Mini Showcase Layan Galaksi Muzik

Semalam bro Zarul ajak aku untuk tengok dia buat persembahan kat Plaza Central Shah Alam. Persembahan untuk Mini Showcase Layan Galaksi Muzik. Artis-artis yang dijemput pun memang hebat-hebat dan terkenal di tanah air. Antaranya adalah Bro Zarul sendiri, HyperAct, Ali XPDC, Tasha Manshahar&Syed Syamim, Salwa, I am Neeta dan Boni Kacak. Eh. Rugi betul Name Card aku habis. Kalau tak, mungkin boleh buat bisnes sama artis-artis tu. 

Mula-mula ambik gambar daripada jauh je. Sebab segan.

Ibarat semut di lautan api, begitulah aku diibaratkan.

Tapi bila dah lama melekat, dah mula aku tunjuk taring hamster aku. Hahaha. Masa ni Tasha Manshahar tegur aku.
"Abang ni memang semulajadi kacaklah. Terkagum sejenak saya."
Percaya tak? Aku tinggalkan persoalan ni kepada korang semua. Hahaha.

Yang ni memang Legend habis. Sekali dia menyanyi, aku pulak yang seram. Memang mantap Bro Ali dan Bro Zarul.

Bersama Toi&Ronnie HyperAct, dan juga Salwa. Toi ni dah berambut panjang pulak. Nampak ayu je. Hahaha.

Macam yang aku cakap semalam. Bila duduk dengan dorang, terasa kerdilnya aku kat sana. Hilang kefemesan aku sebagai seorang blogger. Ternanti-nanti juga bilalah ada peminat nak bergambar dengan aku. Tunggu punya tunggu tak ada juga. Baru aku sedar aku ni tak femes. Hahaha. 

Kat sana aku terserempak dengan seorang Youtuber yang agak terkenal juga. Tapi pertemuan pertama pun aku dah buat Spoiled. 

"Bro, bro ni Youtuber tu kan?", tegur aku agak gemuruh.

"Ye. Ko ni Boni Kacak kan.",sapa beliau balik.

"Betul-betul. Err, nama bro siapa ye?"

Adeh. Kat situ aku dah terserba salah dah sebenarnya. Sorry bro. Kalau ko terbaca entri ni, aku minta maaf sebab tak ingat nama ko. Aku ni memang daripada dulu memang ada masalah nak ingat nama. Short Memory macam kucing. Tapi aku memang ingat muka. Yang tu memang aku Champion.
Inilah beliau. Youtuber Aidil. Lepas ni boleh lah bikin Vlog dengan dia. Haha. Maaf mata aku agak Pra Normal di situ. Mata aku tengah berlawan dengan matahari.

Apa-apa pun, terima kasih kat Bro Zarul sebab ajak aku tengok persembahan dia dan artis-artis lain.

{ 38 comments.. read them below or add one }

Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 17 September, 2013
control kekacakkan anda terus menerus ye..hahah...nampak keseronokkan kat situ...hahaha
Bitt (double IS) Bitt (double IS) 17 September, 2013
eee bestnyaa...nak itottt hehehe
blogger lelaki blogger lelaki 17 September, 2013
caya la bro dpt bergambar dgn Ali XPDC tu..ROCK
Masha Meisters Masha Meisters 17 September, 2013
semulajadi kacak? hahaha...memg beribu persoalan yang tertinggal! haha
Niesa Niesa 17 September, 2013
pengsan 9 saat sebab boni terlampau "kacak"..hahaha
aTieYusof Family aTieYusof Family 17 September, 2013
ahahaha...sangat lah Kacak BONI ni..terpegun kot artis2 tu...ahaha
fairus fairus 17 September, 2013
PERGH.. BRO. LU PON DAH MACAM ARTIS..
Tengku Syukri Tengku Syukri 17 September, 2013
mcm tipu je dia kata ko kacak.. xprcaya aku.. hahahaa
azwan azwan 17 September, 2013
persoalan gak kalau tasha cakap camtu..
persoalan betul ke tak..

tak mungkin lah tidak. mesti betul kan..tapi..
Bro Framestone Bro Framestone 17 September, 2013
Ada beberapa part gua rasa nak "hakk tuuiiii" mu he...23x

Apa lagi tempah la name card.. angkat seribu terus...
tarmizi tarmizi 17 September, 2013
Aku percaya dia orang kata ko kacak semula jadi...
cik azLyzah⊙.☉ cik azLyzah⊙.☉ 17 September, 2013
terserlah kekacakan boni kacak di situ yang kacak...hahahahhaa...tah ape yang cik merapu kacak ne :P
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 17 September, 2013
Boni kau dah jadi PA Zarul Umbrella ke ??? HAHAHA


=P
Sheila Salim Sheila Salim 17 September, 2013
Assalamualaikum boni. ahhahhaa. caption memanjang lawak ;p
syuk shusuke syuk shusuke 17 September, 2013
mohon interview barack obama pulak pasni. :D
luqman zakaria luqman zakaria 17 September, 2013
bro..apsal muke cute sgt kt dlm gmbr last tuh..haha.
SecretOfShaila SecretOfShaila 17 September, 2013
wahhh...bestnya dpt jumpe diorg
Cik Chokie Cik Chokie 17 September, 2013
Adoii tergelak baca entri ni. Abang boni PERASANNNNNN ! ! ! ! ! hahaha. untng-untung retis kenal blog boni kacak. Tahniah bro :D
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 18 September, 2013
Kerrlasss Boni skunk!!!

review event retis lah dya hehehe...
shaFazie shaFazie 18 September, 2013
bestnye...kacak ehhh..bolehlah hehehe :)
Isabel Diaz Isabel Diaz 18 September, 2013
Akhirnya, tak ada gambar Abang Boni yang korek hidung. Hahaha.
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 18 September, 2013
Biar betul Tasha cakap macam tu??? :D
krole krole 18 September, 2013
halamks...bestnye aktiviti ko ni boni...ngan retis2 tu...len kali kalo ko jmpe bro zarul...kim slm kat dia ya~ uish...aku yakin tak lama lg nama bonikacak ni akan malatop di persada hiburan tanah air..tunggu
wantie wantie 18 September, 2013
kembang kembang hidung kamu dapat bergambar ngan retis tu yer.

sib baik tak terkorek hidung.
eVa eVa 18 September, 2013
Wahhh hang x lama lagi femes macam artis dh..

Hahaha samalah kita.. Sy pon xingat nama sgt, muka mmg kenal tp susah jugak kalo ingat muka jer.. Susah nak cover line.. Burnnnn
Khairul Zamri Khairul Zamri 18 September, 2013
Neeta pun ade eh, terbaik laa jeles 2 saat
Papa Mifz Papa Mifz 18 September, 2013
bertuah bro dapat jumpa artis2 otai tuh...
akubiomed akubiomed 18 September, 2013
Kalau tidak ke Bangi memang akan turun tolong support.
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 18 September, 2013
Untungla dapat jumpa retis.. Iols is zelessss hokay.. Hehee.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 19 September, 2013
ermm bestnyer lahai jadi orang kacak ni kannn..
munir ardi munir ardi 19 September, 2013
percaya mestilah dia yang tegur Boni terlebih dahulu blogger pun bisa famous kan apalagi kalau kacak seperti Boni
Che Rosliza Che Mat Che Rosliza Che Mat 19 September, 2013
control kacak ya boni...seronok orang kacak boleh jumpa artis...
baby comel baby comel 27 September, 2013
Retis kan org tu... pewittt
Sam Banjamin Sam Banjamin 01 October, 2013
okey datang shah alam tak roger aku... okey fine..
aidil aidil 31 October, 2013
sedih tak tau nama aku. hahaha!