Hala Tuju Blogger Dan Peniaga Dengan Blooggers Dot Com?

Sekarang mungkin ramai dah mengikuti perkembangan Blooggers Dot Com. Blooggers dot com ini merupakan satu syarikat yang ditubuhkan oleh seorang blogger Malaysia yang menggunakan nama pena Mr.Jocko.  Semakin hari blooggers dot com semakin mengorak langkah jauh ke hadapan. 

Cuma adakah semua tahu hala tuju dan matlamat blooggers dot com ini? Apa kegunaan blooggers dot com kepada blogger dan juga peniaga. Apakah kegunaannya seperti menggunakan air teh untuk dicicah dengan biskut? 

Bagi aku, ia ada unsur sebegitu di mana blogger perlukan blooggers dot com untuk mencari wang saku tambahan apa lagi kos sara hidup makin tinggi sekarang ini.

Peniaga pula perlukan blooggers dot com untuk mempromosi dan memViralkan perniagaan mereka. Promosi di alam maya yang sememangnya menjadi satu fenomena sekarang. Jika dilihat zaman sekarang ini, peniaga berebut-rebut untuk mempromosikan perniagaan mereka di alam maya, tetapi ada kalanya mereka sukar untuk menyebarkannya. Dengan blooggers dot com, semua itu dapat dipermudahkan kerana di bawah blooggers dot com terkumpul begitu ramai blogger-blogger di Malaysia termasuk aku yang kacak ni. Jadi, jika sesuatu perniagaan itu disebarkan oleh ramai blogger, memang mudah untuk orang 'sedar' akan kewujudan perniagaan itu. 

Blooggers dot com pula perlukan blogger untuk meramaikan lagi komuniti blogger di bawah blooggers dot com kerana projek-projek semakin banyak di bawah blooggers dot com. Antara projek yang besar di dalam tangan blooggers dot com adalah projek dengan KTMB. Jadi, dengan pertambahan projek-projek ini, blooggers dot com memang perlukan lebih ramai blogger untuk meramaikan jemaah bloogers dot com.

Manakala blooggers perlukan peniaga sudah tentu untuk mencantikkan port folio dan juga memajukan lagi blooggers dot com jauh ke hadapan hingga menjadi satu syarikat pengiklanan terbesar buat peniaga di Malaysia ini. 

Jadi kepada blogger , marilah sertai blooggers dot com. Mari meramaikan lagi komuniti blogger di blooggers dot com. InshaaAllah, blooggers akan makin berkembang dan akan banyak peluang untuk korang menambah pendapatan korang. Boleh cari kami di page facebook - Blooggers Dot Com atau website www.blooggers.com
Maafkan aku sebab aku tak reti nak letak link menggunakan ipad mini aku ni. Hahaha.

Dan kepada peniaga-peniaga, jangan berkira untuk keluarkan modal bagi sudut promosi kerana dengan promosi sahajalah yang dapat kembangkan perniagaan korang. Dan untuk sedikit info, aku tertarik dengan peniaga-peniaga berbangsa cina kerana mereka peruntukkan 30% dari perbelanjaan mereka semata-mata untuk promosi. Dan setiap kali promosi, mereka akan memanggil ramai blogger untuk menyebarkan perniagaan mereka. Kerana mereka memang pentingkan promosi untuk memajukan perniagaan mereka. Dan ini adalah satu strategi perniagaan yang memang berkesan. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

                        Projek yang kini sedang dijalankan oleh Blooggers Dot Com
Inilah wajah ayu Mr. Jocko yang telah berjaya menandatangani projek bersama Cell Adverts Solution.

Meeting bersama dengan PTS. Syarikat penerbitan buku di Malaysia. Antara bukunya adalah novel penulisan Ain Maisarah. InshaaAllah, jika tiada aral, mereka akan turut bekerjasama dengan Blooggers Dot Com.

Kesimpulannya, aku tetap aku walau penulisan aku kali ni agak serius. Ok, masa untuk aku fikir entri-entri mengarut macam biasa. Aku sebenarnya tak gemar penulisan serius sebab aku takut orang salah sangka aku ni adalah Aaron Aziz yang menyamar. Ok, bye.

*berjaya juga aku upload gambar bersaiz besar dalam blog menggunakan ipad. Hahahaha.

{ 29 comments.. read them below or add one }

Rosmadi Shakri Rosmadi Shakri 06 October, 2013
Untung la dapat makan BeefSteak
hafizrahim hafizrahim 06 October, 2013
peh..entri serius..gua tak caya lu tulis camni..nice..lagi nice bila ada muka gua dalam gambar tengah makan tu..hahaha
baby comel baby comel 06 October, 2013
Mmg betul2 serius entri kali ni. Xpe faham, kita tengah moving forward jadi xleh nk main2 sgt. Hehe, ate keme paham
fairus fairus 07 October, 2013
BAGI LE LINK BRO.. SENANG NAK TERJAH..
penaberkala penaberkala 07 October, 2013
tu dia,, boni kacak orang kuat Blooggers dah bersuara
cayalah bro

pssst, nanti roger-roger la ye untuk projek KTMB..mau join jugak
Cadang kat bro Jocko,kita buat forum blogging atas train!
Ini baru style..
sambil jalan-jalan, sambil berkongsi ilmu
Nizam Ijam Nizam Ijam 07 October, 2013
selamat maju jaya Blooggers!!!
Ainim Suju Ainim Suju 07 October, 2013
OK..dah daftar nak kena buat apa?
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 07 October, 2013
tahniah, selamat maju jaya..
Arya Teja Arya Teja 07 October, 2013
Salam.
Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG MACAM2 ADA. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.
careno careno 07 October, 2013
yer.. penulisan nmpak serius... buat aku tension... hahaha...
tarmizi tarmizi 07 October, 2013
macam tak caya je boni kacak yang taipkan serius bebenor gamaknyer haha...
Bin Muhammad Bin Muhammad 07 October, 2013
Tahniah...semoga makin maju bertapak2 kehadapan :)
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 07 October, 2013
Tahniah! Semoga semakin maju dan terus maju :D
boni kacak boni kacak 07 October, 2013
@Ainim Suju: ainim, selalu jenguk kat page blooggers dot com. Sebab akan selalu update tentang event dan berita2 terkini :)
Nao Mei Nao Mei 07 October, 2013
tahniah boni....terbaik lah....
blogger yang makin maju :)
Lizz Lizz 07 October, 2013
mana link untuk kami terjah? (padahal boleh je cari sendiri.hahaha)

wantie wantie 07 October, 2013
baru tau ni ada blogger dot.com. nak jugak join.

mie mie 07 October, 2013
insyallah...
teringin nk join...
hihi
muja muja 07 October, 2013
AMBOOOOOOIII,, serious bebenor,, insya ALLAH bloggers dan bloogers akan sesama memanfaatkan antara satu sama lain,, ekekekee
SecretOfShaila SecretOfShaila 07 October, 2013
semoga terus maju !! (^-^)
JOBS VIEW JOBS VIEW 08 October, 2013
mati2 ingat "Blooggers Dot Com" tu adalah refer to "Blogger.com"..rupa2nya lain..huhu..
Miziey Miziey 08 October, 2013
Perghh!! dasat ah sekarang bro. Maju eh. Apa-apa pun all the best bro. :D
hazman aka species1980 hazman aka species1980 09 October, 2013
peghhh.... rezeki betul la korang makan nandos ramai-ramai yea.... p/s : lepas sila upload gambar adik versi foto besar yea.... ahhahahaha
Edi - aura ide Edi - aura ide 10 October, 2013
Untuk meningkatkan traffik blog kita, saya setuju dengan usulan anda untuk berpromosi baik secara gratis maupun berbayar!
ProfHariz ProfHariz 14 October, 2013
Ramai betul gegadis komen sini ye.