Merasai Ketenangan Di The Pool Kuala Lumpur

     Kepada penggemar suasana tenang dan santai, The Pool menyediakan suasana itu kepada anda. Baik untuk psikologi anda yang inginkan ketenangan selepas seharian berperang dengan segala masalah yang melanda. Di The Pool, anda boleh melupuskan segala kekusutan yang berada di dalam minda anda itu.

the pool

     Di sini, anda akan dilayan bak seorang VIP. Layanan yang sangat memuaskan. Sememangnya ini adalah pilihan bagi warga kota yang inginkan suasana tenang, damai dan santai di tepi kolam. The Pool ini diasaskan oleh pemilik restoran dan bar yang terkenal iaitu di Damansara Heights iaitu The Hill.

the pool


     Sejujurnya, pertama kali aku tau tentang kewujudan The Pool ni, aku dah tertarik dan jatuh hati pada tempat ini. Kerana sejujurnya juga, aku memang seorang penggemar tempat-tempat yang santai dan tenang ni. Apa lagi dengan susunan lanskap yang sangat indah dan limpahan lampu-lampu yang sangat cantik. Sememangnya dapat menghiasi dunia malam kita.

the pool
The Pool Deck
The Pool
The Pool Deck
the pool
The Pool Deck
the pool
The Pool
     Selain suasana tepi kolam yang indah dan santai, anda juga boleh menghayati suasana 'Indoor' di The Pool. 

the pool
Kyoto Lab Dining
the pool
Kyoto Lab Lounge
the pool
The Pool Inside Seating
The Pool DJ Console
      Antara keistimewaan lain yang boleh anda dapati di The Pool ini ialah , berbagai sajian minuman yang mampu membuatkan anda menjilat bibir anda. Di sini, anda akan dihidangkan dengan minuman ala-ala hawaii. 

the pool
Fish Bowl
the pool
Coconutz
the pool
Hawaii
the pool
Watermelon Slush

     Jadi, jangan fikir lama-lama untuk pergi ke The Pool ini. Anda pasti berpuas hati dengan apa yang disajikan untuk anda. Baik dari segi layanan hinggalah dari segi suasana. Anda pasti akan berpuas hati dan pasti akan datang lagi. Jika anda tidak tahu di mana lokasi The Pool ini, di bawah akan disertakan alamat serta harga untuk anda mula berkira-kira.

The Pool 
347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 
Rabu hingga Sabtu 5.00pm - 3.00am
Ahad 4.00pm - 3.00am
RM35 for men, FREE for ladies (Applicable all nights)

{ 55 comments.. read them below or add one }

babycomel babycomel 29 August, 2012
ni kalau dah g sini comfirm xmau balik ni. tengok gambar je pun dh teruja =)
babycomel babycomel 29 August, 2012
lupa nak cakap, ala-ala hawaii yg best giler tu ;)
shidaR shidaR 29 August, 2012
sambil2 tu boleh mandi2 x boni? heheee :p
boni kacak boni kacak 29 August, 2012
@shidaR dah sampai sana terjun je.hahaha
KiD KiD 29 August, 2012
tempat apa ni boni?? aku nak gi dengan nurul laah.. hehhehe
aNiss :):) aNiss :):) 29 August, 2012
wahh!! teringin nak g sane :((
Waalid5035 ™ Waalid5035 ™ 29 August, 2012
nape ladies free?huhu..ketidakadilan disitu...

xlah mahal mane ye..tp kalau jenis waalid ni..tgok tempat pun mcm seram dah..haha..comfirm xmasuk punye...huhuhu
shinji izac shinji izac 29 August, 2012
nak g la...cantik betul dia punya deco..tapi nk membeli tu,suh boni belanja la...hihi~
[PCL] [PCL] 29 August, 2012
terasa nak ke sana la bro...huh sempoi, tak mahal. .patut la tu kan harganya.
maszull maszull 29 August, 2012
assalamualaikum Boni...wah !! bestnya ... cantik juga tempat dan suasana nyer...:)
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 29 August, 2012
interior sgt menarik hati........wahhh,bila ko nak ajk aku dtg sana?hahaha :P
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 29 August, 2012
aku suke tapi kolam tu dlm x?
aku tak reti berenang

#musykil knp FREE untuk ladies? mohon perjelaskan encik boni
Mira Adzlia Mira Adzlia 29 August, 2012
canteknye....bule pegi bsosial kt cni nih..haha
tirahzairi tirahzairi 29 August, 2012
fuy0oooo....nice....

ps: awk dh ade dlm bloglist tirah la...xperasan lettew...huh,,, xnk kawan!
syiela syiela 29 August, 2012
sampai sana compom tak mau balik dah ni.. best!
Dkna Abza Dkna Abza 29 August, 2012
hari tu boni da janji nak bawak dkna kan?? :p
cik yuyu cik yuyu 29 August, 2012
ladies free?? biar betol..
msredcheesecake msredcheesecake 29 August, 2012
Sgt cantik dan tenang.... Deco pun cun.... Tapi...

Selamat hari raya mr boni... Maaf zahir dan batin kalau ada tersilap dimana2....
Myvitrd Myvitrd 29 August, 2012
macam tempat nak bermadu kasih je ni.. bawa anak sesuai tak tempat ni.. hehehe
ceklala ceklala 29 August, 2012
untuk yang bertudung macam tak sesuai kot kalo ke sini hihihi
Masz Sidek Masz Sidek 29 August, 2012
wah utk ladies free laa....
cantik suasana kat situ... tengok gambar pun dah tertarik... :D
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 29 August, 2012
apesal ladies free....jom la weh
MAY MAY 29 August, 2012
KENAPE KORANG BT ENTRY YG SAME?ADE UDANG SEBALIK MEE KE?HAHA

*EH..MY FREN TU SINGLE MINGLE LAGI..NAK EJAS KE?
Cik Nur Cik Nur 29 August, 2012
wah..cantik tempat tu... seronoknya kalau tempat tu nur yg punya.. :)
mrs chenta mrs chenta 29 August, 2012
boni... bawak anak boleh x? hikhikhik!!!!!
wantie wantie 29 August, 2012
ko ade share ke dengan restoren ni? promote sakan nampak. hehehe...

tempat cantik giler. kalau kat penang sure terjah ni. mmmm...
HALAL tak?
Chuu Muqhlis Chuu Muqhlis 29 August, 2012
wohaa! untung dpt lepak sini :D
Cendol Cendol 29 August, 2012
mcm best ni.tapi musykil aq.kenape FREE for ladies??
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 29 August, 2012
free for ladies?tp ladies tu kena g dgn men ke?klu sume ladies,dikira free x?
LelakiSemalam LelakiSemalam 29 August, 2012
aku faham tempat ni...hehe
Errah Errah 29 August, 2012
sukanya suasana the pool ni..tp jauh sgt..dpt tgk gmbr pun jd la kan...air nanas tu style la..xpenah tgk g cmtu..
syafeeqa syafeeqa 29 August, 2012
kenapa free for ladies? seram ni serammmmmm. HAHAHAHAHAH
Malaysia coin Malaysia coin 29 August, 2012
Salam.
Apa yang free untuk ladies tu?
Phat Phat 29 August, 2012
bro nanti aku turun KL bawak aku g sana nk cucuk langit la lama x cucuk langit dah ni hahaha
Nurul Akmal Nurul Akmal 29 August, 2012
Nurul suka semua air dia.. nampak fresh.. :)
Cik blogger Cik blogger 29 August, 2012
Semua gambar tu cantik ^^
Nurrul Nurrul 29 August, 2012
bestnya ! tengok dalam gambar pon terasa kedamaiannya.. cuma Nurrul tak pandai nak berenang lar... aduihh.. camner nie ? takkan nak tengok aje law dtg sane ? ? :"/
Isabel Diaz Isabel Diaz 29 August, 2012
mcm promoter lh awk nie.. hahah.. tp tmpt tu serious best lh.. air dlm nanas tu mcm sedap jew
munir ardi munir ardi 29 August, 2012
wah harganya tidak terlalu mahal nih betul-betul tempat yang tenang hilanglah stress bila rehat ditempat tersebut
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 29 August, 2012
bestnyer....tapi, ni kalau bawak yayan masuk ni, jadi tak tenang tempat tuh ha, hahaha!
Beckhrooy Beckhrooy 29 August, 2012
boleh pula free for ladies, krg adil ini hehe
fairus fairus 29 August, 2012
MACAM TEMPAT MAKAN ORANG-ORANG KAYA JE..
Mr.She Mr.She 29 August, 2012
sooooo cantik! ok jatuh hati skang. hehu

tp knape ladies free? -,-
Niesa Niesa 30 August, 2012
pas ni ramai la ladies g sana sbb free..hahaha..
cantik tmpt tu!tp mcm tempat mewahh..
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 30 August, 2012
untuk perempuan free?? nak ajak semua family prempuan lah datang :)
Miziey Miziey 30 August, 2012
Y Ladiesss freeee??!!! ini tak adilllll!!!
KorN KorN 30 August, 2012
watermelon slush.. aku dah tertarik tgk nya.. ko kne blanje aku la cam ni... eh, ade spa tak kat sini, nak gak urut2... ehhh
Aku Mad Aku Mad 30 August, 2012
fuhh , memang cantik tempat ni ..
Denaihati Denaihati 30 August, 2012
ye lah pelik pulak perempuan masuk free. ini tidak adil...heee
SP (spudinpunya) SP (spudinpunya) 30 August, 2012
gilak laa bro ...series lawa...haha..
Rumah aku kalau renovate, aku nak uat macam gini laa..cun tak ?
hazman aka species1980 hazman aka species1980 30 August, 2012
UNTUNG laaa... boleh belanja makan minum kat sini la yea.....cuma kena cari gadis la pulak kan...
KiD KiD 31 August, 2012
bro, jom gi sana... ehem ehemmmm
Hany Rara Hany Rara 03 September, 2012
kenapa free for ladies?? aikk? haha jus tembikai tu comel la..keh2 tempat tu mmg lawo kalau berkampung kat situ boleh?..ahahah