Pelancaran Album Sulung Kumpulan Nasyid Damai

Pelancaran Album Sulung Kumpulan Nasyid Damai 

Hari ni aku nak ajak korang kenal dengan kumpulan nasyid terbaru ni. Bila aku bagitau aku ni kadang-kadang dengar nasyid, ada yang tak percaya kan? Mentang-mentanglah aku ni kategori lelaki kacak maskulin

Baru-baru ni, satu kumpulan nasyid iaitu kumpulan Damai telah melancarkan album sulung mereka yang bertajuk "Cahaya". Damai yang menurut asal nama dari perkataan Melayu bermaksud sejahtera / ketenangan. 

kumpulan nasyid terbaru 2013, pelancaran album nasyid terbaru 2013, kumpulan damai, album kumpulan damai, kumpulan nasyid best
Kumpulan ini ditubuhkan pada 2005. Ketika tu mereka masih lagi di tingkatan 3 Sekolah Menengah Tasik Puteri dan sentiasa bergiat aktif mewakili sekolah dalam pertandingan serta mengadakan persembahan sekitar Lembah Klang. Sehinggalah mereka buat keputusan untuk bergiat secara serius pada tahun 2009.

Ahli-ahli kumpulan Damai terdiri daripada Mohd Farid B. Mohd Zain, Muhammad Zulfikry B. Rosly, Aiman Ab. Ghapar, Mohamad Shahidin B. Kamarul Baharin dan Mohd Fairus B. Mansor.

Kumpulan Damai aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang dalam bentuk Minus One atau secara live akustik di mana alat-alat muzik seperti gitar, keyboard, seruling dan perkusi dimainkan sendiri oleh mereka. 
kumpulan nasyid terbaru 2013, pelancaran album nasyid terbaru 2013, kumpulan damai, album kumpulan damai, kumpulan nasyid best
Antara persembahan menarik dari kumpulan Damai. Aku minat betul gendang kerusi tu. Rasa macam nak beli satu je.
Kumpulan Damai ada merakamkan beberapa buah lagu untuk rancangan di TV1 seperti lagu Rahmat Kasih (dimuatkan dalam album Cahaya), Ya Rasulullah Ya Habiballah (Dokumentari sempena sambutan Maulidurasul 1432 Hijrah) dan Al-Quran Kalamullah (Dokumentari sempena Majlis Tilawah Peringkat Antarabangsa 2013).

Tentang album CAHAYA
  • Rakaman album mula dijalankan awal tahun 2012 di Quantize Studio.
  • Konsep album adalah Pop Pelbagai (Pop, Balada, R&B, Retro dan Padang Pasir)
  • Diterbitkan oleh Quantize Studio dan Damai Creative Production.
  • Komposer yang terlibat termasuklah Saudara Bazli UNIC, Duan AS-SAUFEE, Saudara Ramzul Ikbar, Saudara Marni Jusdi, Saudara Amman Mahmood, dan Farid DAMAI.
Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Cahaya
  • Rahmat Kasih (Lagu tema rancangan "Rahmat Kasih" TV1 RTM)
  • Cahaya
  • Cahaya Rasulullah
  • D.A.M.A.I
  • Selawat Badwi
  • Khalid Al-Walid
  • Sakinah
  • Satu Kalimah 
  • Zikir Kesyukuran
kumpulan nasyid terbaru 2013, pelancaran album nasyid terbaru 2013, kumpulan damai, album kumpulan damai, kumpulan nasyid best
Sebelum proses penerbitan album Cahaya dimulakan, kumpulan Damai pernah tampil dengan single pertama bertajuk "Damai Di Pagi Raya" beserta videoklip yang telah diterbitkan oleh Damai Creative Production.

Jadi, kepada korang boleh dapatkan album ni di pasaran. Dan kepada yang berminat untuk menempah mereka membuat persembahan bolehlah Contact nombor di bawah ni.

Amman - 0123876598 (Pengurus)
Fikry - 0173462290
Aiman - 0173442414
Shahidin - 0122884365

Kadang-kadang bila dengar nasyid ni dapat juga tenangkan jiwa. Dah lah kacak, dengar pula nasyid. Memang calon menantu terbaik kan aku ni.

{ 36 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 03 August, 2013
ena tak dengar lagi lagu dorang.. hehehehe
Lynn Munir Lynn Munir 03 August, 2013
Baru tahu tentang kumpulan Damai ni melalui entri ini.
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 03 August, 2013
tak nak tubuh kumpulan nasyid ke bro..kah3...:D
Mat Som Mat Som 03 August, 2013
Tentu apabila dah dengar lagu mereka
nanti,kita akan insaf....
Orang kacak kalau insaf memang nampak tenang, hening dan mendamaikan
Bak tenangnya tasik Cini,
Itulah Boni
Yan Ty Yan Ty 04 August, 2013
Pengsan ayat last tu. Bro tubuhkanlah satu group nasyid juga , haha.
Adhie Sunan Saifuddin Adhie Sunan Saifuddin 04 August, 2013
lama dah tak dengar lagu-lagu nasyid ni...semuanya macam dah slow sekarang...
fairus fairus 04 August, 2013
LAMA DAH NASYID TAK MEMENUHI RUANG HIBURAN TANAH AIR.. TAK MACAM DULU SEPOPULAR RAIHAN, RABBANI, INTEAM, DAN LAIN2..
Ikhmal Malique Ikhmal Malique 04 August, 2013
rindu pulak zaman kegemilangan nasyid kat sekolah dulu. walaupun hanya buat harmoni kat belakang je.
Ezad Skytech Ezad Skytech 04 August, 2013
baru first time dengar nama kumpulan nasyid ni...boleh la try dengar lagu2 mereka ni nanti..:D
Kaio Kaio 04 August, 2013
fuh. teringat zaman2 nasyid kecik2 dulu. keh keh keh!
jemput singgah ye http://kaio.my :)
Aida Ismail Aida Ismail 04 August, 2013
Oh kumpulan nasyid baru ek. Patut la tak pernah dengar nama kumpulan diorang. Huhu~ Boni bila nak ada calon bini? Hakhak~
syuk shusuke syuk shusuke 04 August, 2013
ingt bro boni join skali. penat aku exited. HAHA
ainil fazieda ainil fazieda 04 August, 2013
Nais ! kalau boni join sekali baru best , ada lah jugak org kacak kt atas tuh kan :P
Zuan Zuan 04 August, 2013
alamak! tak buat lagi
munir ardi munir ardi 04 August, 2013
saya suka sekali dengar nasyid apalagi kalau dari Raihan semoga bisa seterkenal raihan
Niesa Niesa 04 August, 2013
Lama gk xdenga nasyid dah..dulu masa blaja sll gak layan..mmg calon menantu yg sesuai la abg boni ni..dh la kacak.. ( tgn di bahu mata ke atas) hihi
waiman takwa waiman takwa 04 August, 2013
Semoga lagu-lagu diorg meletop.. Bila lagi boni nak buat kumpulan nasyid hehe
Yumida Huda Yumida Huda 04 August, 2013
lelaki kacak maskulin? jeles dengar tau..hahaha!
yeah..yumida pun suka layan nasyid..liriknya bermakna, melodinya indah
Cik Nur™ Cik Nur™ 04 August, 2013
nanti bila2 boleh dengar lagu diorg ni..
beli pasang dalam kereta pun okaykan.. :)
Mizz Aiza (Dunia Kecil) Mizz Aiza (Dunia Kecil) 04 August, 2013
dah lama aiza tak ikuti perkembangan lagu nasyid..
TUMPAS TUMPAS 04 August, 2013
wih makasih yaa gan udah share
Raudzah Z Raudzah Z 04 August, 2013
Good luck to them..tapi last caption tu memang tak tahan...anak sapa lah tu..
hafizmd hafizmd 05 August, 2013
Tak nafi, sesape yg layan nasyid mmg lebih kacak...buktinya sbb aku pun layan nasyid dan kacak jugaklah....hahahhaa

ni di youtube ada prview tak bro?
Ainim Suju Ainim Suju 05 August, 2013
Oh..kumpulan baru..Nanti saya cari lagu2 dorang ni..dalam IKIM saya tak pernah dengar lagi
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 05 August, 2013
Pernah dengar juga lagu damai ni...
S.K.A S.K.A 05 August, 2013
lama xdgr nsyid sejak nsyid2 otai dh bersara..trylah dgr dlu nsyid moden ni mcm mn
kakiblog kakiblog 05 August, 2013
dengar lagu nasyid boleh dapat pahala..
encikarman encikarman 05 August, 2013
minat nasyid plak bro nih.
Wadi AR Wadi AR 05 August, 2013
laaa aku ingat kau jadi penasyidnye
lelamaisara lelamaisara 05 August, 2013
kih kih nak jugak jadi calon menantu terbaik ea...bagus2...;) lagu nasyid memang sedap di dengar....:)
Nadia Johari Nadia Johari 05 August, 2013
kenapa seorng tu muka macam wan
Cik Yaya Cik Yaya 05 August, 2013
mcam pernah dengar..
mgkin mmg pernh dgr kot..kat IKIM.FM ^_^
Amanina Mads Amanina Mads 05 August, 2013
pernah dgr kat tv1... hehehe
Cik Fie Cik Fie 24 August, 2013
wakaka . tak boleh bla ayat last tu . :P