Program Sambutan Ramadhan Anak Muda

Program Sambutan Ramadhan Anak Muda

Hari Sabtu lepas aku ke dua program. Satu adalah program I FEST IPG KAMPUS BAHASA MELAYU dan satu lagi adalah PROGRAM SAMBUTAN  RAMADHAN ANAK MUDA. Hari ni aku akan ceritakan dulu tentang program sambutan ramadhan anak muda yang aku hadiri. Apa yang menariknya tentang program ini adalah ia disusun dan dirancang oleh rakan-rakan seperjuangan aku di Selayang. Dan mereka juga telah menjemput dua orang penceramah yang sangat hebat iaitu Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Drs Ahmad Termizi (Penceramah yang julung kali aku dengar namanya, tapi ceramah dia bertaraf 5 bintang wa cakap sama lu.. AHAK AHAK)

Lepas berpenat lelah menjual muka kat IPG, aku terus pecut ke Selayang untuk ke program sambutan ramadhan anak muda tersebut. Jalan macam biasa akan sesak. Aku pun macam biasa akan pasang radio kuat-kuat dan melalak dalam kereta. Sampai tersembur taik gigi kat cermin. Apa lagi, orang kiri kanan mula perhati perangai aku. Ada aku kisah? Yang penting aku tak kacau periuk nasi orang lain pun dan aku tak menyusahkan sesiapa pun. Betul tak tuan-tuan,puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian? Hahaha.

Sampai je kat sana, dorang masih lagi set up tempat tersebut. Dan secara terkejutnya, aku juga dilantik menjadi salah seorang krew untuk program sambutan ramadhan anak muda tersebut. Memanglah buat aku terkejut. Hahaha. Lagi best, tag aku bertali pink. Hampeh. Mentang-mentang gwiyomi aku kaler pink. Hahaha.

program sambutan ramadhan anak muda
Hampeh punya Adi. Hahaha.
Jadi, malas aku nak membebel panjang. Jom kita terus ke koleksi gambar sekitar program sambutan ramadhan anak muda tersebut.

program sambutan ramadhan anak muda

program sambutan ramadhan anak muda

program sambutan ramadhan anak muda
Tak ada seorang pun hadirin yang hadir pada program tersebut. Biasalah, program berunsurkan agama memang susah nak tangkap hadirin. Haha. Rilek rilek. Aku tipu je tu. Ni masih lagi dalam proses persiapan. 
program sambutan ramadhan anak muda
Menyiapkan nasi makanan untuk para tetamu
program sambutan ramadhan anak muda
Semua sedang bertungkus lumus
program sambutan ramadhan anak muda
Penceramah telah hadir sambil diiringi Polis Diraja Malaysia IPD Selayang. Terkejut Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Drs Ahmad Termizi. Pertama kali dalam sejarah mereka memberi ceramah diiringi oleh polis. Tahniah kepada pihak penganjur kerana telah mengatur program sebagus ini walaupun pertama kali\menganjurkan program-program sebegini.
program sambutan ramadhan anak muda

Sambutan program ramadhan anak muda ini sangat menggalakkan. Full house! Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada pihak penganjur. Ini satu kejayaan buat pihak penganjur kerana program berunsurkan agama ini memang sukar untuk mendapat bilangan hadirin sebegini. Terutama kepada anak-anak muda. Aku pernah menghadiri sendiri satu ceramah agama tapi bilangan penonton sangat mendukacitakan. Lebih kurang 10% daripada jumlah 1000 tempat duduk yang disediakan. 

program sambutan ramadhan anak muda
Persembahan QASIDAH daripada Perkid Hulu Langat.
program sambutan ramadhan anak muda
Operasi memotong pulut kuning daripada pihak penganjur iaitu gabungan anak-anak muda Bukit Idaman Selayang dan paling buat aku bangga mereka adalah rakan-rakan sekolah aku.
program sambutan ramadhan anak muda
Ustaz Akhil Hayy sedang memberi ceramah
Jujur aku bagi 5 bintang untuk program ni kerana :-

1. Ia adalah program berunsurkan agama. Program begini memang selalu dipinggirkan oleh anak-anak muda sekarang. Tetapi pada hari tersebut, ia berjaya menarik ramai hadirin. Full House! 

2. Pemilihan penceramah yang tepat kerana tak semua penceramah mampu memasuki dan menyelongkar hati-hati anak muda yang memang terkenal dengan 'kenakalannya' termasuklah aku sendiri. Ustaz Akhil Hayy dan juga Ustaz Drs Ahmad Termizi memang ustaz-ustaz yang gangster. Sejujurnya, dorang berjaya menangkap hati-hati kami dengan cara ceramah mereka. Thumbs up ustaz-ustaz sekalian. Ahak Ahak! Haha.

3. Pihak penganjur bertungkus-lumus untuk memastikan program ini berjalan lancar dan berjaya. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada mereka. Adi Bun, Ijoy, Izzat Adzmey dan rakan-rakan.

Bila diri kita masih mahu mendengar ceramah agama, itu bermakna hati kita masih hidup.Walau mat rempit, gangster,dan mat gian sekalipun, jika dia masih mahu mendengar ceramah agama, itu bermakna hati dia masih mahu kembali kepada Allah. -ustaz akhil hayy 

{ 58 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim 08 July, 2013
Assalamualaikum boni. alhamdullilah. semuanya berjalan dengan lancar. kaguum babe dengan kerja korang anak muda >_______<
siti ZAHARA siti ZAHARA 08 July, 2013
Alhamdullilh..tahniah!! anak2 muda..=)..jugk kpda yg bertanggung jwp dlm progrm ni..=D
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 08 July, 2013
meriahnya...selamat berpuasa boni...
Nory Zoulkefle Nory Zoulkefle 08 July, 2013
bestnya sesekali dapat luangkan masa bersama2...eh ustaz akhil hayy pon ada...bestttt
paripariputih paripariputih 08 July, 2013
Perghhhh! Hampir tersembur papadom yg aku makan ketika membaca barisan ayat ni "Sampai tersembur taik gigi kat cermin". Ceh! hilang selera aku seminggu hahahaha... siot jer boni... tpi apa2 pun bagus la usahakorang tu.. klw dpt x perlu tunggu ramadhan hari2 biasa pun boleh adakan program cenggini.. thumbs up utk anak2 muda ni ^_^
Teena Tna Teena Tna 08 July, 2013
Alhamdulillah, masih ada yang mahu hadiri program2 ceramah seperti ni. sejak keluar dari kampus, sy dah jarang join program2 cm ni
syuk shusuke syuk shusuke 08 July, 2013
majulah bangsa untuk ISLAM.hehe
Fiza Rahman Fiza Rahman 08 July, 2013
Alhamdulillah. Mendapat sambutan. Salam ramadhan boni yg kacak ☺☺
ma ❥ ma ❥ 08 July, 2013
selamat berpuasa.. bagus boni ni majlis pesta muda mudi pun ada dia majlis ilu agama pun dia ada..hehe :p
KY Atie KY Atie 08 July, 2013
baus adakan aktiviti mcm ni kan? mendekatkan anak muda ke arah kebaikkan, mcm budak tu, yg suka melalak dlm kereta haaaa
Papa Mifz Papa Mifz 08 July, 2013
gambar last tuh takut pulak den tengok mata2 dorang...hehe
Sam Banjamin Sam Banjamin 08 July, 2013
bgs la.. aktif.. susah nak cari anak2 muda mcm ni zaman sekarang ni... 'salah satu golongan yg mendapat naungan arash allah, anak-anak muda yg hatinya sentiasa dkt dgn masjid...'.. bagus2... besa pahala...
Hanif Idrus Hanif Idrus 08 July, 2013
Anak2 muda minat join ceramah agama jika oendakwah tu sempoi..dan ikut peredaran zaman.
Thumb up utk you juga bro sebab u line boleh masuk...kikiki
BlogS Of Hariyanto BlogS Of Hariyanto 08 July, 2013
marhaban yaa Ramadhan,
bila ada salah kata, salah baca, salah tulis dan salah nonton serta salah komentar..mohon dimaafkan lahir batin ya :-)
fairus fairus 09 July, 2013
MEMANG TERBAIKLAH BRO..
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 09 July, 2013
Wah bestnya . Selamat brpuasa bro boni ;)
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 09 July, 2013
Bagusnya abg Boni ni..eh rasa nak copy je ayat Ustaz Akhil Hayy tu..post kt FB.
Waalid Al-Marbawi Waalid Al-Marbawi 09 July, 2013
Wahh..meriahnye..bagus program2 sebegini..

selamat menyambut ramadhan al-mubarak!
munir ardi munir ardi 09 July, 2013
Kegiatan yang sangat positif dalam menyambut ramadhan Semoga sukses dan mendapat Pahala Rakan Boni
aizamia3 aizamia3 09 July, 2013
suka dengan program2 macam ni.. ;)

psstt: pink cantik pe.. ;) hehehe..
Bin Muhammad Bin Muhammad 09 July, 2013
Beginilah anak2 muda yang bagus! Berwawasan dan tidak melupakan ibadah. Program yang sungguh murni dan tahniah kerana berjaya. Sambutan juga memainkan peranan penting, pengisian rohani perlu ada buat anak2 muda zaman ini. Syukur alhamdulillah...

Salam Ramadhan Boni...Maafkan salah silap mahupun ada terguris hati. Terima kasih juga krn sudi menjadi sahabat di alam maya ini.

wantie wantie 09 July, 2013
satu pengisian yang sangat sangat bagus untuk anak anak muda zaman sekarang.

terbaik!
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 09 July, 2013
singgah baca N nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !
Neo89 Neo89 09 July, 2013
Bro, takde video ceramah ker? huu~
Ema Johari Ema Johari 09 July, 2013
baguslah ada program macam ini utk anak-anak muda...
Yumida Huda Yumida Huda 09 July, 2013
baguslah program mcm ni
klo sini ade jgk mmg bez
meriah...seronok
selamat berpuasa di esok hari mr boni..
Isabel Diaz Isabel Diaz 09 July, 2013
Full house men.. Kalau kat tempat kite owg susah nak penuhkan tempat.. Kalau poco2 baru penuh panggung tu.. Huhu..
Amanina Mads Amanina Mads 09 July, 2013
bestnya kalau dpt join.. ramai pulak tu yg datang.. selamat brpuasa :)
Denaihati Denaihati 09 July, 2013
Alhamdulillah sambutannya sangat hebatlah, tahniah pada bro dan penganjur. bagus sangat kerap buat program macam ni melibatkan anak muda.
baby comel baby comel 09 July, 2013
fitah manusia, pasti punya hati.. wah, bagus majlis program agama camni utk anak muda
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 10 July, 2013
tahniah kepada mereka yg menganjurkan..
Mas Zull Mas Zull 10 July, 2013
assalamualaikum boni...wah best n meriahnya majlis tu...:)
Suara Hati Suara Hati 10 July, 2013
meriahnya..selamat berpuasa ye Boni :)
si kiut lavender si kiut lavender 10 July, 2013
Alhamdulillah...
moga pihak penganjur terus buat program sebegini utk mendidik masyrakat..
full house plak tuh...

salam ramadhan boni...:)
tenku butang tenku butang 10 July, 2013
amboih.. byk bno aktiviti mike oii.. jeles teman tauuu
Si Matatajam Si Matatajam 10 July, 2013
Mmg terbaik la program mcm ni.... Salam Ramadhan dan selamat berpuasa yek Boni...Emma apa habaq?
ArELeEz ArELeEz 10 July, 2013
ade x diorg perform lagu ya hanana? ;P
Mizz Aiza Mizz Aiza 11 July, 2013
pengisian yang baik.. patut diteruskan akan datang..
syabany syabany 11 July, 2013
terimakasih atas informasinya sangat bermanfaat
fyna fyna 11 July, 2013
memang bagus kalau ada event macam nih kan. lagi2 untuk anak muda ^_^
Raudzah Z Raudzah Z 11 July, 2013
Alhamdulillah masih ramai yang ingin mengisi jiwa dengan perkara yang baik..Nway salam ramadhan Boni...
Remy hazza Remy hazza 12 July, 2013
alhamdulillah...meriah majlis nya...
Djembalang Djembalang 12 July, 2013
Terima kasih boni sebab sudi datang dan menulis tentang program gambi ni untuk tatapan umum.. diharap dapat bekerjasama lagi dimasa hadapan..
MaYa MustWany MaYa MustWany 14 July, 2013
meriah nya.best aktiviti program macam ni kan
Aida Ismail Aida Ismail 14 July, 2013
Bestnya kalau dapat join. :)
CARA DAFTAR CARA DAFTAR 17 July, 2013
keren gan aktifitas yang sangat positif,.,.
KISTA KISTA 17 July, 2013
info yang sangat bagus sekali gan...
REFAND REFAND 17 July, 2013
kegiatan seperti ini yang seharusnya dijalankan .. sip ane kasih jempolan 5 dehhhhh,., walaupun ada 2 hehehehe,.,.
DIARE ANAK DIARE ANAK 23 July, 2013
info yang sangat bagus sekali .
ADDISON ADDISON 23 July, 2013
artikel yang sangat bagus sekali .
HIPOPIGMENTASI HIPOPIGMENTASI 23 July, 2013
nice informations, thank's.. .