Bancuh Cat

Bulan lepas aku ada ke Nilai untuk melawat projek bos aku. Masa kat sana, kitorang ada juga singgah sebentar kat kedai cat untuk beli cat. Sampai kat sana, taukey kedai cat tersebut suruh pilih cat. Aku dan dan rakan setugas, Abang Mail buat pilihan. Macam-macam warna ada. Sampai aku keliru warna apa yang bos aku hendakkan. 

Selesai membuat pilihan, taukey kedai masuk ke dalam bilik yang agak kecil sedikit. Disebabkan perasaan ingin tahu yang agak menebal, aku dan Abang Mail ikut sekali. Ada juga perasaan risau. Takut juga kalau kelelakian aku dicabul dalam bilik tu. Ish. Tak mungkin itu akan terjadi. Lepas masuk, aku pun tengok taukey tu tengah berdiri depan komputer. Aku tertanya-tanya juga apa yang dia nak buat. Aku nak beli cat, bukan nak download lagu.

"Taukey, saya tak mau Download lagu. Saya punya telefon tak boleh masuk lagu",getus aku.

"Sapa mau Download lagu? I tengah Download cat.",terang taukey tersebut.

Tak lama kemudian, pekerja dia bawa satu tong cat. Aku tengok dia buka. Cat warna putih kat dalam tong tu. Lepas tu aku nampak dia letak tong cat tu kat satu mesin. Aku tengok ada cecair terpancut-pancut daripada mesin tu. Rupa-rupanya dia bancuh cat kat situ. Selama ni aku ingatkan memang cat berwarna dah tersedia untuk dijual. Rupanya ia dibancuh mengikut permintaan pelanggan. 

Mesin ni lah yang aku maksudkan. Dia akan membancuh warna mengikut warna apa yang dipilih pelanggan. Rupanya dorang bancuh dulu sebelum jual. Aku ingatkan memang dah tersedia warna-warna cat ni.

Selepas warna cat dicampur, tong cat tu dimasukkan pula ke dalam mesin ni. Mesin ni berfungsi untuk menggaul cat tersebut hingga sebati. Baru lah ia akan jadi warna yang pelanggan inginkan. Aku gelarkan mesin ni "Si penggoncang teragung". Sebab goncangan dia memang kejam.

Selepas siap, kitorang ke kaunter untuk buat bayaran.  Aku pula, masih lagi kagum dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Baru aku tau proses buat cat ni. Kagum yang teramat.

"Taukey, saya mau cat warna pelangi boleh bikin ka. U kasi bancuh sikit.",terkeluar soalan yang agak bengong daripada mulut aku.

"U tangkap dulu pelangi baru kita kasi bikin.",jawab taukey tersebut lantas buat aku tergamam.


{ 28 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim 01 October, 2013
Assalamualaikum boni. hehe lawak okey baca ni. tak tersangka sheila. camtu rupanya dia bikin banyak warna. heeee. ada pulak nak download lagu. kihkih ;p
Lynn Munir Lynn Munir 01 October, 2013
Sekarang dah advance bang. Teknik ni dah lama ada di pasaran kalau tak silap sejak hujung tahun lepas lagi.
Tapi memang canggih la kan, sebab kita tak payah susah-susah nak bancuh cat lagi di rumah.
wantie wantie 01 October, 2013
hambek ko.. tu la tanya soalan yang bukan bukan. cam no ko nak tngkap pelangi tu dik oi..

eh..dodulu mak akak cakap pelangi tu ular Danu. dah lama nau tak dengar perkataan Ular Danu
Bin Muhammad Bin Muhammad 01 October, 2013
Siannya lah Boni...mesti dah lama xbeli cat. Sekarang dah canggih, simpan tong kosong jer...Order baru buat.
fairus fairus 01 October, 2013
BANCUH JANGAN TAK BANCUH..
munir ardi munir ardi 01 October, 2013
pantas rumah-rumah semakin bagus catnya sudah aada alat seperti ini ya
Papa Mifz Papa Mifz 01 October, 2013
dulu masa beli cat untuk rumah baru , orang kedai tuh guna mesin yang macam tuh jugaklah , memang kagum jugak la melihatnya...hehe
Nao Mei Nao Mei 01 October, 2013
hahaha....menu yang tak dalam senarai cat...hahaha...mati tauke tu di kerja awak boni
cweet pinky cweet pinky 01 October, 2013
hehehe ... terbaek la cerita bancuhan cat nih , hahaha ~
Sam Banjamin Sam Banjamin 01 October, 2013
sorry boni... aku teramat sebok kebelakangan ni and tak sempat nak entertain tulisan ko... ni aku luangkan masa singgah sini.. dan nak jenguk entry2 yg aku dah termiss tu... sorry e..

ko baru nampak mesin tu ke? ni mesti x pernah masuk kedai hardware.. tak lelaki tulin la ko ni...
syuk shusuke syuk shusuke 01 October, 2013
nama kau kasi tu ideal gila. haha
Asyik Izas Asyik Izas 01 October, 2013
haha..kagum kagum..mmg kagum bila baca entry boni ni..:)
Liza Yati Liza Yati 01 October, 2013
Lawak ja ayat last tu.2 Thn lps ada Liza beli cat bancuh ni. Amik yg water base sbb nak cat katil baby.Kagum gak tgk masa tu. huhu..
piqa da bajitos piqa da bajitos 01 October, 2013
kalau situ donlod lagu aku pon nak jugak
diana diana 01 October, 2013
canggih betul sekarang kan..
dulu cat memang dah sedia ada dalam tin je..
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 02 October, 2013
sekarang ni semuanya serba canggih..
Isabel Diaz Isabel Diaz 02 October, 2013
Pergh, hebatlah. First time saya tengok.
cik azLyzah⊙.☉ cik azLyzah⊙.☉ 02 October, 2013
alahhhh...goncang mcm tu jae ke..ingatkan memang dah sedia ade cat..boleh tekan kaler ape je kite nak
Mak Lagenda Mak Lagenda 02 October, 2013
heh heh heh..ada cat yg dah siap2 kalernya tp kalo nk kaler yg kita mahukan, mmg bancuh dgn mesin la jawapnya.

Harga cat bancuh ni lebh mahal dr cat biasa tapinya..
Ainim Suju Ainim Suju 02 October, 2013
wow..canggihnya teknologi tu
Khairul Asrol Khairul Asrol 02 October, 2013
semuanya nampak mudah je kan.
Naziman Azlye Naziman Azlye 02 October, 2013
haha. Disuruh kita tangkap pelangi pula ya.
dya bunga dya bunga 02 October, 2013
Hahaha.. Smpai esk pun xdpt nk tngkp pelangi. Hahahah. Kalah mesin doremon
Amanina Mads Amanina Mads 03 October, 2013
cat pun dh canggih.. kalau ada mesin tlg cat kn best. hehe
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 04 October, 2013
Cat jenama mahal je buat macam ni, kalau yg murah2 dah siap kaler dah
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 06 October, 2013
Wo! Kagum2! Selama ni ingatkan memang dah ready pack cat kaler2 tu.. Rupanya dibancuh upon request.. Macam best jer.. Nak sebijik mesin cenggin kat umah leh? Hehehe..
ZON PERMAISURI CHOMEL