Koleksi Pantun Raya Terbaik Dan Terbaru Edisi Blogger

Koleksi Pantun Raya Terbaik 2013 Edisi Blogger

Dah dekat nak raya ni, dah tentu yang dicari adalah pantun-pantun dan sms-sms raya untuk diberi kepada rakan-rakan, keluarga dan musuh tradisi. Ada juga yang cari pantun raya ini untuk diberi kepada awek-awek dan juga balak masing-masing.

Baiklah, hari ni aku akan share kat korang koleksi pantun raya dan juga sms raya terbaru ciptaan rakan-rakan blogger dan facebook aku. Korang boleh je jadikan sebagai bahan sms korang nanti. Hehehe. Jom layanzzz.



Masuk simpang kiri jalan terus, 



Jangan salah parking nanti kena denda,



 Di awal puasa ingat nak kurus,



Apakan daya berat naik berganda-ganda.



Segak teruna berbaju Melayu,




Ayu si dara bertudung bawal,




Walau jauh beribu batu,


Tetap dikenang di pagi Syawal.







kuih tart kuih batang buruk




cicah dengan kopi a a ali ali cafe




eh hari raya serunuk



mari bermaaf-maafe






Hadirnya syawal disambut tawa,




Alam keliling penuh Hiasan, 



Sungguh Pelita Tidak Dinyala,


Warisan ibunda Di tinggal Jangan.







budak-budak main galah panjang,



seronok sangat sampai luka tangan,



Bulan Ramadan kian menghilang,



Kini Syawal kita raikan.




Pergi ke pasar membeli ikan,



untuk di masak lauk berbuka,



raya jangan seronok sakan,


jangan lupa pada yang telah tiada.







Balik kampung berAidilfitri



Bro Boni jangan lupa Ty tersayang



Jangan lupa update blog & entri


Supaya idea tak ilang melayang



pencipta www.yanty.my



Pergi Memancing Bersama-sama,




Memancing Gadis Berbaju Kebaya,




Perginya Ramadhan Syawal Menjelma,



Puasa Pon Tak Penuh Eksaited Pulak Nak Raya!



pencipta http://fuh.my/



Makan Ketupat Di Rumah Pak Yahaya,




Makan Bersama Aku Punya Bini,



Dah Tak Lama Dah Kita Nak Raya,


Ada Can Tak Nak Dapat Duit Raya Dari Abang Boni???



pencipta www.phat.my




Boni Kacak dah memang kacak, 



Abang Ensem terserlah hensemnya, 



Persiapan Raya sudah semakin rancak, 



Jangan dilupa zakat fitrahnya. 






 makan kuih siput dgn fatin liyana,




minum sirap dengan hanis zalika,




sudah sebulan kita berpuasa,



kini tibalah hari raya.




Kajang pak malau kajang berlipat,



Hari raya hampir tiba,




Sana ketupat sini ketupat,



Bila nak g Cameron highland.



AIDIL zafuan main bola..




ZAKUAN adha kahwin dengan adik cik ta..



AIDIL fitiri sudah tiba..



ampun dan maaf dipinta 


MENsuci hening dosa.. 




Jalan Tar sesak sekali,




Nafsu shopping terbantut lagi,



Balik kampung haruslah hati-hati,



Dapat bertemu di Aidilfitri nanti,



Buat kuih sampai ke pagi,




baju raya tak beli lagi,




Hari esok tak sempat cari,



Mujur yang lama elok lagi....






Make ikan denge budu,




Make bersamo denge sata,



Kelik ghayo jange laju,


Nati abih brayo di spita.



pergi ke bazaar terjumpa boni,




melihat lauk liur meleleh,




raya dah nak dekat dah ni,


nak minta duit raya boleh?






pisang emas di bawa belayar




masak sebijik di atas peti




kalau dah tau esok nak raya




kenapa ko balun masak megi?







Blogger boni kacak hensem bergaya,




Blogger hafiz rahim pula comel berganda,




Andai ada salah silap mohon maaf dipinta,




Tapi jangan lupa open house..aku nak datang beraya.










Pulang ke kampung setahun sekali,



Bertolak dari KLIA pulang ke Miri,



Maaf dipinta buat yang mengenali,


Selamat Hari Raya Aidilfitri.


pencipta - www.ezadskytech.com



Rasa tak sabar nak raya. Aku nak comelkan muka aku. Tengok dapat lagi duit raya ke tak.

{ 48 comments.. read them below or add one }

Kucing Hitam Kucing Hitam 02 August, 2013
abg boni kad nak kad raya hahahaha
Kucing Hitam Kucing Hitam 02 August, 2013
pantun2 lak haha mcm nak pi merisik
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 02 August, 2013
nice pantun boni...rajin betul karang pantun...
Sheda ucu Sheda ucu 02 August, 2013
hihi pantun sheda terselit di situ.. tq2.. nk jual pntun lg la..


pantun dah diberi
masuk pulak dalam entry boni
ada sikit la rse bangga diri..
jemput la datang beraya uma nanti hahaha..
Rozuan Ismail Rozuan Ismail 02 August, 2013
boni, sila pm alamat, nak hantar kad raya. PM kat FB ye
aReLaN aReLaN 02 August, 2013
siap berpantun2 lagi tu. huhuhu..tak sabar nya nak balik kampung malam esok. hehehe
siti ZAHARA siti ZAHARA 02 August, 2013
hee..bayk nya pantun kt boni
zara pun nak bgi gak..hihihi..=D

malam2 membuat ketupat
ketupat dimakan bersama pak hasan
hari raya dah nak dekat
selamat hari raya ceq ucapkn
huhuhu...=D
kakiblog kakiblog 03 August, 2013
saya suka pantun yang akhir sekali...

kakiblog recently posted:10 Blogger Popular Julai 2013
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 03 August, 2013
seronok baca kisah dr pantun, nk copy masuk sms..da kasi kan bro..tq..hihihi:)
Elie Lily Elie Lily 03 August, 2013
Seronoknya baca pantun-pantun ni semua! Buat elie ketawa sendiri. Haha.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya Bro Boni. :D
Ainim Suju Ainim Suju 03 August, 2013
amboi..siap mention nama Boni dalam pantun lagi..tp mmg kelakar juga pantun2 ni
Yan Ty Yan Ty 03 August, 2013
Hebat nye semua patut. Neway tq bro.
Sam Banjamin Sam Banjamin 03 August, 2013
psst.. nak sms ke mana? aku miss plak event ni... bleh bg number x? PM ye.. please....
syuk shusuke syuk shusuke 03 August, 2013
nak reka tapi idea dah ada orang lain rembat. haha
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 03 August, 2013
betullah...berpantun2 bagai...macam nak merisek pulak...

apa2 pun terbaiklah pantun2 anakanda semua...bunda jadi tersenyum sorang2.. hehe :)
Niesa Niesa 03 August, 2013
tahun ni boni x hanta kad raya ke?haha..selamat hari raya!
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 03 August, 2013
perghhh hebat2 btul ayat dorang.. ena memang tak dapat la nk bina ayat pntun sehebat dorang.. huhuhuhu
wantie wantie 03 August, 2013
pantun pertama tu memang kena kat batang hidung.

Puasa Pon Tak Penuh Eksaited Pulak Nak Raya! - kita terasa tau dengan bait pantun ni. huhuhuhu..

apa kes hari raya nak pergi cameron highland? ada mak we kat sana ke boni?
MaMa Rey MaMa Rey 03 August, 2013
meriahnya pantun..pandai dorang cipta pantun2 ni..

kasi comel kaw2 boni..nanti duit raya pn dpt kaw2 hehe

muja muja 03 August, 2013
wah,, nak buat jugak la!!!!!! hahahaha

masa hari raya orang teramat ramai
semuanya sengih beraya sakan
selamat hari raya dari mujadafewa dot my
segala salah silap harap dimaafkan
zool zool 03 August, 2013
pantun masuk meminang takde ke?? hehehe
Bahrain Ramlan Bahrain Ramlan 03 August, 2013
boleh amik pantun kat atas nie..
Masha Meisters Masha Meisters 03 August, 2013
haha...dah kacak sagnt la tu...kempas kempis kempus la owner kan
shark shark 03 August, 2013
kreatif btuil masing2 nie..
nk jugak shark berpantun..

hari raya hari raya jugak,
duit raya jgn lupa yak :p
onecik onecik 03 August, 2013
Memang kreatif diorang ni + kelakar pulak tu....Giveaway Raya
Mat Som Mat Som 03 August, 2013
Hari raya kian menjelma
Gaji yang ada terasa lajunya
Tiba-tiba saja rasa dilema
Macam nak lari saja ke dalam gua

Tkasih atas koleksi2 pantun di atas
Bolehlah saya edarkan raya nanti
diana diana 03 August, 2013
hebat jugak blogger berpantun..:0
Denaihati Denaihati 03 August, 2013
best ni.
macam mane la nak kuih batang buruk cicah dengan kopi...heee
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 04 August, 2013
dua tiga buah kelapa,
nama gua ada jugak ka?

hahaha
deno deno 04 August, 2013
wah banyakkk... terbaik!
Ezad Skytech Ezad Skytech 04 August, 2013
tak sangka pantun yang aq create spontan pun terpilih jugak...haha
Aida Ismail Aida Ismail 04 August, 2013
Haha~ boleh tulis dalam kad raya ni. ;p
waiman takwa waiman takwa 04 August, 2013
Wahaha boleh guna sms kawan-kawan ni..
Cik Chokie Cik Chokie 04 August, 2013
Hahaha nak tergelak bila membacanya XD Takkan ada nama abang boni pun nak bagi kat aweks , pakweks. Makin tiptop abang boni nanti mulalah yang cemburu membuta :P Selamat menyambut bakal Aidilfitri.

Ayah pesan sebelum mohon maaf sakat dulu. kihkih Maaf abang boni :D
Cik Nur™ Cik Nur™ 04 August, 2013
best2lah...
boleh pinjam..hehehe
Mas Zull Mas Zull 04 August, 2013
assalamualaikum boni...best n seronoknya berpantun kan..:)
Raudzah Z Raudzah Z 04 August, 2013
wah ada seisi balas pantun kat sini kita suka yang ni:..pencipta - www.iffahafeefah.com
S.K.A S.K.A 05 August, 2013
ha3 pantun raya terbaik =) kreatif2..boleh send text kt mmber ni
Qashmere Qashmere 05 August, 2013
Banyaknya pantun! beribu ribu pantun
Cik Itah@Rama Rama Pendek Cik Itah@Rama Rama Pendek 05 August, 2013
thanks share boni..sy memang perlukan pantun yang berjela+ ni huhuhu
copy paste bole? hihi :P
Cik Yaya Cik Yaya 05 August, 2013
amboi pndainyer depa create pntun2 rye ni..
^_^
Amanda Suria Amanda Suria 05 August, 2013
Mak oi...byknya pantun...ada yg create sendiri eh...kretip masing...
Amanina Mads Amanina Mads 06 August, 2013
terbaik la pantun2 ni..haha
Mia Liana Mia Liana 09 August, 2013
wahhhh... pantun sakan nampaknya... ada bakat ni...
Cik Fie Cik Fie 24 August, 2013
amboi ! berpantun pulak nampak :)
Lowongan Kerja CPNS Terbaru Lowongan Kerja CPNS Terbaru 01 May, 2014
Pantun pantun terbaik, kerja bagus :)


Info Lowongan Kerja CPNS Terbaru