Tahniah Penyamun Inc. Lepas ni kasi sengat lagi.

Baru-baru ni , Team Penyamun Inc. telah berjaya memenangi satu daripada anugerah khas juri di dalam pertandingan filem pendek. Pertandingan filem pendek yang dianjurkan oleh Majalah Jom. Dan tadi telah berlangsungnya acara penyampaian hadiah buat pemenang. Majlis penyampaian hadiah Cover2Camera. Aku dengan megahnya pergi ke sana dengan Alakazam, pengarah video Retak yang dipertandingkan kitorang untuk pertandingan tu. 

Ucapan daripada penulis skrip Fatihah Untuk Abah. Dan beliau merupakan salah seorang juri pertandingan tersebut.
Sambil tunggu hadiah, sambil berjimba. 
Aku sedang menghidu apa yang ada dalam bungkusan tu. 
Tu dia. Alakazam menerima anugerah tadi. 
Dan inilah yang dimenangi kitorang. Sejujurnya, ini merupakan batu loncatan untuk kitorang terus menghasilkan filem-filem pendek di masa hadapan. Dan, bukan tu je, kitorang mendapat banyak ilmu dan pengajaran kali ni.
Antara komen-komen membina yang kitorang dapat. Memang kitorang akui kitorang banyak lagi kelemahan dari segi peralatan. Itu yang kitorang kurang. Mungkin lepas ni. Kitorang akan mula upgrade peralatan secara perlahan-lahan.
Berseri-seri muka Alakazam a.k.a Tailong. 
Aku pun nak jugak. Feeling-feeling jadi orang belakang tabir. Haha.
Puas bergambar, aku Snap pula gambar booth Penganjur. Ni lah rupa majalah Jom tu. Korang pergilah dapatkan majalah ni.
Dan, bukan tu je. Kat booth penganjur pun terselit cd Muad'z Dzulkefly. Lama tak jumpa brada ni. Sedap lagu-lagu dia. Aku tak tipu. Tak percaya pergi cari cd Muad'z , Rindukan Cahaya.

Walau tak dapat memenangi tempat pertama , kedua mahupun tempat ketiga,tapi kitorang tetap berbangga kerana ini adalah pertama kali kitorang menyertai pertandingan filem pendek. Banyak yang dapat kitorang belajar sebenarnya. Tak menang tak apa, tapi kitorang belajar banyak daripada kekalahan ni. Tahniah kepada team yang menang. Dan kitorang akan terus menambah sengat lepas ni. 









{ 17 comments.. read them below or add one }

Zulqarnain Abu Hassan Zulqarnain Abu Hassan 14 December, 2013
Kemain BONI makin hensem lah!

Aura tu... hehehe..
Aku Penghibur Aku Penghibur 14 December, 2013
alhamdulilah ..tahniah ^_^ se4moga penyamun inc menag selalu
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 14 December, 2013
wahhh tahniah tahniah.. teruskan usaha ye!!!
tarmizi tarmizi 14 December, 2013
Menang filem pendek tahniah
KorN KorN 16 December, 2013
penyamun Inch semakin melebarkan sayap
syuk shusuke syuk shusuke 16 December, 2013
tahniah ! semoga pihak hollywood membeli karya kau :D
suesue 16 December, 2013
Tahniah.....jgn lupadiri sudah..
hazman aka species1980 hazman aka species1980 17 December, 2013
cayalah bro.... inilah yang akan jadi pemangkin semangat untuk terus berkarya dengan lebih kreatif
muadz muadz 21 December, 2013
Bonikacak awesome.. sudah masuk alam filem pendek.. terbaiksss:)) tahniah bro.. ye tq tolong mention Rindukan Cahaya. :))