Port si Putih tidur

Rasanya ramai dah tau aku ni menyara seekor kucing kan? Kucing yang aku jumpa tersesat berkeliaran dengan mata berdarah. Masa tu mak aku lah yang suruh aku ambil dia. Kesian tengok dia macam tu. Tak ada hala tujuan. Macam orang tak ada masa depan. Jadi, aku pun terus ambik dia dan menjadikan dia seorang lagi ahli keluarga kitorang. 

Aku tak pasti samada cerita kucing ni ada orang minat atau tak. Disebabkan tak ada cerita, aku saja-saja up cerita si Putih ni. Hehe. Tak pasti ada yang berminat nak dengar atau tak. 

Diam tak diam aku rasa dah dekat setahun Putih dengan kitorang. Macam-macam dia alami sampai masuk wad sebab jangkitan kuman kat paru-paru. Tapi, makin lama, itu yang buat aku makin sayang pulak kat dia ni. Special edition. Otak bijak. Manja pulak tu. Sama macam tuan dia. Jom tengok port-port dia tidur jom.

Tidur kat sebelah aku. Port kegemaran dia sebelum ni.
Lepas tu beralih kat bawah ketiak aku. Katanya masam-masam manja. Dia suka.
Sekarang kat atas peha aku. Sedap betul dia jadikan peha gebu aku tu sebagai bantal dia kan.

Sekarang aku pulak yang nak tidur. Hahaha. Siaplah aku jadikan dia bantal pulak. Hahaha.

*sayangi makhluk ciptaan Allah kerana mereka akan mendoakan kesejahteraan korang bila korang menyayangi dorang.



{ 17 comments.. read them below or add one }

Vee Lea Vee Lea 17 December, 2013
Niii ada yang suka baca ttg meow :D Vee pun ada kucing gak, dan suka tidur kat katil juga. Miahaha. Kadang2 dia tido sebantal ngan Vee. Slalu bagi dia makan banyak biar gemok, sedap nak peluk :B
Nur Misnan Nur Misnan 17 December, 2013
Lain mcm jer putih tdo kat peha ...

Iz Yahya Iz Yahya 17 December, 2013
comelnya Putih. Biasanya kalau kita lalui hidup bersama dia, jaga waktu dia sakit, bonding tu memang lain macam sikit :) Semoga Putih bersama keluarga awak selamanya :)
Alin Amiera Alin Amiera 17 December, 2013
cumelnye..lena bobok dya tidu
aTieYusof Family aTieYusof Family 18 December, 2013
Putih nak manja2 lah tu Boni..dah dpt tuan penyayang, putih ambik kesempatan lah..haha
Liana Sulaiman Liana Sulaiman 18 December, 2013
memang port terbaik pon untuk tidur..heheh
Blogs Of Hariyanto Blogs Of Hariyanto 18 December, 2013
kucingnya benar-benar lucu...sama dengan pemiliknya
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 18 December, 2013
abah bru je hadiahkan adik lyeen kucing wrna putih dan nama dia mmg si putih....dan bru kjp td dia membuang air kecil atas tilam adik..hahah..pdn muka dia..
hnahdy89@yahoo.com hnahdy89@yahoo.com 18 December, 2013
besar gak si puteh tu kan.. dah besar kaki awak dah.. hehe
suesue 18 December, 2013
Ermmm......jgn sampai putih masuk tertidur dlm pelikat dah........he...he....
akubiomed akubiomed 18 December, 2013
Tak panas si putih tidur celah kelankang? :-)
Cik Nur™ Cik Nur™ 18 December, 2013
untungla kucing suka tidur rapat2..kucing nur xsuka dipeluk...huhuh
Amanda Suria Amanda Suria 19 December, 2013
SA bkn x suka kucing..cuma alah dengan kucing..SA ada asthma..
fairus fairus 19 December, 2013
JANGAN SAMPAI DIA MASUK DALAM KAIN DAH LE..
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 22 December, 2013
comel k comel . comel sangat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!