Ramalanku Benar Belaka Zarul Umbrella Versi Baru 2013

Ramalanku Benar Belaka Zarul Umbrella Versi Baru 2013

Semalam aku dan Budak Nakal Blogspot ke Cheras untuk pergi melihat sendiri proses rakaman lagu RAMALANKU BENAR BELAKA yang telah digubah semula untuk Bro Zarul Umbrella. Setelah mendengar dengan penuh jiwa, aku dapat rasakan Lagu RAMALANKU BENAR BELAKA versi baru 2013 ini sangat menarik . Jom tengok dulu gambar-gambar semalam sebelum aku buat kesimpulan terhadap lagu tersebut.

ramalanku benar belaka versi baru 2013
Budak Nakal Blogspot sedang mencari makanan kegemaran beliau. Tapi sayangnya belut masak kicap tak ada kat restoran ni.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Pose maut yang menjadi identiti aku. Makin mendapat liputan meluas pose ni. Sampai awek kat belakang tu pun hampir tiru gaya aku.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Setelah buat keputusan, kitorang telah memesan nasi briyani ayam sambil memesan segelas ABC. Minum ABC satu straw, lepas tu main suap-suap. Romantik betul kitorang kan? Hahahaha.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Lepas makan rasa mengantuk. Sempat juga aku tertidur atas meja restoran ni sementara tunggu Bro Zarul sampai.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Setelah ketibaan Bro Zarul, kitorang terus naik ke studio. Nampak jejaka berbaju biru tersebut? Beliau adalah saudara Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri).
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Bro Zarul bersembang dengan Hafiz Hamidun . Berbincang tarikh untuk launch single Ramalanku Benar Belaka Ini yang dijangka akan menjengah pasaran tempatan dan radio dalam bulan Ramadhan ini.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Masing-masing berpuas hati dengan hasil perbincangan. Tapi secara tiba-tiba Budak Nakal Blogspot masuk ke dalam konti untuk merakam suaranya. Agak terkejut aku.  Dah lama aku perhati Budak Nakal Blogspot ni. Lain macam dia ni. Hahaha.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Muka sedih selepas dihalau keluar dari konti.
ramalanku benar belaka versi baru 2013
Bro Zarul sudah masuk ke dalam konti untuk buat rakaman. 
Secara jujurnya, bagi aku sendiri, muzik yang digubah untuk lagu Ramalanku Benar Belaka ini sesuai mengikut peredaran masa sekarang. Muziknya sangat dinamik. Ada part korang rasa terbuai-buai di awangan, dan ada part korang rasa sedang berlari memanjat gunung dan kemudian kembali terbuai-buai di awangan. Ditambah lagi dengan vokal Bro Zarul yang sememangnya mantap daripada dulu lagi.  Aku bagi 4/5 bintang untuk olahan terbaru lagu Ramalanku Benar Belaka ini. Sebab lagu  ni kena dengan jiwa aku. Aku suka pada Music Arrangement baru ni. Sangat-sangat menarik. | RAMALANKU BENAR BELAKA ZARUL UMBRELLA VERSI BARU 2013

ramalanku benar belaka versi baru, ramalanku benar belaka versi 2013, ramalanku benar belaka nafas baru, ramalanku benar belaka zarul umbrella 2013, ramalanku benar belaka 2013, zarul umbrella, zarul umbrella ramalanku benar belaka versi baru
Korang kena pastikan akan beli secara yang halal lagu ni nanti. Sebab sangat berbaloi untuk dibeli, bukannya secara muat turun haram. Hormati karya-karya orang lain.

{ 63 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim 19 June, 2013
assalamualaikum boni. bestnyaaa, cepatlah keluar. sheila nak dengar lagu versi 2013 ni. heee Hafiz Hamidun. sheila minat dengar zikir2 yang beliau nyanyi :)
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 19 June, 2013
boni bila nak rakam album plak hahah
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 19 June, 2013
amboii boni! sedikit demi sedikit nak jadi retis ni... hahahah

sila censored tang korek idong tu.. hahahaha dah la kat kedai makan lak tu XD
fyna fyna 19 June, 2013
tak sabar nak tunggu lagu tue dimainkan. ehh..

tak habis2 dengan trademark dan pose die tue.
sensasi2020 sensasi2020 19 June, 2013
Amboi...masuk studio melihat Zarul Umbrella buat rakaman lagu secara live...bukan semua dpt melihat ni. Tahniah....
::EIDA:: ::EIDA:: 19 June, 2013
ida nampak ABC ice-cream tu.. terliur!!!!
oshin kecik oshin kecik 19 June, 2013
wow ! tak sabar nak dengar ni...yg asal dah kompem sedap, yang baru mesti lagi superb....

lepas ni boni pulak duet ngan bro zarul buat single.. #eh
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 19 June, 2013
hamboiiii..nak jadi retis dah nie...hehe
Denaihati Denaihati 19 June, 2013
tak sabar nak dengar versi baru 2013 ni. bila boleh dengar...
Mira Adzlia Mira Adzlia 19 June, 2013
mmg suke sgt lagu tu...

**TGU INCIK BONI NAN KACAK PULAK BIKIN ALBUM...HIHI
Papa Mifz Papa Mifz 19 June, 2013
tak sabar den nak dengar versi baru...:)
Budak Nakal Budak Nakal 19 June, 2013
Xde selera nak main suap2 ngan ko bro..wakakakaka...bukan semalam ko main suap2 ngan Ayyyyy....1-9 ke?hihihi
paripariputih paripariputih 19 June, 2013
Boni ramalan ku juga benar2 belako... mesti ada gambo ang dok korek idung lagi hahahahah >..< mohon jan korek lagi dientri akan dtg.. dikuatiri nnti jadi hidung ahmad nisfu :P
fairus fairus 19 June, 2013
KALAU KAU NYANYI PUN BEST JUGAK BONI KACAK.. CUBALAH TRY TEST BUAT ALBUM..
inche hlovate inche hlovate 19 June, 2013
Boni bila plak nak rakam album? hihi
Cik Muda Cik Muda 19 June, 2013
oi kachakkkk... awak bile plak nak rakam lagu... humpty dumpty pon oke juga... untuk single pertama... hihih~
O'gosh Iskandar O'gosh Iskandar 19 June, 2013
ceis..hilang kehenseman bila jejarimu itu menusuk ke lubang hidung...
Nao Mei Nao Mei 19 June, 2013
wah...hebat eh...serius menu tu buat cik akak kelaparan...bila nak recording album sendiri pula...:)


good job :)
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 19 June, 2013
Memang dah menjadi identiti pun Boni...

Jari dan hidung memang tak ley dipisahkan huhuhu...

hurmmm bila agaknya akan dipasarkan tu ya? Dan rakaman terbaharu Zarul ini single ke duet ke... album ke....

Sebab ME lihat kat gambar ada Hafiz Hamidun...
Kucing Hitam Kucing Hitam 19 June, 2013
hahahakorek lombong timah sebelum mkn eeeee
Sam Banjamin Sam Banjamin 19 June, 2013
hai.. tempat artis femes sanggup je pegi... sesekali jenguk ala aku kat shah alam ni...

mode:merajok n tak puas hati.. aku nak jugak briyani tu...
Ezad Skytech Ezad Skytech 19 June, 2013
untunglah ko dengan kozu dapat dengan awal lagu Ramalanku Benar Belaka versi 2013 ni...heee...tak sabar pulak aq nak dengar lagu ni release..:D
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 19 June, 2013
Waaa buku menu tu tercalit taik hidung Abg Boni..
siti ZAHARA siti ZAHARA 19 June, 2013
bahaya pose no 2 tuu..huhuhu
versi lama pn sedapp..nak dngar versi baru plk..hee
*asal prgi nyanyi je..wajib ada lgu ni..(Ramalan ku benar belaka)nape tah..huhuhu
tenku butang tenku butang 19 June, 2013
teringin nak dengar lagu versi 2013 ni.. mesti best kan.. yg pasti suara abg zarul still mantap mcm dulu!
tenku butang tenku butang 19 June, 2013
boni.. masuk lea mak dara punya pertandingan video tu.. mesti bestt ..
tenku butang tenku butang 19 June, 2013
boni.. masuk lea mak dara punya pertandingan video tu.. mesti bestt ..
krole krole 19 June, 2013
wah~ mesti sonok dpt jmpe brader zarul kan boni..pergh! ko mmg blogger retis skngni...nape ko tak masuk konti tu rakam lagu ngan brader zarul...msti lebih gmpak dan bak kata orang sabah...malatop!!! hihihi~
munir ardi munir ardi 19 June, 2013
yang lama saja sangat menarik apalagi kalau di record ulang dengan versi baru yang lebih menarik pula , semoga akan berjaya lagu ini
Cik Nur™ Cik Nur™ 19 June, 2013
HH pun ade..
xsabar nak dgr lagu ni..!
Bin Muhammad Bin Muhammad 19 June, 2013
Bila dah ada lagu baru mesti ada muzik video, Dah sah lah...Boni jadi pelakon utama di samping Neelofa...Pasti meletop-letop! Lagu dan video! Tak sabor nih...
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 19 June, 2013
pasni boni leh jadi artis kilauan emas.haha
Myra Jay Myra Jay 19 June, 2013
Ala ingatkan dapat layank versi baru tu...huhuu..:)


**Lain muka Hafiz hamdun tu, mgkin xpakai spek kot**
Aku Penghibur Aku Penghibur 20 June, 2013
bestnya dpt join kt konti,,, boni bila plk ?
syuk shusuke syuk shusuke 20 June, 2013
dah keluar album gitau. HAHA
NAK promotkan. :D hehe
Isabel Diaz Isabel Diaz 20 June, 2013
Asyik jumpa gambar Abang Boni korek hidung. Dah macam trademark dah saya tengok.
Jue Derella Jue Derella 20 June, 2013
'ABC satu straw' tu y paling sweet... hahaha
-meeSUPERGIRL- -meeSUPERGIRL- 20 June, 2013
masuk la af boniii . nt mee vote !
Juan Juan 20 June, 2013
asik asik korek hidung, hehehe
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 20 June, 2013
wow ...muka semacam dah clean dan bertambah kacak la boni super kacak
PinKy MoMMa PinKy MoMMa 20 June, 2013
pasni kena minta sign boni la hehehe..sign skit ngeee
KiD KiD 20 June, 2013
budak nakal tu hensem orangnya.. macam Slash..!
Fiza Rahman Fiza Rahman 20 June, 2013
Bestnya. Tak sabar nak dgr versi baru.
aTieYusof Family aTieYusof Family 20 June, 2013
wah! dirakam semula..tak sabar nak dengar versi baru nti.. lagu peberet dulu2 ni:)
wantie wantie 20 June, 2013
tak sabar nak dengar suara si otai ni.

aksi gali lobang tu akak kategorikan sebagai terlampau. hahahaha
Raudzah Z Raudzah Z 20 June, 2013
Yang lain tak nampak kecuali ABC aje..he..he
onlajer onlajer 20 June, 2013
RASANYA LEPAS KELUAR LAGU INI AKU NAK TUJUKAN LAGU INI DEKAT BOSS AKU, DENGAN UCAPAN APA KAU NAK RAMAL - RAMAL ORANG INGAT NUJUM PAK BELALANG KE APA
sohoque sohoque 20 June, 2013
fuuh ada versi baru ek..? mesti best ni...
Mizz Aiza Mizz Aiza 20 June, 2013
kenapa tak bagi 5/5 bintang? aiza suka mendengar lagu-lagu lama nyanyian umbrella.. memang terbaik..
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 20 June, 2013
gubahan baru mesti sesuai dgn halwa telinga remaja sekarang..
hafizmd hafizmd 20 June, 2013
Semuanya ok kecuali gmbar hang korek lombong tu...hahahhaa

p.s. tak sabor ambe nak dengor versi baru lagu ni...lagu feveret ni
Khairul Zamri Khairul Zamri 20 June, 2013
cerite bergambar nie haha boleh jadi org fikir "patutlaa hidung boni besar, suke korek hidung rupanya hahaha"

beli yang original semuaaa :)
adzairdawati makdara adzairdawati makdara 21 June, 2013
suara bro Zarul mmg maintain sedap dari dulu sampai sekarang.. tabik spring pd beliau :)
Cik Fie Cik Fie 21 June, 2013
hahahahah . suka sgt pose korek hidung tu :P
Cik Fie Cik Fie 21 June, 2013
hahahahah . suka sgt pose korek hidung tu :P
Cik Fie Cik Fie 21 June, 2013
hahahahah . suka sgt pose korek hidung tu :P
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 22 June, 2013
Akak memang suka lagu "Ramalanku Benar Belaka"
baby comel baby comel 23 June, 2013
tak sabar nk tunggu ni
Remy hazza Remy hazza 24 June, 2013
tak sabar remy nak dengar...mesti berhantu balik lagu nie.....
Sayidah Nafisah Ruslan Sayidah Nafisah Ruslan 30 June, 2013
yeah.. tak sabar nak tunggu lagu ni ke udara
Sarah Mohd Saleh Sarah Mohd Saleh 03 July, 2013
ahhh teciweee lahh itewwww,hengat abam boni yg nyanyi td.kihkihhi