<
gadis-photographer

Cerita Lawak : Awek Dan Putingnya

on 29 February 2012

entah sapa lah ni. 



Awek dan putingnya. Jom kita layanzz..



ALA TOMEY-TOMEY!!


Hakhakhak. Jangan marah ye semua. Hehehehe. Takkan lah aku nak terbitkan entri-entri yang lucah. Tak elok tau. Namo nakal-nakal. Mak marah nanti.

Cerita pasal puting, aku teringat kisah seorang awek dan putingnya. Kisah bermula di sini..

Sedang aku lepak makan kat Wangsa Maju. Aku didatangi oleh seorang awek yang menjual barang.

" Assalamualaikum bang. Abang, abang tak beli pun takpe. Abang tengok je dulu. Hari ni saya nak jual satu produk kat abang. Kualiti barang ni sangat bagus. Hari ni special offer bang. Dua puluh set dengan hanya RM10.",ujar si awek tersebut.

Aku pun apa lagi. Pantang kalau ada awek tegur. Cun pulak tu. Terus aku mencipta wajah sekacak  Shahrizal Jaszle kat muka aku ni. Dari segi perwatakan pulak, aku cuba meniru perwatakan seorang ahli perniagaan yang sedang minum kopi panas. Muka berlagak. Toleh pun tak kat awek tu. Sambil sesekali aku mengibas-ngibas baju konon-kononnya panas. Kebetulan pulak masa tu aku baru balik daripada interview kerja. Memang kemas lah aku pakai. Kemeja kaler pink, tali leher kaler hijau muda dan seluar slack kaler biru gelap. Pergh.. Memang terbaik.  Dalam pada aku mengipas-ngipas baju tu, aku sempat jeling-jeling kat dalam poket baju ni.  Bila aku nampak je sekeping kertas warna hijau, serta merta hidung aku kembang kempis kembang kempis. 

" Heh heh. Ada lima ringgit. Boleh belanja awek ni minum.",bisik aku dalam hati.

Dalam mod muka ketat, berlagak, angkuh apatah lagi ego tu.. aku membuat isyarat tangan untuk menyuruh awek tu duduk depan aku. Awek tu mula bergerak ke depan aku dan terus duduk. Perghhh!! Memang cantik. Terbbaeekk. Jantung aku dah mula berdegup kencang. Nafas aku dah tak terkawal. Air liur aku hampir-hampir meleleh. Tapi, demi mempertahankan keegoan aku ni, aku nekad kembali kepada mod tadi. Berlagak, angkuh dan penuh dengan ego. Aku buat-buat tak tertarik langsung dengan awek tu. Aku menyuruh dia memesan air dan dengan angkuhnya aku memberitahu yang aku akan bayar air dia tanpa syak wasangka. Sesekali mata aku sepetkan untuk menjeling awek tu. Pergh.. terasa gila kacak aku masa tu.  Awek tu pulak macam malu-malu. Kompem! Dah kompem dah dia terpesona dengan kekacakan dan ketampanan aku. 

" Err. Barang apa yang awak jual tu?",soal aku. Masih lagi membuat muka ketat. Keperibadian seorang orang kaya yang bergelar Tan Sri aku paparkan ketika itu.

" Puting."

" Puting?",soal aku. Dahi aku mula berpeluh-peluh. Mata aku secara automatik mensasarkan bahagian dada awek tersebut. Mulut aku melopong secara tiba-tiba. 

Secara tiba-tiba kepala aku dibedil dengan kasut tumit tinggi awek tu.

" Bukan puting tu lah abang. Ke situ pulak dia!! Ni ha! Puting susu untuk bayi. Kalau abang ada anak, boleh lah beli daripada saya. Murah tapi berkualiti.",terang awek tersebut sambil menghulurkan bungkusan puting itu kepada aku.

Aku mengambil bungkusan tu sambil sesekali memandang sekeliling.

" Owh.. Tapi saya tak ada anak. Anak buah pun tak ada. Tak apalah. Saya tak nak beli. Hari ni saya belanja awak minum je.",ujar aku. 

Nasib baik awek tu sporting. Dia tak kisah pun aku tak beli puting dia tu. Petang tu kitorang minum sama-sama. Bangga jugak lah rasanya sebab lepak minum dengan awek cantik. Sesekali aku jeling-jeling jugak orang-orang yang ada kat meja sebelah, belakang, dan depan. Bila ada mamat-mamat yang pandang aku, aku dengan riaknya mengangkat-ngangkat kening tanda bangga. Masa lepak tu, macam-macam cerita yang aku reka untuk meng-up diri aku. Bila dia tanya pekerjaan aku, dengan tenang je aku jawab yang aku adalah seorang akauntan bank. 

Lepas lebih kurang 30 minit bersembang-sembang, awek tu minta izin untuk beransur. Sebagai seorang lelaki yang hebat dan terbilang, takkan aku tak izinkan betul tak? Sedangkan Aaron Aziz pun mengizinkan bini dia untuk keluar beli belacan, inikan pulak aku yang lebih kacak daripada pelakon tu. Aku pun segera memanggil pelayan di restoran tersebut untuk membayar. Kesemuanya RM 3.60. Huh! Apalah sangat RM3.60 tu jikalau nak dibandingkan dengan martabat aku. Aku pun dengan gila gila gila berlagaknya mengeluarkan duit yang berada di dalam poket baju aku. Dan dengan drastiknya aku menghulurkan kepada mamak tersebut.

" Keep the change!",ujar aku penuh bongkak dan takbur.

" Ini apa ini?!! Kertas apa ni?",soal mamak tu.

Aku mula gelabah. Aku tengok duit RM5 kat tangan mamak tu. Nafas aku mula tercungap-cungap bila aku melihat kertas berwarna hijau. Baru aku teringat tu adalah kertas yang aku lipat-lipat buat kapal terbang. Aku mula panik. Halkum aku turun naik turun naik. Baru aku teringat yang dalam poket aku cuma tinggal rm2 je. Perghhh. Aku pun terus buat-buat diserang sawan babi untuk menyelamatkan diri. Masa tu aku dah tak pedulikan awek yang ada depan aku tu lagi. Lebih baik tak dapat awek tu daripada nak kena basuh pinggan kat belakang. Dan aku lebih rela malu daripada awek tu tau aku tak ada duit. Jatuh martabat aku. Akhirnya, planning aku berjaya. Disebabkan sawan babi tu, tauke kedai tu tak meminta pun bayaran daripada aku. Aku cuba menjeling untuk mencari awek tu. Ternyata hilang terus daripada pandangan. Mungkin takut mungkin jugak malu dengan orang sekeliling agaknya.


Best? Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 



KL GANGSTER 2 : Aaron Aziz Dilapor Semakin Digilai Kaum Sejenis

on 28 February 2012


Aaron Aziz. Pasti ramai yang sedia maklum akan pelakon ini. Nama beliau semakin hari semakin meniti di bibir-bibir peminat-peminat tempatan di seluruh tanah air. Sejak daripada filem KL GANGSTER 2 diumumkan di dalam proses pembikinan, nama pelakon ini semakin menjadi sebutan dan fenomena tidak kira lelaki mahupun perempuan. Hinggakan aku terdengar desas desus yang mengatakan semakin ramai kaum-kaum lelaki yang mula memuja beliau. Ada yang mula perasan diri sendiri seiras, setampan dan sesasa pelakon ini. 


Aku sempat menerjah satu akaun facebook peribadi milik seorang individu yang mendakwa dirinya seiras Aaron Aziz. What The Fish! Apa kejadahnya beliau ni?! Jom kita ikuti luahan individu tersebut.






Nampak?! Apa kejadahnya semua ni? Nasib baiklah aku bukan jenis yang macam ni. Nasib baiklah aku masih berpegang pada moral-moral kehidupan yang merendah diri dan segan silu, kacak pulak tu. Insan terbilang seperti aku inilah yang harus dicontohi oleh setiap manusia di muka bumi ini. 

Terlanjur bercerita pasal KL GANGSTER 2, aku teringat satu kisah di mana aku sangat obses pada ayat-ayat yang digunakan di dalam filem KL GANGSTER. Nak buat macam mana. Aku memang senang terpengaruh dengan filem, apatah lagi iklan tora dan dindang. Tapi tak disangka disebabkan terlalu obses, aku telah menerima padah. 

Kisah bermula ketika aku sedang hebat dan bersemangat melangkah di sebuah taman permainan sambil mengunyah-ngunyah biskut Tiger. Sedang aku dalam mod berlagak secara tiba-tiba aku di-sound direct. Bertubi-tubi aku kena sound. Aku pun apa lagi. Darah mula panas. 

" Wei langau! Lu ada pistol ka? Lu kasi tembak sini..sini! Lu ada parang pisau besi ka? Lu kasi hentam hah! Kasi hentam sampai mati satu kali! Ada berani ka?!",tengking aku. 

Namun, aku terus di sound lagi. Mendidih lagi telinga aku. Dengan bibir yang terketar-ketar, aku sambung lagi.

" Heii Lu sembang ah!! Lu hentam aahh! Kasi mati ini hari satu kali!!  Wa pun sudah bosan tengok lu punya muka hari-hari lu tau ka?!",tengking aku lagi. Benar-benar aku di dalam kepanasan.

Namun, benar bak kata pepatah. Langit tak selalunya cerah. Secara tiba-tiba..

" Woi budak?!! Lu gila ka cakap sama anjing? Lu punya kepala sewel ka? Apa pasal lu gaduh sama wa punya anjing? Lu faham ka apa dia cakap? Haiyoo!! Gila punya olang.",teriak pemilik anjing tersebut. Sejurus kemudian , beliau terus berlalu sambil menjinjing anjingnya itu.


Best? Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 




Tak Perlu Reunion Besar-Besaran - PLT

Beberapa hari lepas aku hang out dengan bekas-bekas pelajar PLT. Mungkin ramai yang tak tau apa tu PLT sebab dia tidaklah segah institut-institut pengajian tinggi yang lain. PLT ni adalah shortform kepada Pusat Latihan Trolak yang terletak di Trolak, Perak . PLT ni menyediakan bidang-bidang kemahiran seperti elektrik, automotif, motor, mengetuk dan mengecat, pc, dan jahitan. Jadi, selepas 7 tahun meninggalkan tempat tu yang menyimpan pelbagai kenangan suka dan duka, akhirnya aku dapat berjumpa semula dengan bekas-bekas pelajar yang telah terpisah selama lebih kurang 7 tahun. Lepas jumpa tu, macam-macam cerita yang keluar dari mulut. Al-maklumlah, dah lama  tak jumpa. Masing-masing dah bertambah kacak dah. 

Jadi pada malam tu, kitorang berkumpul di Tasik Titiwangsa. Macam biasa, aku lah orang yang terawal sampai. Excited lebeh katanya. Hahaha. Lepas tu kitorang lepak minum kat kedai Sany Char Kuey Teow bersebelahan dengan Satey Stations. Yang ada masa tu aku , ciput , biawak , tank , kasut biru , mat chubby , ting ting , Pak Long , Rewang , dan beberapa orang lagi. Apa lagi, masing-masing mengeketedarah tak ingat dunia. Lama jugak lah lepak kat situ. Macam-macam cerita nak dikongsikan. Bila buntut masing-masing dah mula terkemut-kemut dan menggeletar, baru kitorang bergerak plak ke I-City.

Dalam perjalanan, boleh pulak si ciput ni muntah. Nasib baiklah bukan dia yang bawa kereta. Kalau tak, aku pun tak tau apalah nasib yang bakal menimpa kitorang. Hahaha. Lepas singgah kat Shell untuk cuci muntah dia, kitorang bergegas terus bergerak ke I-City. Jadi, aku pun malas nak cerita panjang-panjang. Moh je lah kita layan gambar-gambar kitorang tu.

masih lagi di Sany Char Kuey Teow. Dari kiri mat chubby, aku, rewang dan tank.

juga masih di Sany Char Kuey Teow. Dari kiri hujung sekali kasut biru, ciput, biawak dan Pak Long

menunggu ciput cuci muntah di Shell Batu Tiga Shah Alam

masing-masing sempat bergambar lagi sementara menunggu ciput selesai beristinjak

bergambar kenangan di Shell. Terasa macam pelancong asing pulak kitorang ni

dan lagi

sesampainya di I-City aku terus memberi sedikit taklimat kepada mereka semua. Dan aku sempat mengarahkan mereka membuat sedikit tarian supaya penunggu di I-City tidak akan menganggu mereka. Mereka semua kelihatan amat pucat selepas diterangkan mengenai penunggu di situ yang amat pantang jika tidak membuat tarian yang lebih merupakan salam perkenalan bagi tetamu-tetamu di situ.

aku mengajar tarian pada malam itu.

step seterusnya

dan lagi

dan akhirnya

selepas selesai menari, sempat lagi kitorang bergambar kenangan

dan lagi. kelihatan ting ting yang berada di belakang sangat selesa dan ghairah meraba pokok tersebut.

tank mengalami pendarahan jubur sejurus sahaja dicucuk oleh objek pelik di situ

sejurus selepas tank meninggalkan objek pelik itu, ciput bergegas mengambil alih tempat tank. Matlamatnya agak buasirnya akan masuk semula selepas dicucuk oleh objek ini.

bergambar ala-ala cover album bagi sebuah band. tapi berbulu jugak aku sebab tengah-tengah kacak macam ni, tiba-tiba sawan babi aku datang menyerang. Hilang nilai kegempakan gambar ni. 

dan lagi. Lepas je tank membuat statement tu, secara automatik dan menggilanya lobang hidung kitorang semua kembang kempis kembang kempis.

Jadi, tamatlah sesi bergambar kali ni. Mungkin juga akan ada part 2 kalau masih ada lagi gambar-gambar yang baru yang bakal aku perolehi daripada kawan-kawan. Tak perlu reunion besar-besaran, asalkan dapat jumpa.   Special kredit to  Biawak yang planning perjumpaan ini. Daripada JB datang semata-mata nak berjumpa. Thanks bro.

Best? Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 




Gambar Buah Aku?

on 27 February 2012

Assalamualaikum peeps, readers, members, musuhs, dan semuanya. Selamat pagi dan selamat hari Isnin aku ucapkan pada semua. Aku tau hari ni semuanya tengah mengantuk sakan sebab hari pertama memulakan sesi pekerjaan. Jadi, hari ni mungkin aku dapat sedikit kekuatan untuk meneruskan aktiviti tak bermakna aku seperti biasa. Ber-blogging. Lama rasanya aku tak update blog aku sebab semangat aku tiba-tiba gone with the wind of winter sonata musim salju. Terasa otak aku ni berkarat. Sampai kadang-kadang terdengar macam-macam bunyi bila otak aku berpusing-pusing untuk gigih berusaha mencari idea. Maklumlah. Dah lama rasanya aku tak menaip. Kuku pun dah penuh daki ni. Hitam dan menjengkelkan.

Jadi, bersambung pada tajuk kat atas. Gambar buah aku? Takkan kot? Takkanlah aku nak tunjuk buah aku kepada khalayak ramai? Owh! Tidak sama sekali. Itu hanya untuk tatapan mata dan raga bakal isteri aku satu hari nanti(kemungkinan besar bakal isteri aku tu adalah Neelofa. Hakhakhakhakhak) . Idok le teman nak nunjuk menatang tu kat orang. 

Yang sebenarnya, ini adalah perkataan yang ditaip oleh seorang reader di google. Melekat pulak kat blog aku. Bila aku menyedari je perkara ni, tiba-tiba aku terasa ngeri. Nafas aku tersekat-sekat kat halkum. Bau mulut aku yang asalnya wangi disebabkan Colgate Ice Plax, tiba-tiba berbau seperti bau spender yang dipakai dua minggu tanpa ditukar. Mata hitam aku secara tiba-tiba bertukar warna hijau taik anjing. Kutu-kutu kepala mula merayau-rayau di sekitar bulu dada aku dan macam-macam lagi insiden yang menjijikkan berlaku kat aku. Aku panik. Bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran aku. Sampaikan aku terfikir yang aku ni adalah mangsa serangan seksual siber yang sadis dan kejam. Dalam kekacakan aku mengharungi norma-norma kehidupan ini, tidak disangka aku akan dicemari dan ditindas oleh perkara-perkara sebegini. 

Baru aku faham bagaimana sebenarnya rasa apabila seseorang itu diserang secara seksual. Batin terseksa. Aku mula menjadi seorang yang naif. Murung tak tentu pasal. Mata sentiasa meliar apabila berada di tempat yang sunyi. Hilang keyakinan diri. Lupa bagaimana hendak berjalan hingga ke satu tahap, aku berguling-guling di jalanan untuk ke kedai. Tak tahu membezakan antara berus gigi dengan berus jamban. Dan yang paling tragisnya, aku mula mewarisi satu tabiat baru seperti menggigit-gigit kaki semut-semut yang lalu lalang di lantai rumah. Baru aku sedar betapa terseksa dan tertekannya jika kita menjadi mangsa-mangsa serangan seksual ini. Korang masih tak percaya? Jom tengok gambar yang aku printscreen kat bawah ni.




Haaaa! Nampak tak? Macam mana lah aku tak sewel+mereng+tak betul secara tiba-tiba? Emosi aku bagaikan dipijak-pijak oleh seekor motor Ex5 DEMAK. Lidah aku bagaikan dicucuk oleh ekor ikan pari.  Namun, demi mempertahankan wajah kacak aku yang saling tak tumpah seperti Aaron Aziz ni, aku mula menenangkan diri. Sambil duduk bersila di atas seekor arnah peliharaan jiran aku, mulut aku rancak mengunyah Friskies.  Aku mula mengumpul kekuatan dalaman yakni kekuatan rohani. Selepas agak tenang, aku mula mengugut pak cik google untuk mencari kebenarannya. Aku mula menaip satu persatu menggunakan jari jemari tangkas mengorek hidung aku ni. Dan akhirnya aku menemui sesuatu yang menterperanjatkan aku. 

|
|
|
|
|
|
|

OMG!!

|
|
|
|
|
|
|
|

BUAH BONI

Rupa-rupanya Buah Boni adalah sejenis buah-buahan. Pergh!! Aku ingatkan reader tu memang mensasarkan sesuatu yang tak bermoral pada aku. Owh!!! Aku berdosa pada reader tu. Rupanya dia memang nak mencari buah ni. Seumur hidup aku, ni lah pertama kali aku mendengar apatah lagi melihat buah ni. First time in entire of my life surfing in the ocean on the earth whatever. Entah apalah rasanya buah ni. Nampak bebenor jahilnya aku bab-bab buah ni. Tapi, sekurang-kurangnya.. lepas aku dapat tau kebenarannya, terus lega hati aku ni. Heh heh.


Best? Kalau best tulun-tulun ler share dan sebarkan kan entri ni kat kawan-kawan mahupun sahabat handai dengan menekan button SHARE/LIKE dan TWEET tu yer. Sharing is caring right left up down? 

Rambut korang ada masalah? Hujung rambut bercabang-cabang? Rongga-rongga rambut tersumbat? Bau busuk, hapak, menjijikkan, euwww kotornya! Lihatlah kekotoran itu! Jikalau anda mewarisi rambut yang sedemikian , jangan risau apatah lagi khuatir. 

p/s - Rasa happy gilak bila jumpa kawan-kawan lama yang sama-sama belajar kat PLT a.k.a Pusat Latihan Trolak. 7 tahun tak jumpa. Lama tak lama lah. Masing-masing dah besar panjang dah macho dah semua. Tak sabar nak terbitkan entri reunion tu nanti. Korang cepat-cepat sikit upload gambar. Almaklumlah, kamera korang kamera aku jugak. Hahaha.


Warkah Buat Seorang Sahabat

on 24 February 2012

Assalamualaikum peeps,readers dan kesemua rakan-rakanku lebih-lebih lagi rakan-rakan yang berada di Selayang,tanah tercinta aku. Thanks kepada korang semua masih lagi sudi dan setia menjenguk blog usang ini sambil membelek-belek setiap entri yang berada di dalamnya.

First of all, aku nak ucapkan jutaan maaf kepada korang kerana sudah lama tidak meng’update’ entri aku untuk dijadikan tatapan mata dan rohaniah korang. Maafkan aku kerana tidak lagi menghidangkan cerita-cerita menarik yang mampu menghilangkan segala rasa sedih, stress, kecewa dan sebagainya. Aku minta maaf lagi sekali kerana tidak konsisten untuk menghiburkan korang. Buat masa sekarang ni, aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk aku tenangkan jiwa dan perasaan aku. Berbagai dugaan yang sedang aku tempuhi saat ini sehinggakan kadangkala aku rasakan yang aku tidak mampu lagi untuk menepis dan mempertahankan diri dari terus diterjah, diserang, dibelasah, diterajang oleh dugaan ini. Ia datang dari setiap penjuru. Atas, bawah, kiri mahupun kanan aku. Aku sendiri tidak pasti selama mana lagi aku mampu bertahan.

Doa korang semua aku sangat-sangat perlukan saat dan ketika ini untuk membantu aku lebih tabah untuk terus berhadapan dengan dugaan itu. Aku akan sedaya upaya melawan hinggalah ke titisan darah terakhir. Doakan aku agar aku tidak rebah tersungkur di tengah-tengah medan perjuangan ini. Doakan aku agar terus tabah untuk bertahan. Aku sangat-sangat berharap. Apa lagi pada tarikh 13 Februari 2012, seorang sahabat yang aku anggap seperti adik beradik telah pergi meninggalkan aku dan dunia ini. Semangat aku bertambah luntur. Beliau pergi ketika aku benar-benar hampir tersungkur. Beliau meninggalkan aku dengan satu kekesalan yang tak terhingga dalam diri aku. Beliau pergi dengan membiarkan aku sendirian merasa bersalah yang teramat. Aku benar-benar rasa berdosa kepada dirinya. Sebelum meninggal dunia, arwah beria-ria mempelawa aku untuk datang ke kenduri adiknya. Beliau hendakkan aku menjadi penanggah untuk membantu meringankan bebannya sedikit. Beria-ria beliau mempelawa aku. Dan yang paling menyentap perasaan aku, beliau seboleh-bolehnya mahu mendengar aku menyanyi semasa kenduri itu.  Namun, disebabkan dugaan dan masalah yang sedang menimpa diri aku ketika itu, aku tidak hadir. Berbagai-bagai alasan aku beri untuk mengelak. Dan itulah akibatnya. Sampai sekarang perasaan bersalah itu sangat-sangat menghantui diri aku. Apa lagi apabila beliau seperti merajuk dan makan hati dengan aku sejak daripada hari itu. Aku benar-benar rasa bersalah kerana tidak sempat untuk mengucapkan kata maaf kepada dirinya. Perasaan berdosa terhadap seorang sahabat benar-benar melemahkan diri  dan semangat aku. Jiwa aku kosong. Fikiran aku melayang. Setiap saat aku asyik memikirkan tentang perkara tu.

Saat aku terima mesej dari sahabat-sahabat yang lain mengatakan arwah sudah tiada, aku seolah-olah jadi orang bodoh. Aku terpinga-pinga. Hati aku seolah-olah tidak menerima apa yang berlaku itu. Aku betul-betul tersentap. Dari perasaan terkejut, sedikit demi sedikit perasaan itu berubah menjadi sebak. Tanpa melengahkan masa, aku terus bergerak menuju ke rumah arwah. Masa aku sampai, arwah baru  siap dimandikan. Saat aku melihat wajah beliau, serta merta perasaan sebak dan bersalah menghantui jiwa aku. Sahabat yang lain memberitahu yang arwah meninggal ketika tidur kerana serangan jantung. Aku terkaku. Aku mengawal sehabis mungkin agar air mata tidak mengalir keluar dari kelopak mata aku. Saat dikebumikan pun, aku masih lagi mampu mengawal segala perasaan itu. 




 Tapi, bila aku jejakkan kaki ke rumah, serta merta perasaan sebak berleluasa dalam jiwa aku. Aku terduduk. Apa lagi bila mengenangkan dosa aku kepada arwah. Sejujurnya, aku hanya mampu berdoa dan berharap yang arwah telah pun memaafkan dosa aku sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Dan di kesempatan ini juga, aku ingin memohon sejuta kemaafan kepada sahabat-sahabat yang lain. Bukan sengaja aku menolak permintaan korang, menolak pelawaan korang, atau menjauhkan diri daripada korang. Sesungguhnya aku sedang berperang dengan satu musibah yang sedang hebat menekan-nekan hidup aku. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak mahu lagi hidup di dalam perasaan bersalah kerana melukai hati korang. Cukuplah sekali ni.. Aku tak sanggup lagi..

Minta maaf jikalau entri kali ni sangat berbeza dengan sebelum-sebelum. Cuma, aku tak tahu nak mengadu dan luah kat siapa. Jika sebelum ni, pemergian arwah nenek yang tersayang masih mampu aku kawal perasaan , tapi tidak kali ni. Aku dah hampir-hampir tertewas dengan segala macam dugaan.

Setiap kenangan bersama Allahyarham akan aku sematkan di dalam jiwa. Insan yang sama-sama membesar dan bersekolah di sekolah menengah yang sama, Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Heights. Namun, semasa alam persekolahan, kami hanya kawan biasa-biasa sahaja. Mula rapat dengan beliau..kalau tak silap pada umur 18 tahun. Namun, banyak kisah panas terjadi antara aku dan beliau. Aku masih ingat lagi. Kitorang selalu bergaduh dan bertengkar. Semuanya disebabkan bola dan futsal. Selepas insiden-insiden itu, aku mula memahami diri beliau. Walaupun beliau agak kasar, namun hatinya sangat baik. Dia sentiasa berada di saat susah dan senang kami semua. Perjalanan hidup beliau berakhir selepas 26 tahun 3 bulan hidup di dalam atas muka bumi ini. Aku benar-benar tak sangka.... permintaan beliau semasa kenduri adiknya, adalah permintaan terakhir beliau kepada aku.....

Dikesempatan ini, aku ingin meminta korang juga untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat aku. Sekurang-kurangnya, ini  yang termampu aku lakukan untuk meringankan sedikit rasa bersalah aku kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman. Amin....

Al-Fatihah kepada Allahyarham Azmir Bin Md Arop.





- Pemergian arwah merapatkan lagi ukhwah sahabat-sahabat yang pernah bernaung di bawah bumbung Sekolah Menengah Ideal Height.


Buat Sahabat..


video


InsyaAllah aku akan balas segala komen-komen , mesej-mesej di facebook dan di blog setelah selesai segala dugaan dan musibah yang melanda. Aku perlukan doa dan sokongan korang semua. Doakan yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku perlukan sedikit masa dan ruang untuk aku tenangkan jiwa.


Cerita Lawak : Julia Ziegler Tertengok Sesuatu Yang Mengerikan

on 06 February 2012

Baru kejap tadi aku layan drama yang bertajuk "Aku Suka Benci Kamu" kat Astro Ria. Cerita dia bagi aku, sangat best dan cool. Walaupun kisah cinta, tapi jalan cerita dia cool dan kelakar. Memang kena dengan citarasa aku. Aku sampai terkekek-kekek gelak tengok cerita tu. Bagi aku, itu antara drama yang best kat astro. Tahniah kepada pengarah dan penulis skrip yang menghasilkan cerita cool macam tu. Drama tu diterajui oleh Jehan Miskin sebagai hero dan Julia Ziegler sebagai heroin. Kisah dua orang yang sangat-sangat membenci antara satu sama lain tapi sebenarnya dalam hati tersirat satu perasaan suka antara satu sama lain. Cinta dorang terlerai semasa dorang tersadai di sebuah pulau di mana baru dorang sedar yang dorang sebenarnya need each other. Jalan cerita sebenarnya biasa je, tapi pengisian setiap babak tu diselitkan unsur-unsur komedi sengal dan sedikit unsur-unsur romantik. Itu yang membuat drama tu sangat menarik untuk ditonton. Tapi yang buat aku tertarik adalah pada Julia Ziegler yang sangat cun meletup. Wah, sampai sekarang aku masih terngiang muka Julia Ziegler tu. 

julia ziegler


Bercerita pasal Julia Ziegler tu, aku teringat satu kisah. Masa tu aku atas motor, sedang menanti traffic light bertukar ke hijau. Trafic light tu memang agak chilakos sikit sebab kadang-kadang sampai 5 minit baru lah bertukar. Cuba korang bayangkan kalau korang betul-betul tak tahan nak terberak. Najis Mughalazah korang betul-betul di hujung-hujung jubur korang. Rasa macam ada batang kayu je dalam jubur, sampaikan dah tak boleh dikemut lagi. Apa akan jadi kat korang? Dan apa yang korang akan buat dalam situasi tersebut? Kalau nak langgar lampu traffic light, polis dah tunggu kat depan. Nak dijadikan cerita, masa tu memang aku tengah tak tahan nak terberak. Korang tau betapa seksanya aku menanggung azab sengsara tersebut. Berpeluh-peluh dahi aku. Tercungap-cungap nafas aku. Turun naik turun naik bontot aku. Lepas aku terperasan orang sekeliling tengah tengok, terpaksa aku buat-buat tengah bersenam atas motor. Nasib baik aku teringat pesan orang tua-tua a.k.a PETUA . Aku terus terkumat-kamit menyebut "Kepala jubur" sebanyak yang mungkin. Korang pernah dengar tak petua ni? Tak tau lah samada aku kena tipu. Kalau aku kena tipu maknanya aku pun menipu korang lah ni. Hahahaha. 

Tengah aku menahan azab tu, secara tiba-tiba Julia Ziegler melintas depan aku. Dia pandang dan senyum kat aku. Aku pun cuba melemparkan satu senyuman yang paling indah di mata dia, manalah tau kalau-kalau dia boleh tergoda dan terpikat dengan aku. Tapi nampaknya hari tu adalah hari yang agak malang bagi aku. Senyuman yang aku cuba lemparkan menjadi sebaliknya. Wajah aku secara automatiknya menjadi wajah buruk orang yang sedang meneran berak batu. Macam muka Menteri Fasola dalam filem "Laksamana Do Re Mi" masa di'stalker' oleh Do,Re dan Mi. Agak menyedihkan bila aku nampak muka Julia Ziegler berubah pucat dan dia terus kelam kabut mempercepatkan langkahnya melintas aku. Pergh!! Satu tragedi malang untuk aku. Melepas aku!! Kalau tak, dah tentu aku dapat nombor telefon dia. Dan kalau tak pasal tu, dah tentu aku tak single macam ni, dah tentu aku merangkap kapel Julia Ziegler dan hari ni aku tengah date dengan dia kat Mydin. Hahahaha.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Cerita Lawak : Tergamak Seorang Abang 'Mengganggu' Adiknya Sendiri

on 05 February 2012

Perrghh..Selama beberapa hari aku terpaksa mendiamkan diri daripada dunia kak maya ni. Ataupun dunia abang cyber. Lebih tepat lagi blog dan facebook. Ni semua gara-gara aku tidak dibenarkan online oleh adik aku disebabkan beliau mempunyai assignment yang gila banyaknya. Disebabkan aku ni adalah seorang abang yang baik, penyayang, memahami, berbudi bahasa, sopan santun, segan silu, pandai menyanyi, ditambah lagi dengan wajah yang kacak ni... jadi aku dengan tabah hati meredhai keputusan beliau tu.

aku , adik-adik dan sepupu-sepupu tersayang

Namun, aku terpaksa melalui beberapa insiden yang sangat-sangat menakutkan. Daripada hari Jumaat tu, jantung aku berdebar-debar kencang. Bulu roma aku terpacak dan terkibar-kibar dengan begitu gah nya. Peluh jantan membasahi seluruh bontot aku. Taik hidung aku terpelanting-pelanting secara tiba-tiba. Air liur aku ni meleleh-leleh sehinggakan termasuk dalam makanan-makanan yang dimasak oleh mak aku,lantas menyebabkan aku dibedil menggunakan lesung batu di bahagian kepala lutut. Jari-jemari dipenuhi taik hidung ni bergerak-gerak dengan sendirinya tanpa dapat aku kawal. Baru aku tau sebenarnya aku ini adalah seorang penagih. Aku adalah seorang penagih blog dan facebook yang sangat tegar. Sehinggakan aku lebih sangap dengan dua perkara ni berbanding perkara-perkara yang lain. It's so critikal it is not yet you right?

Jadi, baru sebentar tadi aku telah mengambil satu keputusan yang sangat-sangat dramatik. Disebabkan tidak dapat mengawal ketagihan untuk online, aku telah melakukan satu jenayah terancang. Korang tau apa jenayah yang aku dah buat tadi? Nak tau kena lah baca sampai habis. Hahahaha.

Bila aku tengok je adik aku buat kerja, secara tiba-tiba aku mendapat satu ilham. Aku pun rancang strategi tu dengan teliti supaya tak kantoi di kemudian hari. Bila strategi tu dah sebati dalam kepala otak, aku memulakan operasi. Modus operandi aku mudah je. Touch N Take.

Jadi, aku pun menghampiri adik aku daripada belakang. Secara perlahan-lahan dan senyap seperti seorang askar yang sedang berada di medan peperangan. Bila aku dah betul-betul ada kat belakang dia je, aku tepuk belakang dia perlahan-lahan. Lepas tu aku pun menyorok belakang kipas berdiri. Aku tengok dia jeling-jeling ke belakang. Muka agak pucat. Aku tahan diri aku daripada nak ketawa berdekah-dekah. Aku pun hampiri dia lagi untuk kali ke dua. Kali ni aku nak terperanjatkan dia terus. Aku pun tepuk lagi belakang dia perlahan-lahan. Tapi secara tiba-tiba aku pulak yang terkejut. Belum sempat aku nak sergah, dia dah pengsan. Wah, tragis betul cara adik aku pengsan. Tapi, itu tak penting bagi aku. Yang penting, operasi aku berjalan lancar. Lepas je dia pengsan, aku terus online. Hahaha. Sehinggakan siap satu entri untuk hari ni. Hahahaha. Bila dah online dan update entri, baru lah aku terasa lega yang teramat. Teruk masalah ketagihan aku ni. Jadi, kepada korang semua..kawal lah nafsu korang ataupun ketagihan untuk berinternet. Kalau tidak, buruk padahnya. 

P/S : Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua ahli keluarga tercinta, sahabat-sahabat handai pandai, rakan-rakan blogger, follower-follower tersayang, dan semua readers setia. Semoga hidup kita semua akan saling diberkati Yang Maha Esa. Amin.

*Macam biasa.Kalau korang suka dengan entri aku ni,tekanlah button SHARE/LIKE dan twitter tu ye.SHARING IS CARING.I love U too.Janganlah malu-malu hamster.Heh heh.

Tak Guna Punya Blogger Lyssa Faizureen

on 02 February 2012

Apa ke hal nya yang aku nak mengamuk sakan ni?? Ada apa dengan Lyssa Faizureen tu?? Adoi! Ni yang aku nak cerita kat korang semua ni. Takkan korang semua tak kenal siapa tu Lyssa Faizureen? Tergetar-getar dah lutut aku ni. Halkum aku pun laju je turun naik turun naik.



Hurm..korang bayangkan sapa yang tak marah bila korang bangun-bangun je dari tidur, korang pun tanpa rasa berdosa bukaklah laptop untuk online. Lepas tu, sambil-sambil online, korang tengah hebat mengunyah choki-choki. Lepas tu korang tau apa yang berlaku pada aku? Secara tiba-tiba dan menggilanya aku tertelan choki-choki dengan plastik sekali. Taik hidung aku terpercik keluar bersama beberapa cebisan kahak. Terkejut aku bila buka je blog, readers aku beratus-ratus kali ganda daripada biasa. Siapa yang tak terkejut. Kalau aku ada sakit jantung, rasanya aku dah gone by the wind dah. Hakhakhak. Bila aku selidik-selidik apa puncanya, manalah tau kalau-kalau blog aku terpilih menjadi salah satu blog terhebat di dalam Anugerah Blogger Terhebat oleh Nuffnang, tapi blog aku tak mungkin terpilih disebabkan blog aku ni tak berapa nak senonoh. Baik blog baik tuan dia, sama dengan je. Hahaha. Aku pun cuba menggunakan kuasa dalaman untuk mencari faktor penyebab kepelikan ni, dan rupa-rupanya ia adalah disebabkan Blogger Lyssa Faizureen yang telah memilih aku sebagai bakal boyfriend dia. Dia cakap aku ni comel. Hakhakhakhak. Korang percaya ke? Hahaha.Aku menipu je lah. Hakhakhak. Sebenarnya beliau telah menyenaraikan blog aku antara blog pilihan. Terkejut aku. No wonder lah it's so pelik today. Hahaha. Apa-apa sejuta penghargaan untuk awak ye Lyssa Faizureen sebab sudi memilih blog pak kaduk ni. Heh heh. Rasa sangat-sangat dihargai. Inilah antara perkara yang membuat aku berasa sangat-sangat gembira sepanjang aku berblog ni. Thanks a lot. You really make my day so beautyfull. Thank you thank you and thank you so so so so much.

Kalau korang masih meragui kebenaran ataupun kekacakan aku ni, korang boleh klik ---> 7 Blog Pilihan Hati Lyssa Faizureen Yang Comel

Jadi, dikesempatan lagi menyempat ni, aku nak minta tolong kat korang semua untuk mengundi beliau di Social Media Awards 2012. Beliau dicalonkan di dalam kategori Best Of The Best Blog Of The Year. Cara untuk mengundi, korang klik --> Cara-Cara Mengundi

Jangan tunggu lama-lama, undi sekarang sebab tarikh tutup hampir tamat. Kemon Kemon my follower. Jom kita undi dia ramai-ramai. Demi masa depan negara yang tercinta. Hahaha, Dah jauh melalut dah aku ni. Hahahaha.

Sebagai tanda syukran saya, saya hadiahkan awak sebuah lagu yang dinyanyikan oleh saya sendiri. Jom dengar saya sumbangkan lagu. Hahaha. Layanz..



P/S : semoga awak berjaya dalam anugerah tu ye Lyssa Faizureen. Saya doakan kejayaan awak. Dan ingat satu perkara. Walau apa pun keputusannya, readers setia awak ni akan tetap berada di belakang awak sampai bila-bila untuk menyokong dan menemani awak. Gud Luck Lyssa
<






 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design