Konvoi Meningkatkan Penyebaran Jenama dan Pengiktirafan Sos Cili Lingham

Konvoi Meningkatkan Penyebaran Jenama dan Pengiktirafan Sos Cili Lingham | Pada 4 Jun 2013 aku telah ke Publika Shopping Centre , Kuala Lumpur untuk menghadiri satu kempen yang dilancarkan oleh Sos Cili Lingham. Kempen tersebut adalah kempen  untuk menyebar dan mempromosikan jenama Lingham di mana pihak penganjur akan berkonvoi di seluruh negara menggunakan 24 kereta berjenama Lingham. 

lingham's chilli sauce

Pada hari tersebut, telah di dipersembahkan tujuh kereta berjenama Lingham daripada jumlah 24 keseluruhannya.  Memang agak menarik perhatian aku. Kereta yang digunakan agak comel.
lingham's chilli sauce
Nampak betapa comelnya kereta-kereta tersebut. Perasmian kempen sedang dilakukan.
lingham's chilli sauce
Sempat lagi bergaya. Sekali pandang nampak macam David Teo pun ada. Hahaha.
Bercakap pada sidang akhbar pelancaran, Yeoh Jin Beng, Pengarah Urusan Lingham & Son (M) Sdn. Bhd berkata, "Konvoi itu akan terus mengukuhkan jenama kami yang telah wujud selama 105 tahun. Semua kereta dicat dengan warna cap dagang Lingham ini, kuning cerah bersama-sama dengan logo kami ".  Jadi, kalau korang nampak kereta-kereta ni di atas jalan, jangan lari pula. Korang minta lah kat dorang sos cili. Heh heh.

lingham's chilli sauce
Menariknya bila nombor pendaftaran kesemua kereta tersebut adalah sama. 1908. 1908 adalah tahun jenama Lingham ini ditubuhkan. Aku masa tu masih tak diciptakan lagi.
lingham's chilli sauce
Alangkah bahagianya kalau satu daripada kereta ni dihadiahkan kat aku. Kalau aku dapat, aku nampak je korang kat tepi jalan,aku bawa laju-laju lepas tu aku langgar lopak air kat korang. Betapa angkuhnya aku kan.
Konvoi ini juga akan bergerak ke sekitar Lembah Klang yang sememangnya padat dengan aliran trafik. Ini adalah strategi yang bagus bagi mempromosikan jenama Lingham kepada orang ramai. Di samping itu juga, Lingham akan berkonvoi juga ke negara-negara jiran seperti Singapura dan juga Thailand.

Tambah Yeoh Jin Beng lagi, Lingham akan menganjurkan pertandingan di Page Facebook mereka bermula pada bulan ini. Korang memang kena cuba pertandingan tu. Nanti aku sertakan sekali Page Facebook Lingham di akhir-akhir artikel.

Kata beliau lagi pada hari tersebut, rakyat Malaysia akan berbangga apabila mengetahui bahawa Lingham adalah satu jenama tempatan yang menjual produk mereka kepada lebih 20 buah negara dan terus mendapat sambutan di seluruh dunia. Dan mereka juga berhasrat untuk terus melebarkan sayap mereka pada masa hadapan. Apalagi mereka mahu sos mereka yanng unik , manis dan pedas untuk dirasai oleh semua manusia di dunia. Bagus impian ini. Sebagai rakyat Malaysia, sememangnya aku turut berbangga dengan jenama Lingham ni.

lingham's chilli sauce

Mengenai Lingam

Lingham telah ditubuhkan pada tahun 1908 oleh seorang warga India dengan nama yang sama di Pulau Pinang. Perniagaan ini telah dijual kepada sebuah keluarga Cina pada tahun 1945 selepas perang dunia kedua. Selepas beberapa perubahan, syarikat Lingham & Son (Malaysia) Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1971. Sejak daripada itu,jenama ini telah mengekalkan kedudukanya sebagai salah satu pengeluar sos cili yang terkemuka di negara ini. Rangkaian pengedaran Lingham di seluruh dunia kini menjangkau Australia, Belgium, Brunei , Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Belanda, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Thailand, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

*Resipi Lingham adalah resipi yang tak dapat ditiru dan resipi tradisional rahsia yang telah dipelihara lebih 100 tahun.

* Produk yang halal.

lingham's chilli sauce
Memang sedap sos Lingham ni. Apa lagi buat cicah dengan keropok. Owh, coklat tu pun coklat daripada Lingham juga. Sedap. Manis-manis pedas. Aku suka rasanya. Coklat yang diadun bersama sos chilli Lingham.
Laman web Lingham – www.lingham.com


Ruangan Mengundi

1. Jika korang mahu aku kekal sebagai seorang blogger yang agak kacak, sila vote setiap hari Eyma Lydia di --> Eyma Lydia

2. Jangan lupa untuk vote Penyamun Inc. di Digi Wwwow Awards. 

{ 45 comments.. read them below or add one }

Phat Phat 07 June, 2013
bentuk botol sos pun dah menarik
Kucing Hitam Kucing Hitam 07 June, 2013
HEHEHE jual sos naik keta kodok hehehe
Kaspersky Murah Kaspersky Murah 07 June, 2013
This comment has been removed by the author.
Kaspersky Murah Kaspersky Murah 07 June, 2013
wah,best ada cili sos..siap ade kereta kuning lagi, macam wolkvagen kuning kat highway karak tu..hehe

Jom join Segmen Kaspersky Murah Antivirus Giveaway by Kaspersky Murah
Saimi Ramlan Saimi Ramlan 07 June, 2013
macam sedap jer sos nie kalau dicecah dengan keropok lekor.
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 07 June, 2013
kereta tu sgt comel. kan best kalau ada sebijik, senang nk ronda sana sini. kikikiki
Miss Zahirah Miss Zahirah 07 June, 2013
telan liur bla dgr kopok lekor...
wantie wantie 07 June, 2013
tengok jenama tu mcm pengusaha dia orang india. sebab lingham kan.kan..kan..

wa.. keta kodok tu sila la lalu kat depan umah I or my pejabat.
Nak jugak sos free... muahahaha..
Isabel Diaz Isabel Diaz 07 June, 2013
Hahaha.. Sampai hati betul Abang. Nanti kalau jumpa Abang, sembunyi jauh-jauh.. Hihi..
muja muja 07 June, 2013
life is my choice stkt ni,, tapi,, kalau nk try something new pun tak slh rasanya,, hehe
Kakzakie Kakzakie 07 June, 2013
Dah 100 tahun boleh kakak macam tak terjumpa atau kakak tak perasan.

VW tu kalau kakak drive depan boni kakak jeling sebelah mata aje haha... berangan ni:)
Fiza Rahman Fiza Rahman 07 June, 2013
Dah 100 tahun rupanya. Tapi kenapa saya baru tau ☺☺☺

Tak pernah jumpa lagi kat kedai.
Neo89 Neo89 07 June, 2013
"Kereta berjenama Lingham" aku piker lain dah. Pergh! angkuh gila nak langgar lopak air tatkala aku ada disisi. Lagi satu, coklat diadun bersama sos cili Lingham?? wha..??
Nakusan Bali Nakusan Bali 07 June, 2013
keren tuh Bang konvoi pakai mobil kodok..hehehe

itu saos kah yang di botol?
Nakusan Bali Nakusan Bali 07 June, 2013
@Isabel Diaz:sembunyi di kolom jembatan yee..xixixi
munir ardi munir ardi 07 June, 2013
luar biasa cara memperkenalkan jenama dari Chili Sauce ini tahniah Rakan Boni sudah dijemput lagi
Iha Zaliza Iha Zaliza 07 June, 2013
amboihh inche Boni, nak langgar lopak air tak menahan tu.. hahaha
Cik Nur™ Cik Nur™ 07 June, 2013
pertama kali dengar nama sos ni..
-_-
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 08 June, 2013
Hah.. kejam betol abg boni ni.. tp kan...saya xbiasa la dgn lingham ni..
KY KY 08 June, 2013
eemmm...dah lama rupanya, awak ni kan, selalu nak free, kalau nak belilah....heeee
Nurlyla Nurlyla 08 June, 2013
cicah dgn keropok lekor msti sedap kn.. nk rasa lh cklat tu, betulke ade sos dlm tu? hehe
hazman aka species1980 hazman aka species1980 08 June, 2013
patutlah ada nampak gambar amoi....tokey besar tu rupa orangnya....
BlogS of Hariyanto BlogS of Hariyanto 08 June, 2013
unik juga cara promosi produk-nya ya...luarbiasa kreatif :-)
Papa Mifz Papa Mifz 08 June, 2013
1st time dengar dan lihat jenama nih...
Jue Derella Jue Derella 08 June, 2013
kereta tu y mnarik perhatian... Hehehe...
fairus fairus 09 June, 2013
TOLONG PROMOTE TUDUNG AKU BRO.. :)
Mizz Aiza Mizz Aiza 09 June, 2013
nampak sedap sos tu.. :D
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 09 June, 2013
sesungguhnya kereta itu juga kelihatan comel..:D
tenku butang tenku butang 10 June, 2013
Lingham.. err.. mula2 ingat takut gak status halal dia tu camne..
tenku butang tenku butang 10 June, 2013
tapi apa yg penting keta2 cumey tu mmg very da cute! waksegan betel kan.. hi2
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 10 June, 2013
hoh!! tak pernah tau pasal nie pun...
Puan Bui Junaidi Puan Bui Junaidi 10 June, 2013
KUNING MCM 'BERSIH' DGN 'DIGI' JER..HIKSSS
hafiz hafiz 10 June, 2013
baru tau lingham tu milik cina..
Yumida Huda Yumida Huda 10 June, 2013
kiut keta tu
tringin nak merasa sos tu
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 10 June, 2013
Patutlah aku rasa pelik je bila tokey orang cina..beli daripada india rupanya.
Cik Muda Cik Muda 10 June, 2013
uih.....

sdp kot sos nih....
Niesa Niesa 11 June, 2013
xpernah jumpa sos tu kt srwk..x pernah or niesa je yg xtau..hihi
KiD KiD 11 June, 2013
coklat linghams tu pun ada lagi.. sedap!!!
Denaihati Denaihati 11 June, 2013
hebatlah promosi ni, bro pun sertai konvoi volkswagen ni kot....
chii chii 13 June, 2013
mak aih...gempak tu kereta yg digunakan..dpt satu mmg superb kan..

manis2 pedas? hurm..cam menarik je rasanya
Cik Fie Cik Fie 17 June, 2013
cam sedap je . hehe :)
baby comel baby comel 17 June, 2013
Promosi dia gempak betul. Hebat! Tp xpernah makan or rasa sos cili ni
Hafizul Hafizul 18 June, 2013
Tak pernah try pulak sos ni..hehe