Sekitar Pembikinan Video Promo Hari Aids Sedunia 2012

Sekitar Pembikinan Video Promo Hari Aids Sedunia 2012. Beberapa minggu lepas, aku telah melibatkan diri dalam satu projek untuk membuat video bersempena Hari Aids Sedunia 2012. Video berdurasi sekitar 1 minit 37 saat itu telah dirakam di Wangsa Walk. Bersama-sama aku di dalam video tersebut ialah Aman Wan (Youtuber/Vlogger), Bophairy (Kartunis Komik M, G3, Youtuber), Shairazi (Youtuber, Blogger), Awie ( Kartunis G3, Youtuber), Reja Mus (Kartunis Komik M, Youtuber).

Satu pengalaman baru buat aku kerana selama ni aku tak pernah shooting di Shopping Complex yang dipenuhi dengan orang. Biasanya shooting syok sendiri dalam rumah pusaka aku ni sahaja. Tapi sedaya upaya aku buang rasa malu dan kekok tu memandangkan ada beberapa gadis mula menjeling-jeling dan melemparkan senyuman manja keanak-anakan kepada kami. Bila dah dijeling tu, mulalah perasaan bangga diri membelengu diri aku. Hidung kembang kempis kembang kempis. Dada yang tak berapa nak menonjol tiba-tiba terkedepan dengan sendirinya. Malas aku nak cerita panjang-panjang, nanti dikatakan riak. Jom layan gambar-gambar sekitar pembikinan video promo hari Aids sedunia 2012 ini.


hari aids sedunia 2012
Bophairy terlupa yang kamera aku tak digunakan untuk merakam video, tetapi beliau tetap juga berkeras untuk menampilkan penampilan paling macho.
hari aids sedunia 2012
Kamera bermasalah. Mungkin akibat semangat Malik KL Gangster sedang menyerapi Aman Wan
hari aids sedunia 2012
Reja  berbaju biru sedang khayal memerhati sepasang burung merpati yang sedang berlari-lari anak di langit.
hari aids sedunia 2012
Akhirnya, dapat juga aku menyelit untuk bergambar. Ada nampak macam penjaga kaunter fun fair tak?
hari aids sedunia 2012
Aku pun tak faham apa yang cuba dibuktikan oleh Awie hinggakan mata hitam beliau hilang. Mungkin masa ni bahagian bawah perut beliau terhantuk pada kerusi agaknya. 
Jadi, jom ramai-ramai ke Berjaya Times Square pada 1 Disember 2012 ni. Boleh berjumpa dengan kami kat sana. Aku pun InsyaAllah akan ke sana jika tiada aral melintang pukang.


Allah ciptakan sesuatu itu bersebab. Mungkin diciptakan penyakit pembunuh Aids ni tiada penawar supaya manusia menjauhi dadah dan juga seks bebas. Namun kita yang tak sedar. -Peringatan untuk diri sendiri-

Nak tonton video tersebut bolehlah klik --> Video Promo Hari Aids Sedunia 2012 


{ 61 comments.. read them below or add one }

Cik Nur Cik Nur 28 November, 2012
terimamkaseh kerana mengingatkan kami semua...

1hb..? tapi kenapa jauh sgtttt....!
Remy hazza Remy hazza 28 November, 2012
i dec kat time square ye.... remy nak pi skodeng lah!!!!!! he3
Aida Omar Aida Omar 28 November, 2012
la kat wangsa walk ke.. huhu. tempat merayap tu. haha awat mata kawan tu jadi lagu tu. Betul2 setuju ayat boni yang last tu.. :)
♥  Miss Hearty  ♥ ♥ Miss Hearty ♥ 28 November, 2012
lawaklah gambar yg last tuh..hahahah
eVa eVa 28 November, 2012
1hb? alaa naper awal sgt.. xleh tggu sy sampai dtg kl dulu ker hahaha.. just kidding.. bgs jugak kempen tu.. peringatan utk sendiri dan kita semua.. sharing is caring kan.. gudluck!!
fifie fifie 28 November, 2012
Bestnya kalau boleh join aktiviti para bloggers. Huhu
✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ 28 November, 2012
hahaha boleh la nanti terjah kat TS nanti.. boleh jumpa boni, InsyaAllah kalau tak ada pape halangan.. hahaha.. nanti, boni leh jadi pelakon pula.. awwww
Yuliana Wahit Yuliana Wahit 28 November, 2012
wahhh.. mcm best je cite tu nnt.. hehhee
Si Matatajam Si Matatajam 28 November, 2012
Jauh sangat..kl dekat bleh usha2...
Jna marcello Jna marcello 28 November, 2012
Awk senyuman manis keanak²kn mcmne?
Nkkk jugk senyum cam gituuuu ;p
Buatbest Buatbest 28 November, 2012
wah..menarik aktiviti mcm nie..
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 28 November, 2012
skit plak mata tagk gmbar yang last tuh . haha :p
donnyien donnyien 28 November, 2012
hai boni, setuju dengan kata-katamu yang terakhir sekali tu. mudah-mudahan kita di jauhi dengan benda2 macam tu. Tahniah dan all the best untuk pembikinan Video tersebut.
zaxx zaxx 28 November, 2012
say no to aids..:)waa boni makin peymes..hihihi
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 28 November, 2012
t leh la jadi hanis. dari blogger jdi pelakon lak,, hehehe
Niesa Niesa 28 November, 2012
ingtkan yg pegang kamera tu boni..org len rupanya..dr blakang nmpk mcm boni..hahaha..ada bakat,ada bakat..
Cik.blogger Cik.blogger 28 November, 2012
tul tu..."Allah ciptakan sesuatu itu bersebab"
Lyaa Suriany Lyaa Suriany 28 November, 2012
Ohoi aman wan pun hado.
dua pupu tunang sy.
AQu Mad AQu Mad 28 November, 2012
bro ajar gue shooting short filem boleh hehehehehehehe..
deq noor deq noor 28 November, 2012
video dh siap belum? nak tengokkkk!!! hee..
Cikgu Ma Cikgu Ma 28 November, 2012
ensem pe mamat mata hitam hilang tu..hehehe...kim salam yea...^_^

suka qoute akhir tu..setiap kejadian yang Allah turunkan bersebab...


jom main teka teki

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/11/ww-teka-dan-menang.html
Sheila Salim Sheila Salim 28 November, 2012
Assalamualaikum..
dah siap ke videonya? nanti kasi link. hehehe. geli usus perut baca entri ni :p
Neo89 Neo89 28 November, 2012
Kah3. Caption gambar last tu tak boleh blah. LOL!!! xD
fiza fiza 28 November, 2012
Lawak lah gambo yg last tu ☺☺
Ikmal Ikmal 28 November, 2012
Assalam, mata hitam dia bukannya hilang tapi sudah terpikat dengan air tu... hahhaa


are_lin@yu are_lin@yu 28 November, 2012
klu xda pa2 blh la pergi..hehe
siti fatimah siti fatimah 28 November, 2012
jauh la pulak. kalau dekat memang sah sah akak pergi ngintai kamu dik oi...

betul tu, Allah dah bagi warning, tapi manusia ni sentiasa leka.

tetiba teringat seorang ustazah di utara tanahair termengidap aids sebab hospital salah masuk darah.
semoga Allah kuatkan imannya..
Cik Nurul Siezuka Cik Nurul Siezuka 28 November, 2012
All the best Boni.. Moga ape yg Boni & the geng usahakan mencapai kejayaan.. :)
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 28 November, 2012
if 1/12 ni x dpt la bang boni. kami berada di JB. huhuhu
syiela syiela 28 November, 2012
mesti ramai yg pi skodeng nanti.. akk mmg tak dapatla.. jauh sgt!
Mummy Akmar Mummy Akmar 28 November, 2012
dekat mana rakaman ini terjadi?
Gillette Flores Gillette Flores 28 November, 2012
Kadang-kadang Gill rasa macam biasa je tengok group korang ni :)
And lately kerap juga lepak di Wangsa Walk. :)

Boni, minta vote dekat page Gill tu boleh tak?
Nak survey aje.
Itupun kalau Boni tak kisah ye? :)
Minta kawan2 vote sekali. :)
krole krole 28 November, 2012
menarik bro..tp tak dpt p r..krole kat sabah..meow cin~hihi
Shasha Yacob Shasha Yacob 28 November, 2012
hamboiii, siap di jeling gadis gadis lagi, kombang ea. haha
aTieYusof Family aTieYusof Family 28 November, 2012
Jauh lah nak datang..:(
anyway tahniah coz libatkan diri dgn projek2 mcm ni...
ingat! AIDS pembunuh...:)
Papa Mifz Papa Mifz 28 November, 2012
pasti sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila terlibat dalam aktiviti seperti membikin video promo nih kan...
Shiyda Aqma Shiyda Aqma 28 November, 2012
dah macam retis ! huu :P
Anisa Anuar Anisa Anuar 28 November, 2012
tentangi aids abis2an =)
lepakk.com lepakk.com 28 November, 2012
Menarik sangat!
bro memang serba boleh ye
Dkna Abza Dkna Abza 28 November, 2012
alaaaaa...dkna balik kg la boni :(
onn Lajer onn Lajer 28 November, 2012
berjaya time square tu dekat mana boni hehe
Alyn Adnan Alyn Adnan 28 November, 2012
Wahhhh famous abg boni niy eak .. Huhuu
Ladfe Amir Ladfe Amir 28 November, 2012
memang penyakit ini tiada penawar dan ubat. satu ingatan tegas untuk mereka yg mengamalkan cara hidup yang salah secara keterlaluan.
Lina md. munir Lina md. munir 28 November, 2012
Eyahhh...Bonikacak semakin mantap !
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 29 November, 2012
terima kasih atas peringatan
JMR JMR 29 November, 2012
jauhi seks bebas...:-p
afzalsukasuki afzalsukasuki 29 November, 2012
mati2 aku baca pembikinan video porno.dah tu semua plak lelaki!!so aku baca balik.oo video promo :)

bagus apa yang korang buat ni.mungkin tak nampak atau tak tau sejauh mana keberkesanannya tapi dalam 1juta yang lihat, kalau ada sorang yang boleh sedar akan betapa bahayanya AIDS melalui video korang buat ni, besar nilainya lagi2 di sisi Allah :)

Teruskan usaha murni :)
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 29 November, 2012
wah..mcm buat2 filem gituwww..hee
beckhrooy beckhrooy 29 November, 2012
nank tiru undertaker ke tu
Aku Penghibur Aku Penghibur 29 November, 2012
wah menarik aktivi nie ..hehehe dah popular jgn lupa kami
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 29 November, 2012
wah smngt buat bideo

like2
C'Jai C'Jai 29 November, 2012
shooting ker..bleh la ngintai..:)
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 30 November, 2012
dalam ramai2 tu,gua nmpk kecomelan Aman Wan je eh......punya cute!..muahahaha..i love u la!..eh,bukan kau ye..ko tolak tepi sikit ye boni :D
Mia Liana Mia Liana 01 December, 2012
wahhhh... sampaikan salam mia pada diorang tau... heheheh
Che Rosliza Che mat Che Rosliza Che mat 03 December, 2012
terima kaseh kerana mengingatkan kami semua...hihi...good luck
shidaR shidaR 08 December, 2012
boni...semua single dan avaiable ke? heheee...