Yang Tinggal Hanyalah Lelaki-Lelaki Bujang Yang Kacak

Yang Tinggal Hanyalah Lelaki-Lelaki Bujang Yang Kacak. Lepas aku menghadiri kenduri salah seorang sahabat tempoh hari, aku baru terasa sesuatu sebenarnya. Kalau dulu, lepas pergi mana-mana pasti akan mengeteh bersama. Dan suasana memang sangat-sangat kecoh dan meriah. Tapi baru-baru ni, bilangan yang mengeteh hanya tinggal tiga orang. Bermakna, tiga orang ni lah yang masih solo dan bujang. Aku kategorikan sebagai tiga orang lelaki bujang yang kacak. 

Aku masih ingat lagi suatu ketika dulu. Siap berkonvoi ke PD lebih kurang 20 biji motor. Mat motor katakan. Hahaha. Rindunya zaman-zaman tu. Tapi sayangnya gambar-gambar zaman main motor dulu hilang entah ke mana. 


lelaki kacak
Bersama sahabat-sahabat dari sekolah. 3 dari kiri telah meninggalkan kami dan dunia ini. Al-Fatihah.
lelaki kacak
Kenangan ketika menghadiri perkahwinan salah seorang sahabat.
lelaki kacak

Dan kini yang tinggal hanyalah tiga orang lelaki-lelaki bujang yang kacak bergaya. Kepada gadis-gadis di luar sana yang masih single, sila lah ambil perhatian kepada tiga orang lelaki bujang yang kacak ini. Mereka mampu memberikan yang terbaik buat korang.


LELAKI BUJANG KACAK PERTAMA
lelaki kacak
Atin nama diberi. Seorang yang hanya akan menjawab segala soalan dengan jawapan "Tak tau". Sesuai kepada gadis-gadis yang banyak bercakap dan menyoal. 
LELAKI BUJANG KACAK KEDUA
lelaki kacak
Apiz. Seorang lelaki yang ganas dan mirip penyanyi Awie. Pernah beliau pacak motor dekat jalan yang rosak dan berlubang-lubang dan hampir jatuh. Yang paling aku tak boleh lupa, masa adegan pacak motor tu terjadi, kereta peronda polis dekat depan. Tapi tak pulak kena tahan dia ni? Mungkin masa tu polis gelak terkekek-kekek dalam kereta peronda.Sesuai buat gadis yang pendiam kerana beliau ni memang suka bercakap.
LELAKI BUJANG KACAK KETIGA
lelaki kacak
Yang ni tak perlu dipersoalkan lagi tentang kekacakannya. Sekali pandang, berjurai air mata gadis-gadis kerana  keunikan wajahnya yang terlalu kacak. Memiliki susuk tubuh yang agak kecil berbanding sahabat-sahabat yang lain, tetapi paling aktif. Mungkin beliau ni seorang penghidap HyperActive. Sesuai buat gadis yang berketinggian model kerana dikatakan jika pasangan lelaki rendah, rezeki senang masuk. Orang cakap. Aku iyekan je.
Aku pun tak fikir lagi antara kami bertiga ni siapa yang akan kahwin dulu. Dan bilakah waktunya. Adakah lambat lagi atau sudah hampir? Doakan yang terbaik buat kami bertiga.


Aku pun tak faham macam mana entri ni dah jadi entri pengiklanan mencari jodoh. Hahahaha. 
KORANG TERTINGGAL ENTRI NI? JOM BACA -> HARI AIDS SEDUNIA 2012 <-

{ 85 comments.. read them below or add one }

Kakcik Nur Kakcik Nur 27 November, 2012
Takkanlah lelaki2 sekacak kalian nak tunggu gadis2 masuk meminang. Kakcik pun tak ada anak gadis nak ditawarkan. :)
Anisa Anuar Anisa Anuar 27 November, 2012
tak pe2 nnt ada la permaisuri dihati...up kan status dari bujang kpd...berkahwin =P
Mira Adzlia Mira Adzlia 27 November, 2012
hihi...1 ari pasti jmpe gadis idaman..hehe....
Mummy Akmar Mummy Akmar 27 November, 2012
Amboi beratur ramai-ramai...Hahaha

Mummy Akmar Mummy Akmar 27 November, 2012
eh 3 dari kiri dah meninggal? Innalillah...
Ena's Palace Ena's Palace 27 November, 2012
wah...da mcm iklan seh! sediakan borang lebih² ckit....yg pasti si kacak no.3 tu menjadi pilihan ramai kan...ngeh3
Arina Shamsul Arina Shamsul 27 November, 2012
eh,bukan yang 3 dari kiri tu bukan ada boni ke situ? yang pertama dari kiri tu boni kan? kan?

AL-FATIHAH buat mereka yang telah pergi..

Baidewey jejaka kacak ketiga yang paling kacak tu,dilarang merokok..
hahahaha..macam takde kaitan kan? hehehe.
Myra Jay Myra Jay 27 November, 2012
3 lelaki kacak bakal menjadi rebutan.. hehee

Moga jodoh korang bertiga dipercepatkan ye
Niesa Niesa 27 November, 2012
boni2..boleh bukak agensi carik jodoh ni..hahaha
are_lin@yu are_lin@yu 27 November, 2012
ternyata mmg boni kacak lebih semuanya..hahaha
Mat Som Mat Som 27 November, 2012
Lelaki-lelaki bujang yang kacak ini pastinya mendambakan gadis-gadis ayu bak Neelofa dan Hanish Zalikha,

Elok kalian bertiga menyewa rumah di Pasir Mas sebulan dua, agar menemui gadis idaman yg masih mulus,tulus,dan pandai mengaji...kerana khabarnya Pasir Mas ini penuh dgn gadis-gadis jelita mengalahkan artis yg ada.

Maaf buat gadis di tempat lain atas kenyataan ini.
Mira Maisara Mira Maisara 27 November, 2012
wah..da open borang belom nie abg boni? haha

*ingatkan dah kawen.hehe
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 27 November, 2012
abislahhhh..pasni sure ramai yg terpikat dgn kekacakan abg2 semua ni. hehehe
Sheila Salim Sheila Salim 27 November, 2012
Assalamualaikum.
hehehe comel entri ni..
sheila kirimkan al-fatihah buat allahyarham kawan-kawan boni.. semoga mereka ditempatkan dikalangan org yang beriman. amin.

*semoga mendapat jodoh yang sempurna buat boni dan kawan2 :)
hnahdy hnahdy 27 November, 2012
yang kacak2 tu la selalunya cerewet. ini xkena itu xkena. nak yang perfect je baru sesuai dengan kekacakannya.hikhik
MizzTina MizzTina 27 November, 2012
ni dh mcm entry promo diri sendiri je..hahaha.. oleh kerana sy pendek, maka sy xlayak.. kehkehkeh.. opss, gurau je.. :P
Saya Disini Saya Disini 27 November, 2012
sapa yg paling kacak antara 3 org tu???
Saya Disini Saya Disini 27 November, 2012
betul ke?org kata klu lelaki kcak akan dapat pasangan yng kurang cantik?hehe
ceklala ceklala 27 November, 2012
amboiii promote diri sendiri nampak...borang bile nak start edar? kikiki
Afasz Afasz 27 November, 2012
menjawab persoalan saya disini:


tak semetstinye.tp kebanyakan camtu. maybe Allah nak tunjuk masing2 saling lengkap melengkapi. ..
Zurina Zurina 27 November, 2012
sbb tlalu kacak...gadis2 takut nk dekat...huhuhu
♥  Miss Hearty  ♥ ♥ Miss Hearty ♥ 27 November, 2012
memang kacak kacak 3 org bujang tuh..tp boni kacak lah ternyata yang paling kacak disitu ! hewhewhew
syiela syiela 27 November, 2012
kacak sangat tu ramai takut nak dekat
Len Inouie Len Inouie 27 November, 2012
x lama lagi berkurang la lelaki kacak yang bujang.
C'Jai C'Jai 27 November, 2012
Hai lelaki2 kacak...kalau dah ada calon apa tunggu lagi... perlengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga...:)
siti fatimah siti fatimah 27 November, 2012
ha.. baru tau ye. cepat cepat le kamu tu. kalau nak tunggu pompuan meminang kamu. alamat berjanggut beruban bagai pun tak de la dik oi..
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 27 November, 2012
moga2 korang dapt bini sorang satu cepat2!! amiin :D
Ikmal Ikmal 27 November, 2012
Assalam, khakahakhakah... kesian koe Boni... In Shaa Allah, akan tiba jua giliran koe nanti... hehehe
Aien Alien Aien Alien 27 November, 2012
bila tiba masanya nanti..pasti tiga2 jejaka kacak akan bertemu pasangan hidup masing2. cepat atau lambat je.. :D
Shiyda Aqma Shiyda Aqma 27 November, 2012
hihi , semoga tiga2 lelaki bujang ini naik pelamin bersama-sama ! :P
TiranaAduka TiranaAduka 27 November, 2012
salam boni
Like no 3.hehe
hazwan hairy hazwan hairy 27 November, 2012
haha ak nk gelak plak weh...relex2 muda g
maszull maszull 27 November, 2012
assalamualaikum boni....orang kacak mesti ada org hendaknya petik jari pasti ramai yg dtgkan tapi kena la pilih yg sesuai yer jgn main suka2 jer..;)
aTieYusof Family aTieYusof Family 27 November, 2012
hahaha..
enrty mencari jodoh...hehe.lawak lah Boni..tidak dpt dinafikan kekacakan kalian bertiga.. haha..moga bertemu dgn jodoh2 yg solehah..amin:)..
Yg pasti nya Boni mmg kacak coz nama pun dah BONI KACAK...hahaha:p
nasir hamzah nasir hamzah 27 November, 2012
Hehe.. terkekek2 NH baca Entri ni.. tapi apapun insyaAllah Boni, jodoh pasti datang, tak lari gunung di kejar...
MRie RNie MRie RNie 27 November, 2012
oh mama Boni mau kawen. Kawen kan Boni dengan siapa2 saja..hehehe..promote diri ke bro? semoga ketemu sama ceweknya bro.
fairus fairus 27 November, 2012
MEMANG KACAK2 SEMUA.. :D
CikNana CikNana 27 November, 2012
siapa kah yang paling kacak disitu.hehe
Cik Ain Cik Ain 27 November, 2012
cepat2 la cari calon abg boni oiii ahahha...
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 27 November, 2012
msti sakit hati kalau berckp dgn lelaki num 1 tu .. "tak tau" je kje . hahahahhaha

mee xsuka lelaki byk ckp so num2 pun reject . kikikiki

yg num3 tu . esok sy masuk meminang . hahahahhaha
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 27 November, 2012
Bila nak menamatkan zaman bujang bro? Hehe
Hanif Idrus Hanif Idrus 27 November, 2012
Ada jodohnya nanti...
Sekarang ni bujang...enjoy as bachelor..
Bila dah kahwin macam2 kena pikir..hehehe
Dkna Abza Dkna Abza 27 November, 2012
kejap! dkna nak gelak tengok boni pakai bj pink tu..kenapa eh? pelik?
ooooww...rambutnya ahahahhaa

bila nak kawen?? :)
Eizil Eizil 27 November, 2012
Aku rasa, abang kacak yang last sekali tu macam dah nak kahwin jer, aku doakan semua akan bertemu jodoh dalam masa terdekat, benda baik, buat apa tunggu lama-lama.
zila manaf zila manaf 27 November, 2012
nk yg no 2 tuhhh tnjuk ajarku siput sedutttttt...
nk yg no3 tp mcm byk pencabar je kahkah
daddydee daddydee 27 November, 2012
naik pelamin sekali la...baru best...hahahaha
umie mia umie mia 27 November, 2012
hmmm nak rekomen kat sapa ye jejaka kacak bertiga ni hahahah
Remy hazza Remy hazza 27 November, 2012
kalau bro nak remy rekomenkan...takde hal.......... he3..... tapi ketiga2nya memang terkacak..... org tua2 selalu ckp..... org kacak kawen lambat...... nak kasi awek2 ngorat dulu...... kalau kawen awal..... rugi......nanti awek tak leh cuci mata.....he3
hafiz hafizol hafiz hafizol 27 November, 2012
patut kena tukar tajuk entri jadi



" 3 ORANG BUJANG TERLAJAK "




Hahahahaha =p
Hafizul Hafizul 27 November, 2012
Hehehe..memang kekacakan semua ni terserlah dah..hehe..alamak rugi la gambar kenangan dulu tak ada simpanan..kalau tak boleh tunjuk dalam blog ni..hehe
Cik Nur Cik Nur 27 November, 2012
insyaALLAH..ada tu..
jodoh tgh otw tu..
siap sedia..hihihi
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 27 November, 2012
siap sedia jelah..nanti dah jumpa jodoh terus kawen eh.. hehe
Denaihati Denaihati 27 November, 2012
moga bro bertemu jodoh. insyaAllah semestinya mcm model...
Papa Mifz Papa Mifz 27 November, 2012
tak lama lagi ketemu la jodoh tuh...kan kacak lagi segak...ke memilih sgt bro..??
nora nora 27 November, 2012
antara calon2nyer...
baby comel baby comel 27 November, 2012
Abg boni ni memilih sgt kot?? Jgn la cmtu bang.. Ramai je gadis2 kat luar sana.. Xde pun mintk org tua tolong carikan.. Tu yg terbaik :)
Errk, jgn marah ye bang. Adik usik je ;) hehe
Iffah Afeefah Iffah Afeefah 27 November, 2012
iklan yang tak menahan kot

#rasanye org y ketiga tu xlama dah ehhh
mrpingu mrpingu 27 November, 2012
hahahaa mmg kacak semua.. gulp.. BTW boni hang bikin aku nebes je.. ingatkan nak kongsi cerita rupanya testing je uhuk2
KiD KiD 27 November, 2012
boni memamng kacak... sebabtu bonikacak.. hehehee
Syakir Rahman Syakir Rahman 27 November, 2012
ahhhh, mnyesal wa baca entri ni!!! igtkn wa tercalon...eh!! ahahahaha... okbai XD
Cikgu Ma Cikgu Ma 27 November, 2012
wow..ramai lagi yang kacak selain boni kacak...mintak no fon plzzzzzzzz...hehe
Nurlyla Nurlyla 27 November, 2012
sape yang dulu kawin, dia paling kacak. cepat2 kawin lh boni. haha.
krole krole 27 November, 2012
hihhi kau mmg kacak boni!!! jom jerit sama2...KACAK!!!
Fendy Fendy 27 November, 2012
haha..lupa masukkan aku...
✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ 27 November, 2012
hahaha Boni memang kacak pun, so geng2nya pun mesti kacak.. apa lagi boni cari la... biar pecah rekod.. hahahaha
Cik Fie Cik Fie 27 November, 2012
semoga dapat jodoh , bro ! :)
Aku Penghibur Aku Penghibur 27 November, 2012
wow untunglah jadi orang kacak ^_^.. bila bace entry nie jadi speechless
luqman zakaria luqman zakaria 27 November, 2012
kalau dulu konvoi 20 biji moto ..skg klau konvo tinggal 3 biji moto je la kan..semua yg kawen2 xleh ikut..hoho
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 27 November, 2012
promote diri sendiri nampak
fifie fifie 28 November, 2012
Lelaki bujang pertama mungkin sesuai dengan fie sebab fie nie jenis banyak cakap secara melampau. hahahha
Aida Omar Aida Omar 28 November, 2012
Alfatihah buat rakan yang telah pergi.. amboi ang boni macam promote diri je tu.. haha. selalunya orang2 kacak nie dia nak gadis cun melecun kalau boleh cam angelina jolie ke neelopa ke.. :P
beckhrooy beckhrooy 28 November, 2012
no 3 tu plg cpt kawin agaknya hehe
eVa eVa 28 November, 2012
hahahaha boleh buat agensi jodoh ni... tak yah lah risau kalau belum kawen lagi.. enjoy dulu.. hehe
Si Matatajam Si Matatajam 28 November, 2012
Yang kacak2 ni memilih sangat kot..jgn sampai x laku dah laaaaa..
Jna marcello Jna marcello 28 November, 2012
Hamboiiii borang yg utk lelaki ke3 tuuuu masih ade x hehehe :)
etuza etuza 28 November, 2012
Boni Kacak balpg, hari2 orang klik eh! blog Boni Kacak..ha..tu dah macho kacak tau dah Boni....tu. Dah sampai seru tak ke mana Boni.
Rasanya siapa2 pun boleh kahwin awal..Boni kot dahulu hehehe....perkara baik Boni..apa nak malu...
nadia nadia 28 November, 2012
amboiiii, gaya macam nak pilih calon suami terhebakk tapi nasib baik aii dah kawen. kehkehkeh ;D
Deqla manjew Deqla manjew 28 November, 2012
Kalo ku bujang dah tentu aku pilih no 3!!..hahaha...aummm cakkkk jgn terkejut lak deqla terjah sini...on9 by henpon ni...so..selalu2 la pos entri kat group page gsf tau...sng nk terjah sokmo!! ;-)
Ladfe Amir Ladfe Amir 28 November, 2012
in shaa Allah..nanti korang bertiga akan bertemu juga dgn jodoh masing2.

jangan lambat sangat kahwin bro..
dya bunga dya bunga 29 November, 2012
haha..puji diri sendiri ke?hahaa
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 29 November, 2012
wahh...comey2 kachak2 blake..auw auww..wkwkwkwkw
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 30 November, 2012
lah....entry ne patut ping ke laman carijodoh.com
hahaha :P
Mia Liana Mia Liana 01 December, 2012
ooo high taste rupanya.... model.. dah tua kerepot juga.. hehehehe
Ruzzezanie Ruzzezanie 04 December, 2012
Sekali pandang berjurai air mata?????

Tapiiiii, dah kenapa kali pertama saya pandang awak dulu sy rasa mcm tgk budak kecik tak cukup umur je?rasa kesian adalah.hahahaha.. Rejek! Kekacakan tak cukup awak ni. :)
shidaR shidaR 08 December, 2012
yg gmbar last tu yg xtahan tu..manis je ank teruna tu heheee :D