Apa Yang Aku Buat Hari Cuti Ni

Ok, hari cuti ni aku macam biasa akan berehat je kat rumah. Bukanlah bersifat antisosial, tapi sebenarnya lebih untuk merehatkan diri sebab aku jarang dapat cuti yang berkualiti. Selalunya aku akan ada Part Time pasang pelamin. Macam semalam. Hari ni aku dapat berehat sebab aku pasang pelamin semalam. Jadi, disebabkan esok masa untuk buka pulak pelamin, aku buat keputusan untuk duduk terlentang melintang pukang kat rumah je hari ni. Sambil berehat sambil bergurau-gurau kasar dan bercakaran dengan si Putih, kucing kesayangan aku. Nak Dating dengan budak sekolah bukan keutamaan aku sebab aku lebih suka Date lepas nikah. Tak gitu? Hehehe.
antisosial, aktiviti di hujung minggu, aktiviti semasa bercuti, apa yang dilakukan semasa hari cuti
Jangan jadi anti sosial. Tak elok untuk masyarakat tapi sangat baik untuk mengelakkan masalah sosial daripada berlaku. Kan? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Credit
Jadi, hari ni seharian aku menggelimpangkan diri aku depan tv sambil tengok cerita-cerita merapu kat tv ni. Bila malam menjelma, aku layan pulak bola. Dalam banyak-banyak rancangan tv, bola lebih menarik perhatian aku. Mungkin sebab memang aku minat betul dengan bola sepak daripada sekolah lagi. 
antisosial, aktiviti di hujung minggu, aktiviti semasa bercuti, apa yang dilakukan semasa hari cuti
Sambil bergelimpangan depan tv sambil membabi-buta mengunyah apa-apa yang patut. Patulah aku gemuk. Ni memang amalan hidup yang tak sihat langsung. Jangan diikut ye.
Jadi, ni je laporan untuk hari ni. Macam mana korang bosan baca entri ni, macam tu lah bosannya hidup aku ni.Hahahaha.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Cik Nur™ Cik Nur™ 01 February, 2014
bestnya santai2...
hari ni penat pegi kenduri...
Lynn Munir Lynn Munir 01 February, 2014
Seronok le bergelempang bila omak tak ada hehehe...
i am Bobo i am Bobo 01 February, 2014
wah mcm menarik aktiviti hari ni bro hehe
Vee Tarleah Ricky Vee Tarleah Ricky 02 February, 2014
Vee dah 3 hari terperap dlm rumah.. Omaaa bosan gila.. Nak tolong buka pelamin boleh? Taklah bosan sgt. Haha.
ieza ashaari ieza ashaari 02 February, 2014
Pn blh entry gini ye..cite kt tv skrg sume xbest..
Sukma Haron Sukma Haron 02 February, 2014
Sesekali layankan diri sambil mengemukkan perut tu apa ler salahnya ....
Niesa Niesa 03 February, 2014
masa cuti ni pn terpaksa la terbaring je sbb xsihat..baru nk kumpul ampau.. =_="
Mimi Azirah Mimi Azirah 03 February, 2014
sesekali jadi ular sawa kat umah pun ok gak...
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 05 February, 2014
hahahah. kita geng ! tapi part tengok bola tu tak geng sebab saya lebih suka tengok drama2 melayu yang penuh drama. hahahahahah... :P
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 10 February, 2014
Syoknye bergelimpangan sambil membedal makanan ye.. Dah rupa buaya kekenyangan lagaknya tu.. Hahahha!