Gerai Nasi Campur Ekonomi Dan Murah Di Kuala Lumpur

Gerai Nasi Campur Ekonomi Dan Murah Di Kuala Lumpur

Mungkin entri ni tak berapa sesuai dibaca oleh orang-orang kaya. Hahaha. Bergurau je. Ok, baru-baru ni, aku ada bungkus kat satu gerai ni. Lari kejap daripada kawasan pejabat. Sebab kawasan pejabat aku tu harga makanan tak berapa sesuai dengan golongan-golongan pertengahan dan miskin tegar. Ini adalah fakta. Tapi masalahnya aku susah untuk lari ke gerai yang agak murah dan ekonomi ni.  Jadi kadang-kadang terpaksa ikat perut. 

kedai nasi campur murah kat kuala lumpur, kedai makan murah kat kuala lumpur, kedai nasi campur murah kat kl, kedai makan murah kat kl, nasi campur murah, nasi campur murah kat kl, nasi campur murah kat kuala lumpur
Ada siapa pernah sampai sini tak?
Gerai ni terletak kat Desa Sri Hartamas. Ada terselit gerai dia kat tengah-tengah tu. Aku tau pun daripada kawan kerja juga. Almaklumlah, memang kitorang buru kedai-kedai murah je. Heh heh. Kali pertama kaki aku melangkah ke sini, aku rasa macam tak berbaloi je makan kat sini. Dalam fikiran aku, mesti tak sedap masakan dia ni. Dan, jujurnya... betul ke murah? 

Aku terus masuk dalam dan ambil apa yang patut. Nasi putih berlaukkan ikan talapia masak sambal. Dan kemudian proses pengiraan pun bermula. RM4.00. Dan kemudian pekerja dia terus hulur satu bungkusan. Aku terdiam.
kedai nasi campur murah kat kuala lumpur, kedai makan murah kat kuala lumpur, kedai nasi campur murah kat kl, kedai makan murah kat kl, nasi campur murah, nasi campur murah kat kl, nasi campur murah kat kuala lumpur
Besar ikan talapia dia.
"Bila saya ada minta air sirap? Ini dah menipu ni! Saya nak Report kat Jabatan Hutan Malaysia!",tegas aku berkeras.

"Eh, kalau waktu petang, memang bos saya sedekahkan air sirap ni untuk pelanggan. Beli nasi dan lauk percuma air sirap.",terang pekerja tersebut.
kedai nasi campur murah kat kuala lumpur, kedai makan murah kat kuala lumpur, kedai nasi campur murah kat kl, kedai makan murah kat kl, nasi campur murah, nasi campur murah kat kl, nasi campur murah kat kuala lumpur
Dapat air sirap percuma. Air pun tak kedekut. Sirap dia pakai banyak bukan sekadar tangkap muat.
Owh, betapa bagusnya gerai ni. Nak kata harga sangat-sangat murah tu tak adalah, tetapi masih mampu untuk aku keluarkan duit aku kalau makan hari-hari. Apa lagi siap ada percuma air sirap lagi. Jadi, kepada korang yang mencari tempat, gerai atau kedai makan yang agak ekonomi dan murah, aku syorkan korang pergi ke sini. Rasa dia pun sedap. Bukan tangkap muat. 

*Niat aku bukan nak menunjuk-nunjuk+aku bukan pesakit mental apalagi menjadi blogger makanan. Bukan. Bukan semua tu. Tapi aku cuma kongsikan gerai-gerai yang murah untuk golongan-golongan seperti aku dapat makan dengan ikhlas. Kalau tak, makan sambil menyumpah seranah tuan kedai sebab mahal kan? Betul tak? Jadi, semoga apa yang aku kongsikan ni dapat memberi manfaat pada ramai orang.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 03 December, 2013
dah banyak dah gerai2 dan restoran yang amal cara ni.... kat tempat kie study pun buat macam ni...
Gadis Shoot Gadis Shoot 03 December, 2013
Wah wah ! Murah rezeki tauke kedai .. Amin ..
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 03 December, 2013
sangat berguna buat orang yg tgh cari port murah2 kat sana tu bro :) tp lagi best kalau tapau dari rumah je..lagi x yah kuar duit tuk makan..hehehe
Bahrain Bahrain 04 December, 2013
sekarang ni susah nak cari kedai yang murah..
akubiomed akubiomed 04 December, 2013
Kos sara hidup semakin meningkat perlu mencari port alternatif.
Hairul Hafiz Hairul Hafiz 04 December, 2013
Dah murah suka bersedekah lagi, memang murahlah rezeki tokeh kedai tu
Ezad Skytech Ezad Skytech 04 December, 2013
kedai pak ali ni memang dekat sangat dengan tempat kerja aq...jalan kaki tak sampai 1km je..maklum la, kat mont' kiara dan desa sri hartamas ni kan tempat org kaya2...mujurlah masih ada kedai makan yang murah...huhu
Cik Nur™ Cik Nur™ 04 December, 2013
bagusnya bos kedai tu...moga Allah murahkan rezeki beliau.. :)
Khairul Zamri Khairul Zamri 04 December, 2013
bagus bos kedai tu. apa2 pun dah bagus dah tu tgk lauk n air tu hehe
ma ❥ ma ❥ 04 December, 2013
ok harganya.. tokey berusaha nak tarik pelanggan bagus! hehe
Afasz Afasz 04 December, 2013
sedap nye lauk dia :D
Liza Licha Liza Licha 04 December, 2013
singgah sini..
hm.. murah jgk tu. tapi kalau nk pergi pon jauh sgt la. sbb skrg kat cyberjaya.
mknan semua mencekik darah. huhu
eyriqazz eyriqazz 04 December, 2013
Depan dbkl ada satu lagi murah....harga buffet time lunch..makanan + air, rm5 je...
Kesuma Angsana Kesuma Angsana 04 December, 2013
ada yer... x pernah cuba kat sini lagi !
fairus fairus 04 December, 2013
KALAU KEDAI NI BOLEH MENJUAL DENGAN HARGA YANG MURAH, KENAPA KEDAI-KEDAI LAIN TIDAK BOLEH? POKOK PANGKAL HATI PENIAGA-PENIAGA. NAK UNTUNG BESAU ATAU UNTUK SEDIKIT TAPI BANYAK KEBERKATANNYA.. WALLAHUAKLAM..
Amanda Suria Amanda Suria 04 December, 2013
Moga rezeki tokey kedai tuh melimpah ruah hendaknya....amin....
hazman aka species1980 hazman aka species1980 06 December, 2013
Memang baguslah info nie boni.... at least kita tahu dalam orang bisnes kat KL nie masih lagi ada yang prihatin
AnonymousAnonymous 12 April, 2014
Lu kelam kbut lebih la der!! typical malay
MOHD RIDHWAN RASHID MOHD RIDHWAN RASHID 16 May, 2014
@eyriqazz:KAT MANA TU YER...SY NAK PEGI LA....TP XTAW....