Malaysia Bakal Diserang Virus Z13

Malaysia Bakal Diserang Virus Z13 | Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu virus Z13. Jangan terkejut kalau aku katakan ia adalah satu virus berbahaya yang bakal menyebabkan manusia bertukar menjadi mayat hidup atau lebih dikenali sebagai zombi. Jangan sangka hanya di Hollywood sahaja mempunyai wabak virus yang menyebabkan manusia bertukar menjadi zombi, tapi di Malaysia juga bakal terjadi. Dan dijangka akan menular di bulan April 2013 ini.

virus z13
Tapi kalau zombi kacak macam ni, tak ada siapa yang takut kan? Silap-silap ramai gadis-gadis merelakan diri untuk dikokak. Dan silap haribulan, zombi ni yang kena kejar dengan para-para gadis. 
Baiklah. Virus Z13 yang bakal menular pada bulan April 2013 itu sebenarnya hanya lah di dalam Shortfilm yang turut serta dijayakan oleh team Penyamun Inc. Aku malas nak cerita sinopsis dia, takut korang teruja sangat. Nanti mulalah tak lena nak tidur malam. Jadi, korang kena pastikan menonton Shortfilm tersebut yang bakal menjengah pawagam-pawagam Youtube berdekatan korang bulan April ini. 

shortfilm virus z13
Watak utama dalam Shortfilm tersebut. 
Jadi, jom layan gambar-gambar di sekitar pengambaran Shortfilm tersebut.

shortfilm virus z13
Breakfast bersama krew-krew produksi. 
shortfilm virus z13
Proses make over untuk jadi zombi. Reja dah bersedia untuk menjadi zombi ganas.
shortfilm virus z13
Ambil mood dan feeling jadi zombi. Agak manja pose aku tu. Aku tak reti nak buat muka ganas, keji, jijik, rasa dikhianati dan tak berperikezombian. 
shortfilm virus z13
Set Pengambaran. Zombi kehausan. Penat kejar orang. Siap ada peminat-peminat cilik lagi. Haha.
shortfilm virus z13
Cameraman sedang mencari sudut yang terbaik untuk menembak.
shortfilm virus z13
Semua pelik bila pelakon tak muncul-muncul. Rupanya pelakon tertidur kat tangga kecemasan.
shortfilm virus z13
Huh, bos dah simbah air baru bangun tidur. Hahaha.
Jadi, setakat ni lah dulu. Aku sarankan agar korang tengok Shortfilm ni. Bakal menjadi antara Shortfilm yang meletup di Youtube. Jom saksikan Shortfilm Virus Z13.

{ 56 comments.. read them below or add one }

Carlos Santiago Carlos Santiago 28 March, 2013
nampak macam zombie makan sendayu tinggi je aku tengok. bersih muka.
zaza =) zaza =) 28 March, 2013
wa..xsabar nak tgk .. =)
Al-Azrul Zakuan Al-Azrul Zakuan 28 March, 2013
ok gua tunggu kemunculan short filem ni. mesti gempak!
Datin Tyka Datin Tyka 28 March, 2013
sepatutnya video ni bole terpilih dalam axiata.. tak ada rezeki kan.. tak apa, pasti ramai tak sabar menanti April ni..
Noor Ikmal Noor Ikmal 28 March, 2013
guna penyapu tok nak lawan zombi.. hahhaha... tak sabar nak tengok nie...
fairus fairus 28 March, 2013
ZOMBI KAMPUNG PISANG KE NI? HEHEHE
Sheila Salim Sheila Salim 28 March, 2013
assalamualaikum boni. cayalah. short film korang memang selalu menjadi. nak2 ada boni kacek ni. heheheehe.
chii chii 28 March, 2013
hurm..nk tau gak..virus apa yg membuatkan zombi ni menjadi..hehe
Seneorita Baharin Seneorita Baharin 28 March, 2013
wahh3 zombi datang menyerang di utube pulop..xsabar menanti kezombian zombi yang hensem tu..hekhekhekk :P :D
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 28 March, 2013
habislah lepas ni kena tanam pokok2 yg boleh halau zomba zomba ni... hahahahha jd lah the real Plant Vs Zombie.. XD
wantie wantie 28 March, 2013
ups.. alamak opocot pocot pocot. terjatuh cinta ngan zombie la pulak.

hahahaha...
amirini amirini 28 March, 2013
tak boleh blah... pelakon tido kat tangga kecemasan..
hehehe.. xsabar nk tengok ni...
Denaihati Denaihati 28 March, 2013
dah main senapang ni...macam kena kasi seram lagi zombi ni, waktu siang pulak...heeee
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 28 March, 2013
ngeri betul baca tajuk tu...hehe
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 28 March, 2013
oppsssss...tanjat gegurl tgk zombie itu :P
adik ipar saya pun dok buat shortfilm ngan kwn2 dia. student uitm
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 28 March, 2013
Bahya ni kalau zombie dah menyerang...
MaYa MustWany MaYa MustWany 28 March, 2013
zombie kelakar ni..hihihi
KiD KiD 28 March, 2013
haaaa... steady lah bro.. filem pendek ni ramai jugak orang suka!!
Mas Zull Mas Zull 28 March, 2013
assalamualaikum boni...laaa ingatkn virus apa tadi rupa2nya inilah dia yer...:)
Hanif Idrus Hanif Idrus 28 March, 2013
Tempoh hari yang kau letak mukazombie tu..filem ini ler...
Trailer filem macam best ajer...
kena tonton ini
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 28 March, 2013
ups...ada zombie....takuuutttttttt...kabuuuurrrrrrrr :-)
Papa Mifz Papa Mifz 28 March, 2013
tak sabar nak tonton...hehe
Donny Ien Donny Ien 28 March, 2013
Terbaik bro, tahniah diucapkan.. sama2 nantikan kemunculan video ini nanti.
Irwan Alessa Irwan Alessa 28 March, 2013
takpe, bab share kat wall fb terserah pada yang lebih pakar.. hahaha wa support lu dari belakang bro..
Khairul Asrol Khairul Asrol 28 March, 2013
nampak menarik. tengok la ada masa nanti aku tengok.
hatiputera hatiputera 28 March, 2013
ingatkan virus betul tadi. Buat suspen jer tajuk.hehehe
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 28 March, 2013
xde offer untuk pelakon perempuan ke? saya pun teringin nak berlakon.. huhu
hana hadi hana hadi 28 March, 2013
lepas zombie ni. buat cerita hantu plak tau. pocong ke.. hehe
Faridzuan Faridzuan 28 March, 2013
Wah itu abang Bophairy dalam Poster, pekomik bagi Komik-M. Ada ada abang Aman Wan sekali, eh ada abang Azanil Fitri sekali jadi zombie . Eh, eh. :3 Haha, lucu pula bila baca ayat 'tak berperikezombian!'
Hairul Azni Hairul Azni 29 March, 2013
Ingat betul2 ada virus nak masuk Malaysia tadi..ciss..
Lina md. munir Lina md. munir 29 March, 2013
Kau dah mekap seram-seram camni jangan muncul kat depan rumah akak....nanti tersiram dengan kuah kari mamak - semalam punya. Hahaha..
Terbaek Boni.
SaM! DaKBaiK SaM! DaKBaiK 29 March, 2013
peh x saba nk tengok.. nnti klu ade nk pakai extra roger lah bro..kite bako je.. heheheh ;-)
Mat Som Mat Som 29 March, 2013
Nak kena tengok kat layar LCD atau sekurang2nya kat screen komputer mega baru ada feeling habis untuk menonton amukan zombi-zombi kacak itu.
onlajer onlajer 29 March, 2013
ala-ala walking dea ke boni
are_lin@yu are_lin@yu 29 March, 2013
dh mcm zombi dh tgk.haha
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 29 March, 2013
hehehe pasni mamat khalid ajak korang wat flm ngan dia la
Aju Mohit Aju Mohit 29 March, 2013
aiyoo ingat virus apa tdi, nmpk menarik pict tu
Ibu Mifzal Arsyad Ibu Mifzal Arsyad 29 March, 2013
oh..citer rupanya? ingatkan betul virus..kalau bst leh layan..
Scarlett O'Hara Scarlett O'Hara 29 March, 2013
Mamat Khalid buat filem mmg best.Lawak satira gitu.Kalau virus betul, abislah kita.
Miss Purple Miss Purple 29 March, 2013
waa...zombi plak..okey, internet dah laju nt nak tgok, mwehehe..
SemuanyaOK ^^ SemuanyaOK ^^ 29 March, 2013
amboi..."tak berperikezombian"
haha

Ni citer ala-ala resident evil la yer...budak lelaki la biasanya minat zombi ni O,o
Aku Penghibur Aku Penghibur 29 March, 2013
excited nie nk tgk ... boni kacak berakon ...wahhh
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 29 March, 2013
saya cadangkan supaya penyamun Inc menerbitkan satu movie ringkas padat dan singkat untuk kami tonton.. hidup penyamun inc.. yeah! eh! haha.. overdose. Nak try tengok lah zombie2 kacak nie berlakon menakutkan ke atau memikat. :P
MarnieyZ MarnieyZ 29 March, 2013
perghhh, badan kemain tough lagi. ehh, tak sabar nak tgk. Mesti best ni. ^^
Etuza Ezawarna Etuza Ezawarna 29 March, 2013
memang sibuk Boni ..namun tahniah sempat juga updated blog..moga sukses
nik ros nik ros 29 March, 2013
makin hebat skarang.
dah siap nnt update. blh tgk
Hafizul Hafizul 30 March, 2013
Laaa ingtkan virus betul2..hehe
wazy wazy 30 March, 2013
Mesti ramai ayng suka tengok cerita ni nanti
Remy hazza Remy hazza 30 March, 2013
wow...tgk poster pun dah nampak teruja......
Aan Shared Aan Shared 31 March, 2013
nampak zombie y mang..
adiwa adiwa 02 April, 2013
sy pikir betul2 virus
Raudzah Zahari Raudzah Zahari 04 April, 2013
dah lama tak jengok sini..wah ada produk baru..tahniah k..
thaqibzaki thaqibzaki 04 April, 2013
Ni bukan zombi kampung pisang kan? Teruja aku nak tengok short film neh.
Cik Fie Cik Fie 26 April, 2013
kacaknya zombi2 ni :P