Tuduhan Secara Melulu

Tuduhan Secara Melulu

Aku rasa antara kita pun memang banyak yang bersifat macam ni. Tak kiralah samada kawan mahupun keluarga. Nampak, ni pun aku tengah buat tuduhan melulu jugak ni. Hahahaha. 

tuduh, menuduh, tuduhan melulu, tuduhan tak berasas, tuduhan tanpa bukti, tuduh tanpa bukti,
Ye, aku adalah Selangor Fan. Ini bukan tuduhan tapi kenyataan. Credit
Tuduhan secara melulu ni termasuklah tuduhan tanpa bukti, tuduhan tak berasas, tuduhan tanpa kaji selidik dan berbagai lagi bentuk yang memang menyakitkan hati yang tertuduh. Dah lah tak ada bukti, kena tuduh tak tentu pasal pulak tu. Siapa tak panas hati kan? 

Sebab munasabab utama tuduhan secara melulu, mengikut kaji selidik aku sendiri, aku dapat simpulkan dalam beberapa Point. Antaranya :-

  • Selalu bersangka buruk pada orang lain.
  • Berhasad dengki
  • Terlalu mengikut emosi 
  • Terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain. 
  • Malas mencari bukti yang mengukuhkan dakwaan
Selalu bersangka buruk pada orang lain
Ini berbalik kepada hati kita. Bila hati kita tak baik dan busuk, memang mudah sifat bersangka buruk pada orang lain ni bersarang. 

Aku selalu berpegang pada kata-kata ni. "Walaupun seseorang tu berwajah buruk, tak bermakna sifat-sifat buruk ada pada dia. Dan walau seseorang tu cantik wajahnya, tak bermakna dia tak memiliki sifat yang buruk". Fahamilah ayat ni.

Berhasad dengki
Ini juga berkaitan dengan hati yang busuk. Bila hati kita busuk, kita akan mencari berbagai-bagai cara dan jalan untuk menjatuhkan orang lain. Ini termasuklah membuat tuduhan melulu dengan niat untuk menjatuhkan orang itu. 

Macam aku kena sebelum ni. Bila aku berjalan kemana-mana, orang mesti ingat aku ni Beto Qushairi. Err, macam tak ada kena mengena je.

Terlalu mengikut emosi
Tuduhan secara melulu ini selalunya terjadi bila kita tak dapat kawal emosi kita. Apalagi bila kita tengah marah. Memang mudah mulut kita ni mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur dakwaan. 

Contohnya korang sangat-sangat marah sebab Ipad korang pecah, terus korang tuduh Bobo yang pecahkan. 

Terlalu mudah menjatuhkan hukum kepada orang lain
Yang ni pun bersangkut paut juga dengan kawalan emosi kita. Bila kita tak dapat mengawal emosi kita, dengan mudah kita menjatuhkan hukum kepada seseorang. 

Contohnya, bila kita nampak seseorang yang begitu hampir dengan sesuatu kejadian, kita terus menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada dia. Padahal dia tu tak bersalah. Mungkin masa tu dia tengah cari Port nak kentut. Tak pasal-pasal dia terjebak dalam perkara yang dia tak buat.

Malas mencari bukti
Ini biasa terjadi pada orang kita. Bila dapat sesuatu bahan berita, terus buat spekulasi dan tuduhan secara melulu sendiri. Contohnya terdengar berita kucing Mak Kiah bersalin. Terus canang cerita kucing Mak Kiah mati bersalin. Nampak?

Jadi, apa cara yang terbaik untuk kita mengatasi masalah suka menuduh secara melulu ni? Apa kaedah terbaik untuk kita atasi masalah suka buat tuduhan tak berasas ni? Jawapan ada di dalam video ini. Jom sama-sama kita saksikannya. Semoga menjadi manfaat kepada semua yang menontonnya.

{ 19 comments.. read them below or add one }

si kiut lavender si kiut lavender 21 January, 2014
selalu buat tuduhan secara melulu sebab terlampau ikut emosilah ni..last2 menyesal sendiri....

apa yg penting,jgn ego nak minta maaf dulu..
titan titan 21 January, 2014
Ya. gua juga geng Selangor gua. Haha..
MaMa Rey MaMa Rey 21 January, 2014
Ada simpanan emas hehehe..
Sendiri malu kalau buat tuduhan x betul..
Mimi Azirah Mimi Azirah 21 January, 2014
Tuduhan melulu nih yg akan makan diri kan....begituuuuu kannnnn
akubiomed akubiomed 21 January, 2014
Jangan mudah melatah. Kaji dahulu sebelum buat keputusan melulu.
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid 22 January, 2014
rilek dan cool sentiasa... :)
Sheila Salim Sheila Salim 22 January, 2014
Assalamualaikum boni. sejak mengandung ni, sheila cuba jadi cool yang sebolehnya. in shaa Allah (",)
Mira Adzlia Mira Adzlia 22 January, 2014
lamanya xdtg cni...adeh...rndu blog ini..hahaha...btol tu stuju ngn entri..tp part yg mcm beto tu agak ragu2 utk setuju di situ...hahahaah
diana diana 22 January, 2014
akak rasa akak kurang sikit la tuduh melulu ni..mungkin sebab akak baik orang nya..:p
hazman aka species1980 hazman aka species1980 22 January, 2014
Owwhh.... logo red giants tu hanyalah gambar hiasan je la yea...
ma ❥ ma ❥ 22 January, 2014
entri ni buat saya fikir positif lepas dah tuduh melulu secara negatif kat orang haha
sukma Haron sukma Haron 22 January, 2014
Fikir positif jangan suka menuduh tanpa usul periksa...
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 22 January, 2014
ena mengaku, ena kadang kadang ada sikap macam ni, suka tuduh melulu. Otak ni suka fikir negatif. Tapi yang jadi traumanya, apa perkara negatif yg kita fikir tu, segelintir tu betul betul terjadi. T_T
Aku Penghibur Aku Penghibur 23 January, 2014
jangan mudah melatah.. Tuduhan melulu nih yg akan makan diri kan
fatisya ahmad fatisya ahmad 23 January, 2014
biase la tu.yang penting kita kene bersihkan hati kita...hello...saye blogwalking..followed you..follow me back...makacihhh :)
Ezad Skytech Ezad Skytech 24 January, 2014
kalau salah tuduh...kita yang malu sendiri...baru tahu erti penyesalan...
Amanda Suria Amanda Suria 24 January, 2014
selalunya tindakan di kawal emosi bukan pemikiran....
Nadia Johari Nadia Johari 27 January, 2014
kene selidik dulu baru tau benda tu betul ke tidak..pergh bahaya tuduh melulu..salah orang diri sendiri malu
vin tt vin tt 24 February, 2014
@fatisya ahmad:follow my 2nd blog
everybodylovetoseeme.blogspot.com