Jadual Penuh

Hari ni, esok dan juga lusa jadual aku memang padat sangat. Ada aktiviti terjun tiruk dalam loji taik. Hahahaha. 

Hari ni aku akan bersama geng Penyamun Inc. untuk merakamkan satu filem pendek dan selepas itu bertemu dengan wakil daripada PTS untuk satu projek blog. Manakala Sabtu dan Ahad aku akan menjaga booth untuk barang-barang perkahwinan. 

Pergh. Sejak kebelakangan ni aku asyik terjebak dengan unsur-unsur perkahwinan je ni. Benarlah kata orang, bila kita dah terjebak dengan perkahwinan ni, samada jadi pengapit dan sebagainya, aura kahwin tu akan melekat. Akibatnya aku dah jadi semakin miang dan gatal sekarang. Nasib baik muda lagi. Kalau tak , orang dah gelar aku orang tua gatal.  


orang tua gatal
 Bila sebut orang tua gatal, cukup sinonim dengan  Pak Cik Jalaludin Hassan ni. Selalu dalam drama melayu, dia ni selalu dapat watak orang tua gatal. Aku tak nak jadi macam ni! Hahaha. Sumber --> http://nadfiz2310.blogspot.com





RUANGAN MENGUNDI 

  • Jangan lupa untuk undi hari-hari kepada Bro Framestone. Klik hari-hari button thumbs up kat bawah ni. Senang sangat. 

  • Undi untuk aku juga dalam contest Iphone 5 Gadget Impian. Tinggal 3 hari lagi ni.Tolong undi hari-hari ye. Tulunlah. (Sambil tumbuk-tumbuk manja bahu korang). Cara untuk mengundi klik --> AKU TERLUPA UNTUK MEMINTA BANTUAN


{ 86 comments.. read them below or add one }

Kakcik Nur Kakcik Nur 28 December, 2012
Selamat menyibukkan diri. Kakcik pula akan ke Utara sebentar lagi... :)
paripariputih paripariputih 28 December, 2012
Mohon jadual tu dikurangkan sikit jan sampai kesihatan tergangu sudah boni ^_^
Innanie | Ariffin Innanie | Ariffin 28 December, 2012
moga segala urusan dipermudah... amin... mungkin jodoh dah dekat tu agaknya. ecewah!! status fb pun bukan main sekarang. hehehehe
etuza etuza 28 December, 2012
kesian ya Boni, patutlah sibuk bebenar tu...tak apa amal jg tu ...
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail 28 December, 2012
kawin tu jangan lupa ajak blogger muja yang comel ni,, hehe
PinKy MoMMa PinKy MoMMa 28 December, 2012
hahahaha mohtip sangat letak gambar jalaluddin okeh..dia lelaki romantik lah..ooohh fitaaam

kalau dah gatal, segera segerakanlah boni ehemm oiii
Mat Som Mat Som 28 December, 2012
Jadual penuh - adalah simtom-simtom nak jadi kaya dan berjaya.

Setakat miang dgn kata2 tentu tak memudaratkan, yg bahaya kalau perkakas-perkakas lain yg miang
KiD KiD 28 December, 2012
patut laaaa busy... jadual penuh je... hehheehe
Encik H Encik H 28 December, 2012
okey la tu bro..abg jalal jadi org tua gatal..abg boni pulak jadi org muda gatal..kahkahkah
Fazrol Fazrol 28 December, 2012
Org dah nak kawin mmg camtu...
cari duit lebih... ha haha..
afifudinsohaini afifudinsohaini 28 December, 2012
haha..teringat pulak watak abg jalal jadi maknyah..haha
aQu Mad aQu Mad 28 December, 2012
mcm vip lak boni ni, sibuk je memanjang hehe.
Aida Omar Aida Omar 28 December, 2012
tudia makin bz kawan kita sorang nie ha.. PTS buat ape boni? PTS bukan syarikat buku tu ke? Moga cepat kawen ea.. dah ada aura tu tak baik tangguh2.. hiks.
Gillette Flores Gillette Flores 28 December, 2012
Baguslah kalau sibuk mencari rezeki.
Semoga semakin dimurahkan rezeki hendaknya.
Kurangkan sikit gatal tu.
Nanti melekat perangai macam 'abang' jalal ;p
Gillette Flores Gillette Flores 28 December, 2012
Oh ya.
Lupa nak cakap
Gill dah undi ya :)
Good luck!
Kakzakie Kakzakie 28 December, 2012
Apa pulak muda boni. Dah sesuai benar kalau nak cari calon..
Fiza Rahman Fiza Rahman 28 December, 2012
Amboiiii...bukan main sibuk lagi tapi kesihatan tu jaga yer.
Sheila Salim Sheila Salim 28 December, 2012
Assalamualaikum.. sheila pun rasa watak org tua gatal sesuai dgn Jalaludin Hasan. huewhuew!
aimaniman aimaniman 28 December, 2012
biasale dik, mula tahun baru, mula le sibuk, atau lebih pada menyibukkan diri koot...

selamat tahun baru...azam mesti baru, masuk geng 'suami orang'
ahsfantasy24 ahsfantasy24 28 December, 2012
boleh dah cari calon ni, ehhe :)
Irwan Alessa Irwan Alessa 28 December, 2012
hahaha ketawa pagi bila baca entry ni.. selamat-selamat.. haha apa pun sibuk macam mana kesihatan jaga jugak :)
Aien Alien Aien Alien 28 December, 2012
hai Boni OMG (Orang Muda Gatal) hakhak. ececeh...hati dah berbunga2 la tu yg gatal tu. :D
fairus fairus 28 December, 2012
SIBUK TAKPE BRO, JANGAN MENYIBUK SUDAH..
Konspirasi Juruterer Konspirasi Juruterer 28 December, 2012
Abang Jalal pernah berlakon jadi maknyah time raya :P
Nurulee Nurulee 28 December, 2012
Muka Jalaludin Hassan mmg sesuai dgn org tua gatai. Hahahah, mmg dah sinonim sgt dah.
Cheq Kaq Cheq Kaq 28 December, 2012
same laa ngn cheqkaq..membizikan diri dua arini..
dya bunga dya bunga 28 December, 2012
xlama lgi ko pula yg kawin tu.hehehe..
Qashmere Qashmere 28 December, 2012
Terjun loji? Biar betul? Hahah..
Busy yer skarang Boni!...Dahsyat..

Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion

Blog Qashmere
Take Care Bro!
Qashmere Qashmere 28 December, 2012
Jaga2..Jalaluddin punya abang bukan ke bekas ketua polis negara...hahaha
TechKini.com TechKini.com 28 December, 2012
Kacak sungguh abg Jalal tu :D

-> ❤ TechKini.com
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 28 December, 2012
itu petanda lahh tu nak suh kawen spantas yang mungkin ;D
Remy hazza Remy hazza 28 December, 2012
subuk bebenor bro sekarang nie ye.......
ke sibuk promosi diri sekali......
hai...... tak lama nanti kopak dinding kopak dinding ler......
Zul Aeriazz Zul Aeriazz 28 December, 2012
kihkih..nasib muda kan..
pe2 pon cepat lah kawen leh makan nasi minyak.. :p
Nys Anis Nys Anis 28 December, 2012
penuh2 pon , jgn lupa mkn .. :D
wantie wantie 28 December, 2012
FUH.. JADULA PENUH. DASYATTTTTTTTT..

SIB BAIK MENGAKU YANG KAMU TENGAH GATAL DAN MIANG. KIKIKIKIK..
aTieYusof Family aTieYusof Family 28 December, 2012
hahaha... takut juga kena COP lelaki miang erk Boni...ingatkan suka...wakaka:p...
Hans Hans 28 December, 2012
project blog?
macam best jer bunyinya :-)
munir ardi munir ardi 28 December, 2012
huh busy dua kemungkinan ada uang atau dapt amal tak ape kan
hnahdy hnahdy 28 December, 2012
selamat ber'bz'. :) Boleh x mcm tu...
4feet8 4feet8 28 December, 2012
oo. ok. semoga jodoh dipercepatkan.. maklumlah baru terima iparduai.. ;)
Zarul Umbrella Zarul Umbrella 28 December, 2012
eh bukan lu da tua ke bro??
Ikhmal Malique Ikhmal Malique 28 December, 2012
bro dah jadi ahli rasmi penyamun ka bro? wah, tahniah!
Wadi AR Wadi AR 28 December, 2012
hai bakal retis jadual pack amat sangat
Cikgu Ma Cikgu Ma 28 December, 2012
gatal2? guna la minyak kelapa dara..haha
M'Rie R'Nie M'Rie R'Nie 28 December, 2012
Tak lama lagi kawen pula la Mr Boni K kita ni kan...
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 28 December, 2012
tak lame awk pulak kawen .. :)
✿A I N A A✿ ✿A I N A A✿ 29 December, 2012
jgn tido lewat ye boni.. hehehe jge kesihatan juga, t tak sempat kahwin baru tahu.. ahakx... XD
fifie fifie 29 December, 2012
Kalau dah kahwin harap jemput lah kesini ye. Hahaha
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 29 December, 2012
bz mengalahkan retis haha
krole krole 29 December, 2012
best tu bro...wuah tak sabar nak tngok filem pendek korang...hihihi..silap haribulan ko yg nek plamin ni bro~
shasha yacob shasha yacob 29 December, 2012
maaf anda adalah mangsa Tag aku . hihi :D

http://kamihardsman.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html
Misz Fazie Misz Fazie 29 December, 2012
pakcik jalaludin hassan ni nsem sebab tu dia asyik dapat watak lelaki gatal aje. haha
ieda ieda 29 December, 2012
hati2 sewaktu menyibukkan diri ! ;)
Hanif Idrus Hanif Idrus 29 December, 2012
Atau orang tua miang..kekekeke
inche hlovate inche hlovate 29 December, 2012
hihihi memg pak cik jalaludin hasan selalu dikatakan org tua gatal.. kesian dia..

ehh tak perasan la syasya dah tag abg boni. tapi sya tetap nak tag juga :)

http://akupencintahlovate.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html
Dulu Lain Sekarang Lain Dulu Lain Sekarang Lain 29 December, 2012
Banyak projek? Cam ni tak sempat tengok EPL la malaam ni...
piraaa piraaa 29 December, 2012
moga dapat jadi perdana menteri yg adil pada diri sendiri, ehh

kbai
MAY MAY 29 December, 2012
moge dpt jd glemer.hihi
Steffany Daph Steffany Daph 29 December, 2012
oppp bony, steff dtg sini :D

sihat ke ? hope diri tu sihat walopon sibuk2. sama la, sibuk juga diriku di sini. hoho, sama2 la kit amenyibukkan diri..dah semua benda settle, then kita merdeka.
Steffany Daph Steffany Daph 29 December, 2012
oppp bony, steff dtg sini :D

sihat ke ? hope diri tu sihat walopon sibuk2. sama la, sibuk juga diriku di sini. hoho, sama2 la kit amenyibukkan diri..dah semua benda settle, then kita merdeka.
Ena's Palace Ena's Palace 29 December, 2012
seruan da hampir tiba tuh!...tggu calon datang minang tu jer...hehehe

amboii..da de guru nampak!
QasehnyaRania QasehnyaRania 29 December, 2012
singgah malam ;D

alhamdulillah. kalau miang jugak.. no komen ..hihi

*nasi nyorok tu nama panggilan je.. sarapan la..hihi
QasehnyaRania QasehnyaRania 29 December, 2012
singgah malam ;D

alhamdulillah. kalau miang jugak.. no komen ..hihi

*nasi nyorok tu nama panggilan je.. sarapan la..hihi
cik nana cik nana 30 December, 2012
dalam sibuk2 tu jgn lupa jaga diri. ewahhh. hikhik
nik ros nik ros 30 December, 2012
seronok la jadual penuh.semua aktvt yg best2 yea.
Shiyda Aqma Shiyda Aqma 30 December, 2012
eee , gatalnyerrr . haha
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 30 December, 2012
insha allah tahun depan, pasti awak pula yang akan kahwin.. amin :)
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 30 December, 2012
jalaludin hasan mmg legend. kalau bawak watak gatal, mmg mjadi. kdg2 geli pulak.hahaha
Si Matatajam Si Matatajam 31 December, 2012
Hope lepas ni dapat la kad jemputan kawin drp Boni Kacak...x sabaq aihhhh..
azam azam 31 December, 2012
untung kawenn, rugi membujang
Ema Blog Ema Blog 31 December, 2012
mengalahkan org yg ada anak sibuknya dia
ash ash 31 December, 2012
Hehe.. Baru tengok drama jalalludin hassan miang kawen 4..

BY: djdanchef
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==
daddydee daddydee 31 December, 2012
jaga booth kat mana bro?
MaYa MustWany MaYa MustWany 31 December, 2012
selalunya rahim razali pun sinonim gak..tapi paling sesuai abg boni la..hihihi
luqman zakaria luqman zakaria 31 December, 2012
amboi...jgn nak bz sgt yer,,,mulakan tahun baru dengan relax dn tenang...slmt thn baru..
ArELeEz ArELeEz 31 December, 2012
pok cik jalaluddin hassan gak yg kene.. he3..
thenunu thenunu 01 January, 2013
Projek dengan pts itu kedengaran sungguh menarik
Faizol Dee Faizol Dee 01 January, 2013
gatal itu bakat terpendam...
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 01 January, 2013
smoga sibukmu itu membawa kepada phala yg besooor..haha
Dianaa Dianaa 02 January, 2013
asal orang tua gatal, mesti pelakon tu je kan. rasanya pelakon lain pun ada juga dapat watak macam tu.
bila lah abang Boni nak kawin ek :p
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 03 January, 2013
Selamat menyibukkan diri. akak balik ganu hari nie..