Sebab Tu Aku Anti Pemandu Mabuk

Aku sejak dulu memang anti pemandu mabuk. Aku tak faham kenapa dorang ni dah mabuk tapi still nak memandu? Dorang tak tau ke dorang sebenarnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Disebabkan terlampau geram, hari ni biar aku nak up cerita pasal pemandu mabuk ni.

Dulu, motor aku pernah kena langgar. Baik punya parking. Pun kena langgar. Bukan aku parking tengah jalan. Lepas kena langgar, dia berhenti. Aku terus pergi ke arah dia. Bukak je pintu bau arak punya kuat. Cakap pun ting tong. Demm.

Baru-baru ni kereta adik aku kena himpit. Kereta sebelah terkeluar Lane. Nasib baik mak dengan adik aku tak terhumban ke Lane sebelah. Dah langgar lepas tu pecut. Larikan diri. Nasib baik beberapa pemandu prihatin tolong kejar mangkuk hayun tu. Seperti yang dijangka, pemandu mabuk.

Paling latest. Adik kawan aku bocor kepala lepas kena langgar dari belakang. Dah langgar, lepas tu pecut larikan diri. Tapi tak jauh sebab kereta dia sangkut dengan bumper yang dah jatuh. Masa nak setel... demm! Mabuk jugak. 
Ni adik kawan aku. Tak pasal-pasal kepala bocor sebab terhentak.
Dapat tak korang bayangkan betapa geramnya aku? Disebabkan pemandu mabuk, budak kecik yang tak tau apa-apa ni terbabit dalam kemalangan. Nasib baik tak teruk. Tak teruk pun, tapi bocor jugak kepala dia. 

Sebab tu aku anti pemandu mabuk. Menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan yang lain. Pasal dia mabuk, orang lain turut sama terlibat dalam kemalangan. Kadang-kadang sampai ada pengguna jalan yang tak bersalah mati disebabkan mangkuk-mangkuk hayun ni. Paling tak bestnya, sebahagiannya suka langgar terus lari. Sebahagian ye aku sebut, bukan semua. Aku masih lagi bertimbang rasa. Tapi korang tolonglah bertimbang rasa sikit bila memandu. Janganlah memandu masa mabuk. Kalau aku ni ada Superpower, aku nak je sumpah dorang ni jadi Sperma. 

{ 14 comments.. read them below or add one }

Fynaz Shamz Fynaz Shamz 18 December, 2013
kesiannya kat adik kecik tu ,, moga cepat baik ... mintak orang yg langgar tu dikenakan hukuman yg setimpal
qarr jalil qarr jalil 18 December, 2013
susah nak track balik orang langgar lari ni..

hish. da mabuk lagi mau drive.. abendela.
azwan azwan 18 December, 2013
salam, memang betul bro. pemandu mabuk ni memang banyak celaka.

kalau mabuk tapi tak membahayakan orang lain tak pa. kalau eksiden mati sendiri tak pa.

kalau mabuk, pastu beri kecelakaan kepada orang lain. pastu dia lari. memang boleh mendatangkan marah
suesue 18 December, 2013
Yelah pemandu mabuk mmg haprak menyusahkan kesian adik tu moga cepat sembuh ye dik
Aku Penghibur Aku Penghibur 19 December, 2013
itulah membahayakan keselamatan org awam
Ainim Suju Ainim Suju 19 December, 2013
tolonglah pihak berkuasa kenakan tindakan yang berat buat pemandu mabuk
Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 19 December, 2013
syukur semua selamat... xpew hari ni dya boleh lepas... esok2 xkan lepas punya dari hukuman Allah...
Amanda Suria Amanda Suria 19 December, 2013
Allahhuakbar...kesiannya..erk..sumpah jd sperma ...buat apa..jd sperma hidup balik..lg byk kaki mabuk lahir nanti...
Cik Yaya Cik Yaya 19 December, 2013
salam..
yaya blum ade pglmn 'kene' dgn pmandu mabuk ni..tp ade kawan yg da kena..dengar pon rase geram jgak..

*lau bleh pancung pale da pancung dah..huhu..*
Qashmere Qashmere 19 December, 2013
Pemandu mabuk patot dikenakan hukuman berat.

p/s: lama eh boni tak singgah blog Mummy. Rindu nak tengok komen. LOL
Cik Nur™ Cik Nur™ 19 December, 2013
pemandu mabuk..dan pemandu mengantuk..sangat2 mbahayakan org lain..!
Shafiq Hashim Shafiq Hashim 19 December, 2013
Arak Raja Segala Syaiton..

Sangat membahayakn pengguna lain..

fairus fairus 21 December, 2013
PASAL TU ALLAH MENGHARAMKAN MEMINUM ARAK.. MEMANG MEMBAWA PADAH..
Nadia Johari Nadia Johari 02 January, 2014
tula..bodoh je..rasa nak bunuh je org tu..dahla mabuk..pastu p memandu..pastu orang lain yang kene