Bagi Kucing Mandi Manda

Bagi Kucing Mandi Manda

Aku ni jenis malas bagi kucing aku mandi. Kalau dah tuan dia pun malas nak mandi, apa lagi nak mandikan kucing ternakan kan? Tapi hari ni ada satu sebab munasabab yang kuat dan kukuh untuk aku memandikan kucing aku. Hahaha.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel
Sebab munasabab utamanya adalah dia main dengan lipas!!!! Itu sangat mengerikan dan sangat menggelikan jiwa raga aku yang gagah perkasa ni.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel,
Kalau sekor je takpe! Tapi ni 2 ekor. Yang buat aku sakit hati, dia boleh susun lipas tu sebelah-sebelah. Aku ingatkan dia nak buat apa bawak lipas tu ke hulu ke hilir. Rupanya nak susun lipas-lipas tu.

" Kau dah kenapa susun lipas tu sebelah-sebelah?",soal aku.

" Tuanku yang kacak, saya susun sebab nak nampak meriah. Baru parti namanya!",jawab Putih.

Tak tunggu lama. Aku terus humban kucing aku dalam bilik air. Aku kerjakan cukup-cukup. Aku selalu gunakan syampu Machiko Flea. Pakej sekali untuk hapuskan kutu-kutu kat badan kucing aku tu.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel,
Credit
Sebelum aku bebaskan kucing aku berkeliaran merata-rata dalam rumah, aku kurung dia dalam 30 minit dalam sangkar untuk dia keringkan bulu dia.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel,
Buatlah muka sedih macam-mana pun. Kau tetap aku mandikan! Hahahaha.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel,
Dah mandi, dah bersih baru lah boleh lepak dengan tuan kau yang kacak ni. Kalau tak, aku terbayang-bayang lipas-lipas tu. Meremang bulu roma aku. Bukan takut, tapi geli.

Inilah cerita aku hujung minggu ni. Cerita aku dengan kucing aku. Hahaha.
kucing mandi, bagi kucing mandi, mandikan kucing, memandikan kucing, syampu kucing, kucing, si comel,
Dah, kitorang nak tidur dah ni. Selamat malam semua. Hehehe

{ 13 comments.. read them below or add one }

wawa zulkefli wawa zulkefli 16 February, 2014
comellnye lepas dimandikan. haluuusssss je bulunyaaa. hewhew
Sukma Haron Sukma Haron 16 February, 2014
Ko geli kat lipas rupanya boni....hihi
mad mad 16 February, 2014
apabila sel otak kucing bergabung,hehe..
shasha yacob shasha yacob 17 February, 2014
Ohh , itu ceritanyaa. patutlah tuan kucing pun bau semacam ja, malas mandi rpanya. muahahaha
shasha yacob shasha yacob 17 February, 2014
Ohh , itu ceritanyaa. patutlah tuan kucing pun bau semacam ja, malas mandi rpanya. muahahaha
Kakcik Kakcik 17 February, 2014
Alaaaaa tak kacak la geli dengan lipas...hehehe
Sheila Salim Sheila Salim 17 February, 2014
Assalamualaikum boni, alahaii gebu pula tengok bulu kucing tu ~~~
Niesa Niesa 17 February, 2014
Haiwan ternakkan? Tak sangka boni menternak kucing, ternak la lipas sekali...hahaha...kacak sungguh kucingmu boni...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 17 February, 2014
makin comel lepas mndi..

yui un kdg2 smggu sekali je mndikan..ikut mood..huhuuh
diana diana 17 February, 2014
akak pun tak suka lipas..bau dia kuat..
Mira Adzlia Mira Adzlia 17 February, 2014
hahahahahahahaha....mmg peel si kucing kan suka men ngn lipas..stress btol..tp sy xserajin incik boni kacak mndikan kucing.sy biar je dier busuk..jnji sy wangi..hahaha
fairus fairus 17 February, 2014
SERONOK LE ADA KUCING.. BOLEH MANDI DENGAN KUCING.. :)
Aku Penghibur Aku Penghibur 17 February, 2014
alooo comelnya dia..mesti wangi dah lepas mandi