Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam

Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam. Belum sempat reda isu video menghina Islam yang bertajuk Innosence Of Muslims, kini negara dihangatkan lagi dengan berita tentang seorang pengguna facebook yang menghina Nabi dan Allah umat Islam. Dan gara-gara kes tersebut, rumah beliau telah diserang. Beliau menafikan itu adalah perbuatan beliau dan mengatakan yang akaun facebook beliau telah digodam. Jika benar pun digodam , aku harap ia menjadi pengajaran kepada mereka-mereka yang lain agar berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti tersebut di facebook mahupun laman-laman sosial yang lain.

Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam
sumber
Kita semua telah bersama-sama sejak berpuluh-puluh tahun di dalam Malaysia. Walaupun kita berlainan bangsa dan berlainan agama, namun hakikatnya , kita bagaikan satu bangsa kerana bernaung di bawah langit yang sama. Jangan dirosakkan keamanan yang telah terbina selama ini. 

Ingatlah, kami masih mampu bersabar lagi jika isu perkauman dimainkan. Walaupun di dalam hati sangat-sangat membara, namun perasaan itu kami buang sejauh-jauhnya agar tidak menggugat keamanan dan keharmonian ini. 

Tetapi ingat juga tentang ini. Kami tidak akan mampu bersabar lagi jika yang dimainkan itu adalah agama, Nabi dan Allah, Tuhan kami. Itu semua adalah kekasih hati kami. Walaupun kamu sering melihat kami ini berpecah-belah, tetapi jika disentuh tentang itu, kami akan menjadi satu. Dan kamu pasti tidak akan sanggup melihat apa yang bakal terjadi bila perkara itu berlaku. Kerana kami sanggup mati kerana agama dan kekasih kami.(Nabi dan Allah).

Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam
sumber

Semoga perkara yang berlaku itu menjadi pengajaran buat semua. Marilah kita saling menghormati antara satu sama lain. Kita hidup di dalam keharmonian sudah lama. Kekalkan keharmonian itu. Agama kami mengajar untuk menghormati agama lain. Begitu juga agama anda. Aku juga mempunyai teman berlainan agama dan aku amat menghormati agama mereka. Jadi, peliharalah keharmonian ini. Biarlah ia kekal hingga ke anak cucu kita. Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam.

Surat Terbuka Untuk Pengguna Facebook Yang Menghina Nabi Dan Allah Umat Islam
sumber
P/S Ingat, jauhi sikap-sikap sebegitu. Ia tak baik untuk keharmonian kita. Jangan jadikan facebook dan laman sosial lain tempat untuk mengutuk. Ia sangat-sangat tak berfaedah. Dan memberi kesan yang sangat buruk. 

{ 36 comments.. read them below or add one }

Iffah Afeefah Iffah Afeefah 27 September, 2012
baiklah encik boni

baca nasihat smbil angguk2
Ikmal Ikmal 27 September, 2012
Assalam, nah ustaz dah kuar dah... dengar tu... semakin hari semakin banyak pula kes menghina Islam... mereka nie nak mencabarkah?
~Cik Sweety~ ~Cik Sweety~ 27 September, 2012
surat terbuka yg terbaek... moga bermanfaat untuk semua...(^__^)
Nurul Akmal Nurul Akmal 27 September, 2012
HUndred persen Nurul setuju ngan surat ni.. Jgn sesekali bermain dgn api..
baby comel baby comel 27 September, 2012
kita jgn jadi macam tu jgk ye.. menghina Nabi Muhammad sama spt kita mempertikaikan kekuasaan Allah. jgn nanti Allah murka, tak tertanggung azabnya. kan, Ya Allah peliharalah kami semua ya
Hanif Idrus Hanif Idrus 27 September, 2012
Nasihat yag amat serius aku baca dari kau..
Sememangnya itu harapan aku kita hidup berharmoni
cik yuyu cik yuyu 27 September, 2012
betol tuh... cakap lepas.. bila dah kantoi baru nak mintak maaf.. ish3.
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 27 September, 2012
Btl!agama kita ajar kita hormati kepercayaan org lain...smoga kita sllu hdp dlm rukun n damai...
Miziey Miziey 27 September, 2012
Setuju dgn kenyataan ko abam Boni dan disini aku nak nyatakan yang aku juga agak kacak (tetibe)
lepakk.com lepakk.com 27 September, 2012
Golongan kafir berani mengytuk dan menghina atas beberapa faktor yang kita sendiri sedar.Antaranya sikap masyarakat sendiri.Ramai tidak mengamalkan islam yang sebenar,Jika masyarakat kita begitu peka dalam menjaga iman dan amal insyaAllah golongan lain tabik pada kita.Selain itu kita juga tahu di Negara kita sendiri orang islam terbahagi kepada dua.Saling mengaku lebih islam tanpa ibgin berdamai dan bersatu atas tiket "islam" atau "bangsa".Ini semua merugikan kita sendiri apabila tidak sebulat suara dalam membantah penghinaan berterusan oleh golongab yang langsubg tidak mengenali islam ini.Bagi mereka Politik is more then everything.. *sigh*
piraaa piraaa 27 September, 2012
1 harmoni 1 mesia, haha

harap lepas ni masalah keagamaan takkan muncul, isu sensetip tu. kita dgn kita mereka dgn meraka. jgn nk salahkan sesiapa wlaupun kita tau tu salah mereka. just tegor :)
fairus fairus 27 September, 2012
BUKAN SUSAH NAK RESPECT AGAMA LAIN.. TAPI APA YANG MEYUKARKAN MEREKA BERLAKU DEMIKIAN..
Mat Som Mat Som 27 September, 2012
Mereka itu tidak akan redha dengan agama kita, dulu,hari ini dan sehingga hari Qiamat.

Semoga sebahagian mereka memperoleh petunjuk,sebagaimana hidayah yang diterima sebahagian manusia seperti Ibrahim Killington, Yusuf Islam dan sebagainya.
Mat Som Mat Som 27 September, 2012
Namun hukuman untuk yang menghina nabi adalah BUNUH walaupun dia bertaubat sekali pun. Salman Rusdie MISALNYA,terus bersembunyi berpuluh tahun sampailah sekarang kerana perbuatan yg sama.
✿Lady Ainaa✿ ✿Lady Ainaa✿ 27 September, 2012
setuju sangat2... nampak sangat orang kafir ni takut dengan Islam, kenapa nak serang Islam je dan kenapa tak nak serang agama lain?? ternyata Islam ni kuat....bukan kuat fizikal tetapi dalaman kita...
akubiomed akubiomed 27 September, 2012
Isu akidah tidak boleh dibuat main. Jadi kalau sudah jahil berguru supaya tidak kelihatan bodoh.
tirahzairi tirahzairi 27 September, 2012
akan dititik beratkan...hihi
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 28 September, 2012
semakin hari semakin byk yang nak tindas2 islam termasuk sesetengah org islam sndri .. dan skrg umat islam bersatu untuk menegakkan agama kita neh .. bagos kan? walaupun parti yg lain2 pon skg neh dorang dah bersatu .. harap bg kesedaran pd yg suka kutuk2 agama kita ..
Terbakor Terbakor 28 September, 2012
moga si pelaku mendapat pengajaran yang setimpal :)
Cik Nur Cik Nur 28 September, 2012
harap surat terbuka ini dapat menginsafkan mereka.. kekalkanlah sikap saling menghormati.. kalau tidak, tolonglah pindah ke tanah lain...
Anis Adila Aris Anis Adila Aris 28 September, 2012
tak faham kenapa orang nak kutuk pasal agama kite..harap diorang dpt balasan..
SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 28 September, 2012
Betul Tue!! Jgn Permainkan Agama Kami..Hmmm
Remy hazza Remy hazza 28 September, 2012
remy sokong bro boni 100%....
jgn biadap kepada siapapun lebih2 lagi pasal agama......
hormati kami sebagai mana kami hormat pada agama lain.....
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 28 September, 2012
sokong gila entry ne.......makin menjadi2..dunia dunia.
Munir Ardiku Munir Ardiku 28 September, 2012
sesungguhnya mereka tak akn pernah ridha sampai engkau ikut agama dan kepercayaan mereka
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 28 September, 2012
sokong abang boni,, 100 peratus
KiD KiD 28 September, 2012
kekadang melihat komen mereka... penuh provokasi. sabar ajelah..
Donny Ien Donny Ien 28 September, 2012
tak habis-habis depa ni... hurmm
shinji izac shinji izac 28 September, 2012
semua tu alasan jer, cakap je fb kena hack...padahal tangan duk sedap taip mghina agama orang lain..
muhammad asyraf muhammad asyraf 29 September, 2012
kalau kena hack - jangan lupe log in dan sangat kejam si hackers tulis macam tu..

Kalau saja2 - memang sahaja cari nahas.. dah tau sensitif, main-main lagi macam tu..
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 29 September, 2012
islam agama yang baik.. kenapa orang tak suka islam :'(
Si Matatajam Si Matatajam 30 September, 2012
Semoga depa yg anti Islam tu akan dikurniakan hidayah daripada Allah untuk bertaubat satu hari nanti...
Che Rosliza Che mat Che Rosliza Che mat 01 October, 2012
sokong....kenapa nak kutuk Agama Islam....dah terang2 Islam itulah adalah benar....