Peluang Perniagaan Buat Penggemar Fesyen - MyCreative dan FashionValet Melancarkan 'Fashion Pitch)

Peluang Perniagaan Buat Penggemar Fesyen - MyCreative dan FashionValet Melancarkan 'Fashion Pitch) | Baru-baru ni aku telah mendapat satu jemputan ke satu sidang akhbar mengenai inisiatif baru untuk memberi peluang kepada penggemar fesyen untuk membentangkan idea, kreativiti dan aspirasi untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen.  


peluang perniagaan

Ok, nampak tawaran menarik seperti gambar kat atas tu? Bagi mereka yang terpilih , LAYAK untuk memohon pinjaman dari MyCreative sehingga rm2 juta. Sebelum aku ke KLIMAKS berita baik ini, izinkan aku untuk memperkenalkan dahulu siapa dalang di sebalik peluang besar ini. 

1. MyCreative Ventures

MyCreative Ventures merupakan salah satu cabang pelaburan kerajaan untuk merangsang industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam bentuk pelaburan ekuiti atau hutang. Ditubuhkan pada 20 APRIL 2012 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 oleh Menteri Kewangan Diperbadankan ('MOF (Inc)'). 

2. FashionValet 

Ditubuhkan pada 2010 dengan tujuan membawa trend fesyen terkini. Merupakan butik fesyen Online pertama dan terhangat di Malaysia. Menawarkan pelbagai pakaian untuk wanita, beg tangan yang klasik dan bergaya. FashionValet terus  berusaha membawa pelanggan-pelanggan mereka dengan nama-nama yang terkenal di Asia. Di samping itu, FashionValet menyediakan kemudahan dengan memberikan pengalaman membeli-belah denan wajah yang baru dan segar melalui satu pasukan perkhidmatan pelanggan yang berdedikasi. 



peluang perniagaan


Baiklah, di atas ni adalah dua nama besar yang bertanggungjawab memberi  PELUANG kepada pereka-pereka fesyen dan juga penggemar-penggemar fesyen untuk MEMULAKAN ataupun MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN. Hanya perlu membentangkan idea , kreativiti, dan aspirasi untuk menjalankan perniagaan dalam bidang fesyen. Mereka yang terpilih berdasarkan idea, kreativiti dan aspirasi yang Awesome layak untuk memohon pinjaman dari MyCreative sehingga rm2 juta. Dan paling menariknya, peluang ini tidak terbuka hanya kepada 2-3 orang sahaja. Kerana jika ada 10 orang yang mempamerkan kreativiti, idea dan aspirasi yang sangat Marvellous dan berkarisma tinggi, maka 10 orang itu juga layak menerima pinjaman sehingga rm2 juta ini jika terpilih. 


peluang perniagaan
Pereka Fesyen terkenal tanah air Bon Zainal turut berada di majlis tersebut.
Sasi The Don turut berada di situ.
'Fashion Pitch' diadakan untuk meningkatkan daya tarikan industri fesyen di Malaysia. 'Fashion Pitch' dijangka dapat membantu meningkatkan industri fesyen Malaysia dan menarik minat masyarakat dalam industri tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative , Johan Ishak memberitahu bahawa pemohon mesti mengemukakan cadangan dan permohonan mereka pada 31 Mei 2013. Warganegara berumur 18 tahun layak untuk memohon untuk menyertai PELUANG ini, manakala calon-calon yang memohon juga mesti mempunyai MINAT di dalam industri fesyen.

Pemohon harus menghantar borang permohonan melalui emel ke fashionpitch@mycreative.com.my. Manakala borang permohonan boleh Di Download di laman web www.mycreative.com.my bersama-sama dengan kertas cadangan seperti yang dinyatakan. Calon yang TERSENARAI akan dipanggil untuk sesi pembentangan "Pitch Day" pada bulan JUN. Wakil-wakil dari FashionValet dan MyCreative akan bekerjasama dengan dua pereka fesyen terkenal Malaysia untuk bertindak sebagai panel semasa hari perbentangan tersebut. Ingat! Pemohon akan dinilai berdasarkan keunikan betapa Awesome nya idea itu. 


peluang perniagaan
Aku bersama Bon Zainal
peluang perniagaan
Barisan Blogger bersama dengan Pengarah Urusan FashionValet, Fadzarudin Shah Anuar(5 dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative, Johan Ishak (6 dari kiri).

Bagus peluang ni. Kepada yang berminat dan berbakat, aku rasa baik korang cuba. Lebih baik cuba daripada tak cuba. Dan dengan PELUANG macam ni, golongan-golongan pereka fesyen pun akan dapat tempiasnya juga. Mereka akan bersaing dan dapat PELUANG untuk memperluaskan perniagaan mereka. Sebelum ni, mereka asyik dipinggirkan daripada menerima apa-apa PELUANG sebegini.

{ 19 comments.. read them below or add one }

Remy hazza Remy hazza 30 April, 2013
tak sangka bro akan menjadi fesyen designer lepas nie.... dah kuar product nanti boleh ler remy beli......
Sheila Salim Sheila Salim 30 April, 2013
Assalamualaikum boni. bestnya. kalaulah sheila seorang designer. hihihi ;p
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 30 April, 2013
bagusnya...sekurang2nya membantu pereka fesyen yg baru nak menceburkan diri dlm dunia fesyen nie..
LelakiSemalam LelakiSemalam 30 April, 2013
bon zainal...kepala dia boleh tahan gak...hehe
Aku Penghibur Aku Penghibur 30 April, 2013
wahhhhh bagus ini :) bro sangat berbakat segala bidang
Hanif Idrus Hanif Idrus 30 April, 2013
Wah!!! 2 juta...tapi aku designer ler....
Boni kacak bila berbicara tentang fesyen aku terkelu....kikiki
Zaza Zaza 01 May, 2013
bagusnya program ni..
wawa najwa wawa najwa 01 May, 2013
wahhh bestnyaaaa bestnyaaaa . kita minat design2 ni, eheeee
deno deno 01 May, 2013
bestnya boniiiiii...... :)

p/s: jom join segmen deno, LUPUS Awareness! http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html
TiranaAduka TiranaAduka 01 May, 2013
salam lawatan di hari buruh boni
Batu Adventure Batu Adventure 01 May, 2013
nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 05 May, 2013
lama tak nampak...dah berwajah baru..
Si Matatajam Si Matatajam 08 May, 2013
Tengah bayangkan fesyen yg pelik2 hasil pereka fesyen Boni Kacak..ha ha..
baby comel baby comel 12 May, 2013
wah, bidang baik ni.. tahniah moga terus melangkah jauh
tenku butang tenku butang 14 May, 2013
terbaek lah entri ni boni.. suka gaya penyampaian boni..