Hari Ini Aku Jadi Juru Jamban

Hari ni kat pejabat, aku dengan Abang Mail ditugaskan untuk memperbetulkan tangki jamban. Dah berapa minggu rosak. Tekan...tak keluar air, tapi keluar rasa marah. Hahaha. Maknanya tak berfungsi lah tu. Jadi, dengan ilmu yang kosong tentang tangki jamban, aku dengan Abang Mail mula membuat kajian sendiri. Apa lagi membuat kesimpulan sendiri walaupun kesimpulan tu sebenarnya syok sendiri. 

jamban, tangki jamban, pam jamban, betulkan tangki jamban
Nampak tak. Nak tukarnya sikit je. Bahagian pam dalam tu. Tapi kena bukak tangki sekali.
Ingatkan mudah, tapi sebenarnya tak berapa mudah. Beberapa kali Try N Error. 

jamban, tangki jamban, pam jamban, betulkan tangki jamban
Antara Part-Part dalam tangki jamban tu.
Lepas beberapa kali Try N Error, akhirnya tangki jamban berjaya dibetulkan. Tapi, ada sedikit pertengkaran manja antara aku dengan Abang Mail.

Abang Mail : Bro, aku rasa kita dah salah pasang lah. Aku rasa bahagian skru tu kena pasang dulu baru dia punya pengikat.

Aku : Ish, betul dah bro kita pasang ni. Memang macam tu. Kalau skru tu pasang dulu, tangki ni tak lekat. Dia boleh jatuh atau bergerak ke kiri dan ke kanan.

Abang Mail : Betul ke bro?

Aku : Betullah. Aku dah Google dah tadi. Janganlah risau. Betul dah kita buat ni. (tegas aku untuk meyakinkan Abang Mail sambil mengangkat tangki jamban tersebut. Dan... tangki jamban tersebut terangkat dengan mudahnya.)

Muka Abang Mail bersinar sambil tersenyum sinis pada aku.

Aku : Aku dah cakap dah tadi yang kita salah pasang. Sepatutnya pengikat dia kena pasang dulu baru skru. Abang Mail ni degil tak nak dengar cakap aku....

{ 20 comments.. read them below or add one }

amir zahari amir zahari 30 November, 2013
Hahaha.. Mohon bawa pkara ni dlm meeting..
akubiomed akubiomed 30 November, 2013
Bukan di sekolah menengah ada kelas kemahiran hidup. Masa ini peluang menjadi hero untuk memikat awek dengan kebolehan membaiki pam tandas.
Cik Nur™ Cik Nur™ 30 November, 2013
berbakat besar rupanya boni ni..mcm2 boleh buat nih.. :)

kekekeke
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 30 November, 2013
Pahala tu Boni... memudahkan PDP "Pam Dan Periksa" hehehe...
Niesa Niesa 30 November, 2013
memang serba boleh la boni ni...bgus wat jd calon menantu..hahaha
ma ❥ ma ❥ 30 November, 2013
wah serba boleh.. jejaka idaman ler ni hehe
BlogS Of Hariyanto BlogS Of Hariyanto 30 November, 2013
akupun turut bersinar mengetahui ternyata boni adalah pakar jamban...luarbiasa :-)
nur lyla nur lyla 30 November, 2013
haha.. mesti muka merah kan.. haha.. lawaklah..
hana hadi hana hadi 30 November, 2013
nak gak menang kan.hehe
syuk shusuke syuk shusuke 30 November, 2013
kentut, hahaha. kesimpulan cerita ni kau yang salah ! nasib baik tak dibawa ke mahkamah :P
Nao Mei Nao Mei 01 December, 2013
hahaha....semangat gak cik akak baca entri nie.....rupanya langkah berdua tak berjaya..hihi
Amanda Suria Amanda Suria 01 December, 2013
boleh la amik upah tolong repair tangki jamban umah sewa SA ni...dah lama dah roak..hahahahha
fairus fairus 01 December, 2013
MASTER OF TOILET.. TERBAIK BRO.. :)
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 02 December, 2013
sekali sekala jadi Juru Jamban hehhehe
SecretOfShaila SecretOfShaila 02 December, 2013
wahhh...baguslah...bertamabah kemahiran boni..
obat sumilangeun obat sumilangeun 02 December, 2013
ha ha ada aa ja nya....
kreatif
hazman aka species1980 hazman aka species1980 02 December, 2013
DIY yang bagus nie... sila buat tutorial langkah demi langkah yea.....
Afasz Afasz 03 December, 2013
hahahahahaha apa la boni ni.. gilos
Bahrain Bahrain 03 December, 2013
kompom bergaduh punya...semua nak menang..haha