Boleh Tahan Juga Burger AZMY Ni

Boleh tahan juga burger AZMY ni

Hari Ahad lepas, aku ada beli burger keluaran AZMY. Tiba-tiba je aku terperasan ada satu kedai baru buka kat area rumah aku ni. Kedai AZMY. Mula-mula aku ingatkan kedai tu jual alat ganti kereta api, tapi lepas aku Google, rupanya dia jual macam-macam termasuk daging burger, daging kisar, bebola daging, kentang goreng, sos, kicap, roti burger dan Samsung S4 (err, yang ni aku tipu).

azmy, burger azmy, burger ayam azmy, burger lembu azmy, azmy citarasa ramai
Credit
Jadi, lepas aku ambik motor aku kat rumah bos (disebabkan kunci motor hilang hari tu), aku dengan tekad yang menggila tanpa fikirkan positif dan negatifnya, terus singgah kejap dalam tu. Ingat nak singgah dalam lima minit je, tapi aku tersinggah dalam 6 minit. Banyak juga makanan-makanan menarik dalam tu. Aku pun pusing keliling tengok makanan-makanan yang ada dalam tu. Kelihatan agak menarik. 

Lepas agak berpuas hati dengan hasil rondaan, aku sambar satu pek burger ayam ,satu pek burger lembu, dan dua pek roti burger.  
azmy, burger azmy, burger ayam azmy, burger lembu azmy, azmy citarasa ramai
azmy, burger azmy, burger ayam azmy, burger lembu azmy, azmy citarasa ramai
azmy, burger azmy, burger ayam azmy, burger lembu azmy, azmy citarasa ramai
azmy, burger azmy, burger ayam azmy, burger lembu azmy, azmy citarasa ramai
Bagi aku, boleh tahan juga burger AZMY ni. Pada aku sendiri, tekak aku boleh terima burger-burger ni walaupun daging lembu dia tak berapa Kick sangat. Tapi lain orang lain selera kan? Mungkin pada aku tak berapa tapi pada orang lain sedap. Jadi, cuba korang cuba try test burger AZMY ni. Mana tau kena dengan selera korang. 

*Rupanya baru aku tau, Customer Issyaz Wedding dua minggu lepas adalah anak tokey AZMY ni kalau tak salah aku. Ni yang nak kena mintak burger free ni. Hahaha.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Nurfarhana Chek Saat Nurfarhana Chek Saat 21 February, 2014
Amboi! Nak free aje. Hehehe. Tapi, kelakar tang terlebih seminit tu. Kemainn. Nnt nak try jugak la burger Azmy ni.
Sukma Haron Sukma Haron 22 February, 2014
Ko sanggup google yea boni...excellent ko...yang ko beli banyak2 tu ko nak berniaga ke apa..? Haha...
Aqumad Aqumad 22 February, 2014
perut aku lapar la bro.. ekeke
shasha yacob shasha yacob 22 February, 2014
rindu pula aku nak buat burger sendiri. hah' pasal kau lah nih. hewhew
munir ardi munir ardi 22 February, 2014
aduh seumur hidup belum pernah makan burger
zana fahmi zana fahmi 22 February, 2014
Sabah takde lg rasanya Boni, tolong pos!!
Mkn burger mana nak kurus, bnyk pulak tu..
RDZ Z RDZ Z 22 February, 2014
wah banyaknya borong Boni..nak meniaga ke? Nway kita masih setia dengan burger Ramley..all time favorite..sekarang ni dah addicted dengan sosej dia...
syuk shusuke syuk shusuke 22 February, 2014
banyak berger tu. share la bro boni. hik hok
kamil salleh kamil salleh 23 February, 2014
Pernah jugak makan dagong berger jenama Azmy
Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin 23 February, 2014
kena cuba gak try makan jenama ni.. selalu burger ramli je heheh

jemput singgah http://iluvtour.com
nur lyla nur lyla 23 February, 2014
kalau murah mcm burger ramli, nak try jugak.. hihihihi.
hazman fadzil hazman fadzil 25 February, 2014
kalau dapat burger yang dimasak oleh abang boni kacak confirm gua berselera nak makan....