Dua Shooting Dalam Satu Hari Bagi Blogger Kacak Ini

Beberapa hari aku menyepi kan. Memang susah jadi seorang artis ni. Sibuk memanjang. <-- Sila baca dalam nada yang bongkak dan takbur. Hahaha.

Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Pada hari Khamis lepas, aku telah menjalani satu Shooting untuk rancangan Blogger Voice di TVi Channel 180. Rancangan yang akan memaparkan kisah-kisah kehidupan seharian blogger-blogger yang terdapat di Malaysia ini. Dan aku salah seorang blogger yang terpilih mewakili blogger berniche JENAKA. Kelakar juga aku ni rupanya sampai terpilih kategori tu. Hahaha.

blogger voice
Krew-krew sedang mencari port yang sesuai untuk meletak barang-barang peribadi mereka sendiri. 
blogger voice
Entah apa  lah yang dicari dorang tu. Mungkin dorang ternampak jongkong-jongkong emas yang bersepah-sepah kat rumah aku ni. Memang saja aku sepahkan jongkong-jongkong emas untuk menunjuk kekayaan aku di dunia ni. Harta akhirat tak berapa nak kaya. Ramai yang macam ni kan? Hehehe. Jadi, berubahlah ye.
blogger voice
Shooting di bowling ni pula adalah shooting opening untuk blogger sukan. 
blogger voice

blogger voice

Selesai Shooting tersebut, kelam kabut aku ke Bukit Jalil untuk ke bukit jalil pula. Aku dipanggil oleh Astro. Sampai je kat sana, rupa-rupanya aku telah DIPRANK!! Hahaha. Baiklah. Selalu aku tonton rancangan-rancangan Prank kat tv sambil kutuk-kutuk dan ejek-ejek dorang yang kena Prank tu sambil terlompat-lompat macam beruk kena tampar." Apa ke bingai tak sedar kena Prank?" Rupa-rupanya lepas kena kat batang hidung sendiri baru aku tau rasanya bila diPrank!! Hahaha. Perasaan panik memang betul-betul kuasai diri rupanya bila diPrank ni. Memang otak dah tak mampu nak berfikir dengan betul lagi. Kita bertindak berlandaskan apa yang terlintas di kepala otak macam tu je. 

Jadi, pada hari tersebut aku telah diShooting dua kali sebenarnya. Satu dengan TVi manakala satu lagi dengan Astro. Hahaha. Kalah brader ni. Hehehe. Tapi yang kena Prank tu memang agak kejam. Nasib baiklah aku ni bukan jenis yang tak ada pedoman, sikit-sikit nak bunuh diri. Hahahaha. Choww..



{ 37 comments.. read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 16 June, 2013
Hebat-hebat. Semoga di mudahkan urusan pergambaran :-)
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 16 June, 2013
Haha..kena prank..confirm kena tengok ni..ada part ko korek hidung tak?
aQu Mad aQu Mad 16 June, 2013
wah,, sudah femes lelaki kacak nih..hehe
Cik Muda Cik Muda 16 June, 2013
Alamak....

lepas ni nak otograf kene beratur le... mintak sekarang lah.... boleee bro???
xila xotmy xila xotmy 16 June, 2013
sebelum hang lupa diri nak tuju lagu boleh ? ;p keep it up bro!!
Seneorita Baharin Seneorita Baharin 16 June, 2013
hamboihhh dah jadi retiss abe boni kacak...may i've ur 'sign' pliz? :P hehhe...
Yumida Huda Yumida Huda 16 June, 2013
beznye jadi artis
cer citer sape yg berani prank kan boni..kasi penampo sikit
eh umah boni ke tu? cantik...buaian baby tu sape punye?
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 16 June, 2013
Boni2x!!!!

Kene prank macam mana tu? Update lah... macam best je dengar hehehe...

Kerlass Boni jadi retis lah lepas ni... boleh lah kie interview bila dah offial wartawan hehehe
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 16 June, 2013
alamak typo plak disitu cis!!!
keli menari keli menari 16 June, 2013
wot wot woottt artis tuu
nur lyla nur lyla 16 June, 2013
jongkong emas O_o

prank camne tu? cuba cerita.. huhu
Bin Muhammad Bin Muhammad 16 June, 2013
Satu peningkatan dalam kerjaya...dari blogger dah jadi artis pula, tahniah bro!
Jgn lupa diri pula nanti bila dah couple dgn Neelofa! hehehe...
Cik Nur™ Cik Nur™ 16 June, 2013
boni...nak sign..! <--oh my englishhh...!hahah
Akmal Hadi Akmal Hadi 16 June, 2013
steady la boni..power dah hang la ni..hehe
fairus fairus 16 June, 2013
HEBAT!! TERBAIKLAH BONI..
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 17 June, 2013
orang kacak dah tentu fames..
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 17 June, 2013
Wauu xsabar nak tgk abg Boni kt tv..
Mizz Aiza Mizz Aiza 17 June, 2013
famous boni ni.. tahniah ya..
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 17 June, 2013
untnglah jadi artis...lepas ni dapat offer dari david teo pulak, manlah tau kan..
wardah wardah 17 June, 2013
Assalamualaikum...salam ziarah!! nice blog...keep writing ;)
Mohd Zuhri Mohd Zuhri 17 June, 2013
dah femes dah dia sekarang . hehe :)
Mohd Zuhri Mohd Zuhri 17 June, 2013
dah femes dah dia sekarang . hehe :)
Cik Fie Cik Fie 17 June, 2013
untung la retis ... :)
baby comel baby comel 17 June, 2013
Yelah retis kannn... Mesti comel giler kan lelali kacak ni kena prank :) hehehe..
Papa Mifz Papa Mifz 18 June, 2013
fuh sehari shooting dua kali tuh...
Niesa Niesa 18 June, 2013
pegghh!dah jadi retis la boni..hahaha
Hafizul Hafizul 18 June, 2013
Perghhhh tak lama jadi artis lah..makin sibuk ler lepas ni nak melwat rakan blogger..hehe..selamat majuu jaya selalu..memang sesuai dengan boni..kelakar..hee
tenku butang tenku butang 19 June, 2013
alamakk... nak tengok part boni kena prank tu... cne nak nengok yea boni??
zana fahmi zana fahmi 20 June, 2013
Bakal artis ni. Tapi jgn penuh kontroversi tau.
potia casadelarossa potia casadelarossa 22 June, 2013
Ehem...ehem... bro nnt postkan borang untuk jawatan manager ye... mana tau kot2 satu hari nnt nak pakai manager... ekekekek...
potia casadelarossa potia casadelarossa 22 June, 2013
Boni.. kalau ada watak pebantu tu jemput2 lah elekekeke
deno deno 23 June, 2013
femes2..... bila tu keluar tv nanti? nak tengok ni
Remy hazza Remy hazza 24 June, 2013
bertambah glamer ler retis sorang nie......
Elih Japahar Elih Japahar 30 June, 2013
Wah, dah famous Boni ni...bla kluar TV..bo jugak tengok lawak tu..haha
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 30 June, 2013
kenapa prank macam mana tu boni?