Rasa Macam Nak Duduk Kat Kampung

Baru-baru ni aku balik kampung bersama mak aku. Mak aku ada urusan. Manakala aku pula mengambil kesempatan pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran dan jiwa yang serabut. Serabut dek kepadatan manusia di kotaraya. Serabut dek bau ketiak manusia di kota raya. Dan serabut dek kemajuan bandar yang semakin pesat tetapi mempunyai tamadun yang semakin mundur.

                 Bagan serai ke kiri manakala taiping terus. Taiping? Heh heh.

"Bonda, kita hendak terus atau ke kiri?",soal aku sambil tersengih kerang busuk. Bukan apa, kalau terus kitorang akan sampai ke rumah bakal mak mertua aku. Hahaha.

"Kalau rasa hendak ditampar dengan tayar kereta, silalah pandu terus. Bonda punyai urusan ni. Nanti bila kita mahu pulang dan punyai masa, singgahlah puas-puas.",jawab mak aku selamber dengan spek hitam besar terselit di wajah. Pergh, macam mak datin mak aku ni.

Dan, selepas tu kitorang terus menuju ke Bagan Serai. Sampai kat sana, masa dah agak petang. Jadi, aku mengambil keputusan untuk jalan sorang-sorang keliling kampung sambil bermonolog sorang-sorang macam dalam drama tv tu. 

Aku cukup risau masa jalan sorang-sorang ni. Takut terdengar suara gadis-gadis menjerit-jerit dan meroyan-royan disebabkan terpandang kekacakan wajah aku yang tak terperi ni. Nasib baik tak terjadi.

Agak bosan berjalan-jalan, aku pergi melawat Pak Ngah aku. 

"Pak Ngah buat apa tu?",soal aku.

"Apa ke bengap anak menakan aku sorang ni. Dah nampak Pak Ngah bercangkul sambil dikelilingi sayur-sayuran ni, tak mungkin Pak Ngah tengah menari zapin. Lagi mau tanya kan?".

Pergh, sedas aku kena. Haha. Sambil-sambil tu aku bertanya juga macam mana keadaan sayur-sayuran dia. Dia pun mula bercerita. Dan katanya, dia ambil inisiatif ni sebab kos sara hidup yang agak tinggi. Hurm, dalam fikiran aku pula, kalau kat kampung pun dah terkesan dengan kos sara hidup yang makin tinggi, apa lagi manusia-manusia metropolitan lagi bergaya macam aku ni. Bergaya tapi poket kering. Kalau kat kampung memang agak menarik sebab boleh bercucuk tanam, kalau kat bandar nak tanam apa? Apa lagi yang duduk kat flet-flet tu. Kos sara hidup memang semakin kejam sekarang. Aku dah mula rasa nak pindah ke kampung. Tanam sayur-sayur, bela ikan, bela itik, bela ayam, bela kambing. Makan sendiri je. Lagi segar dan bebas racun.

         Menggunakan sekam padi. Memang segar bugar sayur-sayur yang ditanam
           Dulu sini bela ikan. Tapi disebabkan tak cukup bekalan, terpaksa dihentikan. 

Selesai bersembang, kitorang pun masuk rumah. Dah malam. Dan, keesokannya, aku dan mak aku pulang. Sekejap je balik kampung tapi cukup buat aku tenang. Rasa sejuk je jiwa. Lagi sejuk kalau dapat singgah rumah bakal mertua, tapi tak sempat. Hahaha.

{ 40 comments.. read them below or add one }

trah zain trah zain 08 October, 2013
sangat klasik bicaranya,,haha
kt kampung mmg best, mcm2 ada,,haha (^___^)
wantie wantie 08 October, 2013
waaa... rinduku kat kebuh getah, sawah bendang depan umah sangat sangat menebal tat kala entry kamu ni di baca....

tam sabar dah nak balik kampung sabtu ni. windu mak, ayah, ayam, itik dan tak lupa juga pada lutong yang bergayut kat dahan dahan pokok getah mak tu...

eh.. bau getah sekerap tu windu tak?
windu le.. dodulu kita juga seorang penoreh getah tau...
Niesa Niesa 08 October, 2013
rasa mcm tgh baca novel je...sungguh indah suasana di kpg..haha..
Bin Muhammad Bin Muhammad 08 October, 2013
Tiada lokasi yang paling menenangkan selain dari kampung sendiri...

Kalau di blog pula...sekali singgah ke Relaks Minda, tenangkan fikiran...hehe
cweet pinky cweet pinky 08 October, 2013
hehehehe ~ terbaek la , kalaw CP duk bandar lak , tak sabar nak balek kg semula , bandar tuh stok jalan2 jer , tak sesuai nak buat tmpat tinggal , hehehehe ~ maap yer orang bandar, tapi nih larrr pendapat CP ... :P
Fauzi Blues Fauzi Blues 08 October, 2013
gua pun dah mula ejas pak sedara bini gua utk beli tanah dia blakang umah mertua gua..dpt rembat kalu..kompom gua bikin rumah satu balik duk kg...serabut je duk kl ni...
Ija Rased Ija Rased 08 October, 2013
yup betul..seronok duk kampung..tennang dan damai je...hurm..satu hari nanti pasti balik jugak
Nao Mei Nao Mei 08 October, 2013
wah kampungku yang damai..hihi
fairus fairus 08 October, 2013
APA GUNA MAJU KALAU TAMADUN TERUS MUNDUR.. MEMANG LAGI BEST DUDUK DI KAMPUNG..
muja muja 08 October, 2013
amboooooooiiii... kalau muja jalan terus je,, hahahaha.. jiwang nau boni kacak sekarang,, ekekeke

ps-lawa gilak gambar,, guna gadget ape ye?
akubiomed akubiomed 08 October, 2013
Ulat batu pun boleh hidup. Ini kan manusia. Kesian bro korek hidung dalam sikit. :-)
diana diana 08 October, 2013
umah akak kat kampung keliling umah kebun sayur.tapi bukan mak akak punya..cina punya..kami cuma sewakan tanah untuk dia..dia untung sebulan ribu2 tau..nak buat sendiri mak akak tak mampu..tak larat..orang muda semua sibuk nak dok kolompo je..
diana diana 08 October, 2013
This comment has been removed by the author.
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 08 October, 2013
santai betul sambil bercerita tentang kekacakkan si boni hahaha
piqa da bajitos piqa da bajitos 08 October, 2013
eceh
rindu mak nye ke anaknye ?
haha
Isabel Diaz Isabel Diaz 09 October, 2013
Hahaha, ditampar dengan tayar kereta? Rocknye mak abang Boni.
aTieYusof Family aTieYusof Family 09 October, 2013
Bestkan suasana kg..aman, damai & tenang...takde lah serabut..ehhee
semua tempat2 diatas tu kak dah pernah sampai..:)
Hanif Idrus Hanif Idrus 09 October, 2013
Bahasa 60an yang cantik..hehehehehe.
Betull duduk kampung macam2 sara diri dapat dibuat macam tanam pokok buah-buahan dan sayuran
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 09 October, 2013
Kalau betul2 duduk kampung yang ada tanah bendang, tanah kebun tu okey lah...kadang kampung sekarang pun dah banyak diterokai jadi perumahan dah...

Kalau betul pun ada tanah...kalau MALAS! tak menjadi jugak...baik duduk kerja kilang ke jadi JAGA ke jadi buruh kasar ke kat bandar nun...kurang sikit tenaga luar..
SecretOfShaila SecretOfShaila 09 October, 2013
wahhhh bestnya...damai sahaja pemandangan..^^
Ema Johari Ema Johari 09 October, 2013
kenapa BK tak mengcangkul sekali...
Sheila Salim Sheila Salim 09 October, 2013
Assalamualaikum boni. wahh bestnya bagan serai. ada kawan sheila sorang duk situ.. teringin nak datang sini. haha rugilah takdapat jumpa bakal mertua ;p
NieynaSakinah ZA NieynaSakinah ZA 09 October, 2013
best nye duduk di kampung !!!! huhuhu ... tetiba rindu nak balik sarawak .. sobs sobs ...
Bahrain Bahrain 09 October, 2013
Baru balik kg semalam..
Cik Nur™ Cik Nur™ 09 October, 2013
Wahhh...taiping..!
dekat dah dengan Nur tu...
kekeke
munir ardi munir ardi 10 October, 2013
Idul Adha dah dekat nak balik ke kampung ke?
syuk shusuke syuk shusuke 10 October, 2013
kena dengan bonda pastu pak ngah. kau mmg terer bro boni. HAHAHA
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 10 October, 2013
Wah BK, bakal isteri orang Taiping yea, nanti ajak saya juga nak kenduri, Best tinggal di kampung.
Rosmadi Shakri Rosmadi Shakri 10 October, 2013
kalu duk kampung, tak leh dah panggil nama Boni Kacak,,, kena tukar nama Zuhaili,,, ekekek
Yumida Huda Yumida Huda 10 October, 2013
luasnya kebun pak ngah
wah nnti kim salam kat mertua
Za Za 10 October, 2013
suasana kg mmg menenangkan ... dah rindu lak kat kg ...
dya bunga dya bunga 10 October, 2013
sgt rugi tak singgah rumah bakal mak mertua..hahahah
~CAHAYA~ ~CAHAYA~ 11 October, 2013
rajinnyer pak ngah awk..xmcm awk kot..hehe sowi...gurau jek..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 13 October, 2013
Seronok tinggal kat kampung.. Macam2 aktiviti boleh buat.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
ProfHariz ProfHariz 14 October, 2013
Ambil gambar je ke? Hang tak mencangkul pun :P
NURSHAKIRA ABDUL HALIM NURSHAKIRA ABDUL HALIM 14 October, 2013
Hahaha bicaranya seperti mahu minta penampar laju2.. hehe
Amanda Suria Amanda Suria 14 October, 2013
Alahai...kalau dpt singgah rumah mertua confirm senyum sampai ke telinga..kan?
Sukma Haron Sukma Haron 18 October, 2013
suka dok kampung...jimat...semuanya ada di sekeliling rumah kita....udara pun segar..