Cendol Dan Rojak Marvelous Sekitar Selatan Tanah Air

Selasa hari tu aku dengan Abang Mail ke Batang Benar untuk tengok projek Company. Lepas je tengok, kitorang ambil keputusan untuk layan cendol dengan rojak yang sedap dan Marvelous di Nilai kata Abang Mail. Kitorang terus pecut ke Pekan Lama Nilai. Area berdekatan perhentian bas Nilai.  

Sampai kat sana, aku tengok kedai cendol tu hanya sekadar gerai. Macam ni katanya Marvelous? Pelik je. Macam biasa-biasa je. Macam tak best je. Macam tak menarik je. Macam comel jeww... Eh! Terbawa-bawa aku dengan video tu. Maafkan aku.

Lepas tu, tanpa buang masa aku terus minta cendol dengan rojak kuih

" Abang, saya yang kacak ni nak cendol satu, rojak kuih satu. Saya nak cuba try test kat kedai ni. Katanya sedap dan Marvelous. Tapi berdasarkan keadaan luaran kedai abang ni, saya tak rasa cendol dan rojak abang sedap pun.",kata aku sambil menumbuk meja. 

" Ok, adik makan dulu ye. Dah selesai makan baru adik komplen tau.", jawab taukey sambil senyum.

Cendol dan rojak kuih pun sampai di meja. Belum sempat taukey tu letak dua Item tersebut di meja, aku dengan selamber terus hirup cendol tu. Sedutan pertama buat aku terpana. Terpana bak terpandang lima jongkong emas. Lepas hirup cendol, aku terus mengokak pula rojak kuih tersebut.

Humangaih.. Memang betul kata Abang Mail. Antara cendol dan rojak yang paling sedap aku pernah makan. Pergh. Hampir menangis teresak-esak aku. 

Cendolnya tak kedekut santan. Memang sekali hirup tu, rasa nak hirup terus sampai habis. Memang sempurna cendolnya.

Rojak kuihnya pula memang sedap bortingkek-tingkek. Kuah rojak bagi aku hampir sempurna. Tak terlalu pekat, tak terlalu cair. Rasanya pedas ada, lemak ada, manis ada, masam ada.

Kesimpulannya, korang kalau singgah kat Nilai, aku sarankan ke gerai cendol dan rojak ni. Sebab cendol dengan rojak dia memang terbaik. Aku kalau tak kerja hari tu, aku dah bungkus bawa balik ke rumah. 

Lokasinya di Pekan Lama Nilai, bersebelahan stesen bas Nilai dan bertentangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Min Nilai.




{ 33 comments.. read them below or add one }

Phat Phat 31 October, 2013
terliur la baca entry ni tu x tengok gambar tu
Bahrain Bahrain 31 October, 2013
makan dengan penuh perasaan betul..haha
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 31 October, 2013
sedapnya dpat makan time panas2 nie
Sukma Haron Sukma Haron 31 October, 2013
sedap + maveles = murah pulak tu....senyum lebar yea....
blog-tips-kurus blog-tips-kurus 31 October, 2013
jauh...

*tokey dia hensem tak?
Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 31 October, 2013
suka cendol santan kelapa sawit...boni bila nak belanja akak ni...ekekeke...
Niesa Niesa 31 October, 2013
wuaaa...cendolll...meleleh air liur..nak jugak..
BlogS Of Hariyanto BlogS Of Hariyanto 31 October, 2013
cendol...rujak....saya jadi lapar nich boni......
hazman aka species1980 hazman aka species1980 31 October, 2013
owwhh... duty travel rupanya.... so bila nak citer pasal explorasi HONDA ko tu ....haahaha
syuk shusuke syuk shusuke 31 October, 2013
mesti kalau tak cerita yang boleh menjeleskan aku tak sah ! haha
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 31 October, 2013
walaupun pernah tinggal di selatan..tapi x pernah merasa cendol kat sana..huhu
munir ardi munir ardi 31 October, 2013
cendol dan rojak makanan kesukaan saya bahkan makanan wajib dalam sehari
Akuro San Akuro San 31 October, 2013
menarik... boleh cuba nih kalau turun nilai...
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 01 November, 2013
mmg gandingan yg terbaik ni,, sedap tu !
SecretOfShaila SecretOfShaila 01 November, 2013
terliur tgk cendol tuuu...huhuhu
Isabel Diaz Isabel Diaz 01 November, 2013
Lama tak makan dua benda tu. Terliur ler pulak. Hihi.
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 01 November, 2013
Cendol ni minum panas2 memang sedap...
fairus fairus 01 November, 2013
PERGGHHH.. BRO, ROJAK + CENDOL = GABUNGN MANTAP.
Denaihati Denaihati 01 November, 2013
kalau kesana mesti cari cendol ni, nampak memang menggiurkan lah.
Cik Nur™ Cik Nur™ 01 November, 2013
ohoii..sedapnya tgk cendol tu.!
Muhammad Syazwan Norhalik Muhammad Syazwan Norhalik 02 November, 2013
makan cendol dah jadi trend ek :P
Hanif Idrus Hanif Idrus 03 November, 2013
aku bukan stakat terliur tapi meleleh baca kesedapan cendoldan rojak tu.....
Hanif Idrus Hanif Idrus 03 November, 2013
aku bukan stakat terliur tapi meleleh baca kesedapan cendoldan rojak tu.....
Kucing Hitam Kucing Hitam 04 November, 2013
dah jadi jalan2 cari mkn dah blog abg boni hahaha
Sam Banjamin Sam Banjamin 04 November, 2013
ko pun cerita pasal cendol dan rojak ke? kebetulan la boni.. ade jodoh kot aku ngn adik pompuan kau.. hehehe
Norizan J Norizan J 04 November, 2013
slurp... macam sedap je.. macam lazat je... sodap bertingket-tingket... lapor..
Amanda Suria Amanda Suria 05 November, 2013
x leh tahan tgok rojak tuh...
Akmal Aizat Akmal Aizat 14 November, 2013
Dengar cerita cendol lagi best yang guna santan kelapa sawit. Pernah nampak di area Bukit sentosa,rawang. teringin nak try.
AnonymousAnonymous 16 June, 2014
X sedap langsung. P try cendol sarip kt seremban. Kat area kedai keranda. 20kali lg sedap dari kedai ni.
sani sani 31 December, 2014
Memang sedap ...setuju dgn budak hensem ni
Sopiah Alicia Sopiah Alicia 19 April, 2015
Cendol nilai ni mmg sgt2 sedap and awesome. Cendol sarip x sedap langsung. Penat beratur je.