mendidik anak2 YM menjadi insan yang Merdeka!amin.
Denaihati Denaihati 03 September, 2012
"Belilah bangunan-bangunan
Gedung-gedung perniagaan", terbaiklah komen ni.
Hany Rara Hany Rara 03 September, 2012
hari merdeka remaja2 cuma sibuk buat maksiat merata2..
dava adelia dava adelia 17 January, 2014
Menjual Berbagai Herbal Obat Kuat Pria Alami, Obat Pelangsing Badan Herbal, Produk Kosmetik Bebas Mercury, Suplemen Kesehatan, Aneka Kondom Import, Sex Toys Pria Dan Wanita, Obat Perangsang Serbuk Dan Cair, Alat Pembesar Penis Dan Payudara Serta Obat Tahan Lama.

Call Us Now : 081228635060 - 087746599003