Aku Memang Suka Menyanyi

Aku Memang Suka Menyanyi

Aku pun tak faham kenapa aku dilahirkan memang suka menyanyi. Sebelum ni memang aku betul-betul obses dengan nyanyian. Tapi tergendala bila aku dah menyedari suara aku ni bukan suara yang boleh jual. Kadang-kadang bila aku dengar balik, macam bunyi suara katak kena pijak. Patutlah susah aku nak menang mana-mana pertandingan nyanyian. Jadi, aktiviti nyanyian aku tersekat di tengah jalan. Lagipun, bila difikir balik, ada natijahnya aku tak jadi penyanyi. Aku takut orang Confuse mana aku dan mana satu Aaron Aziz.

Sama kan? Saling tak tumpah
Biasanya kalau kat rumah ni, setiap hari aku akan melalak. Bila kadar keseganan aku kurang, memang aku akan menyanyi, memekak, melalak, meraung dan meronta-ronta sampai jiran sebelah ingat aku terkena kuman kencing tikus. Aku pun tak faham. Memang lagu akan keluar daripada mulut aku tanpa dapat ditapis.

Jadi, hari saja aku nak persembahkan kat korang beberapa nyanyian yang telah berjaya aku rekodkan. Harap korang terhibur. Abaikan keadaan diri aku yang agak seksi tu.


Tetap Menantimu - Nomad


ku relakan jiwa - hazama (chorus)


ku relakan jiwa - hazama

{ 12 comments.. read them below or add one }

Kamil Salleh Kamil Salleh 28 November, 2013
Gua pun macam bro juga suka menyanyi...tapi segan nak recording.
Aku Penghibur Aku Penghibur 29 November, 2013
wahhh aku plak suka menyanyi.. tapi sorang2 sajelah..
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 29 November, 2013
untung ah suara sedapp.... :P
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 29 November, 2013
Memang macam katak terpijak yang sedang menyanyi . hahaha (kidding) .. oke2 laaa. semua orang boleh menyanyi tapi tak semua orang boleh menyanyi dengan sedap . hahaha. ade masa kita nyanyi berduet eh boni !!! hahahahhak . :D
hazman aka species1980 hazman aka species1980 29 November, 2013
Abang BONI KACAK memang pandai menyanyi dan berlakon .....hehehehe ( ayat bodek )
fairus fairus 29 November, 2013
SEKSI ABANG BONI KACAK.. HEHEHE
SecretOfShaila SecretOfShaila 29 November, 2013
suara sedap...tapi kalau pakai baju lagi sedap mata memadang kot...
Azwar Syuhada Azwar Syuhada 29 November, 2013
Wahhh ada bakat terpendam rupanya.. teruskan usaha ya! hehe :)
Cik Nur™ Cik Nur™ 30 November, 2013
suara boni mmg sedap.. :)
akubiomed akubiomed 30 November, 2013
Seksinya menyanyi tidak berbaju. Muah..muah..
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 04 December, 2013
suara sedap oklah... KA pun suka nyanyi2 ni sesekali release tension ni !