Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2

Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2. Masih ingat lagi entri Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter ? Pada entri tersebut, aku ada menceritakan bagaimana kenangan semasa kumpulan Backstreet Boys dan juga Nick Carter ni menjadi fenomena? Bagaimana budak-budak lelaki sekolah aku pun ramai yang mengikuti trend rambut belah tengah disebabkan pengaruh Nick Carter? Dan bagaimana awek-awek juga berebut Nick Carter hingga ada yang bergaduh hingga terbogel. Ok, ni aku tipu. Hahaha.


Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter
sumber
Baiklah, dalam entri tersebut, aku ada sebut tentang satu kisah sedih kan? Jadi, moh baca kisah sedih ni.


Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter
Nick Carter yang... Eh, ni  gambar siapa ni??  Mana datang gambar ni? Adeh. sumber
Malam anugerah pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Pada malam itu ada persembahan daripada setiap kelas. Dan yang paling dinanti ialah persembahan tarian dengan lagu Backstreet Boys - Everybody. Apa lagi pada masa tu memang kumpulan Backstreet Boys sedang menjadi kegilaan.


sekolah kebangsaan selayang utama
Sejarah terimbas kembali. Bekas sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. sumber
Persembahan bermula. Bila berkumandang sahaja lagu Backstreet Boys tu, suasana menjadi gegak gempita dengan siulan dan jeritan daripada pelajar yang lain. Lagi-lagi pelajar perempuan. Seakan-akan histeria mereka. Aku dan rakan sekelas semakin galak berjoget. Apatah lagi kami berjoget dengan gaya yang sangat style dan langkah yang sama. Aku sempat menjeling, melemparkan senyuman dan mengeyit mata kepada beberapa pelajar perempuan di hadapan, tak senang duduk mereka. Sejurus sahaja tamat persembahan, suasana kembali gegak gempita dengan tepukan gemuruh daripada semua pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Selayang Utama. Betapa bangganya aku, hingga tak menyedari aku terlompat begitu tinggi hingga terjatuh.


sekolah kebangsaan selayang utama
Gambar sekadar hiasan. sumber
" Weh, ko kenapa jatuh daripada kerusi?" , soal rakan sekelas.

Aku bingkas bangun dan duduk semula di kerusi sambil terus memerhati mereka-mereka yang masih lagi membuat persembahan tarian di atas pentas. Aku berkhayal rupanya.  Betapa bestnya mereka-mereka itu yang sentiasa mendapat perhatian di dalam sekolah. Kenapalah aku tak boleh jadi macam mereka. Aku ibarat ghaib. Sebab selain budak kelas, rasanya tak siapa perasan kewujudan aku di sekolah tu. Apa lagi aku ni budak berbadan kecil, berspek mata besar dan berambut sikat ke tepi. Tak siapa berminat nak rapat dengan aku. 

Jadi, inilah kisah sedih yang aku maksudkan tu. Hidup bila orang seakan tak perasan kewujudan diri kita, hidup sebagai seorang yang benar-benar skema. Segala-galanya kita syok sendiri. -Gara-Gara Backstreet Boys Dan Nick Carter Part 2-


- TAMAT -

P/S : Ada siapa berminat tak kalau aku nak story kisah aku dulu-dulu??

{ 51 comments.. read them below or add one }

Neo89 Neo89 04 October, 2012
Oh, suddenly I can feel you bro. Janganla sdeh, normal kott berangan-angan sebegitu. Huhu~ Btw, ko invisible ker abam Boni? hik3. Jangan mara, gurau jerr. ;P
cHeRyNa PiReS cHeRyNa PiReS 04 October, 2012
ala boni. kenapa nak jadi nick carter je. jadi AJ pon boleh juga. Kacak juga.

Hahhh...meh sini cubit dagu tu sikit.
Besok nak cerita Justin Timberlake pulak ke?

Hehehe.
Dhia Dirham Dhia Dirham 04 October, 2012
hahaha berangan rupanya
Ikmal Ikmal 04 October, 2012
Assalam, kesian koe Boni tak da sapa yg nak pikat koe... tapi tak pe, itu lama punya kisah... sekarang kita org ada n sentiasa bersama koe.... hahaha... koe dah femes sekarang... betul tak...
Bitt (doubeIS) Bitt (doubeIS) 04 October, 2012
aduhaiii sedih mendengonya...
kalau femes pon ada pahitnya..hehehe
mcm saya suka jek kawan dengan sesiapa sahaja termasuk kawan-kawan spec besar dan rambut belah tepi... :)
baby comel baby comel 04 October, 2012
boni, kita tak kisah siapa pun boni yg dulu.. janji skg ni boni yg kitorag kenal dh cukup sweet =) hehehe..
cer cite, cer cite.. mau tau jgk
Fazrol Fazrol 04 October, 2012
Try jadi boni timbal balik plak... Ha ha ha..
Terbakor Terbakor 04 October, 2012
masa aku sekolah rendah pun macam ko.. tapi masuk darjah 6 aku nekad berubah.. time buat belah tengah rambut, dalam sbln dua terus jadi kurus.. dapat perhatian awek2.. hha.. masuk sekolah menengah jgn ckp la, jadi antara jejak terkenal dlm sekolah xD
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 04 October, 2012
hehe...tapi momoy sikit pun x percaya boni super kacak ni skema kapal, pendek, rambut belah tepi bagai
ni iklan je nih

citer laa lagi zaman hingusan meleleh banyak2 tu dulu. hihi ^^
Phat Phat 04 October, 2012
woi nape masa BSB tengah meletup tu ko sekolah rendah tapi aku sekolah menengah??
anamizu kaito anamizu kaito 04 October, 2012
cite je la Boni.. guwa tau lu memang nk cite kan ? kan? kan? =P
Lyaa Suriany Lyaa Suriany 04 October, 2012
alahai boni
mcm sdh je ni

tak pe
cite cite
aku dtg baca je
cci cci 04 October, 2012
mmg menjdai kegilaan ramai waktu tu.. ^_^


http://ccicutedollylicious.blogspot.com/2012/10/so-kawaii-tahniahhhhhh.html
ceklala ceklala 04 October, 2012
verangan itu penting okeh. wajib tau nak2 lagi time kat bilik termenung!hihi
Melastik Bintang Melastik Bintang 04 October, 2012
hehe..rambut sikat belah tepi, samala boni masa aku sekolah dulu...
O'gosh Iskandar O'gosh Iskandar 04 October, 2012
xpela dulu x dipuja..sekarang dah jadi blogger ngetop kan...eh Boni....Boni pakai Naza Suria ke warna hitam? kalau x silap, nampak kat area sentral plaza, Bukit Bintang petang Isnin aritu. Mmg sebijik muka Boni...
Munir Ardiku Munir Ardiku 04 October, 2012
wah ternyata terbawa khayalan lagi, dulu aku sukanya westlife bang, eh iya aku dukung real madrid
Che Rosliza Che mat Che Rosliza Che mat 04 October, 2012
kikiki...lawaklah boni nie....terlebih khayalan....nak jugak baca kisah boni dulu2 mesti kelakar....
are_lin@yu are_lin@yu 04 October, 2012
tp sekarang dah ramai kan orang perasan kewujudan en boni ;-)
Aku Mad Aku Mad 04 October, 2012
itu dulu bro , sekarang boni dah femes dan kacak..
story lah lagi kisah bro dulu dulu..
wantie wantie 04 October, 2012
ko bukan ghaib tapi ko tu halimunan. kahhhhhhhhh...

tak pe pengalaman mengajar erti kematangan. sabor je la ko ni boni
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 04 October, 2012
rilek ahh boni...bukan apa pun..chill je..huahua
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 04 October, 2012
eh,tu yg best.leh ghaib.lau wat slh,hilang je.hahaha

chill abg kacak!
Cikgu Ma Cikgu Ma 04 October, 2012
tak pe..nick carter tak tau pun...hehe
Cik Nur Cik Nur 04 October, 2012
rilek la bro.. :)
sebenarnya lebih baik bgitu dripada jd tumpuan org ramai..bukan ape.. kalau jd tumpuan ni..kita kena sentiasa terbaik..hihihi
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 04 October, 2012
aku memahami rase itu dan skng taksedih lg sebab tu. xkn nak bodohkan diri demi utk dkenali kan?


#cite la kalau nak
Nurul Akmal Nurul Akmal 04 October, 2012
Hahaha aloo sian Boni.. x per asalakna budak kelas tahu kewujudan Boni dah.. hehehe :)
Dkna Abza Dkna Abza 04 October, 2012
gara2 boni kacak buat dkna giler hahaaa
LidiaSuraya LidiaSuraya 04 October, 2012
adoii kenangan lalu mengusik jiwa betul laaa
syiela syiela 04 October, 2012
hehhehe bestkan mengimbau kenangan
Si Matatajam Si Matatajam 04 October, 2012
Alahai sian hang Boni...takpa la ni ramai yg dah sedaq kewujudan Boni yg semakin kacak ni..ha ha...
Cik blogger Cik blogger 04 October, 2012
hee...rilex boni....tibo2 teringat plak kumpulan 4u2c..hehe
~Cik Sweety~ ~Cik Sweety~ 04 October, 2012
mmg sedih..hehehhee.. cerita la zmn dulu2 pnya crita..nk juga dgr..hehe
hazwan hairy hazwan hairy 04 October, 2012
hahaha..kwn aku sma cm kau..haha
Remy hazza Remy hazza 04 October, 2012
boni sekarang bukan mcm yg dulu..... boni yg sekarang dah femes, jadi rebutan dan dialah hero idaman melaya.....
aku HaniAsyira aku HaniAsyira 04 October, 2012
hahaha.. ala zaman kanak2.. skrg ramai dah kenal kan.. =)

best apa nak dgr baca citer dulu2
zila manaf zila manaf 04 October, 2012
boni skrg dah kacak heheh tp kan okelatu xfemes, takut kang leh jd bongkak dah lupa diri an an
faridah nazurah faridah nazurah 04 October, 2012
rileks la wey.. yang penting sekarang kau dah kacak..haha
Edy Fee Edy Fee 04 October, 2012
perghhh pink giler hidung.,ehhehee
Lea Isnawi Lea Isnawi 04 October, 2012
skrg b0ni dh femes. cer menari depan lea skrg..hehe
fairus fairus 04 October, 2012
I LIKE BACK STREET BOYS... :)
shidaR shidaR 04 October, 2012
rambut belah tengah tu yg xtahan tu wakakaka :p
Arina Shamsul Arina Shamsul 05 October, 2012
Anduk na...kesianya ko nak...
Tapi sekarang tak sedih lagi kan? Sebab tetiba je yg skema dah tukar jadi kacak kan? Hahahaha.
Myra Jay Myra Jay 05 October, 2012
Cheq memang minat giler kump BSB tu beb, tp minat tang lagu ja la, Nick Carter memang encem..hahhaa ;)

Bro, nak crita kisah dulu pun ok, sebab ianya kenangan yg memang takkan dilupakan.. Boleh abadikan dalam blog ;D
steffany daph steffany daph 05 October, 2012
jadi diri sendir lagi bagus (: okay.
eva eva 05 October, 2012
heheheh kesian boni.. xper.. tgklah skrg dh jadi blogger punyai peminat yg ramai.. nak lagi story dulu2! story lah lagi..
YaYaNsMuM a.k.a YM YaYaNsMuM a.k.a YM 07 October, 2012
hikhik...keciannn Boni...:) eh, zaman YM pun BSB ngetoppp tuh!akak minat giler ngan Nick Carter.:P
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 07 October, 2012
smpai skrg masih lg lyn lagu dorang ..
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 09 October, 2012
dekat sekolah dulu orang selalu panggil saya senyum. sampai sekarang lekat nama tu. saya tak femes tapi satu sekolah kenal.. tak paham saya..