Cerita Lawak : Kah Kah Kah! Pandai Kau Bergurau

Cerita Lawak : Kah Kah Kah! Pandai Kau Bergurau | "Golok Damasutra, jom teman aku pergi pasar malam kejap.", pinta Hayun Jibeng sambil menarik terus Golok Damasutra keluar daripada reban ayam yang menjadi kediaman mereka sejak 3 tahun yang lepas.

" Woi woi woiiii!! Poyo semua ni! Kau nak buat apa kat pasar malam? Kau ni mesti nak pergi beli peplum kan?",getus Golok Damasutra sambil melepaskan tangannya dari genggaman Hayun Jibeng. 

cerita lawak peplum
Koleksi Peplum. Sumber --> http://deejaywani.blogspot.com
Suasana tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik. Dan secara tiba-tiba keting Hayun Jibeng melekat terus ke hidung Golok Damasutra. Seraya itu juga kedengaran suara Hayun Jibeng. " Aku lelaki lah sengal!"

Disebabkan takut untuk menyoal, Golok Damasutra hanya mengikut sahaja Hayun Jibeng. Sepanjang jalan ke pasar malam mereka berpegangan tangan. Dengan wajah yang sangat ganas, sesiapa yang memandang mereka pasti akan bertempiaran lari. Hinggalah mereka tiba di perkarangan pasar malam.

" Aku nak makan pizza.",pendek dan padat perkataan yang keluar dari mulut Hayun Jibeng.

cerpen lawak, cerita lawak, pizza hut
Sumber --> http://rafi1986.deviantart.com
" Kah Kah Kah!! Pandai kau bergurau dengan aku kan wahai Hayun Jibeng! Nak makan pizza , carilah kat Pizza Hut. Dah kenapa kau ajak aku ke pasar malam?!!"

" Kau....diam. Jangan biadap. Tengok sana.",arah Hayun Jibeng sambil berpaling ke arah penjual kebab. Pucat seketika wajah penjual kebab tersebut.

" Itu kebab bro! Bukan pizza!",bersungguh-sungguh Hayun Jibeng menerangkan kepada Golok Damasutra.

" Kau pandang anak mata aku ni. Kau kan sedia maklum kepala aku ni teleng ayam. Aku pandang kedai sebelah penjual kebab tu."

Sebaik berpaling ke sebelah penjual kebab tersebut, alangkah terpananya Golok Damasutra. Kelihatan sebuah gazebo menjual pizza tersergam indah di dalam pasar malam tersebut. Siap ada meja makan dan juga pelayan wanita yang cantik-cantik bak pramugari Air Asia. Di sebelah depannya pula dilengkapi dengan persembahan Live Band. Manakala di bahagian kanan gazebo itu pula dipersembahkan persembahan dikir barat.

" Aku berada di pasar malam atau apa ini??",soal Golok Damasutra di dalam hati sebelum dia pengsan mengejut.

- TAMAT -


P/S : Sebenarnya aku nak bagitau yang pizza di pasar malam pun boleh tahan sedapnya. Sangat-sangat sedap. Lembut je. Lepas ni tak perlu dah pergi Pizza Hut. Pizza pasar malam pun apa kurangnya. 

cerpen lawak, cerita lawak, pizza pasar malam

cerpen lawak, cerita lawak, pizza hut pasar malam



{ 77 comments.. read them below or add one }

hana hadi hana hadi 17 January, 2013
1st.. tapi bacanya belum.hehe
Kakcik Nur Kakcik Nur 17 January, 2013
Petang ni ada pasar malam kat rumah kakcik. Nak cuba cari pizza lah. :)
fifie fifie 17 January, 2013
Apa kaitan beli peplum di pasar malam dengan makan pizza? Haha. Sebab dua dua tengah hit atau sebab dua dua mula dengan huruf P
hana hadi hana hadi 17 January, 2013
Dah 3bulan xmakan pizza. itu pun nak bgtau kan..
Ezad Skytech Ezad Skytech 17 January, 2013
Haha...sbb pizza je kot..tp sakit perut gelak baca entri sengal ko ni boni..haha

P.S - pizza pasar malam pun sdp jgk...teringin pulak nk cari pizza malam ni..oops punya pasal la boni...haha
KorN KorN 17 January, 2013
lagi satu nak tambah. pizza kat pasar malam boleh dapat 3 jika compare dgn pizza hut
Yan Ty Yan Ty 17 January, 2013
xpernah try pizza kat pasar malam.
MaMa Rey MaMa Rey 17 January, 2013
liur telah meleleh melihat pizza2 tu...
Carlos Santiago Carlos Santiago 17 January, 2013
meleleh air liur aku...perrggghhh
Nadot Nadot 17 January, 2013
hohohoho.. nak sampaikan mesej yang pasar malam punya pizza lembut sampai dramatik sekali penceritaannya... gile ah ;)
Zurina Zurina 17 January, 2013
itu yg nak d habaQ...pjg pulak critanya ya en.boni...hehe
Mira Adzlia Mira Adzlia 17 January, 2013
igtkn jual peplum td..haha....cite piza rupanya...sedap la..tp mcm kcik la piza psr mlm..haha *dasar sy kuat mkn*
Cik Nur Cik Nur 17 January, 2013
Gulp..!
Sedar tak pizza tu sedang mengoda nur..
hashahahahha.. :p
Sharidawati Shahrudin Sharidawati Shahrudin 17 January, 2013
boni nak pizza please... hehehe
nazray nazray 17 January, 2013
tak pernah beli piza pasar malam, pizza hut pun sekali 2, senang cakap, aku tak minat makan pizza, mula2 makan rasa wah tak cukup ni, selepas habis sepotong setengah, muak la, rasa tak lalu dah nak makan, tapi lepas ni aku nak test la pizza pasar malam, kadang2 nampak gebu giler pizza tu, tapi nak beli takut muak. hehe ( i'll try next time )
aTieYusof Family aTieYusof Family 17 January, 2013
Sedapnya pizza itu BOni..
pizza pasar malam pun ok ape...hehe:)
hafiz hafizol hafiz hafizol 17 January, 2013
x pernah makan lagi pizza pasar malam tu boni
MAY MAY 17 January, 2013
Pizza kat pizza hut pun xde le sdp sgt.hihi
Sheila Salim Sheila Salim 17 January, 2013
Assalamualaikum boni, amboiii panjangnya cerita kelakar ni. rupanya ada mesej tersendiri! hihi nanti sheila nak cuba lah beli pizza dekat pasar malam :)
Aien Alien Aien Alien 17 January, 2013
setuju dengan yg atas...pizza kat pizza hut takde la sedap sangat. tapi sesekali nak try boleh je..berbaloi jugak la. hehe. lain lidah lain rasa... :D
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 17 January, 2013
he he betul tu kdg2 sambar beli je pizza kat pasar mlm tp kena beli yg panas2 terbaik tu!
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 17 January, 2013
cantik peplum,...mohon sedekah sehelai..hahhaa:P
Warna Warni Kehidupan Warna Warni Kehidupan 17 January, 2013
oh cerita pizza.. ingatkan cerita kemesraan hayun jibeng dengan golok damasutra... eh lupa, hayun jibeng tu lelaki.. nanti di cap gay pulak...
Nastyna Nastyna 17 January, 2013
yups, support local. Ala pizza kat kedai pizza tu sumer bukan sedap mana pun.
Mia Liana Mia Liana 17 January, 2013
sedapppnya boni... kasi kecur orang lah dia ni....
MizzTina MizzTina 17 January, 2013
pasar malam > peplum > kebab > pizza > pelayan wanita > kesimpulannya, pizza pasar mlm boleh thn gak sedapnya..


ketahuilah bahawa dh laaaaama sy x pegi psr malam.. okbai
Kakzakie Kakzakie 17 January, 2013
Pancing dgn perempuan cantik buat org nak beli pizza dia. Boni pun terperangkap sama hahaha...
hazwan hairy hazwan hairy 17 January, 2013
ak slalu juga beli pizza kat pasar mlm pnya..haha...sedap kot weh!
Irwan Alessa Irwan Alessa 17 January, 2013
aku lebih suka pizza pasar malam sebab sedap.. ada aku try kat mana entah, lupa.. tapi siyes memang habis sorang aku baham~~ hhahaha
Cikgu Ma Cikgu Ma 17 January, 2013
nak sambut salam perkanalan boni kacak...so, bila nak blnja makan pizza...lalala....
MystoryPic MystoryPic 17 January, 2013
pelayan pizza tu pakai baju puplum ke
krole krole 17 January, 2013
wuah! serius bro! nampak sedaplah! adus...kat sabah ni belum ada lagi mende2 camni kat pasar malam~ bro kirim skit kat krole..nak rasa hihihi
Hanif Idrus Hanif Idrus 17 January, 2013
Lagipun tak semahal Pizza Hut..kalau makan berdua mahu cecah RM50 kalau kat Pizza Hut..hehehhe
Pena Menari Pena Menari 17 January, 2013
hahhahahah.....perh....sudah tukar ka....lawak plak nm watak2 dlm crpen tu....ekekekekek
Angel Love Soldier Angel Love Soldier 17 January, 2013
Hahaha, poyo suma ni.. Bg saya pizza kat mana-mana pun sedap :)
Angel Love Soldier Angel Love Soldier 17 January, 2013
Hahaha, poyo suma ni.. Bg saya pizza kat mana-mana pun sedap :)
Deqla manjew Deqla manjew 17 January, 2013
Owhh sedap ehh piza pasa mlm?? X penah try lg..huhu...hmm poyonye guna ayat awie tu..hihi
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 17 January, 2013
hehe..ada ayat yg sha xfhm but still bole ketawa hehe..best ending..n sdopp
Mat Som Mat Som 17 January, 2013
Pizza pasar malam dpt menyelamatkan kita drp nazak pada ketika gaji belum keluar, lagi2 kalau kita ada anak yg berderet mcm saya ni.
pipoq pipoq 17 January, 2013
nasib baik anak aku memahami..bila bapak dia baru dapat gaji baru dia ajak pegi pizza..hehehe
zila manaf zila manaf 17 January, 2013
ok nmpk menyelerakan....nk tapau ahh nti ;p
Noor Ikmal Noor Ikmal 18 January, 2013
Assalam, macam gantung saja cite tu Boni.... nak lagi... tapi aku tengok pizza tu mcm sedap saja... meh bagi sikit dekat aku.. huhuhu
Papa Mifz Papa Mifz 18 January, 2013
tak pernah lagi cuba pizza pasar malam...satu hari boleh dicubai nih...;)
Mar Haini Abdul Rahim Mar Haini Abdul Rahim 18 January, 2013
aiyak sengaja zoom dekat2 kan.. lapo pizza !

*penat nk paham cte sutra ngn jibeng haha
razzwey razz razzwey razz 18 January, 2013
melampau sangat tu boni, pasar malam je pun, takkan la sampai ada band buat show, siap dikir barat pulak tu... hahaha....
NAL NAL 18 January, 2013
balik langkawi nak g pasar malam cari pizza la.. terliur pulak..
munir ardi munir ardi 18 January, 2013
mak terliur rasa lapar pagi ini tengok dua makanan lazat di atas
Myra Jay Myra Jay 18 January, 2013
Betul tu, pizza pasar malam lebih sedap dari.... :)
Obat Tradisional Darah Tinggi Obat Tradisional Darah Tinggi 18 January, 2013
macam mana rasanya, belum pernah coba saya....
kak nora kak nora 18 January, 2013
selau bunda beli mini pizza kat carefoure jer..pizza jugak..
Remy hazza Remy hazza 18 January, 2013
bro boni.....
sapa ckp pizza pasar malam tak sedap...... sedap bro!!!! lebih feeling dari pija hut tau....
- zuriey - - zuriey - 18 January, 2013
hahaha..selalu je nampak pizza kat pasar malam tapi takpernah try lagi
Afasz Afasz 18 January, 2013
sedap nye pizza. ingin le la plak
Afasz Afasz 18 January, 2013
air liur melelh ke pizza ek
Nana Liena Nana Liena 18 January, 2013
beli yg frozen masuk microwave ja..hoho
Si Matatajam Si Matatajam 18 January, 2013
Pizza pasar mlm pun ok apa...
Mas Zull Mas Zull 18 January, 2013
assalamualaikum boni...tengok gambar jer dah terliur la nak juga....:)
adza irdawati adza irdawati 18 January, 2013
mintak pizzaaaaaaaa sikitttttt hehehe
are_lin@yu are_lin@yu 18 January, 2013
alahai sedapnya pizza tu..nk jugak.
lelamaisara lelamaisara 18 January, 2013
cume nak bgi tau pizza kat pasar pon sedap....heheh
tapi memamg sedap pon.....nyummm...nak g beli.....heheh
Dianaa Dianaa 18 January, 2013
dah lama tak makan pizza T__T
eh eh, betul tu. pizza pasar malam pun boleh tahan juga sedapnya ^^
QasehnyaRania QasehnyaRania 18 January, 2013
ada lagi tak abang boni..hihi

selamat malam
Ena's Palace Ena's Palace 19 January, 2013
Lom pernh try lg pizza psr mlm ni...
MaYa MustWany MaYa MustWany 20 January, 2013
piza pasar malam?mas kureng sikit selain pizza hut or dominos je..tapi yng pling penting,sup yang sedap..nyum3
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 20 January, 2013
belanja aku bro..ko kan dah dapat ipad..haha..ade kena mengena ke ipad? hehehe
nik ros nik ros 21 January, 2013
dah 2 entry citer sal pizza ni.arini nak kena oi jugak makan pizza ni..hehe
Cik Fie Cik Fie 21 January, 2013
nak pizza . hehehehe :P
Lina md. munir Lina md. munir 22 January, 2013
Pizza pasar malam memang sedap, murah lagi :-)
♥ sitifarhana ♥ ♥ sitifarhana ♥ 22 January, 2013
sedapnya pizza tu. sedapny. sedapnyeeee. huhuhu
Seneorita Baharin Seneorita Baharin 31 January, 2013
hahaah..ini lawak.. :D style guna ayat berbunga-bunga tu..hehehe :P pizza pasar malam mmg terbaekk..sedap&lazat.. :D