Sekilas Tentang Denaihati Dot Com

Sekilas Tentang Denaihati Dot Com  | Jika sebut blog www.denaihati.com , pasti kebanyakan blogger dan orang ramai mengenali akan blog ini. Denaihati juga boleh dikatakan otai di dalam bidang blog ini. Dengan tema Hidupkan Untuk Memberi sangat sinonim dengan pemilik ataupun penulis blog ini. Bukan Hidup Untuk Menghidupkan ye. Hahaha.

denaihati


Aku pula mengenali blog Denaihati ini sekitar tahun 2011 kalau tak silap. Aku lambat mengenali blog ini kerana aku baru bergiat di dalam dunia blogger sekitar tahun 2010. Boleh dikatakan awal-awal dulu aku sangat-sangat buta hati di dalam dunia blogger ni. Boleh dikatakan aku tidak mengenali hampir kesemua blogger termasuklah Ben Ashaari, Fatin Liyana, Hanis ZalikhaAbang EnsemAbam Mat TigerBro Framestone dan juga siapa Denaihati sendiri. Sehinggalah Bro Zarul Umbrella mula mengenalkan aku kepada blogger-blogger yang otai dan juga hebat. Barulah aku tahu rupa-rupanya blogger ni ada pelbagai lapisan. Dan sejak itu, aku mula berjinak-jinak untuk membaca entri Denaihati. 

Sejak mula mengenali blog Denaihati ini, aku tertanya-tanya siapakan tok dalang di belakang blog ini. Setiap penulisan entrinya tidak kosong. Senang cerita bukan seperti mengetuk tin milo kosong. Setiap entrinya berisi dengan segala info semasa,  kisah kehidupan, selalu menganjurkan Contest dan paling penting dengan obsesnya tuan blog kepada pasukan Arsenal. Walaupun team Arsenal asyik KENA BULI dalam EPL, namun sokongan beliau terhadap Arsenal tak pernah berbelah bahagi.(Hehehe, jangan marah ye.Hahaha) Itu satu perkara yang aku amat mengagumi beliau.

denaihati

Semakin lama aku mendekati blog Denaihati ni, baru aku perasan sebenarnya blog ni mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam dunia blog. Selama ni aku ingatkan Denaihati ini hanyalah blogger picisan yang terkontang-kanting mencari arah seperti aku. Rupa-rupanya Denaihati merupakan salah satu nama besar di dalam dunia blogger. Dan sudahpun stabil. Bertambah tabik spring aku kepada beliau.

Klimaks kepada kejutan budaya aku terhadap Denaihati ini apabila wajah pemilik blog Denaihati dikantoikan selepas beliau terjebak dalam video TOSHIBA INTEL ULTRABOOK CHALLENGE. Hahaha. Akhirnya dapat juga aku mengenali wajah tok dalang blog Denaihati. Dan selepas tersebarnya video tersebut, akhirnya beliau tidak dapat menyorok lagi. Tak lama kemudian, beliau terus menganjurkan satu majlis sepetang bersama blogger. Majlis tersebut sempena meraikan pemenang contest anjuran beliau juga. Dan agak menakjubkan, majlis pertama anjuran Denaihati tersebut turut disertai oleh aku yang kacak ni. Tapi, memang aku mati kutu. Sebab aku tak kenal sesiapa pun kat sana kecuali geng-geng PAYUNG ni. 

denaihati

Sehingga sekarang, aku amat mengagumi kerendahan diri beliau. Ibarat resmi padi. Makin berisi makin menunduk. Walaupun beliau seorang blogger dan usahawan yang sudahpun berjaya, namun tidak sedikit pun beliau menyombong diri. Dan, beliau juga tidak lokek ilmu bila ditanya tentang rahsia-rahsia dan tip-tip berblog ini. Dan yang terbaru, Denaihati akan menganjurkan "Seminar Buat Duit Dengan Blog" yang akan diadakan pada 19 Mei  2013 ini.  


Sedikit info tentang Seminar ini :-

  • Tarikh : 19/5/2013
  • Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
  • Masa : 8.30 am – 1.30 pm
  • Seminar akan menggunakan Bahasa Melayu
  • Yuran penyertaan RM50 sehingga 5/5/2013. Selepas tarikh 5/5/13 yuran penyertaan adalah RM100.
Untuk info lanjut boleh klik --> Seminar Buat Duit Dengan Blog



Video dedikasi untuk blogger dan Denaihati.

Menarik seminar ni. Korang kena daftar. Sebab ilmu yang didapati di sana sangat-sangat berharga. Aku sendiri dah pernah merasa hasil daripada blog ni. Puas hati dan berbaloi. Dan aku akan join seminar ni nanti.

{ 74 comments.. read them below or add one }

Datin Tyka Datin Tyka 19 April, 2013
denaihati memang terbaik.. rakan denaihati pon best best belaka..
Sheila Salim Sheila Salim 19 April, 2013
Assalamualaikum boni. hahaha sheila dulu langsung tak kenal denai hati ni kecuali lepas contest Iphone 5 keluar. hahaha nice blog kan!
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 19 April, 2013
hati ini seakan berdenai2 melihat denaihati...ehehhe..:D

Budak Nakal Budak Nakal 19 April, 2013
Denaihati mmg pemurah^^jumpa di seminar nnt ya...
Nurrul Nurrul 19 April, 2013
Untungnya dapat jumpa blogger.. hmm , Nurrul ingat denaihati nie penulisnya perempuan.. hehe.. rupanya lelaki..

*Hmm, terbaik video cik Bone nie.. :D
Irwan Alessa Irwan Alessa 19 April, 2013
seminar yang bagus untuk aku mempelajari sedikit ilmu yang bermanfaat, kini aku lebih yakin.. aku nak daftar..
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 19 April, 2013
kok videonya lebih menarik dari postingannya..ada apakah gerangan, apakah karena ada boni yang hadir dalam video... :-)
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 19 April, 2013
ena memang kenal blog beliau, tapi tak pernah jumpa owner dia... heheh Hensem boni buat rambut gitu..

ena nk wat satu request boleh, boni buatlah video gaya Kiyomi tu.. hahahaha
ArELeEz ArELeEz 19 April, 2013
semoga jd blogger yg cemerlang, gemilang & t'bilang.. ;)
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 19 April, 2013
BK pun akan jd sehebat denai hati satu hari nanti !
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 19 April, 2013
last pic tu mcm xpercaya tu boni...serius lain dr sekarang.. kuikuikui..
LiYa HaNiF :: LiYa HaNiF :: 19 April, 2013
Denaihati... yup liya pun sll g jenguk sana... :)
Mila Ahmad Mila Ahmad 19 April, 2013
baju macam kenal je huhuhuhu....
JUK DIN JUK DIN 19 April, 2013
satu ulasan n promosi yg padu utk bro denaihati...
KiD KiD 19 April, 2013
hahahahaa... video ni terbaekkk!!!
Anarm Anarm 19 April, 2013
terbaiklah entri ni.. paling best video dia..
baby comel baby comel 19 April, 2013
insyaAllah sikit lg bonikacak pun akan jadi spt beliau denaihati jgk..
Neo89 Neo89 19 April, 2013
Biasa gak dengar pasal blogger Denaihati nih. Pernah gak baca beberapa bijik post beliau. Huu~
wantie wantie 19 April, 2013
memang admire org yg otai otai ni
Syukri Tahir Syukri Tahir 19 April, 2013
mantap lah..

aku lak kenal blogging pada tahun 2013.. baru je. mmg baru lg.

aku kenal blogger first dari bro framestone mse ktorang kasi talk kt uitm sebelum ni.

dia lah yg ajak aku g gathering tuan denaihati. mcm ko jgk.. xknal spe2.. mmg mati kutu.. huhuhu..

tapi tuan denaihati n bro framestone x lokek ilmu.. dorang mmg bagus dan legend..

ya,aku masih baru.. :)
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 19 April, 2013
blogger denaihati memang sangat pemurah
Papa Mifz Papa Mifz 19 April, 2013
den memang kagum dgn pencapaian DH,hebat...
fairus fairus 19 April, 2013
SERIUS, RASANYA SAYA TAK PERNAH JENGOK LAGI BLOG BELIAU.. NANTI SENANG BOLEH TERJAH.. :)
Sumijelly Sumi Sumijelly Sumi 19 April, 2013
Kenal boni pun sebab masuk peraduan eyriqazz tu..yg letak sterika kat muka...hahaha. .comel.kak ton..

http://Sumijelly.com
iOS Gear iOS Gear 20 April, 2013
Tagline Hidupkan Untuk Memberi memang menjadi..tahniah Denaihati..
munir ardi munir ardi 20 April, 2013
yang aku sangat terkesan adalah humble nya beliau meski sudah berjaya tetap sama perlakuan dengan seluruh blogger tak ambil kisah ia blogger baru atau lama,
MystoryPic MystoryPic 20 April, 2013
Aku pun tak pernah baca blog otai ni... rasanya aku pun nak kena terjah blog denaihati
Remy hazza Remy hazza 20 April, 2013
denaihati cukup tersohor seantero malaya....... buat blogger baru..... boleh jadikan blog denaihati sebagai pemangkin semangat.....
KY KY 20 April, 2013
KY pernah masuk blog Denaihati ni..memang blog otai..
Dkna Abza Dkna Abza 20 April, 2013
dulu pon dkna pernah tertanya-tanya 'sape denaihati?' :)
TiranaAduka TiranaAduka 20 April, 2013
salam boni
Thanks info.kena lekas daftar ni.
cweet pinky cweet pinky 20 April, 2013
CP pernah masuk blog nih , rasenye CP follow tapi dah lame tak masuk blog nih sebab jarang jenguk dashboard.. kui3
Mat Som Mat Som 20 April, 2013
Untungnya dapat jumpa blogger2 yg hebat. Boni pun dah tinggal beberapa tapak lagi tu dah nak sampai ke kemuncak
Noor Ikmal Noor Ikmal 20 April, 2013
Assalam, murah tu yurannya... tak dpt nak pi tapi akan sokong dari belakang.... hehhehe

Amanina Amanina 21 April, 2013
bru berjinak2 bca blog denai..hehe
blackrosehunter blackrosehunter 21 April, 2013
aku pun kenal bro DH ni masa tahun 2011..memang well planned blogger.
Isabel Diaz Isabel Diaz 21 April, 2013
DULU TAK KENAL, SEKARANG DAH KENAL DAH BAP ABAM BONI KENALKAN (^_^)
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 21 April, 2013
Blog yang terkenal dengan selalu memberi hadiah yang bukan calang-calang kepada blogger.
MaMa Rey MaMa Rey 21 April, 2013
Denaihati blogger hebat..
zulhilmi tempoyak zulhilmi tempoyak 21 April, 2013
agak2 aku ada harapan nk masuk x..?? hehe
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 21 April, 2013
denaihati memang hebat..aku respek dengan beliau.
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 22 April, 2013
Selalu jgk usha2 blog denaihati.. nak berjaya dlm berblogging kena bljr dr yg bijakpandai...
Cikgu Ma Cikgu Ma 22 April, 2013
jarang2 baca blog denaihati..hehe
AnonymousAnonymous 22 April, 2013
I developed a joomla site on my localhost. Now I want to upload it to GoDaddy. How do I do that?
[url=http://b-apuestas-deportowias.com/]link[/url]
Muhammad Saiazuan Norhalik Muhammad Saiazuan Norhalik 22 April, 2013
haipppp! team arsenal tak kena buli ok! hahahaha
Ahsfantasy Ryu Ahsfantasy Ryu 22 April, 2013
Baru nak kenal-kenai DH :)
Fiza Rahman Fiza Rahman 22 April, 2013
Rasa mcm nak gi seminar nih.
solusi tepat mengatasi vitiligo solusi tepat mengatasi vitiligo 22 April, 2013
salam kenal semua dan salam sukses ikut menyimak,,,
hazman aka species1980 hazman aka species1980 22 April, 2013
sesiapa yang nak jumpa eden kat seminar nie sila daftarkan diri yea....hahahahaha
iRul iRul 22 April, 2013
kita ramaikan majlis.. gamatkan suasana.. tambahkan punca pendapatan dari blog.
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 23 April, 2013
mana tau satu hari bony pun bolih jadi cam denaihati jugak..
aTieYusof Family aTieYusof Family 23 April, 2013
Kalau dekat Akak pun nak join, tapi tu lah jauh beribu batu..huhu...
org kata ikut resmi padi, jgn menyombong...hehe:)
akubiomed akubiomed 23 April, 2013
Ini tak adil. Nama gua tertinggal. :-)
Boku no Blog Boku no Blog 23 April, 2013
Blog denai hati bagus blognya juga ramai pengunjungnya kawan. Salam ziarah.
TiranaAduka TiranaAduka 24 April, 2013
lawatan tirana aduka di pg rabu boni
♥  Miss Hearty  ♥ ♥ Miss Hearty ♥ 24 April, 2013
patotlah blogger Denaihati nie sering dijadikan idola dalam dunia blogging :)
saifudin abu izzudin saifudin abu izzudin 24 April, 2013
nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/
Diari Si Froggie Diari Si Froggie 25 April, 2013
siapa yang tak kenal blog denaihati.. idola blogger Malaysia. Untung boni dapat kenal dengan ownernya.. timba ilmu luas2 ok :)
galut galut 25 April, 2013
Saya pembaca setia Denaihati tapi jarang komen masi segan2 baru belajar,kalau ada peluang ingin hadir ke seminarnya juga tapi aku di seberang laut cina selatan....!Sabar ja lah....!
hafizmd hafizmd 25 April, 2013
Saudara boni,
Mmg entri bro ni mmg kacak, siap dengn video lagi..

pepun, selamat berjaya buat bro boni =)
Mas Zull Mas Zull 25 April, 2013
assalamualaikum Boni...memang DH seorang blogger terbaik la..;)
HH - Panduan Blogger HH - Panduan Blogger 25 April, 2013
Blogger pelbagai lapisan ehhh ... hehehe.. lapisan perut ke? Ko ni Boni .. ayat tersirat banyak sangat la ... sampai terfikir perut ni .. hahaha.. apapun, dah kenal ramai blogger hebat, bolehla cedok dan cilok ilmu blog mereka tu.

Goodluck dapat LIKE ... ehemm .. letak la gambar mengiurkan skit .. :P
Munir Ardiku Munir Ardiku 25 April, 2013
datang dan undi dari blog denaihati
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 26 April, 2013
good luck and all the best to both of u :)
Nana Liena Nana Liena 26 April, 2013
saya dah mengundi 3 4 5 kali..ahaha.. good luck.n baru kenal blog Denai hati..hhuhu
Cik Fie Cik Fie 26 April, 2013
blogger denaihati hebat :)
yang baik Ishak yang baik Ishak 26 April, 2013
denaihati memang hebat...
banyak pengetahuan boleh dicedok dari blognya... :)
Si Matatajam Si Matatajam 28 April, 2013
Mmg terbaik Denai Hati ni...
Nurlyla Nurlyla 30 April, 2013
lyla start ambik tahu pasal denaihati ni after ade entri mengenai siapa denaihati..
Nurlyla Nurlyla 30 April, 2013
lyla start ambik tahu pasal denaihati ni after ade entri mengenai siapa denaihati..
Aku Penghibur Aku Penghibur 30 April, 2013
denai hati ..pilihan hati terbaik !!
tenku butang tenku butang 14 May, 2013
suka le tgk video boni.. lawakk.. besttt.. santai.. slumber..