Kenapa Kebanyakan Bangsa Melayu Masih Berada Di Takuk Lama

Selalu aku tengok orang bawa kereta-kereta mewah dan mahal. Kebanyakannya adalah bangsa cina yang miliki perniagaan sendiri,. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa tak ramai bangsa melayu yang pakai kereta mewah ni dan tak ramai bangsa melayu yang berjaya dengan bisnes sendiri. Ini termasuklah aku.
                              
"Bro, kenapa lu orang cina ramai yang kaya-kaya arr?", soal aku kepada seorang pemuda berbangsa cina yang duduk sebelah aku.

"Enggak tau pak. Saya bukan cina, saya orang Indonesia.",jelas satu suara.

Terkejut aku. Bila aku pandang balik, rupanya pemuda cina tersebut dah pun berlalu. Entah bila pula pemuda Indonesia ni duduk sebelah aku.

Bila aku renungi balik, memang bangsa melayu ni agak ketinggalan. Termasuklah aku sendiri. Apa yang dapat aku simpulkan adalah seperti berikut.

Masa aku sekolah dulu, pelajar melayu ramainya yang main-main tak serius. Tak fikir masa depan. Ini juga termasuklah diri aku sendiri. 

Melayu kita ni suka nak kaya cepat. Tu yang jual tanah jual rumah dan macam-macam sebab nak untung cepat. Semata-mata nak kaya untuk kepuasan diri sendiri. Tapi berkembang tak kekayaan tu? Aku pun ada masalah ni sebenarnya. Hahaha.

Bila ada melayu yang berniaga, ramai pula bangsa sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan peniaga tu. Yang ni tak termasuk aku. Haha. 

Paling ketara, mentaliti orang melayu termasuk aku sendiri tak fikir panjang jauh ke depan. Ada pernah kita fikir untuk berusaha membina sebuah empayar dan perniagaan yang kukuh untuk waris-waris kita nanti? Ada pernah dengar satu pepatah yang menyebut, "kita mencari kekayaan sekarang sebenarnya bukanlah untuk diri kita, tapi sebenarnya untuk anak-anak kita kemudian hari". Mesti pernah dengar kan?

Ini antara sebab-sebab yang aku dapat fikirkan melalui pengamatan dan juga kisah hidup aku sendiri.

Tetapi menjadi satu kesilapan bila kita memanjakan anak-anak dengan wang ringgit bila empayar kita dah kukuh. Sebab anak-anak kita akan jadi lembik. Ajar dorang cara hidup susah supaya dorang mampu bangun balik bila satu hari nanti dorang terjatuh.

"Usah begitu pak. Kalau bapak pikirin macam-macam pun, usah bapak sandar di dada saya pak. Malu orang tengok pak.",terdengar suara pemuda Indonesia tersebut sekaligus menyedarkan aku dari lamunan. 

Ciskek cekedis betul! Tu yang aku malas nak beremosi tu. Jadi macam ni lah. Tak sedar apa yang aku lakukan.


{ 48 comments.. read them below or add one }

Rushamir hakimie Rushamir hakimie 13 September, 2013
hahaha..lawak ar sampai beremosi kat indon tu..tapi betul ape yang ditulis tu..sikap melayu tu sendiri jadi penyebabnye..
wantie wantie 13 September, 2013
jawapannya senang je. melayu memang dah kaya raya tapi cuma kita je tak nampak. sebab kita di ajar untuk bersederhana.

then ramai melayu islam yg dah kaya di sana. sebab tak mengejar dunia. so kumpul harta tuk akhirat. ngeeee


ayat nak sedap kan hati . jgn mara ey..
Sabrina Tajudin Sabrina Tajudin 13 September, 2013
Masing2 selesa sgt dgn comfort zone masing2... bila suruh tinggkatkan kemajuan diri alasa. oh aku bersyukur dgn apa aku ada, padahal pinjam sini sana
muja muja 13 September, 2013
lastly mesti terlawak jugak,, grrrr
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 13 September, 2013
Nasib baik pemuda..kalau cewek aku nak sandar gak..hahaha..jahat boni
Fazrol Fazrol 13 September, 2013
Boni makin tersedar dari lamunan..
fairus fairus 13 September, 2013
DI KALA KERAJAAN NAK MENAIKKAN SESEORANG MELAYU, DIKATAKAN KITA RACIST.. PADAHAL SECIPUT ITULAH YANG KITA NAK NAIKKAN..

PALING SEDIH SEKALI BILA ORANG KITA SENDIRI YANG NAK MENJATUHKAN MELAYU..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 13 September, 2013
Pokok pangkalnya diri sendiri.. Orang Melayu ni dari dulu sampai sekarang mentaliti tu yang payah nak dibentuk & dididik.. Tipikal Melayu.. Erm..
ZON PERMAISURI CHOMEL
hana hadi hana hadi 13 September, 2013


Orang kata org cina dapat duit dari segala macam jenis bisness dan mengamalkan riba mungkin kot, orang melayu islam bisness yang halal kan.. hehe

Tapi hana xpandang pun apa yang orang kata tu.. hana pegang kata2 ni org melayu kaya dari segi lain. orang cina kaya dari segi lain :)
akubiomed akubiomed 13 September, 2013
Semuanya bermula dari diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Ija Rased Ija Rased 13 September, 2013
nasib baik kaum sama yer mr. boni sandar tu ek..hahahahaha..lawak dalam serius la entry ni..best best.
melayu ni taknak mula dari bawah..dan melayu ni mudah lupa..itu yang susah..so ubah lah persepesi itu. melayu akan sentiasa ke depan..
kucha lana kucha lana 13 September, 2013
semua tu atas usaha sendiri la..dan cara pemikiran kita juga kena ubah
Izzat Eshak Izzat Eshak 13 September, 2013
Sangat setuju bro. =)

Berusaha nak tingkatkan ekonomi bangsa sendiri.
siti zahara siti zahara 13 September, 2013
setuju sgt..apa2 pun berusaha jgan ada sifat dengki dgn owg..jgn pandang ke belakang ..haruslah pandang ke depan..owg lain bleh buat kita pun bleh kn..=D..InsyaAllah..
diana diana 13 September, 2013
Orang melayu ni kalau berniaga bila untung mula2 tu dah ingt nak beli itu beli ini,pi melancong..tak pandai nak simpan.tak pandai nak guna modal lebih di pusingan kedua...cepat sangt nak fikir pasal bergaya je..lepas tu bila berniaga nak jual barang yang sama dengan orang lain.tak reti la nak cuba sesuatu yang baru..dah jiran sebelah jual tudung laku kemain dia pun nak jual tudung jugak..orang depan umah tengok,dia pun nak jugak jual tudung..habis cam ner..cer buat bisnes lain..bukak kedai tayar kereta ke..buka pasaraya ke..
Khairil Mazri Khairil Mazri 13 September, 2013
Melayu dengan layu-nya.

jemu pulak drama melayu tak habis2 benci org melayu sendiri.

dan drama tu dah jadi realiti.

apapun ko buat aku kelakar :D
Ladfe Amir Ladfe Amir 13 September, 2013
takpe Bro. miskin di dunia kayakan akhirat.

tapikan. 6 orang individu dari 10 orang sahabat r.a yang dijamin masuk syurga terdiri dari orang kaya
munir ardi munir ardi 13 September, 2013
tak tahu apa ya resep orang China bisa kaya-kaya jarang yang jatuh miskin
M'Rie R'Nie M'Rie R'Nie 13 September, 2013
Assalamualaikum, entah kenapa aku suka dengan entry terbaru kau ni. Memang betul pun, yang memusnahkan orang Melayu adalah Melayu sendiri. Aku cakap macam ni sebab aku sendiri dah kena.

Tengah sedap2 berniaga. Disebabkan sifat Phd peniaga Melayu. Biznez aku terpaksa tutup sementara dan berpindah ke lokasi baru.

dan sekarang ni aku paling meluat bila orang melayu berkata2...aku cuma nak tolong orang melayu jer. sebabnya tak payah gebang keluarkan ayat tu kalau diri sendiri kaki menjatuhkan orang melayu sendiri.

Pada aku. tak payah nak salahkan bangsa lain if bangsa kita jatuh or tak maju. sebabnya yang membuatkan bangsa melayu jatuh tersungkur adalah melayu sendiri.

Kadang2 aku malu juga dengan bangsa aku ni. sebabnya apa yang aku lihat, bangsa lain tak der pula nak jatuhkan kita. unless yang bertaraf korporat tu wallahuaklam lah kan.

Selagi orang melayu ada dan kekalkan sifat macam tu. honestly aku berani katakan, sampai2 bila2 pun bangsa kita takkan dapat menandingi bangsa yang kita kagumi.
Aku Penghibur Aku Penghibur 13 September, 2013
itulah , aduh yg lust tu mesti ada lawaknye hihi
Papa Mifz Papa Mifz 13 September, 2013
hadoi sampai tersandar kat dada indon tuh...muahaha...
syuk shusuke syuk shusuke 13 September, 2013
wah kau boni , beremo sampai camtu. yang penting kerja dan sentiasa berkembang :D
Ezad Skytech Ezad Skytech 13 September, 2013
memang betul pun...melayu dengki kat melayu...ianya realiti bro...
Azie Namico Azie Namico 13 September, 2013
singgah sini...ermm...ermm...sebab kita mungkin sudah berada di zon selesa jadi tak yah nak pening2 pikir apa yg perlu apa yang tak perlu...janji cukup makan pakai...sudah memadai...lain pulak pandangan dengan bangsa lain..lagi kaya..lagi dia kejar kekayaan tu...sampai kan kita tengok pun tak terkejar....hehehe
Adhie Sunan Saifuddin Adhie Sunan Saifuddin 13 September, 2013
isu yang baik untuk difikirkan... kalau siapa pernah bersekolah dan bercampur dengan pelajar cina...mereka ni gigih dan kuat azam untuk berjaya... 1 markah beza dengan rakan2 diorang pun akan kecewa... persaingan yang membentuk kejayaan diorang ni...
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 14 September, 2013
org kita kalau berniaga..bila x der orang nk beli je gulung kedai terus..sebab tu payah nak maju d;lam perniagaan..
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 14 September, 2013
mentaliti orang melayu memang susah nak berubah dan diubah ..
Masha Meisters Masha Meisters 14 September, 2013
nampak dah ada serius kat situ...tapi,akhirnyer! tetttttttttttt....haha
SecretOfShaila SecretOfShaila 14 September, 2013
hahaha..last sekali spoil..^^
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 14 September, 2013
pokok pangkal diri sendiri...kalu diri sendiri tak cuba nak berubah..siapa lagi?
Cendol Cendol 15 September, 2013
Salam, boni . bagus entry ni.i likeeee..walaupun emosi tu nampak terlebih tapi alhamdulillah ada kesedaran.and totally agree bila boni cakap melayu yg menjatuhkan melayu.haiii kenapakah begitu busuk hati sebhgian melayu itu?haha itulah padah berpegang pada bangsa.opss..hehe

btw,tengok macam mana org cina berniaga,mereka tolong sesama mereka dan mereka setakat yg saya tahu,diorang guna prinsip mcm boni cakap tu,kekayaan dibina utk anak2 generasi mereka.

dan kebanyakkn cina,diorang melabur dgn emas.diorang ada duit je diorang beli emas.its really worth it.
Abed Saragih Abed Saragih 15 September, 2013
Orang china disana banyak ya pak tersebar disana.
tarmizi tarmizi 15 September, 2013
tak kaya harta xpe tapi kaya dengan kekacakan hehe..
nur lyla nur lyla 15 September, 2013
stuju dngan adie sunan.. kawan2 melayu lyla yang penah satu sekolah ngan budak2 cina. smua pergh! gigih.. maybe persekitaran yang terlalu selesa buat kita tak berfikir sangat untuk keluar dari zon selesa... dah selesa kan.. tapi kemajuan ke arah lebih kacak tu penting. :p
Elie Lily Elie Lily 15 September, 2013
macam mana nk maju kalau org kita asyik pijak bangsa sendiri? Mentaliti dan sikap kita sendiri sebenarnya kena ubah. btw, nice reading this, abang Boni! :)
Hanif Idrus Hanif Idrus 15 September, 2013
Emosi btl entri bro sampai tersandar kat cowok indon...kikiki
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 15 September, 2013
memang lawak...kuat betul boni mengelamun...
cik azLyzah⊙.☉ cik azLyzah⊙.☉ 15 September, 2013
Yu lah mslah nye.. org melayu luat berangan...hahahhaaa.lagi satu,orang melayu takut mencuba sebab takut jatuh kang tak dapat bamgun sendiri...
Zuan Zuan 16 September, 2013
ethics.. kalau kita lebih beretika, lebih fokus pada impian, inshaAllah mana2 negara kita boleh tapau dalam apa2 aspek
Amanda Suria Amanda Suria 16 September, 2013
orang melayu masih x buka minda untuk terus maju...
Raudzah Z Raudzah Z 16 September, 2013
Melayu suka di pamper..bila terlalu banyak kemudahan kita ambil banyak perkara tak serius...bangsa lain tak dapat apa yang kita dapat so dia orang kena work hard...then salahkan siapa bila bangsa lain lebih mendenominasi ...tepuk dada tanya selera..
Ainim Suju Ainim Suju 16 September, 2013
banyak faktor sebenarnya. yang penting jangan pernah putus asa utk berusaha. asalkan niat n nawaitu tu bersih. dalam islam, kita disuruh utk seimbang dunia n akhirat. namun, saya tetap berbangga bila melihat bangsa saya maju ke hadapan
S.K.A S.K.A 17 September, 2013
nsihat dlam lawak =) betol 2..bila lah org melayu ni nk berdaya saing..bmbg sbnarnya..org cina ni skit2 dah mula nk kuasai Malaysia..bmbg hilang pula melayu dinegara sendri..melayu kna bri cuba dan tggung risiko..bru boleh berjaya
AnonymousAnonymous 29 September, 2013
Orng mcm krng yg hina org melayu sndiri lh x maju.common lh bro puji dn bri smngat je sdhler ni nk rendhkn bngse sndiri ak x tngk bngse didunie ni rendahkn bngsenye sndiri.orng bngla yg miskinpn bngge ngan bgsse deorng..kite jngn bngge kn bngsa orng lain walhal bnda tu lh yg akn mlemhkn bngse kite.ko tngk orng jpun brstu nk mlawn orng barat yg dh smemg maju pn ktika era initial pemodenan,dn pling hebat dzmn nazi hitler bangse ape yg kuasai ekonomi djerman yahudi dh tahu kn hitler xde hina bngse jerman malah beri yg tnggi kpd bngse die..dn ade cite2 nk tawan dunia ni mcm mne hebat x..tpi plng pnting hitler ni pun ad darah yahudi gk..apepn bngge kn bngse kite..Hail! Hail! Hail!
AnonymousAnonymous 29 May, 2014
sebab kau masih duduk dalam tempurung engkau
Hafeez Anuar Hafeez Anuar 27 September, 2014
Orang melayu memang dengki kalau sebut bab niaga ni,ya itu aku setuju
Pernah try tanya2 orang di satu kawasan ni kalau2 aku boleh berniaga di situ
Aku belum start berniaga lagi kat situ dia dah bagi macam2 alasan yang membuatkan aku akan rasa resah bila berniaga di situ
Dan akhirnya aku tak jadi berniaga di situ.
Tapi aku tgk dia berniaga kat situ bukan main rancak lagi.
Takpe..Biarkan dia
Usahawan Prepaid