Honda Hybrid Family Road Trip 2013 - Ipoh Mali

Honda Hybrid Family Road Trip 2013 - Ipoh Mali

Aku sebelum ni tak tau pun langsung apa tu Hybrid. Selalu tengok kat jalan je kereta-kereta yang menggunapakai teknologi hybrid ni tanpa ambil tau apa kah 'menatangnya' Hybrid tu. Baru-baru ni Honda telah memberi peluang kepada aku dan beberapa orang blogger lain untuk memandu uji sendiri kereta-keretanya yang menggunakan teknologi Hybrid. Dan kami diberi peluang untuk menjelajah Bandaraya Ipoh yang terletak di Perak.
honda hybrid family road trip 2013
Nampak macam Playboy jalanan tak?
Antara blogger yang turut serta dalam Honda Hybrid Family Road Trip 2013 ni adalah Shakiddo, Melastik Bintang, Yana Yassin, Innanie Ariffin, Jackie Clevis Loi, Reiko Ong, Ju Li, Jess Lee, Senri Ning, Charmaine Pua Li Ping, dan Choulyin Tan.

Seperti yang dirancang, kitorang singgah di RnR  Rawang untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh. Apa lagi, kalau dah bawa kereta Honda Hybrid, rasa tak lengkap bila tak bergambar.
honda hybrid family road trip 2013
Kereta yang dipandu oleh aku dan Jackie. Honda Civic Hybrid.
honda hybrid family road trip 2013
Sudah tentu antara yang menarik perhatian orang ramai untuk menjeling kitorang adalah kehadiran Honda CRZ Hybrid ni. Memang Hot dan Sexy.
Selepas puas bergambar, kitorang terus bergerak ke Tesco Teh Teng Seng Ipoh untuk ke Karnival Honda Hybrid Family Road Trip 2013. Perjalanan panjang buat aku menghayati sendiri keselesaan bila berada di dalam Honda Civic Hybrid tersebut. Rasa lembut je perjalanan. Sambil-sambil menghayati keselesaan berada di dalam Honda Civic Hybrid tersebut, aku mengambil kesempatan untuk menghayati keindahan alam semulajadi dan gunung-ganang yang berada sepanjang perjalanan ke Ipoh. Masih terpelihara lagi. Dan, dapat aku rasakan teknologi Hybrid ini sebenarnya dapat juga membantu memelihara alam sekitar. Nanti aku ceritakan kenapa ia dapat memelihara alam sekitar.

honda hybrid family road trip 2013
Sudah tiba di Karnival Honda Hybrid Family Road Trip 2013. Sempat lagi bergambar sebelum masuk ke dalam tempat pameran Honda Hybrid. Di sana kitorang diterangkan dengan lebih mendalam tentang teknologi Hybrid dan apakah teknologi Hybrid ini.
honda hybrid family road trip 2013

honda hybrid family road trip 2013
Salahsilah pencapaian teknologi hijau auto Honda
 Kereta Honda Hybrid ni menggunakan enjin i-VTEC. Tetapi ia bukanlah enjin semata-mata kerana ia dibantu oleh motor elektrik yang menjana elektrik. Jadi, teknologi Hybrid ini adalah teknologi di mana enjin bergabung bersama motor elektrik untuk menghasilkan kuasa yang agak 'Marvelous' tetapi sangat-sangat menjimatkan minyak. Jom tengok contoh gambar kat bawah ni. Bila dua 'kuasa' bersatu, ia lebih Power berbanding menggunakan satu kuasa sahaja.

honda hybrid family road trip 2013

Jadi, berbalik pada persoalan aku tadi tentang membantu memelihara alam sekitar. Teknologi Hybrid ini memang sangat-sangat membantu untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi kerana ia mengurangkan pencemaran udara apa lagi ia menggunakan penggunaan petrol yang kurang berbanding kereta biasa. Jadi, untuk mengawal pencemaran udara, aku dapat rasakan Honda Hybrid adalah pilihan yang terbaik buat yang berkemampuan.

Selepas diterangkan tentang apa itu Hybrid dan bagaimana ia berfungsi untuk menjimatkan minyak dan memelihara alam sekitar, aku terus ke pameran kereta Honda Hybrid yang berada di karnival tersebut.
honda hybrid family road trip 2013
Disebabkan dah merasai dan memandu sendiri kereta Honda Hybrid ni , jadi aku tak berapa teruja untuk tengok kereta di pameran tersebut. Ceh! Setakat pameran, aku dah bawa dah pun. Hahaha.

Ok, selepas puas berada di karnival tersebut, misi untuk menjelajah Bandar Ipoh pun bermula. Tapi sebelum tu, kitorang balik dulu ke hotel untuk mewangikan balik badan yang dah berbau masam. Melastik Bintang dan Shakiddo dah bau orang utan dah. Aku sabar je masa tu. Nak muntah tak sampai hati.
honda hybrid family road trip 2013
Hotel yang menjadi penempatan kitorang. Fair Park Hotel. Tak perlu lagi aku terangkan keadaan hotel ni bila ia dah pun mendapat Anugerah kategori Hotel Bajet Terbaik. Tapi awa-awal aku dah buat Spoil. Aku terpijak lukisan kat lantai tu. Ada nampak kesan tapak kaki aku. Aku minta maaf banyak-banyak pada pihak hotel. Memang aku tak sengaja. 

Lepas mandi dan berehat panjang, kitorang memulakan misi jelajah ke Bandar Ipoh. Jom saksikan tempat-tempat yang menarik di Ipoh.

NASI VANGGEY / NASI GANJA
honda hybrid family road trip 2013
Ok, restoran ni bagi aku antara yang terbaik yang berada di Ipoh. Korang memang perlu ke sini kalau singgah ke Ipoh. Aku malas nak bagitau betapa sedap dan enaknya dia, cukuplah korang tengok pinggan aku tu. Habis licin berkilat.

PADANG POLO
honda hybrid family road trip 2013
Padang Polo pula memang tempat tumpuan untuk orang merasai keenakan laksa dan cendol. Macam aku sendiri, aku adalah seorang peminat cendol. Jadi, aku memang akan merasa dan menilai sendiri bagaimana rasanya cendol di tempat yang aku singgahi. Dan, amat menarik, cendolnya memang sedap. Patutlah orang ramai. 

Kalau korang nak cari bakal bini pun boleh kat sini. Ramai gila Student yang berjogging kat sini. Tu tak kira Student-Student perempuan yang gatal-gatal mengorat aku kat sana hari tu. Nasib baik aku jual mahal. Kalau tak, sehari tu aku boleh dapat lima orang awek sekaligus.
honda hybrid family road trip 2013

FUAD ROTI CANAI
honda hybrid family road trip 2013
Ok, kalau korang ke Ipoh, tapi tak tau mana nak pergi sarapan pagi, aku syorkan korang untuk ke Restoran Fuad Roti Canai. Nasi lemak dengan telur goyang dia antara yang ada 'UMMPHH' kat sini. Bukan aku cakap kosong, hari tu aku pergi pun orang dah penuh sampai kena layan diri. Itu dah membuktikan restoran ni memang sedap dan terbaik. Lokasinya terletak kat belakang Stadium Ipoh.

DATARAN IPOH
honda hybrid family road trip 2013
Kalau korang dah terpelanting kat Dataran Ipoh, sila cari Char Koey Teow Haji Dataran MBI ni. Bagi aku, Char Koey Teow kat sini memang rasa Char Koey Teow. Ia tak rasa pelik dan agak luarbiasa macam sesetengah tempat yang aku pergi. Kat sini Char Koey Teow dia memang Pure dan sedap. Rasa original. Itu yang aku nak. 

IPOH HAINAN CHICKEN RICE
honda hybrid family road trip 2013
Ok, restoran ni pula bagi aku biasa je. Atau mungkin tak kena dengan selera tekak aku. Dan, layanan pekerja pun kurang mesra sampai aku terpaksa menyanyi lagu 'Senyumlah Cek Mek Molek' kat pekerja dia. Ok, mungkin ada masalah agaknya tu. Tak apalah. 

Ok, nampak tak semuanya makan je kan? Hahaha. Tak adalah. Ok, aku teruskan dengan destinasi yang lain.

STESEN KERETAPI IPOH
honda hybrid family road trip 2013
Ok, ini salah satu tinggalan sejarah yang masih ada di Ipoh. Stesen keretapi Ipoh. Tengok binaannya kita dah dapat agak dari zaman apa. Tinggalan sejarah yang wajib kita lindungi untuk anak-anak cucu kita nanti.
honda hybrid family road trip 2013

MEMORY LANE IPOH / LOKEN / PASAR KARAT
honda hybrid family road trip 2013
Banyak betul nama pasar ni. Tapi ia lebih dikenali di kalangan orang tempatan dengan nama LOKEN. Ok, kat tempat ni memang banyak barang-barang yang ANTIK, UNIK dan susah untuk kita temui kat mana-mana. Sesuai bagi pengumpul barang-barang antik untuk ke sini. Antara barang antik yang ada kat sini termasuklah seterika kepala ayam, telefon antik dan berbagai-bagai lagi termasuklah duit-duit lama.

Jom tengok beberapa video yang sempat aku rakamkan.


honda hybrid family road trip 2013

GERBANG MALAM
honda hybrid family road trip 2013
Bila aku jejakkan kaki kat Gerbang Malam ni, aku tiba-tiba teringat Wakaf Che Yeh kat Kelantan. Dua-dua bagi aku sangat menarik. Barang-barang yang ada kat sini pun agak Marvelous dengan harga yang menarik ditawarkan. Bagi aku, ni salah satu tempat yang memang menarik di Bandar Ipoh

KINTA RIVERFRONT WALK
honda hybrid family road trip 2013
Bila aku jejakkan kaki ke Kinta Riverfront Walk ni, aku serta-merta terbayang ICT Shah Alam. Aku ingatkan kat Shah Alam je dapat menghayati keindahan lampu-lampu ni. Tapi rupanya di Bandar Ipoh pun ada. Memang menarik. Tempat ni bagi aku sesuai bagi yang bercinta untuk berjalan-jalan dan menghabiskan masa bersama-sama. Memang romantik. Melastik Bintang siap buat video ucapan hari lahir kepada isteri tercinta kat sini.

Romantik bukan?!!
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
honda hybrid family road trip 2013
Ok, satu lagi tempat yang memang menarik di Ipoh ini adalah Taman Rekreasi Gunung Lang. Sini sangat sesuai bagi pencinta alam semulajadi kerana ia memang dibina untuk tujuan itu. Aku sendiri mengakui diri aku akan jadi tenang dan selesa bila berada di dalam kehijauan alam semulajadi ni. Mungkin alam semulajadi amat rapat dengan diri aku dan aku cintakan kehijauan. Dan mungkin juga aku adalah Avatar. 

Salah satu sebab aku ingin memiliki Honda Hybrid adalah disebabkan aku ingin memelihara alam semulajadi ni. Tanpa alam semulajadi ni, aku dapat rasakan betapa buruknya keadaan Malaysia dan betapa bencananya rekabentuk mukabumi. Takkan nak hidup dalam hutan batu? Aku tak nak. Aku nak kekalkan keindahan alam semulajadi.
honda hybrid family road trip 2013
Kebetulan masa kitorang ke sana, ada satu majlis perkahwinan. Ok. sangat-sangat menarik. Garden Wedding!
honda hybrid family road trip 2013
Ok, setakat ni misi penjelajahan Honda Hybrid Family Road Trip 2013 aku di Bandaraya Ipoh. Menarik bukan? Memang banyak tempat-tempat yang menarik di Ipoh tetapi ia akan lebih bermakna bila kita memandu Honda Hybrid.

Jadi, jom kita pelihara alam sekitar dan alam semulajadi dengan menggunakan teknologi Hybrid. Honda Hybrid amat dekat dengan alam semulajadi. Seperti yang aku bagitau di atas tadi, Honda Hybrid bukan sahaja mesra alam tetapi ia sangat menjimatkan minyak. Aku yang menggunakan kereta Honda Civic Hybrid terasa penjimatan minyaknya. 1 liter lebih kurang 15-20 kilometer perjalanan. Jimat kan? Honda Civic tu.

honda hybrid family road trip 2013

honda hybrid family road trip 2013
Bukan hanya enjin yang power tetapi Honda Civic Hybrid memiliki keluasan yang sangat luas. 
Kalau korang nak cuba sendiri keajaiban dan keseronokan berganda memandu Honda Hybrid ni, ada peluang baik buat korang untuk mencuba sendiri pandu uji Honda Hybrid selama 3 hari 2 malam secara percuma. Asalkan korang mempunyai kad pengenalan dan lesen memandu. Nak cuba?? Kalau nak sila klik --> http://bit.ly/IQcsrI

Dan jangan lupa juga untuk LIKE FB Honda. --> https://www.facebook.com/hondamalaysia

https://www.facebook.com/hondamalaysia
*Jutaan terima kasih dan penghargaan kat Brada ni yang tak penat untuk bawa kitorang keliling Bandaraya Ipoh. Tak ada beliau, bermakna kitorang mungkin akan sesat dan tak banyak tempat untuk kitorang lawati. Terima kasih bro REEZLUV DOT COM. Ada rezeki kita jumpa lagi. Bye Ipoh!

{ 22 comments.. read them below or add one }

blogger lelaki blogger lelaki 05 November, 2013
insight hybrid tu memang lain macam design dia..nampka mengancam
LaLa mhdnor LaLa mhdnor 05 November, 2013
berkenan pulak tgk kereta tu hehe...

untung la boni boleh test drive kete tu :P
Qashmere Qashmere 05 November, 2013
Wah berjalan jalan di Ipoh yer komer... ehehe
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 05 November, 2013
lama dah tak singgah sini..
marniey zul marniey zul 06 November, 2013
untung nya abg boni.. ^^
Lynn Munir Lynn Munir 06 November, 2013
Lepas ni Boni jawabnya bertukar pilihan le dari VIOS ke HONDA HYBRID.
munir ardi munir ardi 06 November, 2013
tahniah dapat jemputan uji drive kereta lagi harap nanti dapat jemputan oleh mobil audi atau ferrari
pipoq pipoq 06 November, 2013
wei..aku tak bawak honda hybrid pun bermakna juga bila aku melawat tempat-tempat menarik kat ipoh ni..hehehe..
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 06 November, 2013
Syok la naik honda pusing ipoh..aku ipoh jarang2 sampai
akubiomed akubiomed 06 November, 2013
Bila nak pau. Boleh ajak jalan-jalan makan angin satu Malaya. :-)
fairus fairus 06 November, 2013
HYBRID THEORY.. CUBA SEARCH GOOGLE..
Umi Qi Umi Qi 12 November, 2013
Rajin betul boni kacak update blog panjang2..kerlassssssssss hybrid tuh ye...haish rasa nak test drive jugak hahhaha...nasi vanggey tuh meletops....
hazman aka species1980 hazman aka species1980 14 November, 2013
memang sonok la bila ada budak PERAK join dalam event nie... tapi aku layan gambar makanan lagi best....
Cik Yaya Cik Yaya 18 November, 2013
syioknyer jalan2..
bnyk jalan, makan pon bnyk kan ^,^
sedap pla tgok..
Mebel Jepara Mebel Jepara 28 June, 2014
Keren banget Om, terima kasih
mebel jepara mebel jepara 08 October, 2016
makasih bos atasinformasinya, sangat bermanfaat dan sangat membantu pengetahuan saya :)