Apa Perlu Dibuat Bila Kucing Terkena Demam Kuning

Apa Perlu Dibuat Bila Kucing Terkena Demam Kuning

Kucing pun macam kita juga. Ada masa dia sihat dan ada masa dia sakit. Sakit dia pun lebih kurang sakit manusia juga. Ada yang terkena demam, ada yang terkena batu karang, ada yang terkena serangan strok dan ada yang terkena serangan jantung. Jangan pula korang gelak sebab ini adalah benda betul.
kucing, cara merawat kucing terkena demam kuning, kucing terkena demam kuning, cara-cara untuk merawat kucing yang terkena demam kuning, demam kuning, bagaimana nak mengetahui kucing demam kuning,
Beberapa bulan lepas, kucing kesayangan aku pun pernah diserang penyakit demam kuning ni. Patutlah masa tu aku tengok dia lain macam je. Selalu aktif. Tiba-tiba ada satu hari tu dia lain macam je. Dia jadi pasif dan tak aktif. Jadi macam lelaki yang ditinggalkan kekasih. Yang tambah memelikkan aku , dia asyik nak sembam kepala dia kat ketiak aku je. Aku dah mula musyhkil. Nak kata ketiak aku wangi, tak pulak aku bau wangi. Masam macam biasa je.
kucing, cara merawat kucing terkena demam kuning, kucing terkena demam kuning, cara-cara untuk merawat kucing yang terkena demam kuning, demam kuning, bagaimana nak mengetahui kucing demam kuning
Aku mula selidik dia. Aku nampak ada yang tak kena. Aku tengok dia jadi terlalu pasif. Jadi pendiam yang sangat. Suka cari port gelap-gelap. Aku terus tengok bibir dia dan kelopak mata dia. Nampak kekuningan. Mula-mula aku ingatkan dia ni  keracunan. Sebab aku memang selalu bagi kucing aku makan rumput. Aku ingat dia makan rumput yang diracun. Malam tu aku terus cari kelapa kat kedai mamak. Aku minta air kelapa. Aku minta mamak tu jangan letak gula. Dia tanya macam-macam. Aku cakap aku tak nak gula sebab aku nak bagi kucing minum. Dia gelak. Aku cakap aku nak bagi kawan aku minum. Dia ada kencing manis. Sambil cakap tu aku buat muka serius. Baru mamak tu laju buat kerja. Tau takut. Hahaha. Balik tu, aku terus bagi kucing aku minum air kelapa tu setengah cawan. Aku sumbat air kelapa tu pakai alat yang selalu kita guna untuk bagi makan ubat kat baby.

Malam tu nampak dia agak aktif sikit lepas kencing. Esoknya aku terus suruh adik dengan bapak aku bawak ke Vaterinar. Tapi Vaterinar tak dapat buat. Dia suruh hantar ke UPM Serdang. UPM Sedang ada hospital Vaterinar dalam tu.
kucing, cara merawat kucing terkena demam kuning, kucing terkena demam kuning, cara-cara untuk merawat kucing yang terkena demam kuning, demam kuning, bagaimana nak mengetahui kucing demam kuning,
Doktor cakap kucing aku kena tahan kat wad. Bila aku dengar, aku tergelak besar. Terbayang-bayang aku kat satu bilik tu ada banyak katil. Ada kucing yang terlantar baring bersepah-sepah wayar kat badan. Lepas tu tuan dia duduk kat sebelah melawat dia. Macam kat hospital tu. Tapi bila doktor bagitau kucing aku terkena jangkitan kuman akibat demam kuning, aku terus goyang. Doktor cakap ni penyakit kritikal. Peluang nak hidup 50-50. Aku dah mula risau. Aku dah mula cemas.  Bila ditanya, kos untuk merawat kucing aku lebih kurang mr600. Disebabkan sayang, Family kitorang sepakat untuk tong-tong kos tu. Jadi tak terasa sangt mahalnya bila kitorang keluar duit sorang sikit. Kucing aku kena masuk wad lebih kurang seminggu. Lepas seminggu, aku dah boleh bawa balik dia.
kucing, cara merawat kucing terkena demam kuning, kucing terkena demam kuning, cara-cara untuk merawat kucing yang terkena demam kuning, demam kuning, bagaimana nak mengetahui kucing demam kuning
Lepas pulih daripada penyakit demam kuning tu,  dia makin manja dengan kitorang. Hari-hari nak tidur dengan aku. 
Jadi, kalau korang rasa ada yang tak kena kat kucing kesayangan korang tu, korang selidiklah dia. Kalau korang nampak ada tanda-tanda bibir dia dengan kelopak mata dia berubah jadi kuning, memang sah dia terkena demam kuning tu. Cepat-cepat bawak dia pergi hospital Vaterinar. Sebab yang aku dengar, kalau lambat bawak kucing pergi hospital Vaterinar, kemungkinan dia nak hidup amat tipis. Kucing aku mungkin bernasib baik sebab aku hantar awal dan juga aku bagi dia minum air kelapa untuk buang bisa-bisa kat badan dia tu.

Tanda-Tanda Kucing Terkena Demam Kuning
  • Jadi amat pasif dan langsung tak aktif
  • Suka duduk tempat yang gelap
  • Kelopak mata jadi kuning
  • Bibir jadi kuning
Cara Merawat Kucing Yang Terkena Demam Kuning
  • Bagi minum air kelapa sebanyak yang mungkin
  • Terus hantar pergi Hospital Vaterinar. Yang ni penting. Jangan tunggu lagi, terus hantar

{ 22 comments.. read them below or add one }

Vee Feya Vee Feya 31 January, 2014
Kucing Vee pun sama tak sihat. Tp skrg dah okay dah sebab hari tu ada bagi dia 1 benda dari 1 product ni. Haha. Melampau, kucing pulak yang consume. Lol.. Kucing Vee pulak suka tidur area kaki. Hihi.
Akeyla Azmi Akeyla Azmi 31 January, 2014
:(( <3
kesiannyaaaaa hm
alhamdulillah sihat dah tu manja2 lagi hiks :D
Diyana Hani Diyana Hani 31 January, 2014
omey sangat!! ololo..keciannye..
Nys Anis Nys Anis 31 January, 2014
kucing pon ada ?

hehe , maaf takde ilmu pasal kucing2 ni . huhu
HAJAR HAJAR 31 January, 2014
Comelnya kucing..
Nice entry, ilmu yg berguna. :)
plain83 plain83 31 January, 2014
Alhamdulillah, sempat diselamatkan... baguih tuan dia nih ^^
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 31 January, 2014
Kucing dia dh sembuh,alhamdulillah..yeayyy :)
MaMa Rey MaMa Rey 31 January, 2014
Kesiannya..tp alhamdulillah kucing boni dah ok dah..tq berkongsi boni..
Cik Nur™ Cik Nur™ 01 February, 2014
terima kaseh sudi share..

Kucing nur mmg dari dulu 24jam je tido..dia bgun mkn..minum..kening n membuang je..

rasanya dia ok....nur kadang2 bagi vit-c... :)
ieza ashaari ieza ashaari 01 February, 2014
Errr..1st time dgr ni boni.za klik entry ni laju2 sbb ingt boni buat lawak..

Part lwk cuma ketiak.mgkin bau ketiak boni dpt kurgkn sakit..mungkinlah..lol..
Aku Penghibur Aku Penghibur 01 February, 2014
oooo macam tu rupanya... acik baru tahu.. ini nak selidik kucing acik
Isabel Diaz Isabel Diaz 01 February, 2014
Kucing pun ada demam kuning rupanya.
syuk shusuke syuk shusuke 01 February, 2014
kalau takde pembawa takdelah dijangkiti :D
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 01 February, 2014
demam kuning ni ada berkaitan dengan hati kucing tu.. hurmm nasib baiklah dah elok...
Shafiq Hashim Shafiq Hashim 01 February, 2014
Alololo..Comelnya Kucing Tu..

shafiqhashim.blogspot.com
Ian Faizal Ian Faizal 01 February, 2014
kucing aku siang malam aktif! thanks sharing!
FARAH deeb FARAH deeb 02 February, 2014
Hahaha lawak plak imaginasi psl wad kucing tu tp pepun penah gak kucing saya sakit errr ekcelli kuing takde tuan. Tp bile dia skit dia mai nyorok tpt gelap dlm umahsaya. Sejuk je bdnnya, lemah, mulut jd cam berair. Sian punya psl sy jual lense 50mm sy buat kos rawatan. Alhamdulillah dh ok tp xtau ape cite sbb masa pindah umah x bwk dia.
BUNDA a.k.a KN BUNDA a.k.a KN 03 February, 2014
minta maaflah boni, bunda takder pengalaman pulak dalam hal ni...
apa pun harap cat tu cepat2 sembuh...ciaaann dia..
Zamani Abe Zamani Abe 05 February, 2014
ade gak ae penyakit ni kat kucing..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 10 February, 2014
Kucing ni macam baby jugak.. Kalau dia sakit memang kerja nak berkepit jer ngan kita.. Kucing kat umah ni baru ni sekor patah kaki.. Tak tau punca.. Bawak gi vet takleh buat apa.. Kalau nk operate kena bawak gi private.. Tapi peratusan nak sembuh sepenuhnya macam biasa tu sgt tipis.. Last2, just bagi ubat tahan sakit & antibiotik yg Vet bagi jer.. Alhamdulillah, nampak dah makin sihat & aktif balik.. Cuma tang kaki tu mmg xleh nk buat apa dah.. Jadi KKU (Kucing Kurang Upaya)lah sampai ke tua.. Huhu.. Sedih.. T_T
AnonymousAnonymous 21 March, 2014
@Rosmiza Ali:
Law kaki kucing yg patah cuba tumbuk pecah2kan serai n ikatkan kt kaki dia biarkan sampai nampak dh bleh jalan baru buka.. insyallah sembuh. sya dh cuba
fyna estava fyna estava 22 March, 2015
@Vee Feya:kalau baby kucing bole ke bagi minum air kelape