Temui Kartunis Bophairy! Reja Mus! Poyo! Di PBAKL 2012

on 30 April 2012

Episod lepas klik --> AWEK COMEL DI PBAKL 2012 <--

Aku rasa dekat sejam aku terpusing-pusing dalam PWTC tu. Inilah sebabnya kalau ego tak nak bertanya orang lain. Bukan apa. Sebenarnya aku terlupa apa nama booth kartunis ni. Dan aku rasa dekat 10 kali aku terima flyers yang sama dari orang yang sama. Sampaikan orang tu buat muka kelat. Mungkin dia ingat aku saja nak habiskan flyers dia gamaknya. Argh. Siapa suruh! Aku tak mintak pun flyers dia tu. Siapa suruh bagi.

15 minit berlalu dan akhirnya aku berjumpa juga dengan booth beliau. Tapi masalahnya kelibat beliau tidak kelihatan. In the end of the day, berbekalkan muka yang agak manja, aku bertanya kepada seorang abang pakai spek mata kulit putih-putih dan berjanggut. 

" Sir, I searching Bophairy Baharum, but not found.",soal aku sambil memanjakan wajah.
" This is his number. You can call him anytime and anywhere.",ujar abang spek mata tu.

(dialog rekaan semata-mata)

Sepantas kilat aku call. Rupa-rupanya beliau dah habis dah function bertemu peminat. Patutlah aku tak jumpa. Beliau juga beritahu yang beliau sedang lepak di luar. Aku pun apalagi, terus keluar dari dewan. Dan akhirnya kami berjumpa juga. Walaupun beliau adalah lelaki, namun aku tetap neves. Apahal entah. Mencik! Mencik!

Berkat aku datang lambat, aku berkenalan dengan lagi dua orang kartunis hebat yang bersama dengan beliau. Kartunis Poyo dan juga kartunis Reja.

dari kiri : KARTUNIS POYO, KARTUNIS BOPHAIRY, DAN KARTUNIS REJA


sibuk melayan peminat-peminat mereka sambil menandatangani autograph di komik masing-masing. gambar ehsan daripada Bro Bophairy.


  
Lebih kurang 30 minit bersembang, aku pun meminta diri untuk balik. Dan tak disangka, mereka menghadiahkan aku dengan komik-komik mereka. Thanks U All. 


KOMIK M -  karya Kartunis Bophairy dan Kartunis Poyo.  Serius beb. Memang best. Superb best. Korang wajib beli.  




 Aku mengenali kartunis ni daripada drama pendek ni. Jom kita layan ramai-ramai. Putus urat kentut aku layan drama pendek ni. Dan kesemua pelakon-pelakon dalam ni adalah Kartunis KOMIK M.



episod akan datang - KOMIK M terbaik. 

Awek Comel Di PBAKL 2012

on 29 April 2012

Assalamualaikum kepada anda semua. Selamat berhujung minggu. First of all, aku minta maaf sebab lately terlalu busy hingga tak sempat nak menjenguk ke sana sini. On facebook pun sekali sekala. Dan aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para readers yang masih lagi sudi menjenguk blog usang ni sepanjang ketiadaan aku.

Semalam seperti yang aku planning, akhirnya aku tiba juga di PWTC untuk menerjah PESTA BUKU yang sedang berlangsung ketika ini. Nak jumpa sorang kartunis yang juga salah seorang kenalan aku. Sesampai je kat sana, sangat teruja aku. Pergh! Orang bersepah sana-sini. Punyalah ramai.  

Yang paling menarik tatkala masa aku sedang melangkah menuju ke arah pesta buku tu, aku perasan ramai pula awek-awek cun yang sedang menjeling-jeling manja ke arah aku. Aku terharu sangat. Memang tepatlah sangkaan aku selama ni. Memang muka aku ada iras-iras Shahrizal Jaszle. Kacak. Aku melambai ke sana sini tanda penghargaan kepada semua awek-awek tu. Tapi semuanya buat bodoh. Rupa-rupanya dorang ushar sorang lelaki mat salleh yang berjalan sebelah aku rupanya. Bila masa pula mat salleh tu ada kat sebelah aku. Chit!

Sebenarnya, sebelum ke sana, aku dah call sorang awek comel untuk berjumpa kat sana. Berdebar-debar rasanya sebab first time nak jumpa. Awek comel tu. Dah lama aku nak jumpa awek ni, dan semalam tercapai juga akhirnya niat di hati tu. Akhirnya, perjumpaan pun bermula.


Ni lah awek comel tu. Heh heh. Comel tak? Macam pinang dibelah-belah tak? Entah macam mana boleh terpakai baju yang sama warna. Hahaha. Dah jodoh agaknya. Muahahahaha. Jangan marah ye Lyssa. Hehehe. 

Sepanjang bersembang, ternyata Lyssa ni seorang yang periang. Sempat juga aku berkenalan dengan adik dan mama beliau. Aku sangat-sangat teruja dapat berjumpa. Selalunya aku mampu untuk buat sawan babi secara tiba-tiba untuk menyakat orang, tapi semalam aku serba kurang menyerlah. Mungkin perasaan segan agak menebal agaknya. Al-maklumlah. First time jumpa. Anyway, thanks ye Lyssa. Entah bila lah dapat date lagi. Hahaha. 

Lebih kurang 15 minit bersembang, aku terpaksa meminta diri daripada Lyssa sebab aku nak berjumpa dengan kawan aku yang lain. Nak ushar komik lagi.
 Walaupun air mata kesedihan mengalir membasahi pipi, namun aku harus tinggalkan Lyssa. He heh. 

- episod akan datang : berjumpa kartunis poyo -

P/S : special credit to LYSSA FAIZUREEN kerana sudi memberi keizinan untuk mengambil gambar di blog. 



Cerita Lawak : Video Tips Bila Anda Bosan. Mungkinkah Perlu Gila?

on 26 April 2012




TIPS BILA BOSAN


Video pendek pertama aku. Jom layan sampai habis. Kalau korang tergelak sampai muntah, harap jangan salahkan aku ye. Heh heh. Kalau suka, share-share kan lah ramai-ramai. Hahaha. Harap korang semua terhibur. 



BONUS FOR TODAY


Jom beramai-ramai ke pesta buku ni. Aku berkemungkinan akan berada di sana pada 27 APRIL ini. Nak ushar komik-komik menarik. Hahahaha.

P/S : Teruk aku kena bahan lepas entri semalam. Hahahahaha. Ramai kata aku jiwang??? Hakhakhakhak. Sesekali perlu jugak ada perasaan jiwang ni. Best apa mempelbagaikan perasaan di dalam hati kita ni. Rasa macam multitask pulak. Hahaha. Comel kan budak tu? Itulah dia pujaan hati aku.

Wordless Wednesday : Teristimewa Buat Seseorang

on 25 April 2012




video

Peraduan iPunya Beli & Menang Volkswagen Golf TSI

on 23 April 2012


Hari ni aku nak ajak korang sertai peraduan ini di mana korang bakal membawa pulang hadiah yang sangat lumayan. Entah bagaimana, entah macam mana, aku sendiri pun sangat-sangat tertarik dengan peraduan ni. 

Peraduan gempak ni bermula pada 20 April 2013 hinggalah 17 June 2013. Cepat! Sekejap je peraduan ni. 


Hambekk!! Ni lah hadiah utamanya. Tak cukup buat korang terliur? Apa tunggu lagi. Moh le join peraduan ni. Kalau aku menang kereta ni, dah tentu-tentu aku akan bawa mak aku jalan-jalan pusing satu Malaysia sambil cari bakal bini pertama, kedua, ketiga dan keempat. Muahahaha. 




Ini serba sedikit penerangan ringkas mengenai pakej "P1". Sepanjang peraduan berlangsung, korang boleh je pilih mana-mana pakej di atas. 

Untuk menyertai peraduan ini, para pelanggan baru hanya perlu log masuk ke akaun selia sendiri mereka, portal nilai tambah selia sendiri pelanggan P1 dan jawab dua soalan sahaja

Para Pemenang akan dihubungi melalui SMS, email dan laman web P1 pada akhir Jun 2012. 

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke 

Jom tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan.

  
Pertama  : 1 x Volkswagen Golf TSI
Hadiah hadiah lain:- 
5 x Samsung galaxy Note
10 x Kamera Wifi Samsung
20 x Pembesar Suara X-mini





Cerita Lawak : Sinopsis Filem Alien Vs Superfighter

on 22 April 2012



Filem yang dijangka akan pecah panggung pada awal tahun 2013. Ia mengisahkan tentang serangan makhluk asing terhadap manusia sejagat di bumi hinggakan suasana menjadi tegang dan huru hara. Kuasa ketenteraan dan teknologi manusia tidak mampu menandingi kehebatan teknologi yang dimiliki oleh mahluk asing tersebut apatah lagi makhluk asing tersebut memiliki pahlawan-pahlawan yang sangat hebat. Sehinggalah munculnya lima orang pahlawan dan pengikut-pengikut mereka yang mempunyai hikmat dan ilmu persilatan yang sangat hebat. Mereka yang sebelum ni berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kampung masing-masing telah bertemu dan bersatu di dalam perjalanan mereka untuk menyerang pusat pemerintahan makhluk asing tersebut yang terletak di sebuah bandar.

NAMA : PENDEKAR BONI KENGKANG
HIKMAT : PERISAI PASAK BUMI DAN TENDANGAN BERAPI  KENGKANG TAPI SEKSI DAN SWEET
KEPAKARAN : PERTEMPURAN JARAK DEKAT
KEKUATAN BALA TENTERA : 795 ORANG
NO TELEFON : 03-614356798
WEBSITE : klik -->www.bonijll3.com<--


NAMA : PANGLIMA AFZAL SPERO
HIKMAT : MEMANCUTKAN RACUN RUMPAI+ASID+HAMSTER DARI MATA DAN MULUT.
KEPAKARAN : PERTEMPURAN JARAK SEDERHANA
KEKUATAN BALA TENTERA : 1939 ORANG
NO TELEFON : 03-911
WEBSITE : klik -->www.sukasukisuku.com<--


NAMA : PANGLIMA KORN TOMBONG
HIKMAT : JARI-JEMARI YANG MAMPU MELANCARKAN SERANGAN PETIR DAN KADANGKALA BELIAU TERPETIRKAN TENTERA-TENTERA ISRAEL
KEPAKARAN : PERTEMPURAN JARAK JAUH
KEKUATAN BALA TENTERA : 454 ORANG
NO TELEFON : 012-54564345
WEBSITE : klik -->www.arjunaKpop.com<--


NAMA : PENDEKAR LOCKY-LOCKY
HIKMAT : MENGUNCI PERGERAKAN MUSUH, MEMBEKUKAN MUSUH DAN MENGUNCI DIRI SENDIRI DALAM BILIK AIR
KEPAKARAN : PERTEMPURAN JARAK DEKAT
KEKUATAN BALA TENTERA : 4409 ORANG
NOMBOR TELEFON : 015-3453455
WEBSITE : klik -->www.lockylocky.com<--


NAMA : SRIKANDI DILA NO FACE
HIKMAT : MEMBUNUH MELALUI PERCIKAN LENDIR HINGUS. IA ADALAH TEKNIK PURBAKALA YANG DINAMAKAN GHOST WITHOUT FACE
KEPAKARAN : PERTEMPURAN JARAK JAUH, PAKAR PERUBATAN DAN MERAWAT ORANG YANG CEDERA DI DALAM PERTEMPURAN
KEKUATAN BALA TENTERA : 1469 ORANG
NOMBOR TELEFON : 03-755252525
WEBSITE : klik --> www.ghostwithoutface.com <--

Pada awal pahlawan-pahwalan ini bertembung, berbagai-bagai salah faham tercetus hingga hampir menyebabkan mereka bertempur sesama sendiri. Hinggalah muncul seorang kanak-kanak yang sangat comel dan periang. Sejak kemunculan kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Adik Jajam, akhirnya kelima-lima pahlawan tersebut mencapai satu persetujuan untuk melindungi kanak-kanak comel tersebut dari dicederakan oleh makhluk asing. 


NAMA : ADIK JAJAM
HIKMAT : TIADA
KEPAKARAN : BERMAIN TENGTENG, BERMAIN BATU SEREMBAN, BERMAIN PS1, BERMAIN SOROK-SOROK, DAN BERMAIN MATA
NOMBOR TELEFON : TIADA
WEBSITE : klik --> www.adikjajam.com <--


Dan kelima-lima pahlawan tersebut juga telah menamakan operasi mereka sebagai... --> OPERASI GBS <-- 

Dapatkah kelima-lima pahlawan dan para pengikut mereka menawan semula bumi dan menghapuskan pencerobohan makhluk asing? Dapatkah strategi-strategi bijak yang dirancang mereka mampu memecah benteng kubu kuat yang telah dibina makhluk asing? Dapatkah hikmat-hikmat dan ilmu persilatan mereka mampu menandingi kehebatan pahlawan-pahlawan makhluk asing? Dan dapatkah Adik Jajam dilindungi daripada kekejaman makhluk asing? Semua akan terjawab pada awal tahun 2013. Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam-pawagam berdekatan anda. Filem yang mampu mentercampakkan anda daripada kerusi anda dengan aksi-aksi yang begitu hebat sekali. Dan strategi-strategi yang sangat bijak yang mampu membuat anda terkencing di dalam seluar tanpa anda sedari. Nantikan kemunculan filem Alien Vs Superfighter.


Alien Vs Superfighter Thriller. Sila tekan play. Dan tengok sehingga habis thriller filem yang dijangka akan meletup di pawagam pada 2013.

video






P/S :- Special credit to GENG BLOGGER SENGAL

Cerita Lawak : Anda Mencari Kaedah Menghafal Sifir Terbaik Untuk Anak Anda?

on 21 April 2012



Sesi pembelajaran semakin pesat dan moden jika nak dibandingkan dengan masa dahulu. Bagi aku, teknik-teknik pembelajaran yang lahir pada zaman sekarang mampu membuatkan anak-anak tidak berasa bosan untuk belajar. Kita sebagai ibu bapa ni kena bijak dan cerdik untuk mendapatkan medium yang berkesan supaya anak-anak kita tidak bosan untuk belajar. Pergh!! Nasihat dari seorang yang masih lagi belum berkahwin. Hahaha.

Baiklah, bukan nasihat yang aku ingin sampaikan pada hari ni, tapi aku ingin berkongsi satu kaedah dan teknik menghafal sifir yang bagi aku agak cool dan berkemungkinan besar mampu menjadikan anak-anak korang minat untuk menghafal sifir. 

Aku teringat satu kisah di mana aku pernah berjalan-jalan di sebuah sekolah rendah. Aku pun pelik macam mana aku boleh tersesat di sekolah tersebut. Mungkin bermimpi sambil berjalan agaknya. Sedang aku melalui satu kelas, aku terkesima sebentar. Entah macam mana aku terdengar satu lagu yang sangat menarik. Hinggakan tanpa disedari aku turut berjoget-joget di luar kelas tersebut dengan begitu bernafsu dan efisien sekali.

Sila klik play untuk mengetahui lagu tersebut. Ini mungkin kaedah menghafal sifir yang terbaik pernah aku dengar siap dengan unsur-unsur nasihat lagi.

Sedang dalam mod riang-ria sambil berjoget-joget di luar kelas tersebut, secara tiba-tiba aku perasan ramai pula berada di belakang aku sambil berjoget beramai-ramai. Ada tukang kebun sekolah, ada mak cik kantin, ada cleaner sekolah dan terselit juga Cikgu Shida yang turut berjoget bersama. Aik? Cikgu Shida pun ada?


Sungguh meriah suasana di luar kelas tersebut. Bagaikan satu pesta muda mudi. Dan kami berjoget sakan hinggalah lagu tersebut habis. Sejurus lagu tersebut habis, mereka semua bersurai dan meninggalkan aku sendirian yang masih lagi berdiri terpacak, kagum dengan sesi pembelajaran sekarang yang tidak lagi sebosan sesi pembelajaran aku dahulu.

Jadi, mungkin kaedah-kaedah sebegini yang perlu diterapkan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak berasa bosan ketika belajar. Ada banyak lagi lagu-lagu sebegini yang boleh anda dapati di Youtube. Rajinkan jari jemari anda untuk mencari bahan yang terbaik untuk anak anda. 

BONUS FOR TODAY

sumber gambar --> SUMIJELLY <--

InsyaAllah aku berkemungkinan akan berada di sana pada 27 haribulan April ni. Apa kata moh kita beramai-ramai ke sana. Boleh cari bahan-bahan rujukan, cari buku untuk anak-anak, apatah lagi novel. Sambil-sambil kita boleh berjumpa sesama blogger kan? Korang tak teringin ke nak jumpa aku? Bukan senang tau nak jumpa Shahrizal Jaszle ni. Hahahahaha. Jadi, jumpa anda di sana.

14 Jam Tanpa Nikmat Rokok

on 20 April 2012



Berdesing dan berdengung-dengung kepala aku rasakan di kala ini selepas lebih kurang 14 jam aku tidak mengambil ataupun menyedut dadah sintetik yakni rokok. Memang sengaja aku menahan diri kerana aku nak menguji sejauh dan selama mana aku mampu bertahan tanpa asap rokok yang telah mendiami seluruh pelosok tubuh badan aku selama 12 tahun. Serius , aku rasa sangat-sangat terseksa yang amat. Otak aku seakan-akan tak berfungsi dengan baik hinggakan aku tak mampu untuk mencipta satu entri seperti kebiasaan yang mampu aku hasilkan. Al-maklumlah. Aku adalah seorang penghisap rokok tegar. Masa aku belajar dulu pun, kebiasaannya aku akan menghisap lebih daripada 2 kotak sehari. Iaitu lebih kurang 40++ batang sehari. Jadi, tak hairan lah aku akan jadi macam orang bodoh je sekarang ni. Kepada sesiapa yang mengharapkan suami atau boyfriend korang berhenti merokok, jangan mendesak mereka, mahupun memaksa mereka berhenti dalam masa segera. Berilah mereka masa. Kerana percayalah, amat seksa untuk golongan-golongan seperti kami untuk berhenti. Sebab apa kami masih menghisap walaupun diperli, walaupun harga rokok naik? Sebab terlalu sukar untuk berhenti tanpa mempunyai keazaman yang kuat. Berilah ruang dan masa untuk mereka.

Cerita Lawak : Kaum Wanita Penuh Dengan Kejutan

on 19 April 2012




Memang benar kaum wanita ni penuh dengan kejutan. Aku masih ingat suatu ketika dulu aku pernah dikejutkan oleh seorang yang bergelar kekasih. Tapi dulu. Sekarang aku single. Ulang Taip! SINGLE!(Sambil kenyit-kenyit mata untuk test market).

Kejadian berlaku di salah sebuah stesen minyak berdekatan rumah aku. Memang kami dah berjanji untuk date di situ. Romantik bila dapat menghidu aroma minyak petrol dan diesel bersama.

Baru setengah jam kami duduk, secara tiba-tiba Cik N(Biarlah aku namakan sebagai Cik N sahaja) berlalu pergi sambil berlinangan air mata. Aku terus memecut untuk mengejar Cik N. Dapat. Aku pegang bahu Cik N. Namun, betapa patah dan hancurnya hati aku tatkala Cik N menyembur aku dengan kata-kata yang kurang enak. Dan ayat yang paling membuat aku tersentak ialah, " Kita putus!".

Aku terduduk. Emosi aku kacau bilau. Setiap bulu-bulu yang tertanam di seluruh pelusuk tubuh aku terpacak dan meremang. Kepala dan tengkuk aku berasa panas teramat. Bibir aku juga seolah-olah terkunci. Aku hanya mampu melihat Cik N berlalu pergi dengan beribu persoalan bermain di minda. Tidak berapa lama, hujan mula turun renyai-renyai. Aku masih lagi terduduk. Tubuh badan aku basah dan lenjun dek terkena titisan-titisan hujan. Dan secara tiba-tiba berkumandang lagu yang sangat menyedihkan.

Sila klik play untuk mendapatkan emosi dan feel yang lebih. Dengar sampai habis sebelum meneruskan sesi pembacaan.

Benar-benar aku dalam mod kesedihan. Pekerja-pekerja di stesen minyak tersebut hanya mampu memandang aku dengan penuh perasaan sayu. Ada juga yang tidak tahan lalu menitiskan air mata. Aku masih lagi terduduk. Nasib baik hujan. Kalau tak, pasti mereka-mereka tu akan perasan air mata yang mengalir ini. Seketika kemudian, aku tertunduk.

Suasana yang begitu sayu dan redup tersebut secara tiba-tiba diganggu gugat oleh bunyi lagu tema ais krim paddle pop yang selalu kedengaran ketika ada penjual aiskrim menjual ais krim di kawasan-kawasan perumahan. Semakin lama semakin kuat. Aku mengabaikan perkara tersebut hinggalah aku ditegur. Kepala aku dongak sikit demi sikit. Alangkah  terperanjatnya aku tatkala melihat Cik N menunggang motor penjual aiskrim.

" Awak! Nah aiskrim. Jangan sedih-sedih. Titew cuma buat kejutan je tadi. I lap U ketat-ketat!",teriak cik N sambil menghulurkan ais krim kepada aku. Berseri-seri wajah beliau selepas berjaya mengenakan aku. Cis! Rasa nak tampar laju-laju Cik N ni. Tapi sebab sayang punya pasal, aku anggap itu adalah gurauan berkasih. Dan sekarang aku anggap itu adalah kenangan terindah yang hanya tinggal kenangan.

BONUS FOR TODAY

Jom terjah gambar-gambar aku di entri

P/S : Thanks kepada blogger denaihati yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog picisan saya ini. Segala-galanya amatlah saya haargai.





[PT2] Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati.com

on 18 April 2012

Episod sebelum --> PART 1 <--

ucapan pembukaan

persembahan daripada sifu aku, Bro Zarul Umbrella

majlis yang sangat best dan santai sambil dihiburkan oleh bro Zarul

Abang Ensem  yang cuba melarikan diri telah berjaya ditangkap untuk dibawa ke atas pentas

lakonan mantap ala-ala filem ombak rindu dilakonkan oleh AE dan akak  yang sporting

Bro Jejai yang telah berjaya membawa pulang hadiah utama dalam majlis tersebut. Lumayan beb. Silver plate 1kg yang bernilai lebih kurang rm6k

tersenyum puas bro Jejai

Aksi Fatin Liyana  yang berleluasa di majlis tersebut. Dari kiri Bro Jejai, Bro Framestone, Bro Zarul, Aku, Abang Ensem, dan juga Bro Eyriqazz

Tiga serangkai. Bro Framestone, Bro Zarul, dan juga Shahrizal Jaszle. Aik?

Bro Jejai masih lagi dengan aksi Fatin Liyana. Hahaha.

Masih lagi dengan aksi Fatin Liyana. Bro Jejai betul-betul teruja dengan aksi tersebut. Hahaha

Sempat lagi aku menggatal dengan Nur Zalikha. Kepada Neelofa, Izara Aishah, Julia Ziegler dan juga Lyssa Faizureen, tolong jangan jeles. Antara kami tiada apa-apa. Hakhakhakhak.

Bersama Cik Nurul. Juga jangan jeles ye. Lebih-lebih lagi kepada Abang Ensem dan juga Bro Framestone. Heh heh. Bagai pinang dibelah-belah.

Bersama blogger hebat Bro Ariff Shah. Siyes, beliau sangat-sangat tak sombong ok.Sangat-sangat sempoi orangnya walaupun blog beliau antara blog yang berada di ranking teratas dalam senarai blog-blog Melayu.

Bersama sifu aku. Boleh buat gambar untuk kulit album tak? Hahaha.

Antara pose menarik yang dapat aku tonjolkan.

Dua insan yang berjasa pada aku kerana sudi menjemput aku ke majlis tersebut.

Cukuplah setakat ni. Aku rasa korang mesti boleh teka siapa founder atau penulis blog Denaihati.com kan? Insan yang bernama Tuan Muhamad Ilham atau Tuan Amir Hassan. Beliau sangat-sangat peramah orangnya. Tak sombong dan tak kedekut ilmu. Sentiasa manis dengan senyuman. Ada juga serba sedikit yang dikongsikan bersama readers yang lain. Antaranya..

  • cuba jadikan blog tempat untuk membuat bisnes
  • rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jika blog anda masih berada di paras suam-suam kuku, jangan berhenti berusaha. Jika ada usaha, insyaAllah ada jalannya. Saya dulu pun readers lebih kurang 10-20 orang sehari. Namun, dek tak pernah berhenti berusaha, secara tiba-tiba readers melonjak tiba-tiba. Sampai satu tahap, blog saya pernah di hit sebanyak 52k UV dalam masa sehari. Itu semua adalah rezeki Tuhan. Jangan berhenti berusaha saja.


Jadi, setakat ini sahaja lah entri kali ni. Penuh dengan gambar kan? Haha. Sesuailah dengan tema hari ni. Wordless Wednesday. Ok. Bye.

P/S : Aku akan cuba berusaha sehinggalah mendapat hasil yang memuaskan. 














Betul Ke Bau Nafas Siti Wangi?

on 17 April 2012

Gambar sekadar hiasan dalaman.

Hambekk!! Kalau korang dapat soalan cepumas macam ni, apa korang nak jawab ye? Terkejut aku bila keyword macam ni melekat kat blog aku. Hahahaha. Speechless aku. Tak percaya, cuba tengok gambar bawah ni.


Hahahaha. Kalau korang dapat soalan macam ni apa korang nak jawab ye? Kalau aku, aku akan jawab :- 

  • Ye, bau nafas Siti sangat wangi lagi-lagi bila baru bangun tidur. Tak percaya cuba bau.
  • Kalau Siti makan bawang, mestilah nafas beliau berbau strawberry, tak mungkin berbau diesel.
  • Tepat sekali soalan tu. Sememangnya bau nafas Siti sangat wangi sebab selalu kunyah produk Simple Siti.

Jadi, setakat ni sahaja entri aku. Aku benar-benar speechless. Hahahaha. Yang best tu, pencarian keyword ni melekat di entri 
--> INI <--

BONUS FOR TODAY

InsyaAllah dalam masa terdekat atau lambat sikit, aku akan cuba menjalankan satu bisnes baju-baju muslimah. Harap korang semua akan support aku ye. Al-maklumlah, nak cari duit lebih. Kalau setakat harapkan gaji despatch aku ni, sampai bila-bila pun aku tak merasa untuk ada rumahtangga sendiri agaknya. Hahaha.


Cerita Lawak : Seorang Mamak Pengsan Gara-Gara Manchester United

on 16 April 2012

Tengah-tengah aku atas motor balik daripada majlis sepetang bersama blogger denaihati.com. Ada dah aku ceritakan kat ENTRI NI. Bukan pasal kisah ni aku nak ceritakan, tapi cerita pasal masa dalam perjalanan balik ke banglo 2 tingkat milik aku. Masa aku tengah melalui satu kedai mamak, secara tiba-tiba aku terpandang skrin layar besar yang menghidangkan perlawanan antara Manchester United menentang Aston Villa. Aku tengok keputusan dah 3-0 dah. Melonjat kegembiraan aku atas motor. Kebetulan, tak berapa lama kemudian, Nani menjaringkan gol keempat. Menjerit aku atas motor. GOL!! 



Kegembiraan aku tak kekal lama bila secara tiba-tiba aku terperasan ada satu kelibat seakan terkinja-kinja di hadapan aku. Automatik kaki aku menekan brek. Motor aku terhenti betul-betul di hadapan seorang mamak yang sedang membawa air untuk dihantar kepada pelanggannya. Terkejut beruk aku tatkala melihat seorang mamak sedang menari-nari zapin dan sesekali shuffle. Pergh! Terbaik! Mamak ni bagus betul. Multitask. Ni tak lain ni mesti kes terkejut dan terus melatah disebabkan aku menjerit sebentar tadi. Aku menambah lagi kehangatan insiden tersebut dengan menjerkah lagi mamak tersebut.

" Aney yang mempunyai tona kulit tidak sekata tu!! Sila ke tepi!! Saya nak lalu ni!!",jerkah aku sambil memulas-mulas throttle motor dan menyebabkan deruman enjin motorsikal semakin kuat. Bibir aku mengukir satu senyuman nakal dan jahat. Baru aku nak tambah pekikan aku, secara tiba-tiba mamak tersebut pengsan dalam keadaan yang slow motion. Macam dalam filem hindustan pulak aku tengok. Disebabkan timbul sedikit rasa cuak termaktub dalam hati, aku terus meninggalkan kawasan tersebut dengan kadar segera. Risau kalau-kalau dikejar oleh mamak-mamak yang lain. Tapi dalam masa yang sama hati aku berbunga-bunga selepas melihat Manchester United mengalahkan Aston Villa 4-0. Ngeh ngeh.

BONUS FOR TODAY

Blog pilihan untuk diview pada hari ni. Jom kita terjah mereka ramai-ramai. Kata nak tambah kenalan blog kan? Jom terjah.


Budak ni memang kategori nakal. Tapi beliau sangat-sangat comel k! Kalau ada depan mata aku, serius aku nak sangat-sangat cubit dahi beliau. Geram je rasa. Hahaha. Kepada yang nak mengenali beliau silalah klik --> DILA <--

Pesanan buat Dila , jangan berhenti berblog ok!




[PT1] Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati.com

denaihati
denaihati


Ramai yang sedia maklum bahawa blogger Denaihati.com kini tidak lagi dapat menyembunyikan identitinya selepas wajah foundernya iaitu Encik Muhamad Ilham a.k.a Encik Amir Hassan telah tersebar luas di dalam youtube bersempena  Toshiba Intel Ultrabook Challenge  yang turut disertai oleh blogger Ben Ashaari. Dan semalam, demi meraikan pembaca-pembaca setia dan rakan-rakan blogger, Denaihati.com telah menganjurkan satu majlis minum petang bersama blogger yang diadakan di Hotel Singgahsana, PJ. Aku turut berpeluang mengikuti majlis tersebut setelah dijemput oleh Denaihati.com dan juga peramal benar belaka

Majlis santai berkenaan sangat meriah kerana disertai ramai blogger-blogger dan pembaca-pembaca setia denaihati. Founder denaihati iaitu Encik Muhamad Ilham juga sangat simple dan sempoi orangnya. Yang membuatkan hadirin ketawa berdekah-dekah apabila part beliau terlupa untuk menjemput tetamu makan. 

" Ni majlis santai. Dah boleh makan dah sebenarnya. Saya terlupa nak jemput kamu semua makan sebenarnya. Sila ambil makanan yang berada di belakang." (Lebih kurang begini lah dialog beliau semalam).

Dan menambah ceria majlis tersebut apabila dihiburkan oleh penyanyi jemputan yang juga seorang blogger. Siapa lagi kalau bukan Bro Payung. Tak sangka, dalam diam beliau juga mempunyai bakat dalam melawak. Tak boleh aku lupakan part di mana Abang Ensem telah dipanggil ke hadapan untuk melakonkan watak Aaron Aziz di dalam filem Ombak Rindu. Siap dapat menyanyi lagi. Wah, suara AE sangat-sangat sedap dan 'mengghairahkan'. Hahahaha.

Aku sempat juga bersembang-sembang dengan Encik Muhamad Ilham, dan ternyata beliau sangat-sangat merendah diri. Beliau ada juga ceritakan pada aku yang blog denaihati pernah di hit sebanyak 52K UV dalam sehari. Pergh. Cukup membuatkan aku rasa rendah diri. Apatah lagi bila semalam aku bersama dengan ramai blogger-blogger yang hebat-hebat. Yang punya UV lebih kurang 2K-3K sehari. Walau terasa kecil seperti semut, tapi aku cuba menguatkan semangat dan cuba membuktikan bahawa aku juga mampu untuk duduk semeja sambil minum teh. Hahaha. Minum teh je lah. Kalau dah masuk bab blog, memang aku rasa kecil balik. Hahahaha. Ok, cukuplah setakat ini untuk part 1. Pada part-part seterusnya, aku akan publish gambar-gambar sekitar majlis sepetang bersama denaihati ini. 

Thanks denaihati.com kerana berjaya menganjurkan majlis seperti semalam. Semoga terus sukses di dalam arena blog tanah air. Thanks again for the souvenir-souvenir yang best-best tu.

Antara rakan blogger yang bersama aku semalam. Blogger-blogger yang hebat. Aku harap satu hari nanti aku akan jadi seperti mereka. Hebat dan TIDAK SOMBONG!


Kepada Bro KID, sila jeles. Apatah lagi Bro Jejai dapat bawa balik Silver 1kg hadiah daripada denaihati yang berharga lebih kurang rm6k semalam. Hahaha. Bro Jejai, tak faham-faham lagi? Dah kasi jek dah ni, jangan lupa 40% ok! Hahahaha.



Cerita Lawak : Terbogel Ketika Menghantar Gas

on 13 April 2012

Zaman sekarang ni segala-galanya serba canggih. Sampaikan segala-galanya hanya di hujung jari. Nak apa pun, cuma dail nombor telefon ataupun online. Kalau gas habis, cuma dail dan tak lama kemudian, akan sampailah lori penghantar gas. Tak macam zaman dulu. Dulu aku sampai terbabas dalam semak gara-gara tanggung gas atas motor. Siap kena gelak dengan awek-awek yang kebetulan tengah main sorok-sorok dalam semak tu lagi. Begitu modennya zaman sekarang ni dan melahirkan sebegitu ramai manusia yang pemalas termasuklah aku sendiri. 

Minggu lepas gas rumah habis. Aku pun mendail nombor untuk menyuruh mereka menghantar gas. Punyalah efisien. Tak sampai 10 minit dah bertempek penghantar gas tu depan rumah. Tak sempat aku nak salam, beliau terus melompat berpusing-pusing di udara dalam rumah aku. Pergh! Gila hebat. Siap berpusing melepasi set sofa rumah aku. Ingatkan dah habis aksi hebat beliau. Rupanya sampai ke dapur beliau lompat berpusing-pusing di udara. Yang menghairankan aku, beliau boleh tinggal tong gas di depan pintu. Rasa macam nak lempang laju-laju je. Aku jugak yang terpaksa mengerah kudrat jantan aku untuk memikul tong gas tersebut hingga ke dapur. Manakala beliau hanya berdiri terpacak dan membuat isyarat peace. Konon bergaya lah tu. Nak je aku lempang sampai tercabut usus belah kiri beliau. 

Selepas siap memasang segala-galanya, penghantar gas terbabit memulakan semula aksi-aksi lompatan berpusingnya di udara. Begitu laju beliau menuju ke hadapan. Penat aku mengejar daripada belakang. Hinggalah beliau mengalami satu insiden yang memalukan. Sedang asyik dan hebat beliau berpusing-pusing ke udara, secara tiba-tiba seluar beliau tersangkut di kipas syiling yang sedang berputar. Seluar beliau terkoyak. Dan secara tiba-tiba beliau terbogel tanpa sehelai benang pun. 

Gambar sekadar hiasan. Korang tengok! Ada lesung pipit kat dada dia ni.


Mungkin kerana malu, beliau terus berpusing-pusing ke udara sehinggalah ke dalam lori beliau tanpa meminta apa-apa bayaran daripada aku. Aku kaget. Aku hanya mampu melihat lori tersebut berlalu meninggalkan aku. Macam ni pun ada?

-tammat-


BONUS FOR TODAY

Kalau korang nak shopping online, nak tengok beraneka jenis tudung, korang leh terjah 
-->AREEZA SHOP<--. Tauke kedai ni adalah salah seorang sifu aku dalam arena blogger ni. Selain daripada tudung, beliau juga ada menjual kasut, beg tangan, dan bermacam-macam lagi. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, sila tanya pada beliau. Silakan terjah reramai ye. Untuk membuat korang rasa grrrr , aku  akan tunjuk sikit tudung-tudung tersebut.





Tunggu lagi? Sila terjah. Manalah tau nak buat hadiah untuk ibu, adik, kakak, awek, bini atau abang korang. Aik. Abang? Hahaha. Ok, sila terjah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

P/S : cerita penghantar gas tersebut adalah cerita rekaan otak sewel sang penulis semata-mata. Hahahaha









 
© BONI KACAK All Rights Reserved
Get smart with the Thesis Blogger Template Design By kozumi_ro.
Service Tempahan Design