#Sebarkan - Warkah Dan Surat Terbuka Untuk Pencuri Motor

     Ini merupakan kisah benar kehidupan seorang hamba Allah yang menumpang hidup di muka bumi ini yang bernama Ismail. Dalam pada sedang menghadapi kesusahan dan keperitan hidup, officemate aku yang layak aku panggil seorang abang ditambah dengan satu lagi kesulitan. Di mana motor yang sering dibawa untuk mencari rezeki dan sesuap nasi, telah dicuri pada jam lebih kurang 3 petang di PPR Intan Baiduri, Selayang.

     Aku tau macam mana keadaan susah Bro Ismail. Kerana beliau dan aku bukanlah orang yang jauh. Satu ofis. Bagaimana keadaan mak beliau yang sakit. Semuanya aku tau. Dan boleh dikatakan aku dan beliau susah dan senang sama-sama. Bila aku ditimpa kesusahan, beliaulah orang yang paling awal datang untuk membantu aku.

      Benar kata orang ini adalah satu takdir. Tapi biarlah aku nukilkan ini untuk membuka mata mereka-mereka yang selalu 'mengambil' motor orang lain. Bukan semua tuan motor yang kamu 'ambil' tu memiliki tahap kehidupan yang sempurna. Bukan semua tuan motor yang kamu 'ambil' tu orang yang senang. Mungkin kamu tak pernah fikirkan pasal ni. Motor yang kamu 'ambil' tu, kebanyakannya adalah motor orang-orang susah yang menggunakannya untuk mencari rezeki. Untuk menampung keluarga yang susah. Untuk memberi makan kedua orang tua yang sudah pun tak berupaya lagi untuk bekerja. Untuk mencari makan kepada kedua orang tua yang sakit. Sama juga seperti aku. Aku juga memiliki motor yang bertujuan untuk mencari rezeki. Adakah kamu tak pernah terfikir jika kamu 'ambil' motor orang-orang seperti kami, maknanya kamu telah menambah lagi kesusahan orang-orang seperti kami? Kamu tak pernah terfikir kenapa kami hanya menaiki motor? Kerana itu sahaja kemampuan kami untuk ke sana sini mencari rezeki.

     Entri ini bukanlah untuk meraih bantuan sesiapa. Sama ada aku ataupun Bro Ismail. Beliau takkan sama sekali akan melutut untuk menagih bantuan sesiapa. Selagi masih mampu berdiri, berjalan dan bergerak, selagi tu kudrat yang ada ini akan diperah berhabis-habisan demi mencari rezeki yang halal. TETAPI, perjalanan hidup beliau untuk mencari rezeki telah pun berjaya disekat oleh orang-orang seperti kamu. Pernah tak sesekali kamu berfikir, adakah kami mampu untuk membeli motor yang baru? Baiklah. Ini jawapannya. Kami tak mampu. Sama sekali tidak mampu. Takkan tiada sikit pun nilai kasihan pada tuan-tuan motor yang kamu 'ambil' itu? 

     Bukan maksud dan niat aku untuk mencari pasal mahupun masalah dengan sesiapa, tetapi niat aku adalah untuk menyedarkan kamu semua yang terlibat. Aku takkan sesekali akan menghina dan menghukum kamu semua. Kerana kamu juga manusia biasa. Pasti akan melakukan kesilapan. Aku bukan sesiapa untuk menghukum kamu. Seperti aku juga. Aku pun pernah membuat kesilapan pada masa dahulu. Tapi jikalau kamu terbaca kisah ini, mohon bukakanlah hati kamu itu. Jika terbaca, mohon dipulangkan motor bro Ismail itu. Aku merayu. Walaupun aku tau ia agak mustahil untuk terjadi, tapi tak salah aku mencuba. Demi seorang abang yang banyak membantu aku di kala aku sedang dilanda kesusahan. 

     Aku juga ingin meminta jasa para sahabat yang lain. Mohon disebarkan kisah ini. Biarlah ia menjadi renungan dan iktibar kita bersama. Sama seperti kes Bro Jejai. Jikalau Bro Ismail tahu tentang kewujudan entri ni, aku pasti aku akan dimarah. Tapi takkan aku hendak berdiam diri sahaja terhadap insan yang banyak membantu aku? Bukan bantuan kewangan yang aku minta, tapi cukuplah dengan menyebarkan entri ini.

        Kepada sesiapa yang ternampak motor model EX5 hitam bernombor plat WGU 4608 , sila hubungi Ismail di talian 019-3224866. Lokasi hilang PPR INTAN BAIDURI , SELAYANG. Masa hilang lebih kurang petang ahad. Dan kepada individu yang terambil motor beliau, jika terbaca kisah ini, aku minta budi bicara dan perasaan belas ihsan kamu untuk memulangkan motor beliau semula. Mohon sebarkan kisah ini.


ex5
Gambar sekadar hiasan. Ex5 hitam
     Mungkin ada yang menganggap ini kes remeh temeh. Setakat motor je kot. Tapi bukan kepada Bro Ismail dan juga aku. Motor sahajalah kemampuan kami untuk mencari rezeki yang halal. Motor sahajalah sumber kami memperoleh rezeki untuk keluarga kami. Maafkan aku jika entri ini terlalu emosi. Maafkan aku.

{ 59 comments.. read them below or add one }

Iffah Afeefah Iffah Afeefah 03 September, 2012
masyallah

siannye abg tu

hope dapat balik motor tu

smoga pencuri tu dibukakan hati utk memulangkan semula

takkan kat padang masyar nanti nak angkut motor cr abg ni

#kau buat aku sebak je boni
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 03 September, 2012
Alahai...siannya. Turut bersimpati. Walau sekecil manapun harta kita di mata org, tapi YM faham, mmg sangat besar buat kita. Semoga Allah menemukan apa yang hilang ataupun menggantikan dengan yang Lebih baik. Kita tak tahu perancangan Allah kan?Insyaallah, doakan yang terbaik buat sahabat Boni!amin...
mrs chenta mrs chenta 03 September, 2012
subahanallah...

kepada saudara abg ismail.... anggaplah ni ujian dari Allah, insyallah pasti ada hikmah disebalik kejadian. kami doakan anda dimurahkan rezeki. sekiranya dapat balik motor tu, alhamdulillah...sekiranya x, kami harap anda redha ya.


kepada pencuri motor saya xcakap banyak. fikirlah kalau ni terjadi pada ahli keluarga sendiri. tepuk dada tanya selera.


goodnite boni yang kacak
cci cci 03 September, 2012
kesiannya... apela nak jd pada si pencuri tu.. x abis2 nak mencuri hrta org lain...x pikir langsung pasal org lain.. main sebat jerk...

babycomel babycomel 03 September, 2012
semoga dibukan pintu hati org yg mengambil tu utk pulangkan balik motor tu,
berhati-hatilah, jenayah ada dimana-mana skg ni
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 03 September, 2012
moga nnti dibukakan la pintu hati pengambil tu tuk pulangkan kembali
cik yuyu cik yuyu 03 September, 2012
Kesianya.. Tak pe.. kalau yuyu ternampak motor tu yuyu inform keyh.. Insyaallah Allah permudahkan niat baik kita ni..
Hnahdy Hnahdy 03 September, 2012
kereta pun boleh diambil orang. apatah lagi motor.EX5 lagi. susah nak menginsafkan orang yang ambil motro ni. harap perkara ni akan jadi kat dia suatu hari nanti.
Mia Liana Mia Liana 03 September, 2012
tu la diorang ni. mesti kes nak buat salin kulit ke motor lain.... huhuhuhu
Crew Fathi Crew Fathi 03 September, 2012
Hahaha.. moto aku pon kena curi gak.. Huhuhu...
fairus fairus 03 September, 2012
SUKA-SUKA HATI SAJA DIA MENCURI MOTOR ORANG.. ATAU DIA SEKADAR SUKA-SUKA MENCURI MOTOR.. ADUHAI.. EX5 HARGANYA RM3K PUN MAHU CURI..
KiD KiD 03 September, 2012
payah laaa kalau motor ex5 nak jumpa balik.. mesti dah kena lerai... huhuuhh
evagurl izma evagurl izma 03 September, 2012
susah klu org yg suka ambil hak org lain ni..moga dibukakan pintu hatinya utk kembalikan motor tersebut..
shidaR shidaR 03 September, 2012
wehh boni ko bt entri ni shida teringat satu blog yg paparkan video kes curi motor slumber jer..dekat station myk..gilerrlah..huhuhu..
Cendol Cendol 03 September, 2012
kes curi motor makin menjd jd ye.ini lah jln pintas bg org yg nak sng cpt,ambik hak org lain .
moga2 dpt jumpe balik la ye motor bro Ismail tu.kesian dia.tp ntah la kan..selalunye org curi motor dia bukak2 habih.
CIK TOM CIK TOM 03 September, 2012
smoga dibuka kan pintu taubat kpd si pencuri motor utk berubah n kembalikan motor yg hilang...
zaxx zaxx 03 September, 2012
moga2 ada sinar harapan buat bro ismail..
bro boni, hope sentiaa bersama bro ismail,coz smestinya dia amt memerlukan sokongan anda. bro boni, terharu bca, untung sapa jadi kawan anda..:)
its not about the motor,but its all about the survival for life..:) harap2 sgt bro ismali hadapi dgn tbah..
ikaa ikaa 03 September, 2012
giler,,,spe laa punya kje tue...dah wat report belum, sebarkan dekat semua laman sosial mn tw kalau da spe2 yang ternampak nnnt,,,

kakcik kakcik 03 September, 2012
Semoga yang 'terambil' motor itu terbuka hati untuk memluangkannya dalam keadaan sama seperti masa diambil...
daddydee daddydee 03 September, 2012
Lanun sungguh sapa yang mencuri ni...Elok hukum potong kaki je sapa yang mencuri ni...
Errah Errah 03 September, 2012
harap2 dpt jmpa balik..macam errah dalam u pun byk kes curi motor ni..berhati2 lah..org skrg mmg xberhati perut sgup bt kerja jahat
Niesa Niesa 03 September, 2012
semoga hamba Allah tu insaf n pulangkan balik moto bro ismail..sabar ye abg..
Masz Sidek Masz Sidek 03 September, 2012
kesiannye... kpd yg ambil motor tu.... moga tergerak hati dia nak pulangkan balik motor tu...
Mira Adzlia Mira Adzlia 03 September, 2012
adeh siannye....hrp2 la tbukak ati pncuri tu mau pulangkn....
Ikmal Ikmal 03 September, 2012
Assalam, pencuri sekarng nie tak kira dah... janji mereka dpt duit sudah... harap mereka tu insaflah...
wantie wantie 03 September, 2012
orang yg mencuri motor tu memang lahabau. pernah jugak dulu motor member akak kena curi. sian dia. merayau rayau mencari.

motor my bro pun pernah kena curi. memang geram. tapi tak tau nak geram kat sapa.

dorang ni memang tak de ati perut. benci betul ngan golongan mcm ni.
syiela syiela 03 September, 2012
kesian dia kan.. harap2 dapat la jumpa nanti (walau mmg ssh nak jumpa kembali)
MAY MAY 03 September, 2012
moto ex5 ni mmg hot kan..wlupun dah lame masih ade yg berkenan utk rembat..
Cinta Misteri Cinta Misteri 03 September, 2012
Btul tu boni. CiM penah jumpa kejadian mcm ni tp, ceritanya lain skit. Moto sorg bapa kena curi tatkala pg tu anak dia nk duduki spm. Tp sbb tkda wang nk hantar ank dara dia naik teksi, trpksa dia teman anknya jalan kaki sejauh ~5km. Smpi sekolah masa dh nk separuh brjln, mula2 ank dia tk dpt masuk dewan tp akhirnya pgwai ppriksaan bg masuk juga. Kesian tau, paper BM cukup2 mkn je kena repeat paper julai. So, spanjang spm dia tumpang rumah saya, skang dia dah jd acountant pun, dah belikan bapa dia kereta.

Tp klau pencuri moto tu baca kisah ni, msti dia senyum sengal, walhal kesenangan yg kwn saya ada kini adalah dr kepayahan dsbbkn pencuri moto mungok tu!
Dkna Abza Dkna Abza 03 September, 2012
banyakkan bersabar ismail..insyaALlah Tuhan akan bagi rezeki berlipat kali ganda daripada kerugian ini.. amiiinnnn
miss Fyqa miss Fyqa 03 September, 2012
kesian kan. manusia ni mmg kalau buat benda tak baik..tak kira la org senang susah baik ke halal ke haram. Hishh.
Hany Rara Hany Rara 03 September, 2012
kesian abg tu. semoga orang yang 'terambik' tu pulangkan balik..
Sharidawati Shahrudin Sharidawati Shahrudin 03 September, 2012
semoga tuan punya motor dpt semula motornya yg tlh hilang tu.......amin
LelakiSemalam LelakiSemalam 03 September, 2012
sabarla...jika tertutup pintu yang ini akan terbuka pula pintu yang satu lagi...insyallah!
Denaihati Denaihati 03 September, 2012
honda EX5, motor panas. sama2 kita doakan supaya jumpa semua atau dipulangkan semula pada saudara ismail.
aimaniman aimaniman 03 September, 2012
mungkin ada hikmahnya,..

selepas baca entri ni, rasa geram campur menyampah dengan pencuri tu meluap2,..

kalau kat rumah akak, bukan motor dicuri tp topi keledar,,.. mereka ni bantai apa2 jer, asal boleh buat duit kan...
MISS Z BERCELOTEH MISS Z BERCELOTEH 03 September, 2012
harapnya jumpa balik..
sakit hati pula kat pencuri tu..kalau barang dia kena curi kompom dia marah juga kan..

jmput baca entri baru

http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/09/blog-warkah-buat-isteri-buat-miss-z.html
LidiaSuraya LidiaSuraya 03 September, 2012
huhuhu banyak banyak bersabar n lebeykan doa yer

btw
boni, selamat ari raya yer..
hehehehe dah separuh bulan raya baru sempat nak wish...
shinji izac shinji izac 03 September, 2012
sabar hadapi dugaan...pencuri tu sampai bila je nk hidup ngn hasil curi... kalau nk bg insaf, potong je tangan tu...baru yang lain2 pun takut..
Siti_btp Siti_btp 03 September, 2012
Kalaulah undang2 Islam di aktakan mmg takkan berlaku jenayah di Malaysia ni..

Potong tangan peragut dan pencuri nampak zalim tapi cuba fikirkan siapa yg berani dipotong tangannya..lama2 tiadalah jenayah ni..

Adik lelaki akak pun 2 kali motornya dicuri.Nak buat mcm mana redho jelah.Mungkin itu bkn rezekinya,,
Nurul Akmal Nurul Akmal 03 September, 2012
Ya Allah sian betul ABg tu, Harap dia bersabar..

Moga pencuri tu dapat pembalasan..
Cik.blogger Cik.blogger 03 September, 2012
semoga motosikal berkenaan dijumpai kembali....amin
Aida Omar Aida Omar 03 September, 2012
sian pada abg ismail hilang sudah satu nikmat untuk dia mencari rezeki.. moga Allah permudahkan segala usaha beliau. Betul tu boni kita manusia tak layak nak menghukum kan, cuma diharapkan org2 yg suka buat kerja mcm nie cepat2 la insaf.. tak baik untuk kehidupan diakhirat nanti. Tak try buat report polis ke boni?
Nadot Nadot 03 September, 2012
ala..siannye abg Ismail... Semoge beliau tabah n dapat rezeki durian runtuh lg byk dr ape yg hilang...
sedeynyee.. huhu
Masha Meisters Masha Meisters 03 September, 2012
ya Allah kesinyer abg tu...berat ujian untuk dye...tak baik kite ambik hak orang...huhu
dhiashahida dhiashahida 03 September, 2012
kesiannya bro tu...
moga Allah permudahkan laluan beliau tuk cari nafkah utk keluarga...moga terbuka hati perembat nak memulangkan brg yg dirembat tu..
Cik Nur Cik Nur 03 September, 2012
adik nur pun hilang moto tau...
ex5 hitam jugak..
dah buat laporan polis dah pun..

mmg kasihan kalau hilang harta, nak2 pula itulah salah satu benda yg menolong seseorg itu mcari rezeki..

sedihnyaa...
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 04 September, 2012
hope dapat jumpa balik motor tu...
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 04 September, 2012
semoga bro ismail dpt blk moto dia tu..amin..
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 04 September, 2012
ohhh kesian sungguh.moga dpt lahh motor tuh even harapan agak tipis =.=
Isabel Diaz Isabel Diaz 04 September, 2012
owg yg curik tu mmg nk kena hempuk dengan helmet 40 kilo geram agaknye.. huh
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 04 September, 2012
ya allah teruknya orang yang ambil tu.. kesian bro ismail..

moga allah bukakan hati orang yg ambil tu untuk pulangkan motor tu.. amin..
Ezad Skytech Ezad Skytech 04 September, 2012
kesian bro ismail tu...makin menjadi2 kes kecurian motor ni...entah bila la nak habis...tenang ke hati dorang bila mencuri barang org ni...
Arina Shamsul Arina Shamsul 05 September, 2012
sedih pulak entri yang ini..

uwaaaaa..nak nangess..
Shahril Nasir Shahril Nasir 06 September, 2012
ermm dunia skung...nk jer rezeki depan mata tnpa pikir hal org lain... :(
Nurrul Nurrul 08 September, 2012
Hmm , semoga motor yg hilang dapat ditemui.. kalau tidak pun semoga orng yg mencuri motor tersebut insaf dan kembali mencari redha Allah.. :")
Azhar Ahmad Azhar Ahmad 19 January, 2013
moto aku hilang semalam.. mcm mana aku nak p keja nii... tolongla..
Azhar Ahmad Azhar Ahmad 19 January, 2013
dah 2 biji aku hilang moto.. Ya Allah.. aku mohon moto aku jumpa kmbali.. aku xdak wang nk beli yg lain.. aku x mampu.. mcm mna aku nk p keja.. 2 ja harta yg aku adaa
Azhar Ahmad Azhar Ahmad 19 January, 2013
moto aku hilang semalam.. mcm mana aku nak p keja nii... tolongla..