Bersantai-Santai Di Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia


Tadi aku ke Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia untuk menjalankan misi yang agak mencabar iaitu bekerja. Perjalanan agak lancar walau pada awalnya tersesat sikit. Salah masuk jalan. Lokasi Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia kat area Pelabuhan Selatan, Klang tapi kitorang pula menghala ke Kedah. Ok, aku gurau je tu. Kitorang terlajak ke kawasan perindustrian Klang.

Sampai kat jalan menghala ke pelabuhan selatan, kitorang berhenti makan di restoran Pak Lee Cendoi. Bos sudah kasi belanja makan. 



Aku pesan nasi goreng ayamAku ingatkan biasa-biasa nasi goreng ayam Pak Lee Cendoi ni, tapi rupanya memang sedap. Sedap sampai aku rasa nak bungkus satu bawa balik.


Nampak kan? Betapa menariknya nasi ayam dia. Lepas habis makan, kitorang terus gerak ke Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia. Sampai kat sana, sambil-sambil tunggu bos selesai urusannya, aku dengan Abang Mail mengambil kesempatan untuk tangkap gambar sana-sini. Bukan senang nak ke sini. Aku rasa macam rombongan murid sekolah pulak masa tu. Eksaited sesangat.

                     Lelaki berperut buncit tersebut bukan aku ye. Harap maklum.
Meja Receiptionist Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia. Sepatutnya ada sorang akak yang duduk sini. Lepas kena sergah dengan aku, lari lintang pukang dia.

Pusing punya pusing, aku ternampak satu tempat permainan. Punya eksaited lagi aku. Banyak permainan. Tak sabar aku nak main. Dah lama tak main alat-alat mainan. Berlari aku ke sana. Tapi bila sampai, rupanya bukan mainan. Kecewa aku.

Nampak macam permainan kan? Aku dah gembira tak terkira dah. Tapi rupanya...
Rupanya pameran lampu dan alat-alat bantuan pelayaran. Kuciwa aku. Menitis air mata jantan aku ni.
Macam-macam alat bantuan pelayaran yang dipamerkan kat sini. Ini agak menarik perhatian aku sebenarnya.

Tak lama kemudian, bos muncul. Selesai urusannya kat Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia. Jadi, kitorang pun balik semula ke pejabat. 

"Bos nak beli kapal ke?",soal aku sambil mata kuyu aku ni bersinar dan berkelip-kelip manja.

"Saya cari kopi cap kapal api.",jawab beliau serius.

Errkk, adakah itu serius atau gurauan? Terpaku sejenak aku.

{ 26 comments.. read them below or add one }

blogger lelaki blogger lelaki 10 October, 2013
erk..dekat sini ada jual kopi kapal api ke?..hu3
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 10 October, 2013
Best dapat pegi tempat-tempat macam ni. Kopi kapal api satu BK.
akubiomed akubiomed 10 October, 2013
Kenapa tidak bawa balik sauh senang hendak tambat mootor. :-)
Lelaki Lelaki 10 October, 2013
kim salam dgn makwe tu k.
Linda Alin Linda Alin 10 October, 2013
Owwwhhh...saya suka makan kat sini juga..laksa dia n cendol mng famous di Pelabuhan Kelang
piqa da bajitos piqa da bajitos 11 October, 2013
akak yg lari lintang pukag tu pi wat kopi ke kedah ke
haha
Aku Penghibur Aku Penghibur 11 October, 2013
ooo alamak tak pernah pula pergi tempat nie
munir ardi munir ardi 11 October, 2013
Di Sini banyak kopi kapal api nanti saya kirim kalau bosnya suka Rakan Boni
cweet pinky cweet pinky 11 October, 2013
hehehehe , hamboi , orang klate kate derak kokse sungguh .. hehehe ~
Mieza Jhaa K Mieza Jhaa K 11 October, 2013
Hah kopi cap kapal api..hahah
fairus fairus 11 October, 2013
KOPI KAPAL API MADE IN ATAS KAPAL.. HEHEHE
Hidayah Hidayah 11 October, 2013
Haha.. betul ke boni ada tanya bos tu..
:p
SecretOfShaila SecretOfShaila 11 October, 2013
Fuyooo mcm best sahaja...ade kesempatan boleh pegi nie..
manfaat sarapan pagi manfaat sarapan pagi 11 October, 2013
Wah infonya bermanfaat sekali nih sob, saya bakal berkunjung lagi nanti,
AmyZana AmyZana 12 October, 2013
Lol tak boleh blah ~ Seperti biasa entri abang boni sangat tak boleh blah ~ Eh kejap. Macam kenal je abang perut buncit dalam gambar tuh. Serupa tuan empunya blog :p
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 13 October, 2013
erkk... nasi ayam mcm menakutkan lah...ingat benda apa td
hehe
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 13 October, 2013
Ayat last tu tak leh blah betul.. Manja bos BK bergurau.. Wakakakaka!
ZON PERMAISURI CHOMEL
Hanif Idrus Hanif Idrus 14 October, 2013
satu nadi goreng soesial..
ProfHariz ProfHariz 14 October, 2013
Tak bagus kalori banyak nasi goreng tu.
Ainim Suju Ainim Suju 14 October, 2013
kenapa tak pinjam satu lampu tu bawa balik rumah? kot2 takde letrik, boleh gak guna..kekeke
baby comel baby comel 15 October, 2013
fuhh, tak pasal2 kopi cap kapal api terus jadi glamer. Tak pasal2 trending kat tweter
Sukma Haron Sukma Haron 18 October, 2013
amik ko kopi cap kapal api....hoho
hazman aka species1980 hazman aka species1980 24 October, 2013
Memang teknik ko zoom nasi goreng buat ramai orang terliur la abang boni kacak
AnonymousAnonymous 11 January, 2014
fantastic put up, very іnformative. I ponԁer why
the opposite speсialists off this sector don't underѕtand this.
Υou must proceed your writing. I am confident, уοu have a great readеrs' base already!


Feel free to surf to my page - abdominal pain Abdominal
AnonymousAnonymous 28 February, 2014
Hello would you mind letting me know which web host you're working with?
I've loaded your blog in 3 completely different browsers and I must say
this blog loads a lot faster then most. Can you recommend a good web hosting provider
at a reasonable price? Thanks a lot, I appreciate it!


Here is my blog - Primalite Garcinia cambogia formula
AnonymousAnonymous 12 April, 2014
Make alterations to ideal your education course for in the morning.

Eliminating seriously one completely choice ought to improve your main odds about selecting this particular correct unravel.
This results in protecting a new smart blackberry
with a functional password that a majority of is
terribly difficult to make sure you guess.

Take a look at my web blog - test kph (http://www.dummy.com)