Buffet Ramadhan 2013 - Restoran Rebung

Buffet Ramadhan 2013 - Restoran Rebung

Tak habis lagi rupanya pasal Restoran Rebung ni. Haha. Ingatkan dah habis dah. Ibarat melukut di tepian gantang betullah kau ni Boni Kacak. Jadi hari ni aku nak cerita tentang Restoran Rebung yang aku singgah baru-baru ini. Memang bagus kalau korang nak cari tempat berbuka bersama keluarga pada bulan Ramadhan nanti. Restoran Rebung ada menyediakan Buffet Ramadhan untuk berbuka. Buffet Ramadhan yang mengetengahkan lauk masakan 'nenda' atau masakan kampung. Memang agak menarik ni. Berbuka puasa dengan lauk masakan kampung memang antara pembuka selera yang terbesar bagi masyarakat Melayu.

buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Kelihatan penampakan Pak Arab yang rupa-rupanya adalah Chef Ismail.
Malam tu, aku dengan langkahan yang agak bergaya mengalahkan langkahan orang-orang kaya di Bangsar , dengan sedikit wajah yang tegang aku pamerkan , dengan kening yang terangkat-angkat tanda kebongkakan diri yang agak melampau, telah mengambil beberapa lauk masakan kampung. Antaranya ikan pari masak asam pedas. Memang agak layan. Kata buffet ramadhan kan? 

buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Antara susunan lauk masakan kampung yang ada di Restoran Rebung. Yang akan disajikan di bulan Ramadhan kepada para pelanggan nanti.
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Susunan lauk yang benar-benar menggamit selera dan kalbu.
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Antara lauk yang aku ambil. Siap ada paru lagi. Memang feveret aku tu selain daripada buah pinggang.
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Sambil makan sambil ditemani persembahan Ghazal. Rasa macam berada kat Timur Tengah je. Hampir-hampir juga aku terSpeaking Arab dengan pelanggan lain.
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Sambil-sambil tu, ada juga persembahan nasyid. Ini pun satu keunikan yang cuba ditonjolkan oleh Restoran Rebung.
Selepas habis makan, aku masih dapat rasakan ada ruang kosong di atas ginjal belah kiri aku. Jadi , aku dengan penuh bangganya mengambil pula ABC yang disediakan di sana. 

buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Agak mengiurkan tak?
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Budak Nakal Blogspot sedang menghayati juadah ABC yang dirampasnya daripada aku. Hampeh betul.
Dah habis ABC, aku tetap rasakan ada lagi ruang kosong di bawah paru-paru kiri aku. Lantas , aku terus mengambil juadah rojak buah.

buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Antara feveret aku juga ni. Lagi-lagi kalau ada banyak mangga. Pergh. 
Dan sebelum aku chow dari Restoran Rebung tersebut, sempat juga aku merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan di sana.

buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Antara blogger yang hadir pada malam tersebut.  Dari kiri Mak Dara Ezad Skytech , Dear Lady dan aku. Blogger dan gambar memang tak dapat dipisahkan. Apa lagi bila punyai wajah yang agak kacak macam aku ni. Hahaha.  Kredit gambar --> Bro Azman Ismail yang sempoi
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Dapat juga meluaskan networking bersama dengan krew-krew wanista.com
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Antara selebriti yang hadir pada hari tersebut. Maria Tunku Sabri
buffet ramadhan 2013, restoran rebung
Bersama dengan Chef Ismail.
Jika korang mencari buffet ramadhan untuk tahun 2013 ini, silalah terjah ke Restoran Rebung. Setiap selera manusia itu berbeza. Jadi, mungkin ada yang berselera besar dengan juadah berbuka bertemakan masakan kampung ini. Jadi, silalah ke Restoran Rebung ye.


Untuk tempahan Buffet Ramadhan Restoran Rebung , bolehlah hubungi :-

Lina Ali (Manager)
Mohd Saiful Nizam (Assistant Manager)
Amm Ishak (Assistant Manager)
Restoran Rebung,
No 4-2 Lorong Maarof, 
Bangsar Park, 
59000 Kuala Lumpur

Restaurant :- 0322832119
Office :- 0322824776
Fax :- 0322834775

Emel :- restoranrebungchefismail@gmail.com


{ 60 comments.. read them below or add one }

Rozuan Ismail Rozuan Ismail 02 July, 2013
wah chef Ismail. berpakaian ala arab
keli menari keli menari 02 July, 2013
huhu..sedap sangat kalau bukak puasa nati mcm tu , larat ke tah idak nak rukuk
baby comel baby comel 02 July, 2013
i luv rebung masak asam pedas :)
kemeriahan menyambut ramadhan, dah macam2 banner pasal buffet ni naik kan.. saya duduk persk, jauh le nak g sana tu
BlogS Of Hariyanto BlogS Of Hariyanto 02 July, 2013
jadi lapaaaaaarrrr lihat foto-fotonya...arrgghhhh boni harus bertanggung jawab nich atas kelaparan yang menimpaku :-)
fadh leyanie fadh leyanie 02 July, 2013
kalau nk meriah lagi Dr. Sheikh Muszaphar,isteri dgn ank dia yg comel kena ada :D
inche hlovate inche hlovate 02 July, 2013
last year tempat kerja sya buat majlis berbuka puasa dekat sini. makanan sedap2 and bnyak gila. Harga pun berpatutan. Dan yang paling best layanan dari Chef Ismail sendri..
Hidayah Hidayah 02 July, 2013
Berapa ringgit sorang...
Dewasa kanak kanak sama harga ke..
Mizz Aiza Mizz Aiza 02 July, 2013
ni semua boni punya pasal.. tiba-tiba perut aiza berbunyi sebab kelaparan.. hihi.. nampak sedap semua makanan tu..
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 02 July, 2013
wooooooooooooo!! sedapnyaaaaaa!!! ena pun suka makan paru2.. tp ena panggil benda tu lampung... huaaaaaaaaaaaaaa terliur!
fairus fairus 02 July, 2013
TU DIA... DAH KELUAR IKLAN RAMADHAN.. :)
Cik Nur™ Cik Nur™ 03 July, 2013
ni bulan puasa kalau,
dengan meja2 rasa nak telan..
syuk shusuke syuk shusuke 03 July, 2013
ni belum masuk rahmadan. kalau dah masuk memang penuh lauk pauk dalam pinggan. hehe
SHIMI SHIMI 03 July, 2013
Memang terbaik makan disana, berbaloi dengan apa yang dibelanjakan. Tapi kalau makan free lagi sodap...
Sam Banjamin Sam Banjamin 03 July, 2013
promosi awal ramadhan... mmg bagus punya merketing plan..
Jue Derella Jue Derella 03 July, 2013
7 days more to go b4 Ramadhan.. xsbr..^^
Isabel Diaz Isabel Diaz 03 July, 2013
Hahaha.. Semua ruangan perut nak diisi dengan makanan..
Aretikz Aretikz 03 July, 2013
Pergh ~ Kalau macam ni.. Terduduk time terawih.. hehe..
trah zain trah zain 03 July, 2013
fuh,, kecuq liuq aih,,, best,,haha
wantie wantie 03 July, 2013
akak ni kalau bulan ramadhan, tak de nak makan banyak pun. terkocoh koch lepas buka puasa nak bertarawih pulak.

rasanya tak sempat nak berbuffet dik oi..

tapi...............rojak buah tu tatap menjadi pujaan hati.
Bin Muhammad Bin Muhammad 03 July, 2013
Ini buffet Syaaban namanya nie... Bulan Ramadhan xsuka makan di luar, alamat tinggal le terawihnya...
Patut selain hiburan, bulan ramadhan nanti syorkan pd owner buat sembahyang terawih juga...jemput imam yg terkenal, bagus tu! Haa..boleh datang!
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 03 July, 2013
bila ramadhan menjelma, saya pulak tgh standby mode nak bersalin je ni. mmg x dpt la nk berbuka di sana sini. huhuhu
siti ZAHARA siti ZAHARA 03 July, 2013
tak masuk ramadhan lgi..mcm2 juadah di hidang..hiii..tak sabaq la nak smbut bulan yang penuh keberkatan..=)
ma ❥ ma ❥ 03 July, 2013
buat sikit makan2 untuk blogger2 hehe boleh join
are_lin@yu are_lin@yu 03 July, 2013
byknya mknn..dkt rojak jgk trtarik.hehe
syiela syiela 03 July, 2013
nk pi jauh huhuhuu

*** thanks boni..mmg tak cukup satu angka akaun adik muhammad tu..akak da update
Hafizul Hafizul 03 July, 2013
Perghhh Boni..kalau say makan kat sini memang selera sakan ni..haha
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 03 July, 2013
boni sila belanja aku makan kat sini
onlajer onlajer 03 July, 2013
ini makan free ke apa nih hehe
Mas Zull Mas Zull 03 July, 2013
assalamualaikum boni....alamak sedapnya tengok juadah2 tu...meriahnya kalau dapat makan kat sana...;)
Zuan Zuan 03 July, 2013
Tak ada sapa nak invite aku.. :(
Norfanil Norfanil 03 July, 2013
makan dah lama..
tapi entry ni tak buat lagi.. kekekeke...

# gila banyak makan.. org makan abc ngn dessert je..tuh pun dah kenyang ooo
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 03 July, 2013
ambo! puasa belum lagi, kat mana2 dah meriah promosi buffet ramadhan...
Nao Mei Nao Mei 03 July, 2013
Sayur rebung ada tak...kalau ada...mahu cik akak singgah..hahaha
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 03 July, 2013
ramadhan dan makan2 mmg x dapat dipisahkan yer...
Denaihati Denaihati 03 July, 2013
memang rasa dah dekat nak bulan ramadhan tengok buffet ni.
Dianaa Dianaa 03 July, 2013
pehh, makan besau. eh, tingginya Ezad.
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 04 July, 2013
hari tu mkn sini (event ofc kwn), rasanya biasa2 jek. chef lain kot..!
Aida Ismail Aida Ismail 04 July, 2013
Pehhh! Sedap gile la. Terliur kot. T_T
AdiaLuze AdiaLuze 04 July, 2013
Salam ziarah wahai sahabat,

Meleleeeeeeehhhh dibuatnyeee .. Nyuummmmmm ..>_<
Fiza Rahman Fiza Rahman 04 July, 2013
Pernah mkn kat rebung beberapa tahun yg lepas ☺☺. Lapar plak tgk lauk pauk tu.
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 04 July, 2013
leh r blanja blogger cikai cam kita ni.. yeah.. mohon belanja moga bertambah kacak
Remy hazza Remy hazza 04 July, 2013
untung bro dapat makan kat restaurant rebung tu...... mesti sedapkan... remy tak mampu nak pi.....hu3
nik ros nik ros 04 July, 2013
bestnyer dapat merasa mknan kat sana. teringin gak nak mkn kat snaa.
::EIDA:: ::EIDA:: 04 July, 2013
boni makan free tak hajakkkk... ;p
Raudzah Z Raudzah Z 04 July, 2013
Tak pernah samapi sini lagi, walau dah banyak kali plan. Nampak menyelerakan especially my all time favorite ABC..tapi tak da ice cream ke boni?
deno deno 05 July, 2013
wow!! terliur pula tengok... em, ramadhan dah tak lama dah...
siti rokiah siti rokiah 05 July, 2013
bestnya dapat makan masakkan kampung
Cik Yaya Cik Yaya 05 July, 2013
sesuai lau kaki makan..
lau yaya yg makan takat 2-3 lauk tu pon sikit giler kot...memang mbazir..huuuuuu ;p
Sop Sop 10 July, 2013
x dapat gi merasa hari tu.. :)
syabany syabany 11 July, 2013
terimakasih atas informasinya sangat bermanfaat
CARA DAFTAR CARA DAFTAR 17 July, 2013
wah???? eskrimnya enak juga tu..
KISTA KISTA 17 July, 2013
tempatnya enak juga..
REFAND REFAND 17 July, 2013
bagus gan tempatnya sangat romantis
DIARE ANAK DIARE ANAK 23 July, 2013
info yang sangat bagus sekali .
DIARE ANAK DIARE ANAK 23 July, 2013
info yang sangat bagus sekali .
ADDISON ADDISON 23 July, 2013
artikel yang sangat bagus sekali .
HIPOPIGMENTASI HIPOPIGMENTASI 23 July, 2013
nice informations, thank's.. .