Apa Yang Menyebabkan Kejadian Banjir Di Dalam Rumah Aku

Apa Yang Menyebabkan Kejadian Banjir Di Dalam Rumah Aku. Hari ni fasa kedua aku selesaikan masalah yang membelengu rumah aku. Lepas ni rumah aku pasti tak banjir lagi. Nasib baik hari ni big boss merangkap bapak aku ada. Ringan sikit kerja aku. Apalagi dengan tenaga yang semakin lemah akibat demam terkejut semalam. Jom layan gambar-gambar yang aku tangkap. Ni hari ke dua proses menyelesaikan masalah banjir dalam rumah aku.


kejadian banjir
Nampak tak? Pokok yang aku tebang semalam. Aku dah cakap dah, memang besar. Aku tak sempat nak bawa turun sebab semalam tengah aku kusyuk buat kerja tiba-tiba hujan turun.
kejadian banjir
Yeah. Banyak tu. Korang bayangkan pokok macam ni tumbuh atas bumbung rumah.
kejadian banjir
Nampak tak air bertakung kat sini? Paras buku lali dalam dia. Ni la yang menyebabkan banjir dalam rumah aku bila melimpah.
kejadian banjir
Ibu pokok yang aku tak mampu nak cabut keluar semalam. Tadi pun sampai nak patah tulang kitorang cabut. Ini big boss aku. Nampak tak kepala yang BOTAK TENGAH tu. Tu trademark family aku. Tradisi turun temurun. Jadi, kepada BAKAL BINI aku nanti, korang kena terima hakikat yang bakal suami korang ni akan botak tengah bila tua nanti. Jadi, terimalah aku seadanya. Hahaha.
kejadian banjir
Akhirnya, berjaya ditarik dan dicabut. Tetapi...

Akar pokok yang masuk dalam saluran paip. Inilah yang menyebabkan ia tersumbat. Ini yang menyebabkan air bertakung dan banjir dalam rumah aku. Masih ada dalam tu. Aku tak dapat tarik keluar. Nasib baik aku korek-korek manja dan dapat membuat sedikit ruang untuk air mengalir. Aku nak kena cuba juga keluarkan akar ni daripada saluran paip ni. Kalau tak, takut pokok tu tumbuh lagi. Ataupun aku racun sampai dia reput.
kejadian banjir
Selesai sudah masalah. Lepas ni aku kena rajin jenguk atas bumbung ni. Takut ada pokok baru tumbuh.

JOM LAYAN PEMANDANGAN DARI ATAS BUMBUNG RUMAH AKU


Esok satu lagi trip. Aku nak bawa turun semua daun tu dari atas bumbung. Tadi masih tak sempat. Hujan turun menyerang. Bila dah buat kerja berat ni, tiba-tiba aku rasa perut aku keras. Aku rasa macam dah tumbuh six pack je ni. Jejaka ni kompem jeles. Hahaha.

{ 67 comments.. read them below or add one }

paripariputih paripariputih 06 November, 2012
Boni mohon keringkan jugak air yg bertakung tu... skrg ni musim denggi semoga denggi tak bertelur lam tu :P
hnahdy hnahdy 06 November, 2012
bagusnya..buat tanaman hijau di atas bumbung.. hahaha. patut bersyukur sebab pokok tu memilih untuk tumbuh di atas satu-satunya bumbung rumah awak :)

pokok apa sebenarnya tu ek.. mesti ada orang makan buah pastu biji nya dicampak atas bumbung rumah awak..

p/s : Panjang plak komen..haha
mrs chenta mrs chenta 06 November, 2012
kita deting atas bumbung pun best kan yang.eh eh eh.ahahahha
Cik Nur Cik Nur 06 November, 2012
patutlah banjir..!
saluran paip tu tersumbat..

lepas ni kena rajin2 tgk la, sbb takut pokok tu tmbuh balik..

Ezad Skytech Ezad Skytech 06 November, 2012
Lepas ni kena selalu check...banjir nanti susah pulak..
fairus fairus 06 November, 2012
POKOK PARASIT NAMANYA TU.. DI BANGUNAN-BANGUNAN LAMA BANYAK IA TUMBUH..
dhiashahida dhiashahida 06 November, 2012
besar jugak pokoknya kan...ptt la smpai blh menakung air...mohon kirim salam pada jiran2 brdekatan...##tetibe merepek lak...
Liselle MonCherie Liselle MonCherie 06 November, 2012
Cantik Rumah Bro! Mwehehe agak besar pokok yg menumpang tempat tinggal kt bumbung,susah jgak nk buang akar2 tu dia dh cengkam dkat paip.
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 06 November, 2012
tak sedar lah tuu mase pokok tu kecik2 duk main2 dekat atas bumbung .. haha . sampai besar mcm tu gamaknyee ... cmane nak buang lebihan yg ad dlm lbang tu boni??? kasi pecah ke? haha
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 06 November, 2012
terima kasih boni sbb letak mee dekat blog pilihan .. dan sy akn terima seadanya yg awk akn botak dihari tua . kakakakkakakakakak !!!
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 06 November, 2012
owh.. ingatkn masalah hujan lebat tak henti2.. hehe kena rajin2 bersihkn kawasan so sistem perpaipan boleh lancar :)
metrolisa metrolisa 06 November, 2012
Wah rumahnya asri sekali rakan boni udaranya pasti segar dikelilingi pohon
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 06 November, 2012
boni syg...kepala botak tengah xpe..Yun Nam Hair Care kan ada...lap u :P
nasir hamzah nasir hamzah 06 November, 2012
Huhuh.. kalau NH ler bisa gayat nak panjat atas bumbung tuhh.. huhuh.. bro Boni kasi racun jer pokok tuhh nanti..
لين Si Pipi Merah لين Si Pipi Merah 06 November, 2012
rajinnya anak boss! silelah terharu.
AnonymousAnonymous 06 November, 2012
besar juga eh pokok yang tertumbuh atas tu..
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 06 November, 2012
mang aiii subur pokok tu tumbuh kat situ..hati2 bubuh racun sebab dalam saluran paip tu kan...selalu saya nak matikan pokok lepas cantas ala2 mcm pic bro atas tu kan yg tinggal akar tu saya bubuh minyak hitam atau varnish..memang mati lepas 2 hari, senang jek nak cabut..ngee..tapi tu la pokok tu atas tanah...ni dlm paip mcm bahaya la pulak...kalau paip tu digunakan...
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 06 November, 2012
ramenya bakal bini boni yek? hamboiiiiii!!!!

x yah susah2 masuk gym kan?? ;)
yana halim yana halim 06 November, 2012
hehe....jaga2 tau. Pokok Ficus benjamina tu kegemaran siapa? eeeeeeeeeeee.........
Eizil Eizil 06 November, 2012
Perghh... boleh tahan besar pokok atas bumbung tu, ingatkan pokok kecil jer, tapi akar dalam paip tu jenuh gak tu kalau nak clearkan, kena guna peralatan yang sesuai untuk memudahkan kerja.
[PCL] [PCL] 06 November, 2012
wow.. air bertakung atas bumbung..bole ternak ikan keli tu bro...rahmat musim hujan , kalau tak sampai bila2 pokok tu bertapa kat situ...maunya ada citer seram plk nanti..

syabas bro atas kerajinan anda.
Mk Syahir Mk Syahir 06 November, 2012
dah settle pon..harap2 tak tumbuh lagi, kalau tumbuh pon pokok durian je..hahaha

nice view lah tempat lu!
Zurina Zurina 06 November, 2012
alahaiii dik...baru buat keje camtu dh kuar 6pack...huhu. pepun akar tu hidup...klau tak buang mmg akn tumbuh balik...elok kasik buang semuanya...sblm air btakung dan jd sarang nyamuk lak...bahaya..pesanan kementerian kesihatan...;)
Dunia Wilma Dunia Wilma 06 November, 2012
Cantik rumah Boni kan :-)
Patutlah banjir...Tersumbat plak...
Tapi, macam mana Boni nak keluarkan lebihan akar di saluran paip tu?
KorN KorN 06 November, 2012
Hahaha.. tak habis lagi rupanya bab pokok ni.. eh tapi aku tertarik lah yg part botak tengah tu sedang kan part ni jauh meleset dari ape entry ni nak di sampaikan.. ekekeke...

ade satu gmbar tu, macam tmpat mat rempit amik side utk corner lap.. ahahaha.... mesti port ko merempit kan...

kawasan rumah kau ni mesti agak sejuk kan sebab aku tgk bukit bukau dekat2 jer dengan rumah.. best la kalo kediaman sejuk...
Isabel Diaz Isabel Diaz 06 November, 2012
Macam tak penah dijenguk jer atap tu.
Len Inouie Len Inouie 06 November, 2012
Kalau aku datang beraya tanpa diundang kat rumah en.kacak, aku nak melepak atas bumbung boleh?
Hahah
Nadot Nadot 06 November, 2012
Perut keras sebab sembelit berak batu kan? bukan sebab 6 packs kan? kan? kan? ;p
azza_mastura azza_mastura 06 November, 2012
wahhh , abg boni dah ade six pack . nak ngoratt ah cenggini . :D .
CikNana CikNana 06 November, 2012
tersumbat salurannye.hehe
Niesa Niesa 06 November, 2012
mcm mane la pokok tu bleh naik atas bumbung tu..mesti dia nk menikmati pemandangan kt atas bumbung rumah boni gak tu..hahaha..
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 06 November, 2012
kena selalu gotong royong bersihkan semua ni ..
Remy hazza Remy hazza 06 November, 2012
Malam tadi tak dengar bunyi org menangis ker bro???? kut bro dah buang rumah dia...... nampak cam dah lama pokok tu kat atas bumbung tu......he3
Azza Afdzal Azza Afdzal 06 November, 2012
kesian pokok tu hahahaha
syiela syiela 06 November, 2012
Boni jangan lupa buang air yg bertakung kang takut denggi plak...

Gillette Flores Gillette Flores 06 November, 2012
Esok buat entri untuk 'last round' misi membersihkan pokok yang ditebang.

Lusa buat entri six packs yang Boni dapat selepas misi ni
shiyda shiyda 06 November, 2012
pokok tu dah takda tempat lain ke nak tumbuh ? tak pasal2 dah tumbuh six pack plak ! haha
cHeRyNa PiReS cHeRyNa PiReS 06 November, 2012
Sha risau takut sistem perparitan Boni ni pecah je. Eloklah Boni dah tebang pokok tu...kang tak pasal2 ada yg retak.

Eh, muka maintain kacak tak? Hehe.
Masz Sidek Masz Sidek 06 November, 2012
good.. mencegah sblm berlaku apa2...
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 06 November, 2012
musim hujan & banjir kilat dah bermula ni
aimaniman aimaniman 06 November, 2012
alamak.. x pernah chek kat bumbung rumah, entah2 ada pokok juga
wantie wantie 06 November, 2012
tak sangka kau begitu ringan tulang ye boni. untunglah sape jadi suri kamu tu.

kalau rajin mcm ni baru le namanya lelaki.
Phat Phat 06 November, 2012
aku pun nak kena pnjat bumbung umah aku gak la sebab kalo ujan lebat + angin kuat mcm ada bocor kat siling
Ikmal Ikmal 06 November, 2012
Assalam, subur pokok tu erk Boni... cantik juga pemandangan dari atas bumbung tu...
♥  Miss Hearty  ♥ ♥ Miss Hearty ♥ 06 November, 2012
teruk gak eh wat kerja2 permbersihan tuh..jgn bg air bertakung lama2 taw.nti cik Aedes yg cun datang menyerang..hehe
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 06 November, 2012
wah bagus gak ade anak lelaki ni kan

sume keje berat gni mmg patut laki y wat
cci cci 06 November, 2012
bagus2... ^_^ eleh.. br buat keje teruk sikit.. nak naik 6packs.. pirahh... :P
Aida Omar Aida Omar 06 November, 2012
Akhirnya selesai jugak kerja2 pembaikan dan penebangan pokok.. cun seyh pemandangan dari atas bumbung tu..
Aien Alien Aien Alien 06 November, 2012
selesai kerja boni...kena rajin la jenguk bumbung tu selalu. untung big boss ada assistant serajin boni ni.. hehe
Suara Hati Suara Hati 06 November, 2012
akhirnya kering jugak kn air banjir tu..huhu
Denaihati Denaihati 06 November, 2012
mau berjam2 nak tebang n bersihkan pokok besar tu.
ceklala ceklala 06 November, 2012
racun jek pokok tu kasi mati terus..setel hihi
Melastik Bintang Melastik Bintang 06 November, 2012
6 pack pun ada dalam label..hahaha
Dhia Dirham Dhia Dirham 06 November, 2012
mak aik besarnya pokok. cantik view.
zila manaf zila manaf 06 November, 2012
mohon paggil tb 3 kehkeh
KiD KiD 06 November, 2012
wehhhh... sekodeng ape atas rumah tu? hahahaha
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 06 November, 2012
teruk nye..keringkan yang bertakung tau nti ade telur2 sakti menetas..haha
dya bunga dya bunga 06 November, 2012
cantik pemandangan dri atas bumbung..
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 06 November, 2012
alhamdulillah selesai.. risau betul pasal banjir2 ni.. budak2 lah yang paling risau sekali sebab diorang suka main air.. huhu
aku HaniAsyira aku HaniAsyira 06 November, 2012
selamat selesai jugak kan.. alang2 duduk atas atap snap view dari atas yea..
ct kektus ct kektus 08 November, 2012
siap masuk dalam paip akarnya. berapa lama pokok ni bertapa atas tu. hohoo
Mia Liana Mia Liana 08 November, 2012
laaaa.... payah juga nak buang akar tu... kena pinjam badang la baru boleh cabut tu.

confirm letih sangat2 ni.
Fauzi Blues Fauzi Blues 10 November, 2012
Curah minyak enjin kat akar tu...nanti insyaallah x tumbuh pokok..tp jgn byk sgt..kang terbakar plak rumah lu nanti...heheh
shidaR shidaR 13 November, 2012
baru machoo mcm tu boni heheee :D
Properti Otomotif Properti Otomotif 01 May, 2014
semoga hal seperti itu tidak terulang lagi :)